Wednesday, August 8, 2012

Tulang Rusuk Adam Yang Hilang


Tulang rusuk Adam yang hilang,

biarlah dia yang mencarinya sendiri

Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah,

tak perlulah kamu yang mencari Adam. 

Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang,

 dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. 

Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar

Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama,

beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik.

Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga.

Tetapi bukanlah aku mengharap lelaki yang baik itu

Semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak

dan harta yang membuak-buak...

Tetapi cukuplah sekadar LELAKI yang boleh membimbing aku

untuk bersama-sama menuju ke jalan yang diredhaiNya

Lelaki yang sanggup menemani Hawa sepanjang hayat, 

dan mendidik tentang selok belok agama yang mungkin hanya

menjadi pakaian dan lencana dan memberi zuriat yang

yang halal lagi dirahmatiNya...

Dia akan datang apabila tiba masanya, cepat atau lambat

hanya Allah yang maha mengetahui


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.


Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.


Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. 

InsyaAllah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly