Sunday, July 14, 2013

H.A.C.K.S



HACKS~

HANYA AKU CINTA KAU SEORANG…
ENTAH MENGAPA HATIKU MEMILIH HATIMU…
MUNGKINKAH KERANA KEKOSONGAN ITU SUDAH DIISI
ATAU MUNGKINKAH SEMEMANGNYA TAKDIR KU JATUH CINTA PADAMU…
MAHU KU BUANG RASA ITU TETAPI TERLALU SUSAH DAN PAYAH

BERAT SEKALI HATI INI INGIN MENYINGKIRKAN NAMAMU
TERASA HIDUPKU KINI SUDAH TERANG DISULUHI CAHAYA LILIN CINTAMU
YANG DULU PERNAH GELAP OLEH KERANA CINTA YANG LALU…
AKU DULU HANYALAH GADIS SEPI YANG MENANTI CINTA DATANG DISIMPANG HIDUPKU

TIDAK MENYANGKA CINTA YANG DATANG MEMBERI CABARAN YANG BESAR UNTUK KU HADAPI
KENAPA AKU SERING DITAKDIRKAN SEBEGINI RUPA
MENCINTAI SESUATU YANG AKU TIDAK PATUT CINTAI…
BUKAN MAHU MENYALAHI TAKDIR..TETAPI SIAPALAH AKU MENIDAKKAN SEMUA
APA YANG SUDAH TERSIRAT DAN TERPALIT PADA DIRIKU…

AKU TERIMA SEMUA INI DENGAN HATI TERBUKA…
TETAPI ADAKAH AKU SUDAH CUKUP KUAT UNTUK MENGHADAPINYA?
ADAKAH AKU SUDAH CUKUP SABAR UNTUK MENEMPUHNYA?
ADAKAH AKU SANGGUP MENANTI DAN 
TERUS MENANTI SESUATU YANG AKU X PASTI?

AKU TIDAK ADA JAWAPAN UNTUK SEMUA ITU…
HANYA MENANTI SESUATU KEAJAIBAN BAKAL BERLAKU…
TETAPI AKU TAKUT KARMA ITU DATANG MEMBALASKU.
SALAHKAH AKU…MEMANG AKU SALAH…

AKU SALAH DALAM MENCATURI HIDUPKU…
AKU SALAH MEMILIH JALAN HIDUPKU…
NAMUN AKU TAK SALAH DAN MENYESAL MENGENALIMU…
KERANA AKU PASTI ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI
ATAU AKU HANYALAH DATANG DALAM HIDUPMU UNTUK SEKADAR MENGUJI
TETAPI UNTUK APA? HANYA MENAMBAH LUKA DIHATIKU INI YANG
SEMAKIN HARI SEMAKIN MENDALAM…

DULU AKU TAKUT INGIN MENDEKATI CINTA LAGI KERANA AKU SERIK
DAN TAKUT UNTUK MENANGIS LAGI…
TETAPI KAU DATANG MEMBERI NAFAS BARU, MELENGKAPKAN HIDUPKU DAN
BANYAK MEMBANTU AKU…

AKU MENJADI BEGITU SAYU DENGAN KESUNGGUHAN DAN PENGORBANANMU
SANGGUP TERBAKAR KERANA LILIN CINTAKU INI…
TETAPI HARUS SAMPAI BILA??? SAMPAI BILA KITA TERUS BEGINI???
AKU HANYA BERSERAH HIDUPKU BULAT-BULAT PADA TAKDIR ALLAH…
HANYA BERUSAHA YANG TERMAMPU DAN 
MENGHARAP DIRIMU BAKAL MENUNAIKAN JANJIMU…

PERCINTAAN INI SUNGGUH MENYAKITKAN…
AKU SUDAH LELAH DAN PENAT MENANGISI TAKDIR HIDUPKU…
BOLEHKAH KITA BAHAGIA DIATAS PENDERITAAN ORANG LAIN?
BOLEHKAN KITA BAHAGIA DIATAS AIR MATA ORANG LAIN?
AKU TAK SANGGUP…JIKA TIADA JODOH DIANTARA KITA AKU RELA MENGUNDURKAN DIRI…

AKU TIDAK MAHU HANYA DIPERGUNAKAN DAN HANYA INGIN DIPERMAINKAN…
KERANA AKU SUDAH SERIK MENGHADAPINYA…
JANGAN BIARKAN LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI…
BIARLAH HATIKU SEMAKIN PULIH KERANA LUKA SEMALAM…
DAN SUBUR DAN MEKAR DISIRAMI CINTAMU…

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly