Tuesday, September 11, 2012

Langit Tak Selalunya Cerah :)


Langit tak selalunya cerah
Hari tak selalunya indah...
hidup kita juga umpama laut
ada pasang surutnya...

Kadang-kadang kita diatas &
kadang-kadang kita dibawah...
begitulah aku sebagai hamba Allah yang hina
sering saja tidak lepas dari melakukan dosa
namun aku masih bersyukur 
kerana diberikan nikmat untuk terus hidup untuk menebusnya

Masih dapat merasa deruan angin dipesisiran pantai
melihat alam yang indah lagi menyenangkan
namun apa yang diingini
tidak semestinya terlalu mudah untuk diperolehi...

Aku terus mencuba dan mencuba 
biarpun keadaan sekeliling menghalang
orang sekeliling juga memandang pelik
mungkin benci mungkin muak 
melihat aku kerana aku masih tabah
berjalan dengan mengetepikan semua
perkara yang remeh dan temeh...

Walaupun aku puas mahupun jenuh
sudah menghadapi langit yang mendung
namun ku masih gagah berdiri menghadapinya dengan tabah
biar dilempar sebarang tohmahan dan kata cacian
namun aku masih tersenyum memandang ke arah mereka...

kerana aku pasti kesabaran itu akan berpihak kepadaku...
biarlah apa yang terjadi,
yang penting baru kita kenali apa itu erti sebuah kehidupan
Akan ada suatu hari mereka juga akan menghadapi
langit yang mendung...
tiada satu individu pun yang akan terlepas...
setiap manusia didunia akan merasanya 
perit dan jenuh menghadapi sebuah keperitan...

ujian..
langit yang mendung pasti akan tiba..
tiada satu individu pun yang akan terlepas daripada mengalaminya..
diri ini pernah mengalami satu saat di mana langit teramat mendung seakan ribut taufan akan melanda..
di saat insan lain bergembira..diri ini di dalam hampa dan kecewa..
masih segar dalam ingatan saat yang kulalui itu..
amat payah untuk melangkah..
tetapi ku gagahi jua demi insan yang tersayang yang tidak pernah jemu menyokong..
percayakan ujian Allah pasti ada hikmahnya..
Allah sedang mengatur kehidupan yang lebih baik untuk diri ini..

Allah ingin mendidik diri ini..
supaya jangan pernah duduk di ZON selesa..

* PENGALAMAN INI MEMANG MEMATANGKAN AKU,
SUNGGUH BIARPUN LELAH UNTUK MENGHADAPINYA
TETAPI AKU BERSYUKUR DIBERIKAN UJIAN YANG MAHA HEBATNYA
AKAN TIBA SUATU HARI NANTI BERKAT KESABARAN YANG DITANAM
AKAN MENGHASILKAN SESUATU YANG LUAR BIASA.
BERSABARLAH...BERSABARLAH...DAN TERUS BERSABARLAH...
BIAR APA ORANG KATA, TERUSKAN BERJALAN TANPA MENOLEH 
KE BELAKANG KERANA MEREKA HANYA UJIAN YANG KECIL
UNTUK DIHADAPI BIARPUN IA ADALAH SATU PENGKHIANATAN *

p/s: pengalaman ini walaupun x seberapa namun sudah cukup memberi pengajaran
& pengalaman untuk aku lebih bersedia di masa hadapan untuk menghadapi hari esok
yang masih belum kita ketahui keberangkaliannya...





sumber


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly