Thursday, August 23, 2012

Khilaf Semalam


Khilaf ku
Seringkali disalah erti
namun
tak siapa tahu apa yang sedang aku leraikan...
Khilaf ku
Sering memakan diri
namun
Siapa aku mahu menghukum
Aku, Kau, Dia
tetap berbeza, punyai khilaf berbeza...
mana mungkin kita serupa
mana mungkin kita selalu memenuhi
kerna khilaf ku sering menduga

Maaf di atas ketelanjuran aku
Khilaf ini...amat mematangkan aku

* Manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan...
begitu juga aku hanya insan biasa yang tidak lepas dari ujian Allah
kesilapan & kekhilafan yang aku lakukan semalam sungguh 
mematangkan aku & memberi impak yang sangat besar...

sungguh aku menyesali apa yang telah aku lakukan dulu,
namun itu semua tidak dapat diputarkan kembali
cuma berbalik kepada qada & qadar Allah sudah ditentukan
pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik apa yang telah terjadi...

Diharapkan semua temanku dapat memaafkan khilafku yang semalam
kerana aku hanyalah hamba Allah yang sering alpa & leka...
cukuplah sekadar kata maaf itu sudah memadai bagi aku
kerana nilai persahabatan yang sebenar hanya dapat diungkap
apabila ego itu dapat diketepikan...

Bukan senang untuk meminta maaf
apatah lagi memaafkan...jika ada yang menerima maafmu maka
bersyukurlah namun harus kau ingat untuk melupakan susah sekali...
Maafkan aku kawan, teman & sahabat kerana mengkhianati persahabatan kita
engkau memang layak mempunyai kawan yang lebih baik dari aku
kerana khilafku semalam aku menjadi insan yang rugi...*

p/s: Thanks dpt maafkn aku,wlu apa puwn tjdi kita tetap kwn smpi bila2..Tq fren!

p/s/s: Rasa bsalah mnyelubungi hati...bbelah bagi,bbgi rasa...*SIGH*

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly