Tuesday, October 2, 2012

Berinai? Apa hukumnya?


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

Ada yang bertanya, apa hukum berinai? Saya tak berani nak menjatuhkan hukum sebab saya sendiri tak pasti. Jadi saya pun mencari melalui sumber yang boleh dipercayai, insyaAllah.

Berinai sudah menjadi satu adat bagi perempuan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Inai adalah perhiasan yang diharuskan bagi perempuan sebagai pewarna rambut ataupun hiasan jari.  Agak janggal sekiranya jari-jemari dan telapak tangan tidak berhias dengan inai lebih-lebih lagi berinai dengan pengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Persoalannya, apakah hukum di sebalik semua itu? Mari kita nilai isu ini berdasarkan hadis Nabi SAW ini:

Daripada Ibnu Umar r.a, katanya: “Bahawasanya Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu.” (Sahih Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : “Allah mengutuk wanita yag mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” (Sahih Bukhari)

Walaupun berinai diharuskan bagi wanita, lelaki dilarang memakainya kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita. Hal ini jelas disebut dalam hadis riwayat Bukhari:“Rasulullah SAW melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim pula menyebut:“Rasulullah SAW melarang lelaki memakai wangian Zafaran.”

Imam Nawawi menjelaskan, larangan itu kerana warnannya bukan kerana bau wanginya. Bau wangi disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bagi lelaki adalah sama dengan memakai Zafaran. Namun, bagi lelaki yang berinai disebabkan penyakit atau untuk tujuan perubatan, dalam keadaan ini diharuskan.

Sementara itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

·         Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah harus bagi wanita sama ada yang telah berkahwin mahupun belum selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.
·         Namun begitu, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Warna yang digunakan pula mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
·         Mengenai pemakaian inai bercorak pada tangan dan kaki seperti ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambar yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
·         Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Wallahua’lam.  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly