Thursday, September 6, 2012

Mencari Penawar Qaseh 15


BAB 15

Danish berjalan berulang-alik di ruang tamu Vila milik Dato’ Raisuddin, Dina yang duduk disebelah ayahnya hanya tersenyum puas melihat Danish yang kini sudah lepas daripada tangan Aleeya. Tidak lama lagi Danish akan menjadi miliknya sepenuhnya. Dina dapat merasakan kepuasannya kini sungguh berbaloi-baloi. Tidak sia-sia usaha aku selama ini, akhirnya Danish jatuh ditangan aku! Desis Dina di dalam hati.

“Betul ke apa yang Danish dan Dina cakap ni, uncle rasa macam tak percaya aje.” Danish yang sedari tadi kebingungan lalu berhenti daripada berjalan terus sahaja memandang wajah Dato’ Raisuddin. Danish juga buntu, dia tidak tahu kenapa dia merasakan seperti ada sesuatu yang hilang sahaja dihatinya saat meninggalkan Aleeya terkapai-kapai dipintu rumahnya tadi. Bukankah ini yang aku mahu? Kenapa perlu aku berasa kesal dengan semua itu, arrrgggghhhhh!!! Luah Danish di dalam hati.

Daddy, betullah apa yang Dina cakap tadi. Aleeya tu, isteri…opss! Sebenarnya Aleeya tu curang dengan Danish. Itulah pasal Danish jatuhkan talak pada dia, sekarang Danish dah bebas. Dia tak perlu lagi dipermainkan oleh perempuan murahan macam tu lagi, yang dia tahu mahu mengikis duit si Danish ni aje. Manalah Danish tahan daddy, entah-entah selama ini memang dia dah lama bawak lelaki keluar masuk rumah sesuka hati tanpa pengetahuan Danish, kita tak tahu hati orang daddy. Rambut aje sama hitam, tapi hati lain-lain.” Danish hanya memandang sekilas ke wajah Dato’ Raisuddin ketika itu, dia tahu Dina mereka-reka cerita untuk menutup kesilapan mereka selama ini kerana sudah jatuh hati di antara satu sama lain. Namun dia hanya menuruti sahaja rentak Dina, mungkin dengan cara itu Dato’ Raisuddin tidak akan mempersoalkan statusnya sekarang yang akan kembali solo.
“Ya, uncle. Selama ini saya tutup mata saya untuk menidakkan semua kecurangan isteri saya. Hanya Dina aje tempat untuk saya meluah segala rasa kecewa dan sedih saya. Kalau bukan kerana Dina, mungkin saya masih menjadi mangsa penipunya. Dan, jika bukan kerana malam tadi Aleeya ditangkap basah tidur dengan lelaki lain, mungkin sampai sekarang saya tak tahu dia main kayu tiga dibelakang saya.” Luah Danish dengan cerita rekaannya lagi, Dina hanya mengenyitkan mata kanannya pada Danish.

“Kalau memang benar sekalipun Aleeya tu curang dengan kamu, kamu mestilah pandai bimbing dia, bagi pengajaran supaya dia tidak mengulangi semua itu.Kamu sebagai suami bukan hanya tahu lepas tangan aje, biar isteri kamu tuh terpesong jauh dari didikkan agama. Kehidupan berumah tangga ini tidak lepas dari perbalahan dan perselisihan faham, maka janganlah mudah melarikan diri dengan jalan penceraian. Ini tidak, sampai bercerai..Danish..Danish.” Danish memandang wajah Dina, sedikit berkerut wajah Dato’ Raisuddin apabila melihat wajah cemas Danish. Jika ayah Dina tahu aku meninggalkan Aleeya yang sedang sarat mengandungkan anak aku, mesti dia akan menghalang dan seboleh mungkin jauhkan aku dari Dina. Bisik Danish sendirian.

“Nak didik macam mana daddy, kalau dah isteri tidur dengan lelaki lain takkan Danish nak terima maaf dia macam tu aje. Macam lelaki dayuslah pulak nanti…” Mata Dato’ Raisuddin sudah terbeliak saat mendengar kata-kata Dina tadi, dengan wajah yang bengis Dato’ Raisuddin memandang wajah anaknya supaya menutup mulutnya dari bercakap lagi. Danish pulak sudah resah sambil mengelap peluh yang jatuh didahinya. Menuduh isterinya berzina bukanlah kehendaknya, apatah lagi sekarang Dina sudah terlanjur memberitahu Dato’ Raisuddin cerita palsu itu. Danish tidak mampu berkata apa-apa lagi, dosa fitnahnya dia sendiri yang tanggung. Dina hanya menundukkan wajahnya, malas untuk masuk campur lagi.

”Kamu berdua dah ada anak ke?” Tanya Dato’ Raisuddin lagi, bila suasana sudah kembali sepi.

“Tak! Eh, ya..Eh, saya tak ada anak dengan dia uncle, belum ada lagi,” Tergagap-gagap Danish menjawab pertanyaan Dato’ Raisuddin. Dina disebelah pula hanya membuat muka poyonya, sambil mengangguk-angguk kepalanya pada Danish.

“Kalau kamu berdua dah cakap macam tu, uncle nak cakap apa. Terpulang dengan kamulah Danish, tapi ingat settle semua urusan penceraian kamu dengan isteri kamu dulu. Lepas tu, baru boleh fikir ke mana arah tuju hubungan kamu dengan anak uncle,” Dina sudah menguntumkan senyumannya pada ayahnya disebelah, lalu Danish juga sudah duduk di sebelah Dina apabila melihat Dato’ Raisuddin sudah kembali ke tingkat atas biliknya.

“Dina, betul ke apa yang kita buat ni? Kalau daddy you tahu yang I dah ada anak macam mana?” Dina disebelah Danish sudah mengenggam tangan Danish lalu mengukirkan senyuman mengodanya pada Danish.

“Hish! You ni, janganlah cakap kuat-kuat nanti kang daddy dengar lagi susah. Sudah, you jangan risau. Semuanya ditanggung beres oleh I, I tak nak nanti daddy tahu hal yang sebenarnya lagi susah. I tak boleh berpisah dari you Danish, I sayangkan you…” Danish mengucup tangan Dina, lalu menarik Dina ke dalam pelukkannya.

“I tak kan sesekali tinggalkan you Dina, I pun..I pun sa..yang kan you,” Agak lama kata-kata itu keluar dari mulut Danish, kenapa dirasakan lain pulak kata dihatinya. Namun malas Danish memikirkannya buat masa ini. Yang penting dia dan Dina harus bersama, kerana hatinya sudah sepenuhnya terpaut pada Dina.

Setelah Danish keluar dari rumahnya malam kelmarin selepas bertengkar dengan Aleeya, dia terus mendapatkan Dina di Vila ayahnya untuk meluahkan segala apa yang telah terjadi. Selepas mendapat kebenaran daripada Dato’Raisuddin, barulah Danish dibenarkan bermalam di Vila mereka selepas memberitahu cerita palsu kepada Dato’ Raisuddin tentang kecurangan Aleeya.

***

“Untuk apa aku terus mempertahankan rumah tangga aku Ummi, kalau sudah terang-terang Danish katakan dia cintakan Dina. Untuk apa? Aku dah penat Ummi, tak larat aku nak lalui hari-hari aku bersama dengan Danish jika layanannya terus-terusan sama saja. Menambahkan luka dan sakit dihati aku aje adalah Ummi, lagipun Danish dah mengaku dia bersama dengan Dina sudah menjadi pasangan kekasih. Untuk apa lagi aku menidakkan semua yang sudah sememangnya hakikat yang sebenar,” Ujar Aleeya yang masih terbaring lesu di katil Hospital selepas sedar daripada pengsannya.

“Aku tak sangka Danish sanggup buat kau macam tu Leeya. Dulu bukan main lagi dia berjanji itu dan ini dengan kau. Sekarang sebab duit, harta dan Dina dia lupa semua tu Leeya. Habis tu, anak kau macam mana? Dia tak terfikir ke semua tu, buat keputusan melulu aje.” Marah Ummi Kalsum lagi.

“Entahlah Ummi, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Dahlah dia sendiri tak nak mengaku ni anak dia, aku nak buat macam mana. Tak guna aku melutut merayu pada dia Ummi, dia dah jatuhkan talak pada aku. Talak berapa aku dah tak pasti, tapi yang aku pasti aku akan bergelar janda Ummi. Terlalu awal bagi aku untuk memegang status itu pada usia ini. Aku malu Ummi, bagaimana penerimaan mama dan ayah aku nanti? Ke mana hala tuju hidup aku selepas ini?” Setitis demi setitis air matanya gugur menimpa wajahnya yang putih bersih itu. Sungguh dia tidak menduga pengakhiran hubungannya bersama dengan Danish sebegini rupa. Kini, semuanya sudah terang, untuk apa dia bersuluh lagi.

“Biar betul si Danish tuh! Dia dah gila ke apa, cerai nih bukan boleh dibawa main-main Leeya. Kau kan mengandung, sampai hati juga dia nak tinggalkan kau dalam keadaan kau yang berbadan dua macam ni? Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa lagi Leeya.”

“Entahlah Ummi, malaslah aku nak fikir lagi. Aku dah penat, biar dia aje yang uruskan soal penceraian kami tuh.” Ummi Kaslum hanya mengelengkan kepalanya, tidak setuju dengan apa yang telah diperkataan oleh Aleeya. Dia tahu Aleeya kecewa dengan tindakan Danish.

“Kau jangan buat endah tak endah aje Leeya, benda macam ni mesti dibincang secara serius. Bukan sambil lewa aje.” Ujar Ummi Kalsum lagi, Aleeya hanya memandang sekilas wajah Ummi Kalsum, dia tahu Ummi Kalsum khuatir soal dirinya yang sudah diceraikan oleh Danish.

“Hmm,tunggu ajelah kalau dipanggil ke mahkamah, biar hakim aje sahkan…” Ujar Aleeya lagi dengan nada suara yang bersahaja.   
                                                                                       
“Kau bersabarlah Leeya, aku ada, kau jangan risau okey. Kalau itu jalan yang Danish pilih, kau biarkan aje. Tak guna kau kejar Leeya, makin dikejar makin dia lari. Biarlah Danish bahagia dengan Dina, aku yakin suatu hari nanti Danish akan sedar.”
“Kau jangan cakap macam tu Ummi, sedih aku mendengarnya. Sakit hati aku bila kau sebut nama Dina, ya Allah macam mana aku nak cakap. Memang aku cakap aku lepaskan Danish, tapi jauh di lubuk hati aku, aku masih mengharapkan dia kembali pada aku. Tapi, semuanya angan-angan kosong aje Ummi,” Esak tangisan Aleeya semakin menjadi-jadi, dia sebenarnya belum bersedia untuk melalui ini semua. Masih terlalu cepat rasanya dia berpisah dengan Danish, dirasakan baru semalam sahaja mengenali Danish.

“Sudahlah Leeya, kau jangan banyak sangat menangis. Tak baik untuk kesihatan kau, nanti kang jadi macam semalam. Jatuh pengsan, nasib baby kau tak apa-apa. Aku risaulah Leeya nak tinggalkan kau, kalau aku boleh memang aku nak ajak kau sekali balik ke Penang. Tapi, itulah kau yang tak nak. Buat apa Leeya kau masih disini, tak guna. Danish tu…” Tidak sanggup rasanya Ummi Kalsum menghabiskan ayatnya kerana melihat wajah Aleeya yang semakin sendu. Dia tahu Aleeya terasa dengan kata-katanya, namun Aleeya perlu berbalik pada takdir hidupnya. Dia harus kuat dan cekal dari sekarang, kalau bukan sekarang bagaimana harus Aleeya untuk menempuh dan meneruskan hidup tanpa dirinya dan Danish nanti.

Be strong Leeya, aku tahu kau kuat. Aku yakin kebahagiaan tu suatu hari nanti akan menjadi milik kau. Just tunggu masanya aje lagi yang belum tiba, mungkin jambatan untuk kau menggapai bahagia tu masih terlalu panjang, insyaAllah jika kau sabar dan tabah, Allah akan bantu dan beri jalan pada hambaNya yang redha dengan ujianNya.” Aleeya mengangguk setuju dengan kata-kata Ummi Kalsum tadi, sungguh kata-kata tadi sedikit sebanyak telah menaikkan semangat Aleeya yang semakin mengendur.

Thanks Ummi, aku bertuah sangat ada kawan sebaik kau. Kalau kau tak ada aku tak tahu apa jadi kat aku. Tapi, Ummi kau mesti balik ke Penang jugak, aku tak nak menganggu keluarga kau dengan masalah aku. Lagipun, kau tak lama lagi nak kahwin. Sepatutnya sekarang kau dah balik, bukan disini Ummi.” Ummi Kalsum hanya mengukirkan senyumannya, lalu berjalan ke tingkap untuk melihat suasana diluar Hospital yang sudah semakin sibuk apabila menjelang tengah hari.

It’s okaylah Leeya, aku tak kisah. Lagi pun tunang aku yang uruskan semua tu. Tapi, aku harap sangat kau dapat pergi. Tapi, tarikh perkahwinan aku tu macam kena aje dengan due date kau nak bersalin kan?” Ummi Kalsum menoleh ke arah Aleeya yang tersenyum memandangnya.

“A’ah Ummi, bulan depan insyaAllah aku dah bersalin. Just, kadang-kadang kuasa Allah kita tak tahu bila dia nak keluarkan. Kalau dapat aku sanggup Ummi, mengandung lebih sembilan bulan, janji aku dapat pergi majlis perkahwinan kau,” Ummi Kalsum sudah mengekeh ketawa apabila mendengar Aleeya bercakap begitu.

“Kau ni Leeya, ada-ada ajelah. Tak baiklah cakap macam tu, kesian baby kat dalam tu, dia nak keluar tengok dunia jugak.” Ujar Ummi Kalsum pada Aleeya lagi.

“Eh mana ada, maksud aku anak ni, kalau dia dah besar nanti mesti dia tanya mana papa dia. Macam mana aku nak jawab Ummi?” Ummi Kalsum melangkah pergi berjalan ke katil Aleeya yang sudah tertunduk memandang perutnya.

“Aleeya, kata-kata ibu tu suatu doa tahu tak, dah, janganlah kau merepak semua tu. Sudah tersurat takdir kau berpisah dengan Danish, kita sebagai hambaNya mesti berbalik pada qada dan qadar, apa yang telah terjadi semua urusan Allah Leeya. Semuanya sudah tertulis di Luh Mahfuz lagi, aku pasti Leeya kau akan bertemu dengan insan yang lebih baik lagi dari Danish. Ingat Leeya, jodoh tu rahsia Allah.” Aleeya mengangguk setuju mendengar kata-kata Ummi Kalsum, memang benar semua apa yang sudah diperkatakan oleh Ummi Kalsum tadi. Mulai sekarang aku harus bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, aku mesti tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang dan aku harus mulakan hidup baru demi anak aku yang bakal dilahirkan nanti. Biar sekalipun aku bermula dari bawah, aku akan terus berusaha supaya aku dapat mencapai cita-cita aku selama ini. InsyaAllah, doa Aleeya di dalam hati.

***

“Mama, ayah, izinkan Aleeya kembali semula ke rumah ini, Leeya dah tak ada sesiapa lagi ma. Aleeya…Leeya dah ditinggalkan oleh Danish…” Aleeya menunduk wajahnya yang sudah dibanjiri dengan air mata. Mudah sahaja air matanya mengalir semenjak kejadian dia ditinggalkan oleh Danish seminggu yang lalu, sudah seperti menjadi penemannya dikala suka dan duka.

Datuk Othman hanya memandang Aleeya dengan wajah sedih, tidak menyangka Danish akan meninggalkan anak tirinya dalam keadaan Aleeya yang sedang sarat mengandung. Datin Farhana pula hanya duduk di sofa sambil menonton televisyen, Aleeya hanya dibiarkan berdiri diluar pintu rumahnya dengan menjinjing beg ditangan kanannya. Ummi Kalsum pula menemani Aleeya ke rumah orang tuanya selepas mengambil segala barang-barang dan dokumen penting di rumah Danish tadi sebelum dia pulang ke Pulau Pinang petang nanti. Diharapkan Datuk Othman dan Datin Farhana dapat menerima Aleeya kembali semula dirumah agam itu.

“Maafkan saya aunty, uncle. Saya tahu aunty dan uncle masih marahkan Aleeya, tapi untuk kebaikkan Aleeya, lebih baik dia pulang semula kepangkuan keluarganya. Dia dah tak ada sesiapa lagi, saya pun akan pulang ke Penang petang nanti. Saya khuatir dengan keadaan Aleeya jika dia ditinggalkan sendirian diluar sana. Saya harap aunty dan uncle dapat menerima Aleeya semula.” Panjang lebar penjelasan Ummi Kalsum kepada orang tua Aleeya, dia kasihan melihat Aleeya yang sudah tidak dianggap seperti anak sendiri, bahkan seperti orang asing sahaja. Jika sebegitu besar sekalipun kesalahan yang Aleeya lakukan, tetapi Datin Farhana dan Datuk Othman sebagai orang tuanya sepatutnya lebih memahami keadaan Aleeya dan bersedia untuk memaafkan Aleeya.

“Jangan harap aku benarkan dia kembali ke rumah ini. Siapa suruh dia terhegeh-hegeh sangat dengan lelaki macam tu. Kalau betullah lelaki tu sayang dekat dia, tak adanya dia tinggalkan kau. Dah susah, kena tinggal baru nak datang sini, jumpa aku. Sudahlah, buang masa kau aje, kau pergi aje balik dengan suami kau tuh.” Datin Farhana sudah berjalan menuju ke anak tangga pertama rumahnya, namun langkah kakinya terhenti saat mendengar suara suaminya.

“Ana, kenapa cakap macam tu? Kesian dengan Leeya, dia kan sudah dijatuhkan talak oleh suami dia, manalah lagi dia nak pergi. Kalau ya pun awak tu marah, janganlah sampai mengabaikan tanggungjawab kita sebagai orang tua. Sudahlah Ana, maafkan Leeya. Biarlah dia mulakan hidup baru bersama dengan kita. Kesian dekat anak dalam perut tu yang tak bersalah.” Datin Farhana menoleh memandang Datuk Othman dengan muka masam mencuka, dia tidak mahu Aleeya kembali ke rumah ini lagi. Dia sudah bertekad tidak akan semudah itu memaafkan Aleeya dan menerimanya kembali begitu sahaja. Aleeya perlu menerima pengajaran dengan apa yang telah dia lakukan selama ini.

“Tak guna bang, kalau bukan sebab selama ini kita terlalu manjakan dia, dia tak kan jadi macam ni. Biar dia rasa hidup kat luar tu tanpa mak bapak, baru dia sedar siapa laki dia sebenar tuh. Hei Leeya! Aku dah cakap hari tu kan, aku tak izinkan kau menjejakkan kaki kau ke rumah ini. Kau tak faham ke?! Kau nak aku cakap bahasa apa supaya kau boleh faham?! Huh!” Aleeya terus memeluk Ummi Kalsum disebelahnya, terlalu pedih rasa hatinya saat itu ketika mendengar kata-kata ibunya yang sungguh menguriskan hatinya. Kenapa begitu sekali ibu kandungku membenci diriku? Ya Allah kau berilah aku jalan untuk aku teruskan hidup ini, ke mana arah hidup yang aku harus tuju. Bantulah aku ya Allah, bisik Aleeya di dalam pelukan Ummi Kalsum.

Namun belum sempat pun Aleeya dan Ummi Kalsum melangkah pergi, Aleeya sudah terkulai di lantai luar rumah orang tuanya. Ummi Kalsum sudah cemas lalu memangil-manggil nama Datuk Othman untuk membantunya ketika itu.
***
Aleeya tersedar daripada tidurnya, dilihatnya suasana bilik ditempatnya tidur berlainan sekali. Perkara pertama yang bermain dibenak fikirannya adalah dia dimana sekarang, perkara biasa yang selalu difikir oleh orang pengsan yang terbangun dari tidur. Hmm…
Aleeya melihat bilik yang sederhana besar dengan katil bujang, meja solek dan almari pakaian. Sungguh simple tetapi nampak ceria dengan dinding yang berwarna merah jambu dengan hiasan lain dan bingkai gambar yang memenuhi ruang dinding bilik itu. Aleeya mencari-cari kelibat Ummi Kalsum, namun hampa, dia hanya bersendirian di dalam bilik itu.

“Ummi, Ummi…” Aleeya memangil-manggil nama Ummi Kalsum, dikhuatirinya dia hanya sendiri di rumah yang dia tidak tahu entah dimana dia sekarang. Aleeya cuba untuk bangun untuk melangkah ke pintu bilik namun  dia terduduk kembali kerana merasa pening kepalanya.
“Aleeya, kau dah bangun? Alhamdulillah, risau aku tadi Leeya,” Ujar Ummi Kalsum yang baru sahaja melangkah masuk sambil memegang dulang yang berisi segelas susu dan makan tengah hari untuk Aleeya.

“Ummi, aku kat mana ni? Bukan tadi aku kat rumah mama dan ayah aku ke?” Mata Aleeya masih melilau-lilau melihat keadaan sekeliling yang terasa amat asing baginya. Namun Ummi Kalsum hanya tersenyum lalu meletakkan makanan tadi di meja kecil disebelah katil Aleeya.

“Sudah, kau jangan banyak sangat fikir pasal tu. Sekarang kau minum susu ni, lepas tu makan nasi ni. Kau belum menjamah apa-apa pun dari pagi tadi, tak baik untuk kandungan kau Leeya. Ini, ubat yang doktor kasi tadi, lepas makan nasi makan ubat ya.” Sambung Ummi Kalsum yang masih sibuk menyediakan makanan untuk Aleeya, sementara itu Aleeya hanya mengerutkan dahinya memandang Ummi Kalsum.

“Ummi, aku kat mana ni? Aku tak nak menyusahkan kau lagi, biarlah aku balik cari rumah lain.” Ummi Kalsum sudah beralih duduk disebelah Aleeya dibirai katil bujang Aleeya tadi lalu menyuakan segelas susu tadi kepada Aleeya. Aleeya hanya menyambut huluran yang diberi dan meneguk air susu tadi sambil menunggu jawapan dari mulut Ummi Kalsum.

“Leeya, janganlah cakap macam ni, serba salah aku. Aku takkan balik sampai aku yakin kau selamat sehingga aku tinggalkan kau. Kalau jadi apa-apa pada kau, aku takkan maafkan diri aku Leeya. Sudahlah, kau bawak bertenang aje, rehat cukup-cukup. Sekarang kau ada dekat rumah kakak angkat aku, jangan risau dia belum berkeluarga lagi. Lagipun dia duduk sendiri dalam rumah peninggalan arwah ayah dan ibu dia, jadi aku mintak tolong dia untuk sementara waktu ni jaga kau. Lepas aku selesaikan semua urusan di Penang, aku janji aku akan datang sini jengguk kau. Sementara kau cari rumah lain, barulah kau pindah dari sini. Aku tahu kau bukan jenis orang yang suka menyusahkan orang lainkan. Untuk kali ini aje Leeya, aku harap kau terima tinggal disini. Petang karang aku dah nak balik ni, lebih baik kau tinggal dengan Kak Qis, keselamatan kau lebih terjamin.” Panjang lebar penjelasan yang diberi oleh Ummi Kalsum pada Aleeya, dia tahu Aleeya akan seboleh mungkin tidak akan menyusahkan orang lain dalam masalah rumah tangganya.

“Tapi Ummi, aku malulah. Dahlah aku tak kerja, duit pun tak ada. Takkan aku nak duduk free aje dalam rumah ni. Lagilah aku segan Ummi, alah macam mana ni.” Ummi Kalsum memegang tangan Aleeya, dia tahu Aleeya tidak selesa tinggal di rumah orang dengan tidak menghulur apa-apa wang untuk menanggung pembelanjaannya. Lebih-lebih lagi dia akan bersalin dalam masa terdekat ini, duit simpanannya juga sudah semakin sedikit, untuk meminta wang kepada Danish jauh sekali dari pemikirannya.

“Alah kalau soal duit, kau jangan risau Leeya. Ayah kau ada masukkan duit dalam akuan kau tadi, inipun dia ada bagi sikit untuk beli barang keperluan kau. Aku dah bagitahu dengan ayah kau kat mana kau tinggal, selepas mama kau...mama..kau…” Tidak sanggup rasanya Ummi Kalsum menghabiskan kata-katanya, dia tahu dia sudah terlanjur kata. Namun Aleeya memahami setiap butir bicara Ummi Kalsum tadi, dia tahu ibunya masih belum dapat menerima dirinya. Sudahnya, dia ditinggalkan dirumah orang lain yang bukan siapa-siapa padanya. Sungguh hina rasanya diriku, desis Aleeya didalam hati.

“Aku faham Ummi, mesti mama aku tak kasi aku tinggal dalam rumah tu lagi. Aku tak kisah dah Ummi, aku tak kisah. Memang aku salah dalam mencaturi hidup aku selama ini, inilah balasan yang setimpal yang perlu aku terima, sekarang biarlah aku mulakan hidup baru. Mama aku tahu ke ayah aku beri duit pada aku?” Ummi Kalsum hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, Aleeya tahu jika Datin Farhana tahu pasti ibunya akan memarahi Datuk Othman.

Setelah Datuk Othman menyedari Aleeya pengsan diluar rumahnya tadi, dia bersama dengan Ummi Kalsum membawa Aleeya baring diruang tamu rumahnya sementara menanti doktor keluarga mereka datang memeriksa Aleeya. Datin Farhana pula hanya memandang kosong ke wajah pucat lesi anak kesayangannya itu, lalu melangkah pergi menaiki anak tangga rumahnya untuk ke kamar beradunya. Sungguh hati ibunya begitu tersentuh melihat wajah anaknya yang pucat lesu itu telah tersadai di sofa ruang tamu rumahnya. Semakin dia melihat semakin pedih rasa hatinya melihat penderitaan yang perlu ditanggung oleh Aleeya. Ummi Kalsum hanya memerhatikan Aleeya makan, sungguh berselera sekali Aleeya makan, mungkin sudah terlalu lapar, duga Ummi Kalsum.
“Kau jangan buat macam tadi Leeya, tak breakfast pagi-pagi. Itulah badan kau cepat sangat lemah, lepas tu pengsan. Kau jangan seksa diri kau, anak kau yang dalam tu kau perlu fikir jugak.” Aleeya hanya mengangguk mendengar nasihat Ummi Kalsum, dia tahu selepas sahaja dia keluar dari hospital pagi tadi dia tidak menjamah sedikit pun makanan yang dibeli oleh Ummi Kalsum, sementara Ummi Kalsum membayar semua kos perubatan sepanjang Aleeya berada di Hospital tadi. Aleeya berjanji di dalam hatinya untuk membayar segala wang yang telah Ummi Kalsum habiskan untuk menanggung pembelanjaan dirinya. Sudah terlalu banyak budi yang ditaburkan oleh Ummi Kalsum, sehinggakan majlis perkahwinannya yang hampir tiba pun dia masih sibuk menguruskan dirinya. Sedangkan suaminya sendiri tidak pernah mengambil tahu soal perihal dirinya setelah dia keluar dari rumah itu.

“Assalamuikum, Kak Qis menganggu kamu berdua ke?” Tanya Qistina yang berdiri diluar pintu bilik yang sudah menjadi milik Aleeya sekarang. Ummi Kalsum dan Aleeya sama-sama menoleh ke arah yang sama lalu mengangguk memandang Qistina yang tidak lekang dengan senyuman dibibir.

“Tak kak, masuklah. Ini, Ummi kenalkan dengan Kak Qis, kawan baik Ummi, Aleeya, Leeya nilah Kak Qis aku cakap tadi,” Aleeya menyambut huluran yang diberi, lalu menyalaminya dengan penuh hormat. Tersentuh hati Qistina melihat perlakuan Aleeya tadi, sungguh dia sudah mengetahui cerita disebalik apa yang telah terjadi. Walaupun sudah ditegah oleh Qistina, namun Ummi Kalsum berdegil juga untuk memberitahu apa yang telah terjadi. Bukan ingin mengaibkan Aleeya atau membuka pekung didada tetapi sekadar pengetahuan untuk Qistina jika Aleeya menghadapi sebarang masalah nanti apabila ketiadaan dirinya. Pasti perasaan ingin tahu terbit juga di dalam hati Qistina, Ummi Kalsum hanya memberikan alasan yang cukup bernas untuk mengukuhkan lagi kenapa Aleeya perlu tinggal di rumah Qistina untuk sementara ini.

“Maafkan saya kak, sebab menyusah kakak sampai kena menumpang rumah akak lagi. Saya janji, dalam masa terdekat ni saya akan cari rumah lain, untuk sementara waktu ni saya tumpang sini dulu ya.” Ujar Aleeya setelah lama diam membisu, dia sebenarnya amat kekok dan janggal dengan situasi itu, namun dia harus membiasakan dirinya dari sekarang.

“Eh, tak apa Leeya, Kak Qis tak kisah. Lagipun Kak Qis tinggal sorang diri dirumah ni, taklah sunyi sangat nanti ada Aleeya yang meneman, kan Ummi?” Ummi Kalsum hanya mengangguk seraya tersenyum.

“Terima kasih kak, sebab sudi terima orang macam saya. Saya dah tak tahu nak pergi mana, jasa kamu berdua takkan saya lupakan. Thanks Ummi, kau dah banyak tolong aku,” Ujar Aleeya lagi sambil mengesat air matanya yang penuh bertakung di tubir matanya.

“Sudahlah Leeya, jangan difikir sangat. Itulah gunanya kawan, kau sambunglah tidur, berehat cukup-cukup. Aku keluar kejap, petang karang lepas zohor aku nak balik, nanti aku bangunkan kau ya.” Aleeya mengangguk lalu terus baring sambil diselimutkan oleh Ummi Kalsum, Qistina juga sudah melangkah keluar untuk ke dapur mencuci pinggan makanan Aleeya tadi.

***







0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly