Thursday, April 25, 2013

AKU HANYA WANITA BIASA…





Hati menangis pilu, hati memberontak, 
jiwa terasa perit menanggung segala kesakitan ini…
Kenapa aku yang harus melalui semua ini? Terlalu sakit untuk ku tanggung…
Terlalu payah untuk ku terus bangun dan bangkit semula bila ku jatuh dan rebah…
Kekuatan yang ada hanya tak sebarapa kerana kurangnya keyakinan ku pada diri sendiri…
Aku hanya mampu bersabar dengan semua yang telah Allah tentukan untuk ku…
Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang telah berlaku…

Aku hanya membiarkan jari-jari ku menari merungkai kata dihati…
Entah pada siapa harus ku luah, hanya kepadaNya 
yang sudi mendengar semua luahan hati…
Ku memohon Allah memberi petunjuk kepada ku untuk ku 
terus melangkah atau berhenti setakat itu..
Aku buntu…aku sangsi…aku x yakin bisa mbahagiakannya…L
Aku mengimpikan untuk hidup bersamanya kerana hubungan kami telah terlalu jauh..
Sukar ku gambarkan rasa hati ini…

Satu ku pinta IKHLAS, JUJUR & SETIA…
Janganlah mengikat aku dengan kata janji dan sumpah setia
 jika tidak yakin dapat menunaikannya…
Kerana takut nanti aku terlalu berharap lalu aku akan terlalu 
kecewa jika ianya tak menjadi seperti yang dirancang….
Aku amat memerlukan mu, tetapi ku x mampu menanggung 
perasaan yang begitu mencengkam ini…
Aku hanya mahu hanya AKU yang kau cintai dan miliki…
Aku x mampu melihat kau bersama wanita lain…
begitu sakit menahan perasaan cemburu itu
Aku lebih rela melepaskan kau pergi daripada terus bertahan dengan sakit…

Maaf andai ku tidak mampu melaksanakan janji ku…
Maaf andai kata kita harus berpisah…
Maaf andai ku tak mampu mbahagiakanmu..
Maaf kerana telah mencuri hatimu…
Maaf kerana susah utk ku mlepaskn kau pergi….:(

Aku tak mahu menyalahi takdir hidupku…
Biarlah apa yang telah berlaku biarkan ianya berlalu…
Aku takkan sesekali meninggalkanmu melainkan kau yang meminta untuk pergi…
Hargai aku dan jangan sia-siakan aku…kerana aku HANYALAH WANITA BIASA~


p/s : Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly