BAB 16
“Kak
Qis, ini siapa dalam gambar ni?” Qistina menoleh memandang Aleeya yang sedang
menunjukkan wajah seseorang dengan jari telunjuknya. Lalu dengan langkah yang
perlahan, Qistina menghampiri Aleeya yang sedang memerhati setiap sudut rumah peninggalan
arwah ayah dan ibu Qistina.
“Ow,
itu adik Kak Qis, Adam namanya. Tapi sekarang dia ada diluar negara masih study lagi. Kalau cuti raya aje dia
balik ke Malaysia. Itulah Kak Qis rasa sunyi sangat dalam rumah ni.” Aleeya
hanya mengangguk kepalanya tanda faham sambil melihat Qistina yang duduk
kembali ke kerusi dia duduk tadi, namun masih banyak persoalan yang bermain
dibenak fikirannya.
“Hmm,
Kak Qis kerja kat mana?” Aleeya sudah duduk diruang tamu disebelah kerusi
Qistina yang sedang ligat mengait sesuatu ditangannya. Sudah seminggu dia duduk
di rumah Qistina selepas pemergian Ummi Kalsum ke Pulau Pinang. Sungguh jarang
untuk dia dan Qistina bertemu di siang hari dan berbual-bual, dihari minggu
begini dia cuba merapatkan silaturahim bersama dengan Qistina yang sudah banyak
membantunya selama ini.
“Ow,
Kak Qis kerja jadi cikgu aje di sekolah menengah dekat-dekat sini. Kak Qis tak
adalah pelajaran tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan adik Kak Qis, si
Adam tuh. Itu pun hasil ehsan Pak Cik Murad yang menanggung semua pembelanjaan
Adam disana. Kalau nak diharapkan dengan gaji Kak Qis, berapalah sangat. Rumah
ni, ini ajelah peninggalan arwah ayah dan ibu. Syarikat kami sudah diambik alih
oleh Pak Cik Murad sehinggalah Adam menamatkan pelajaran dia nanti, barulah
Syarikat tu boleh bertukar tangan, memang sudah menjadi syarat dalam wasiat arwah
ayah Kak Qis dulu.” Aleeya dengan tekun mendengar semua penjelasan Qistina,
memang dia akui Qistina memiliki hati budi yang baik, lemah lembut dan murah
hati. Bila melihat wajah figura Adam di bingkai gambar tadi, Aleeya menduga umurnya
seperti dalam lingkuangan 20-an sahaja, memandangkan umur Qistina sekarang
sudah mencecah 26 tahun.
“Ow
cikgu, dulu pun cita-cita Leeya nak jadi cikgu kak, tapi..itulah, cita-cita
hanya tinggal cita-cita aje.” Aleeya tunduk membisu, sungguh hatinya kini sangat
kecewa kerana tidak dapat mencapai impian yang sudah lama dia tanamkan.
“Alah
Leeya, sekarang semua dah maju. Masih banyak cara lain Aleeya boleh dapat untuk
mencapai cita-cita Aleeya tu,” Qistina meniupkan semangat untuk Aleeya supaya
dia tidak mudah berputus asa.
“Tapi
Kak, jalan tu memang banyak. Suka hati Leeya aje nak pilih jalan yang mana
satu, tapi sekarang Leeya rasa jalan nak ke mana-mana pun Leeya tak ada tulang belakang
untuk menjadi pendorong Leeya. Kerja sekarang pun bukan senang nak cari, kalau
nak diikutkan hati, Leeya sanggup pergi kerja kak. Taklah menyusahkan ayah aje,
dengan Kak Qis dan Ummi, banyak sangat dah Leeya menyusahkan orang
disekeliling. Bila nak ditengok dari sudut yang lain, sememangnya Leeya tetap
sama, tak ada bezanya kak.” Sambung Aleeya lagi dengan nada suara yang sudah
menjadi sendu. Sungguh terkilan rasa dihatinya kerana tidak dapat meneruskan
pengajiannya di Universiti, kalau tidak pasti dia sekarang bersama dengan Ummi
Kalsum. Tapi harapan tinggal harapan, kini dia harus memikul tanggungjawab
menjadi ibu dan ayah untuk anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Sudahlah
Leeya, Kak Qis tahu Leeya masih muda, macam-macam yang Leeya nak buatkan,
InsyaAllah nanti Kak Qis tolong Leeya carikan kerja, nanti Kak Qis tolong tanya
mana-mana tempat mana tahu dia orang masih ada kekosongan. Tapi, lepas Aleeya
habis bersalin dan berpantang tak apalah Aleeya bekerja kan. Sekarang Leeya
masih sarat mengandung ni, tinggal dua minggu lagi masuk sembilan bulanlah usia
kandungan Aleeya kan?” Aleeya mengangguk setuju, memang dia akui dia sangat
memerlukan pekerjaan sekarang, tetapi oleh kerana keadaan tidak mengizinkan dan
usia kandungannya yang sudah hampir untuk bersalin dia memadamkan sahaja niatnya
dahulu.
“Terima
kasih Kak Qis,” Jawab Aleeya lagi, namun tanpa Aleeya sedari Qistina memerhati
setiap gelagatnya sedari tadi seperti tengah memikirkan sesuatu sahaja.
“Hmm,
mesti Leeya tertanya-tanyakan macam mana arwah ayah dan ibu Kak Qis boleh
meninggal?” Aleeya sudah mengukirkan senyumannya yang nipis seraya itu
mengangguk memandang Qistina. Memang persoalan itu juga yang bermain dikotak
fikirannya. Tidak menyangka Qistina dapat menduga apa yang sedang difikirkan
olehnya tadi.
“Maaf
Kak Qis, bukan niat Aleeya nak mengungkit lagi kisah silam Kak Qis sekeluarga,
sekadar ingin tahu aje. Maafkan Leeya ya Kak Qis,” Aleeya mencapai tangan Qistina
yang duduk disebelahnya.
“Kak
Qis tak kisahlah Leeya, tak salah kalau Kak Qis berkongsi sedikit sebanyak
cerita hidup Kak Qis selama ini. Hmm, dulu lima tahun yang lalu, masa tu umur
Kak Qis baru aje 21 tahun, masih belajar di USM, Adam pulak baru 18 tahun, masa
tu ayah dan ibu Kak Qis baru balik dari luar negara. Namun perjalanan mereka
pulang ke rumah setelah pulang dari airport
tergendala kerana nahas kereta yang kemalangan teruk akibat cuaca yang buruk
masa tu. Kak Qis terkejut sangat bila mendengar khabar berita buruk tu, sejak
itulah Kak Qis berusaha untuk membahagiakan Adam tanpa orang tua kami, sekarang
Kak Qis percaya suatu hari nanti Adam pasti menjadi anak yang berguna dan
mengenang jasa orang tuanya. InsyaAllah, tak lama lagi baliklah Adam ke
Malaysia. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.”
Aleeya mengaminkan doa Qistina tadi, sungguh tragedis sekali berita pemergian
arwah ayah dan ibu Qistina.
Tiba-tiba
Aleeya teringatkan arwah ayahnya, Datuk Razzak Ishak yang sudah lama
meninggalkan dia di dunia yang fana ini. Sudah lama juga rasanya dia tidak
menziarahi pusara ayahnya, kali terakhir dia pergi ke pusara ayahnya bersama
dengan Ummi Kalsum dahulu. Aleeya terpandangkan Qistina yang sedang sibuk
mengaitkan sesuatu sedari tadi lalu menegur Qistina.
“Kak
Qis buat apa tu? Macam mama Aleeya selalu buat jugak,” Qistina memberhentikan
kerjanya lalu menunjukkan hasil kaitannya pada Aleeya yang sudah hampir siap.
“Ini
Leeya, Kak Qis masih mengait topi untuk Adam, dia selalu suruh Kak Qis kaitkan
untuk dia supaya dia dapat pakai semasa di luar negara. Ini, Kak Qis nak buat surprise untuk Adam, cantik tak?” Aleeya
menyambut huluran yang diberi lalu mengamati setiap hasil kerja tangan Qistina,
sungguh memang cantik dan sesuai untuk anak muda yang memakainya.
“Cantik
kak, pandai Kak Qis buat. Mama Leeya ada jugak buat malfa untuk Leeya, Leeya
belum pernah pakai lagi. Masih disimpan dalam almari.” Ujar Aleeya lagi, dia
teringat kembali Datin Farhana pernah menghadiahkan dia sehelai Malfa untuk
hari jadinya yang ke 22 tahun dahulu.
“Aleeya,
apa-apa pun yang terjadi, Kak Qis nak pesan jangan pernah sesekali membenci
orang tua Aleeya. Walaupun sekejam mana dia orang buat pada kita, tapi jauh
dilubuk hati mereka, dia orang sayangkan kita. Tengok sekarang macam Kak Qis,
dah tak ada mak dan ayah, Aleeya masih beruntung kerana masih memiliki orang
tua. Kalau marah sikit-sikit tu, tanda mereka sayanglah.” Aleeya mengukir
senyumannya pada Qistina, dia tahu Qistina telah mengetahui segala apa yang
telah terjadi padanya.
“Baiklah
Kak Qis, Leeya takkan pernah benci mama dan ayah Leeya. Merekalah
segala-galanya bagi Leeya, kalau bukan kerana mereka, Leeya takkan ada di dunia
ni kan.” Qistina menepuk-nepuk paha Aleeya yang sedang duduk disebelahnya,
seraya itu dia mengangguk bila mendengar Aleeya berkata begitu. Memang Aleeya
semakin matang dari hari ke hari, oleh kerana pengalaman yang mengajar dia erti
kehidupan sebenar telah mematangkan cara pemikiran Aleeya juga.
“Aleeya
nak Kak Qis buatkan untuk anak Leeya jugak ke? Crochet baby or Beanie hat ke? Mesti
comel baby Aleeya pakai topi dikait
Kak Qis nanti, anak Leeya laki-laki ke perempuan?” Tanya Qistina lagi, namun
senyuman dibibir Aleeya terus mati saat soalan jantina anaknya sekarang yang
sememangnya dia sendiri tidak mengetahuinya juga. Dahulu Danish mencadangkan
kepadanya supaya tidak perlu tahu apakah jantina anak mereka, apabila Aleeya
selamat melahirkan nanti baru mereka mendapat kejutan. Namun semua itu hanya
tinggal kenangan, sungguh memilukan hati Aleeya saat teringat kenangan manis
bersama dengan Danish Haikal.
“Hmm,
entahlah kak, Leeya pun tak tahu lelaki ke perempuan. Tunggu dia lahir aje nanti
dia buat kejutan untuk kita. Urm, terima kasih Kak Qis sebab sudi buatkan untuk
anak Leeya. Tak apa Kak Qis, tak kira lelaki atau perempuan memang sesuai aje pakai
yang topi Kak Qis kaitkan nanti.” Qistina mengangguk kepalanya seraya tersenyum
memandang Aleeya. Sungguh tulus hati Qistina kepadanya dan juga anak yang
dikandungnya, Aleeya bersyukur kerana sentiasa mendapat kawan yang baik semasa
hidupnya walaupun cuma Dina, hanya Dina…. Aleeya mengeluh sendiri apabila
mengenang kembali tentang Danish dan Dina, mungkin sekarang mereka tengah
berbahagia.
***
“Assalamualaikum
Ummi, Ummi! Aleeya dekat hospital sekarang. Dia jatuh dalam bilik air tadi,
doktor tengah check dia sekarang.
Ummi lekas pergi ke sini ya, dik.” Qistina menekan punat ‘off’ ditelefon
bimbitnya setelah selesai menelefon Ummi Kalsum.
Ummi
Kalsum baru sahaja selesai membersihkan diri untuk membuat sarapan pagi untuk
suaminya. Semalam mereka baru sahaja selesai mengadakan majlis perkahwinannya
yang dibuat di sebelah keluarga suaminya di Seremban, Negeri Sembilan setelah
seminggu melangsungkan pernikahannya dirumahnya di Pulau Pinang. Ummi Kalsum
tidak menyangka Aleeya akan melahirkan anaknya sekarang, namun dengan
tergesa-gesa Ummi Kalsum memaklumkan perkara itu kepada suaminya, Mohd Aizuddin
untuk pergi melawat Aleeya. Ummi Kalsum juga sudah memaklumkan kepada Datuk
Othman tentang perkhabaran Aleeya tadi, dikhuatiri dia disalahkan jika tidak
memberitahu keadaan Aleeya sekarang kepada orang tuanya.
“Maaf
Cik, hmm, Puan Aleeya meracau-racau panggil suami dia. Suami dia ada disini ke?
Keadaan Aleeya sekarang sangat kritikal, doktor terpaksa melakukan pembedahan.”
Ujar seorang jururawat yang tiba-tiba keluar daripada bilik kecemasan. Qistina
sudah kebingungan apabila mendengar keadaan Aleeya, namun untuk mencari suami
Aleeya lagilah Qistina tidak tahu. Tetapi sudah berkali-kali panggilan telefon
Ummi Kalsum tidak terjawabnya dari tadi.
“Maaf
ya nurse, saya ni cuma kakak angkat
aje, penjaga dia. Suami dia sekarang saya tak tahu kat mana, boleh ke
dijalankan aje pembedahan tu?” Tanya Qistina dengan cemas.
“Kalau
macam tu, tak apalah. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk selamatkan kedua-duanya.”
Kata jururawat itu lagi, namun belum pun sempat Qistina menjawab, tiba-tiba
mereka terdengar suara seseorang berkata-kata.
“Aleeya
macam mana? Dia okey?” Qistina dan jururawat tadi sama-sama menoleh ke arah
Datuk Othman yang sedang berjalan ke arah mereka.
“Uncle,
Aleeya sekarang masih ada di dalam. Doktor cuba selamatkan kedua-duanya,
insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.” Datuk Othman terus meraup mukanya khuatir
dengan keadaan Aleeya di dalam wad kecewasan, hanya dapat berdoa kepada Allah
memohon perlindungan dan pertolongan. Qistina hanya memandang Datuk Othman
dengan senyuman dibibir lalu berlalu duduk di kerusi yang sudah tersedia di
sebelah bilik kecemasan. Datuk Othman juga turut duduk di tempat yang sama,
selang satu kerusi dari tempat duduk Qistina.
“Maaf
ya nak, anak ni Qistina ke? Tuan punya rumah yang Aleeya tumpang sekarang ni?”
Qistina hanya mengangguk, dia berasa amat kekok sekali. Dia bukanlah jenis orang
yang banyak bercakap, tetapi jika orang lain yang memulakan dahulu perbualan,
dia akan menjadi peramah.
“Ya
uncle, sayalah Qistina. Maaf uncle tak dapat jaga Aleeya dengan baik, saya cuai.”
Luah Qistina.
“Tak
apa, uncle faham, bukan salah kamu. Uncle cuma nak berterima kasih sebab sudi
terima dan jaga anak uncle. Hmm, macam mana keadaan Aleeya tadi?” Tanya Datuk
Othman lagi.
“Tadi
uncle, masa saya nak turun kerja Aleeya terjatuh dalam toilet. Nasib aje masa tu saya belum pergi kerja, kalau tak saya
tak tahu apa jadi pada Aleeya.” Terserlah wajah terkejut Datuk Othman saat itu,
namun Qistina hanya mendengar keluhan sahaja yang keluar dari mulut ayah tiri
Aleeya. Setelah hampir dua jam menanti diluar bilik pembedahan, tiba-tiba pintu
bilik kecemasan terkuak dari dalam lalu Datuk Othman dan Qistina serentak
menghampiri doktor yang keluar.
“Macam
mana dengan keadaan anak saya Aleeya, doktor?” Ujar Datuk Othman dengan cemas.
Qistina disebelah juga menanti jawapan dari Doktor Lisa tadi.
“Alhamdulillah,
anak Datuk selamat dan dia dapat anak twin,
sepasang lelaki dan perempuan.” Datuk Othman begitu teruja dengan perkhabaran
itu, manakala Qistina juga mengucap syukur kepada Allah dengan keadaan Aleeya
yang sudah selamat melahirkan anaknya.
“Terima
kasih doktor, terima kasih.” Datuk Othman berjabat tangan dengan Doktor Lisa yang
merawat anak tirinya tadi, lalu menekan punat telefonnya untuk memaklumkan
perkara itu kepada isterinya, Datin Farhana.
Walaupun
dia tahu sikap isterinya yang masih belum dapat menerima Aleeya kembali ke
rumah mereka, Datuk Othman masih berusaha untuk memulihkan kembali hubungan ibu
dan anak itu. Datuk Othman yakin isterinya masih menyayangi anaknya dan telah
memaafkan Aleeya. Sebentar tadi, semasa memaklumkan keadaan Aleeya yang sudah
dibawa ke hospital kerana jatuh di dalam bilik air, terserlah wajah risau dan
resah diwajah isterinya. Namun Datin Farhana tetap tidak mahu mengikuti
suaminya ke hospital, dia cuma berlalu ke dapur sambil mengesat air matanya. Mereka
sekarang sudah bergelar datuk dan nenek dengan memiliki cucu kembar. Datuk
Othman berharap, dengan kelahiran kedua anak Aleeya ini nanti, isterinya dapat
menerima Aleeya kembali ke rumah mereka.
Qistina
pula menelefon Ummi Kalsum sementara menanti Aleeya yang akan dibawa ke wad
ibu-ibu bersalin. Sungguh Qistina tidak menyangka akan kelahiran dua anak
kembar dari Aleeya, walaupun tadi berlaku pendarahan yang banyak, namun nyawa
Aleeya dapat diselamatkan.
***
Ummi
Kalsum dan suaminya, Aizuddin tiba di perkarangan hospital tepat jam 3.30
petang. Aleeya masih mundar mandir mencari-cari kelibat Qistina. Namun tanpa
dia sedari tangannya tiba-tiba disentuh oleh seseorang lalu menoleh ke arah
orang itu.
“Ummi,
baru sampai ke? Lama dah Kak Qis tunggu.” Ummi Kalsum mengeluh lega, suaminya
disebelah juga sudah menghampiri Ummi Kalsum setelah mencari tempat untuk
memarkirkan keretanya.
“Kak,
Leeya macam mana? Dia okey aje kan?” Tanya Ummi Kalsum dengan cemas.
“Alhamdulillah,
Aleeya selamat Ummi. Dari tadi Kak Qis cuba called
Ummi, tapi asyik tak dapat aje. Sekarang Aleeya dalam bilik dia masih tidur,
belum sedar dari tadi. Mungkin akibat ubat pelali yang diberikan masih berkesan
pada Aleeya, doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa
Aleeya dan anak-anaknya. Kalau tak, Kak Qis tak tahu nak buat macam mana Ummi.”
Jawab Qistina pada Ummi Kalsum, namun dahi Ummi Kalsum berkerut saat mendengar
kata-kata Qistina.
“Apa
kak? Kak Qis cakap anak-anak?” Qistina sudah tersenyum memandang Ummi Kalsum
lalu mengangguk-angguk kepalanya.
“Ya
Ummi, Aleeya selamat melahirkan anak kembar, sepasang lelaki dan perempuan. Kak
Qis dah tengok baby-baby Aleeya tadi.
Comel sangat!” Beria-ria Qistina menceritakan kepada Ummi Kalsum.
“Alhamdulillah,
Ummi bersyukur sangat Kak, Aleeya selamat. Terima kasih kak, sebab tolong
Aleeya tadi. Kalau Kak Qis tak ada Ummi tak tahu nak buat apa. Mungkin sampai
sekarang Ummi tak kan maafkan diri Ummi.” Suaminya disebelah mengusap-usap
lembut bahu belakang isterinya, sungguh terharu melihat pengorbanan Ummi Kalsum
kepada kawan baiknya. Aizuddin sudah sedia maklum siapa Aleeya, sudah banyak
cerita yang Ummi Kalsum beritahu kepadanya. Sungguh, dia juga amat tersentuh
dengan keadaan Aleeya sekarang.
“Hmm,
anak dia dah diazankan dan diiqamatkan ke?” Tiba-tiba Aizuddin bersuara.
Qistina menoleh memandang lelaki yang sedang berdiri disebelah Ummi Kalsum.
Lalu cepat-cepat Ummi Kalsum memperkenalkan suaminya pada Qistina.
“Kak
Qis, inilah suami Ummi, Mohd Aizuddin namanya. Abang, nilah Kak Qis yang banyak
tolong Ummi dan Leeya tu.” Qistina menyambut huluran yang diberi dengan
senyuman.
“Maaflah
Aizuddin tak dapat pergi majlis perkahwinan kamu berdua. Tapi, jangan risau,
hadiah Kak Qis dan Aleeya dah siap sediakan untuk kamu berdua. Hmm, anak-anak
Aleeya sudah diazankan dan diiqamatkan oleh ayah tiri Aleeya pagi tadi. Baru
aje dia balik tadi, Datuk Othman cakap nanti dia datang jengguk Aleeya lagi.” Aizuddin
dan Ummi Kalsum serentak mengangguk, lalu mereka sama-sama mengangkat kaki
pergi ke wad Aleeya ditempatkan, dikhuatiri nanti Aleeya tiba-tiba tersedar dan
melihat tiada sesiapa disisinya.
***
“Tahniah
Aleeya, kau dapat anak kembar. Aku happy
sangat tengok kau dah selamat melahirkan anak-anak kau.” Ujar Ummi Kalsum yang
duduk di sebelah Aleeya, namun Aleeya hanya diam membisu.
“Leeya,
kenapa kau sedih ni? Sepatutnya kau happy
anak-anak kau selamat dilahirkan, tak ada cacat celanya pun.” Ujar Ummi Kalsum
lagi.
“Yelah
Leeya, kenapa muram aje ni?” Tanya Qistina lagi, manakala suami Ummi Kalsum
hanya duduk disofa yang telah disediakan di dalam bilik itu.
“Aku,
aku bukan apa Ummi. Hari ini aku telah selamat melahirkan anak-anak aku, tapi
hari ini jugaklah anak-anak aku kehilangan papa dia orang. Mana tak aku sedih
Ummi, belum apa-apa lagi anak-anak aku sudah menjadi yatim sebelum masanya. Aku
dapat rasakan apa yang bakal aku lalui selepas ini Ummi, Kak Qis. Leeya sedih
sangat bila tengok wajah anak-anak Leeya ni.” Aleeya mengusap-ngusap lembut
pipi anaknya yang dikendungnya, manakala yang seorang lagi lelaki di dalam baby
cot.
“Sudahlah
Leeya, Kak Qis percaya Leeya orangnya kuat, tabah dalam mengharungi semua
cabaran dan dugaan. Biar sekali badai melanda hidup Leeya lepas ni, Kak Qis dan
Ummi sentiasa ada untuk Aleeya, menjadi tulang belakang Aleeya. Kak Qis dah
anggap Leeya ni macam adik kandung kakak sendiri.” Ummi Kalsum mengangguk
sambil tangannya mengusap lembut pipi gebu bayi Aleeya yang dipeluk oleh Aleeya
tadi.
“Eh
Leeya, kau nak kasi anak kau nama apa ni? Nak aku suggest ke?” Ummi Kalsum sudah membuat muka nakalnya pada Aleeya, dia
tidak mahu keadaan menjadi sepi sahaja dek kerana lelaki yang bernama Danish
Haikal, namun belum pun sempat dia berkata apa-apa mereka disedari dengan suara
suami Ummi Kalsum.
“Maaflah
Leeya, si Ummi ni memang. Dia pulak yang terlebih excited, kalau ya pun sabar-sabarlah. Tunggu giliran awak nanti,
okey?” Ujar Aizuddin lagi, Ummi Kalsum pulak hanya mencebikkan bibirnya, lalu
Aleeya dan Qistina hanya ketawa melihat gelagat Ummi Kalsum.
“Hmm,
aku rasa aku nak bagi nama Alisya yang lelaki pulak Daniel okey tak?” Cadang
Aleeya lagi, Ummi Kalsum disebelah seperti memikirkan sesuatu sambil jari
telunjuknya diletakkan dibawah bibirnya. Qistina juga sudah mengangguk setuju
dengan cadangan Aleeya tadi.
“Okey
jugak tu Leeya, sedap pulak nama tu Kak Qis dengar.” Aleeya menguntumkan
senyumannya pada Qistina, lalu Ummi Kalsum juga hanya bersetuju dengan nama
itu, walaupun dia berasa kurang setuju sedikit. Tetapi malas dia mahu
menghebohkan, apa sahaja nama yang Aleeya bagi, pasti ada maksudnya tersendiri.
Setelah
lama menemani Aleeya, Ummi Kalsum dan Aizuddin sudah meminta diri untuk pulang,
keesokkan harinya dia berjanji akan menjengguk Aleeya lagi. Oleh kerana malam
ini dia akan bermalam di rumah Pak Ciknya di Kuala Lumpur, lebih senang untuk
dia bergerak menjengguk Aleeya. Walaupun Ummi Kalsum sudah menawarkan diri
untuk menjaga Aleeya malam ini, namun ditegah oleh Qistina kerana tidak mahu
Ummi Kalsum meninggalkan suaminya sendiri sahaja.
“Esok
Aleeya dah boleh keluar kan?” Tanya Qistina yang masih duduk disebelah Aleeya
selepas menghantar pemergian Ummi Kalsum dan suaminya tadi. Dia melihat Aleeya
masih bermurung durja, mungkin masih memikirkan perihal anak-anaknya.
“Hei,
Leeya ni kenapa? Termenung aje ni?” Aleeya tiba-tiba tersentak, sungguh dia
sudah jauh termenung sehinggakan pertanyaan Qistina hanya limpas seperti angin
sahaja dipendengarannya.
“Eh,
Kak Qis tanya apa tadi? Sorry, Aleeya
tak dengar.” Aleeya menundukkan wajahnya, dia tidak menyangka dia sudah
tertangkap oleh Qistina.
“Itulah
Leeya, termenung aje. Tak ada, Kak Qis tanya Leeya keluar hospital esok kan?”
Aleeya hanya mengangguk lalu mengambil air suam di meja kecil di tepi katilnya.
Dia berasa sangat haus sekali, dilihatnya luar jendela hari sudah beransur
malam.
“Ya
Kak, lupa nak cakap terima kasih sebab tolong Leeya tadi. Urm, betul ke ayah
Aleeya datang tadi? Macam tak percaya pulak bila dengar, tapi sayang… kalau
mama datang sekali pasti Leeya lebih gembira.. Tapi, tak apalah, Leeya redha
dengan semua ketentuan ini.” Qistina mengusap-usap lembut tangan Aleeya
disebelahnya. Sungguh dia tidak menyangka, diusia muda begini Aleeya sudah
diberikan ujian yang maha hebat olehNya.
“Sudahlah
Leeya, yang penting sekarang anak-anak Aleeya selamat dan sihat. Sudahlah,
Aleeya pergilah berehat, kalau ada apa-apa panggil aje Kak Qis ya.” Aleeya
hanya mengangguk lantas Qistina terus berlalu ke sofa untuk tidur disitu untuk
menemani Aleeya.
“Abang,
Aleeya dah selamat lahirkan anak kita. Tapi, alangkah baiknya kalau abang ada
disisi Aleeya saat ini. Leeya sunyi bang, Leeya sunyi…” Aleeya berbisik sendiri
sambil mengesat air matanya yang gugur menimpa wajahnya. Hanya anak-anaknya
yang kini menjadi semangat untuknya terus hidup, semoga kau terus tabah dan
cekal Aleeya. Doa Aleeya di dalam hatinya sendiri.
***
0 comments:
Post a Comment