Friday, July 27, 2012

Mencari Penawar Qaseh 14


BAB 14

Pagi itu Aleeya terbangun daripada tidurnya yang panjang, masih terasa perit dipipi kanannya saat itu. Seperti terasa sangat pedih apabila ingin membuka mulutnya, dilihatnya suasana disekeliling rumahnya masih seperti mana dia ditinggalkan oleh Danish, disaat hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada Danish. Namun hampa tiada tanda-tanda pun Danish pulang ke rumah pagi itu, Aleeya melihat jam di dinding rumahnya tepat menunjukkan pukul tujuh pagi. Dirasakan air matanya menitis ke pipi disaat terkenangkan kembali peristiwa malam tadi, sungguh tidak disangka-sangkanya. Tidak pernah dia meninggikan suaranya kepada Danish seperti malam tadi, memang Aleeya akui sedikit sebanyak dia berasa lega dengan luahan hatinya.

Terluah segalanya yang terpendam dilubuk hatinya yang paling dalam, segala kekecewaannya terhadap sikap Danish yang sudah jauh berubah selama ini hanyalah dipendamkan sendiri. Untuk apa lagi dia menjaga tingkah lakunya jika suaminya sendiri sudah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap kebajikannya selama ini. Sekarang bukan masa untuk menangisi takdir hidupnya, sekarang dia perlu bangkit daripada terus tersungkur jatuh. Sampai bila dia harus menutup matanya daripada menidakkan apa yang sudah terang bederang nyata dihadapannya kini. Danish memang diakui sudah jauh berubah, bahkan Aleeya sering terabaikan, segala kemahuan dan keperluan Aleeya hanya dipandang sambil lewa. Sampai bila kesabaran itu dapat dia tahan, akhirnya Aleeya meletup juga. Walaupun dirasakan seperti isteri yang derhaka, tetapi apa yang Danish telah lakukan kepadanya memang sangat-sangat melampaui batasannya.

Tiba-tiba Aleeya terimbas kembali peristiwa dimana sebelum dia pulang ke rumah malam itu, dia bersama dengan Ummi Kalsum singgah ke rumah ibu dan ayah tirinya. Namun penerimaannya memang sudah disangka-sangkanya, seperti acap kali menjadi rutin Aleeya melawat ibu atau ayah tirinya layanan yang sama bakal Aleeya terima. 

Petang itu setelah pulang dari Taman Tasik Titiwangsa, Aleeya mengajak Ummi Kalsum untuk bertemu dengan keluarganya. Sudah lama dia tidak datang menjengguk ibunya setelah dihalau keluar dari rumah itu suatu ketika dahulu. Aleeya amat terasa dengan layanan yang diberikan, walaupun begitu Aleeya bersyukur kerana setibanya dia bersama dengan Ummi Kalsum petang itu ke rumah orang tuanya memang sangat bertuah. Aleeya melihat ayah tirinya membawa ibunya duduk dihalaman rumah mereka sambil minum petang. Mungkin mama sudah semakin pulih dari sakit, duga Aleeya di dalam hati.

Senyuman dibibir Aleeya terukir saat matanya terpandang Datin Farhana yang juga memandang ke arahnya. Namun senyuman itu tidak lama, keluhan keluar jua di bibir Aleeya disaat Datin Farhana membuang pandang ke arah lain. Datuk Othman memandang ke luar pagar rumah banglonya, dia melihat Aleeya bersama dengan Ummi Kalsum tercegat diluar pagar sambil memandang ke arah mereka, lalu Datuk Othman melangkah pergi mendapatkan Aleeya diluar pagar rumahnya. Namun belum sempat Datuk Othman melangkah, Datin Farhana memegang tangan suaminya lalu membisikkan sesuatu. Berkerut dahi Aleeya disaat dia terpandangkan tindakan ibunya, diharapkan kedatangannya kali ini disambut dengan baik. Tidak seperti sebelum-sebelumnya hanya pulang dengan rasa kecewa yang sudah acap kali menjengah di jiwanya.

Aleeya memandang ayah tirinya mengangguk-angguk setelah Datin Farhana habis bercakap. Ummi Kalsum masih setia berdiri disebelah Aleeya, manakala Aleeya memegang palang besi pagar rumahnya. Seperti orang asing dirasanya kini, kerana dia sekarang hanya berada diluar pagar rumahnya yang suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian dari hidupnya.

“Assalaimualaikum ayah, Leeya datang nak jumpa mama. Bolehkan ayah?” Aleeya menguntumkan senyuman yang penuh harapan pada ayah tirinya, manakala Ummi Kalsum hanya mengangguk setuju. Setelah menjawab salam Aleeya, Datuk Othman agak lama terdiam sebelum menjawab soalan Aleeya tadi.

“Maaf Leeya, mama tak nak diganggu sekarang. Leeya baliklah dulu, nanti ayah pujuk mama kamu,” Aleeya sudah tidak keruan, lalu cuba menahan ayahnya daripada berlalu pergi.

“Ayah! Nanti dulu, janganlah buat Leeya macam ni. Leeya datang bukan nak ganggu mama, cuma Leeya nak datang jenguk mama aje. Lepas tu, Leeya janji Leeya akan balik rumah terus.” Datuk Othman sudah serba salah, dilihatnya Aleeya benar-benar maksudkan apa yang dia katakana tadi. Timbul juga rasa kasihannya pada anak tirinya itu, namun akhirnya dia hanya mampu menggelengkan kepala. Aleeya tetap juga tidak berputus asa, dia masih berusaha memujuk ayah tirinya.

“Ayah, Leeya rayu sangat kat ayah. Cuma kali ini aje ayah, bagi Aleeya peluang untuk berjumpa mama. Cukuplah sekadar Aleeya dapat salam dan kucup tangan mama itu sudah memadai. Aleeya nak sangat ayah sebelum Aleeya melahirkan anak ini, tolonglah ayah kalau bukan sebab Leeya, ayah buat demi anak yang Leeya kandung ni,” Aleeya memegang perutnya yang sudah semakin sarat dengan air mata yang mengalir jatuh ke pipinya. Ummi Kalsum memegang tangan Aleeya untuk menenangkannya.

“Uncle, saya mintak maaf kalau saya mencampuri urusan keluarga uncle. Tapi saya merayu sangat uncle, berilah Aleeya kesempatan untuk bertemu dengan mamanya. Kesian dengan Leeya uncle, untuk seketika sahaja. Lepas itu kami balik, kami janji.” Ujar Ummi Kalsum pula untuk membantu Aleeya yang sudah tersedu-sedu disebelahnya.

Datuk Othman memandang sekilas ke wajah sendu Aleeya, lalu menoleh memandang isterinya yang masih memandang ke tempat lain. Lalu dengan lambat-lambat akhirnya Datuk Othman mengangguk dan terus mencapai alat kawalan jauh di dalam kocek seluarnya untuk membuka pagar automatik rumahnya. Aleeya dan Ummi Kalsum sama-sama menguntum senyuman disaat mendengar kata setuju daripada Datuk Othman. Lalu mereka sama-sama melangkah masuk ke dalam setelah pagar sepenuhnya sudah terbuka.

“Tapi sekejap aje, okey?” Langkah kaki Aleeya dan Ummi Kalsum terhenti disaat Datuk Othman memperingati mereka sekali lagi. Lalu cepat-cepat Aleeya mengangguk dan dengan pantas meghampiri Datin Farhana.

“Abang, kan Ana dah cakap jangan kasi budak tu masuk. Kenapa abang bagi jugak!” Datin Farhana sudah kemerah-merahan kulit wajahnya yang putih itu menahan amarahnya pada suaminya yang tidak mendengar arahan darinya tadi. Namun Datuk Othman hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Mama, Leeya datang ma, tolonglah ma pandang muka Leeya.” Aleeya sudah duduk di kerusi bersebelahan ibunya, namun dengan pantas tangannya yang disentuh Aleeya tadi ditarik dengan kasar. Aleeya memegang-megang perutnya yang dirasakan tidak begitu selesa dengan caranya duduk. Namun Aleeya masih tidak berganjak dari posisinya tadi, dengan cara begitu dia dapat melihat wajah ibunya yang sudah lama dia rindukan.

“Kau buat apa kat sini? Siapa suruh kau datang! Aku tak ingin tengok muka kau lagi, pergilah kau dengan suami kau itu. Buat apa kau nak melutut merayu pada aku, aku tak sudi sekalipun melihat muka kau!” Aleeya hanya tunduk membisu memandang rumput-rumput hijau di halaman rumahnya. Air matanya tidak henti-henti mengalir keluar, bahkan merembes laju sahaja keluar membasahi wajahnya, manakala Ummi Kalsum hanya berdiri dibelakang Aleeya.

“Ma, maafkan Leeya ma. Leeya tahu mama benci Leeya, tapi tolonglah ma, kali ini aje mama tengok Leeya. Leeya nak mintak ampun dan maaf dari mama dan ayah. Sebelum Aleeya bersalin ini, Leeya tak nak bawak dosa ini sekali ma, cukuplah kata maaf tu keluar dari mulut mama. Itu aje yang Leeya nak, tolong ma, ayah, please…” Aleeya memandang wajah ayah tirinya yang sedikit tegang namun Datuk Othman masih diam membisu. Dia tidak mahu keadaan isterinya kembali teruk dan sakit lagi.

“Tahu pun kau aku benci tengok muka kau, habis tu buat apa kau datang ke mari! Aku tak suka dan aku tak izinkan kau jejakkan kaki kau disini. Tahu! Ow, kau nak tayang kat akulah yang sekarang perut kau dah besar, jadi aku kesianlah tengok keadaan kau. Sudah! Kau boleh berambus dari rumah aku sekarang, berambus! Abang halau dia ni keluar bang, keluar!” Aleeya tersentak lalu cuba berdiri menjauhi ibunya, dikhuatiri dia disakiti nanti. Ummi Kalsum di sebelah turut membantu Aleeya untuk berdiri. Kalau tidak mahunya dia tersungur jatuh disitu, Ummi Kalsum hanya mengusap lembut belakang badan Aleeya.

“Baiklah ma, kalau itu yang mama nak. Tapi sebelum itu izinkan Leeya mohon maaf atas kesilapan dan kekhilafan Leeya selama ini pada mama dan ayah. Tolong maafkan Leeya, hanya itu yang Leeya mintak. Dan ma, izinkan Leeya mengucup tangan mama.” Aleeya terus mencapai tangan Datin Farhana lalu disalam dan diciumnya penuh hormat. Lalu setelah itu, Datin Farhana menarik kembali tangannya dari genggaman tangan Aleeya. Agak lama Aleeya berdiri dihadapan ibunya, lalu sudah bersedia untuk mengangkat kaki menghampiri ayah tirinya.

Kemudian Aleeya beransur pulang setelah mengucapkan terima kasih kepada ayah tirinya, jika bukan kerana Datuk Othman mungkin Aleeya tidak berpeluang berjumpa dengan ibunya. Datin Farhana hanya menghantarkan pemergian Aleeya dengan linangan air matanya. Sungguh, jauh dilubuk hatinya, dia berasa teramat rindu dengan anak kesayangannya. Oleh kerana hatinya menjadi sakit dan terguris apabila teringat kembali perbuatan Aleeya yang membelangkannya selama ini telah menutup semua itu.

“Mama maafkan Leeya sayang…” Hanya itu sahaja yang mampu Datin Farhana ucapkan disaat bayangan Aleeya sudah jauh dari pandangannya.

Aleeya yang sedang leka menangisi nasib hidupnya tiba-tiba tersentak dengan kehadiran Danish secara tiba-tiba. Mungkin tadi dia terlalu leka melayani perasaan sedih dan kecewanya ketika teringat kembali pertemuannya bersama dengan Datin Farhana petang semalam sehinggakan tidak menyedari Danish kini sudah terpacak dihadapan pintu rumah sambil memandangnya. Aleeya melihat reaksi pertama diwajah suaminya yang tercinta, tiada lagi wajah yang manis ditayangkan kepadanya, senyuman yang sentiasa terukir dibibir suaminya kini bertukar dengan senyuman yang sinis memandangnya seperti Aleeya sangat-sangat jijik dilihatnya kini. Aleeya mengesat sisa air matanya dipelupuk matanya. Dia bangun daripada duduknya lalu melangkah menghampiri Danish yang masih tercegat berdiri memandang tajam ke arah Aleeya.

“Abang baru balik? Abang pergi mana malam tadi? Tidur kat mana? Kenapa abang tinggalkan Leeya macam tu aje?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Aleeya, matanya masih melekat memandang wajah Danish yang masih diam seribu bahasa. Lalu Aleeya mencapai tangan suaminya untuk dikucup , namun cepat-cepat ditepis oleh Danish. Aleeya hanya tunduk membisu, dia juga sekarang keliru dengan semua yang terjadi. Aleeya buntu, bagaimana seharusnya dia lakukan kepada Danish saat ini. Dimana penghujungnya hubungan aku dan Danish nanti, anak ini macam mana dengan nasibnya kelak. Aku harus mempertahankan hubungan ini, aku tidak mahu Danish pergi dari hidup aku. Aku mesti lakukan sesuatu demi keluarga aku, Dina, hanya dia aje masalahnya sekarang. Gumam Aleeya di dalam hatinya.

Namun dek kerana Aleeya yang masih leka memikirkan masalah rumah tangganya, tiba-tiba dia tersedar apabila mendengar pintu biliknya ditutup dengan kuat. Baru Aleeya perasan suaminya sudah melangkah pergi, lalu Aleeya berjalan melangkah untuk ke dapur. Mungkin ada sesuatu yang ingin dia bicarakan bersama suaminya nanti, setelah sekembalinya suaminya yang entah dari mana. Aleeya dengan tergesa-gesa berlalu ke bilik air, dilihatnya wajahnya ketika itu sangat pucat lesu dan kusam. Akibat terlalu banyak menangis, dibawah matanya menjadi hitam dan sembab. Sungguh buruk dilihatnya kini penampilannya yang sekarang sudah tidak terurus dek kerana terlalu sedih dengan apa yang telah terjadi. Sampai begitu sekali dugaan yang mendatang dalam hidupnya, namun tanpa membuang masa Aleeya segera membasuh mukanya dengan air lalu berlalu ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

“Abang, abang nak ke mana lagi? Tunggu kejap bang…Leeya nak…”  Belum sempat Aleeya menghabiskan kata-katanya Danish terlebih dahulu memotong.

“Kau ni kenapa! Ada apa lagi yang kau nak pada aku? Duit! Nah!” Danish membuka dompetnya lalu melemparkan  wang tadi ke wajah Aleeya. Aleeya yang sedang berdiri dihadapan Danish hanya terkedu melihat tindakan mendadak Danish. Dilihatnya duit yang Danish lemparkan tadi jatuh menimpa lantai dapur rumahnya. Aleeya hanya memandang kosong ke wajah Danish yang masih mencuka, sempat pula mata Aleeya melihat penampilan Danish yang sudah lengkap berpakaian pejabat. Aleeya cuba untuk bersabar dengan tindakan mendadak suaminya itu tadi, dia tidak mahu keadaan betambah semakin keruh.

“Bukan, bukan duit yang Leeya nak. Sebenarnya..sebenar..”

“Sebenarnya! Sebenarnya! Kau ini apa hal! Dah tak tahu nak cakap lagi, baru kena lempang malam tadi terus jadi sewel kepala hotak kau! Nak aku bagi penampar lagi bagi betul segala wayar-wayar dalam kepala hotak kau yang dah putus tuh!” Hampir tersungkur jatuh Aleeya apabila mendengar Danish melemparkan kata-kata kesat itu kepadanya. Tidak ada pun rasa simpati atau kasihan bertamu di dalam hati Danish kini. Terasa sungguh kerdil diri ini, seperti melukut ditepi gantang sahaja.

Hanya dia sahaja yang cuba menjernihkan keadaan walhal Danish terus-terusan melemparkan tomahan dan sumpah seranahnya. Sampai bila harusku lalui ini semua ya Allah, kau tabahkan hati hambaMu ini untuk terus bertahan. Janganlah kau hilangkan rasa cinta dan sayang suamiku didalam hatinya. Aku mohon ya Allah…Sempat pula Aleeya mendoakan kesejahteraan keluarganya di dalam hati. Danish sudah tidak keruan lalu melangkah ke muka pintu rumahnya untuk memakai kasutnya. Aleeya mengejar langkah kaki Danish, dia harus bertindak cepat. Dia tidak mahu Danish terus-terusan menyeksa dirinya begini.

“Abang tunggu dulu! Leeya nak kita bincang bang, sampai bila hubungan kita nak macam ni. Abang tak kesian ke dengan anak kita dalam perut ni. Kalau sekalipun abang benci Leeya, tapi Leeya mintak bang. Leeya mintak abang untuk anak kita, Leeya..”

“Hish!!! Anak siapa! Itu bukan anak aku tahu! Aku rimas tahu tak! Rimas! Rimas! Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan kau!” Terpacul laju sahaja kata-kata itu keluar dari mulut Danish. Aleeya disebelahnya sudah terlopong mendengar kata-kata keramat yang keluar bersahaja dari mulut suaminya.

“Abang!” Danish merentap tangan Aleeya yang memegang lengannya, wajah Aleeya sudah dibasahi dengan air mata. Tidak tertahan rasa sakit hatinya, sudah semakin mengendur semangatnya untuk berbaik-baik dengan Danish. Semakin dipaksa semakin menjadi-jadi kemarahan Danish terhadapnya.

“Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap aku tak mahu ada ada-apa kaitan dengan kau? Aku tak nak! TAK NAK!!!” Tidak tertelan rasanya kata-kata Danish saat itu, Aleeya menenangkan hatinya untuk cuba menidakkan apa yang baru sahaja diperkatakan oleh Danish. Dia harapkan ini semua hanya mimpi buruk dan mimpi ngeri sahaja untuknya. Namun semua sangkaannya meleset, sekarang dia di dunia realiti bukan fantasi.

“Apa maksud abang? Leeya tak faham bang?” Aleeya keliru, daripada pencakapan Danish tadi seperti ada hali lintar sahaja yang akan menimpa keluarganya nanti. Dia tidak mahu apa yang timbul dikotak fikirannya akan menjadi kenyataan.

“Hish perempuan ni! Aku cakap aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau! Jadi, kau boleh berambus dari hidup aku! Faham!” Aleeya sudah terduduk dilantai ruang tamu rumahnya sambil memegang kaki Danish. Danish hanya membiarkan Aleeya begitu sahaja tanpa ada rasa kasihan sekalipun. Sudah beku hatinya untuk Aleeya, kini dihati dan dibibirnya hanya nama Dina yang menghiasi hidupnya.

“Tapi kenapa bang? Apa salah Leeya? Kenapa abang buat Leeya macam ni, mana janji abang dulu untuk sehidup semati dengan Leeya. Abang dah lupa ke bang? Leeya tak sangka bang, abang sanggup buat Leeya macam ni! Hanya kerana perempuan gatal! Jalang bernama Dina tuh! Abang sanggup tinggalkan Leeya…”

Danish sudah membutangkan matanya pada Aleeya lalu menolak tubuh Aleeya daripada terus berpaut daripada kakinya. Danish berasa sungguh tercabar dengan kata-kata berani daripada mulut Aleeya. Pap! Singgah lagi tamparan hebat daripada Danish ke pipi gebu Aleeya. Aleeya kini rebah ke lantai rumahnya, terasa lemah sungguh seluruh badannya saat itu dengan tangisan yang mendayu-dayu.

“Apa! Apa kau cakap! Gatal! Si Dina tu kau cakap jalang! Nak kena perempuan ni, kau jangan sesuka hati menuduh Dina yang bukan-bukan. Kalau bukan kerana Dina kau takkan merasa hidup senang lenang dengan aku, entah-entah dah jadi pengemis ditepi jalan tuh! Paling teruk pun nasib kau sama dengan kucing kurap tepi jalan tuh! Sedar-sedarlah diri tu sikit! For your information, Dina tu kekasih aku, buah hati aku, pengarang jantung aku. Dialah luka dialah penawar bagi aku. Segala-galanya Dina boleh kasi kat aku, dan kau, kau apa! Hampeh! Tak ada apa-apa, tahu tak! Nothing! Zero! Menyusahkan aku adalah!” Danish menunjal-nunjal jarinya ke kepala Aleeya, merah wajah Danish kerana menahan rasa amarahnya sambil memandang Aleeya yang sudah mengensot-ngensot ke arahnya. Tanpa membuang masa Danish mula melangkah keluar dari rumahnya, namun belum sempat kakinya melangkah pergi dia terdengar Aleeya berkata-kata lagi.

“Kalau Aleeya ni menyusahkan hidup abang, abang lepaskan aje Leeya bang. Jika itu dapat membahagiakan abang, Leeya lepaskan abang untuk Dina. Leeya tak sanggup bang hidup terus-terusan begini, tak ada gunanya lagi abang simpan Leeya jadi isteri abang jika abang sendiri tak sanggup nak jaga Leeya. Biarlah bang, Leeya mengalah, asalkan abang bahagia itu dah cukup bagi Leeya,” Danish sudah mencebikkan bibirnya waktu itu, dengan wajah yang sinis, Danish memandang ke arah Aleeya dengan jelingan mata yang sangat tajam.

Kini Aleeya redha dengan segalanya, jika itu kemahuan Danish, Aleeya akur. Buat apa lagi dia menagih kasih kepada orang yang tak sudi, sia-sia sahaja usahanya jika hati Danish sudah terpaut teguh dirantai oleh Dina. Memang Aleeya akui Dina lebih layak bersama Danish dengan keadaannya yang sudah tidak memiliki apa-apa pun untuk membahagiakan Danish. Dia hanya memiliki sekeping hati, sekeping hati yang sering dilukai dan disakiti.

“Huh! Lepaskan konon! Kau ingat aku suka sangat nak simpan kau jadi bini aku. Tak rugilah aku lepaskan kau. Aku bersumpah tujuh keturunan sekalipun, aku tak akan balik semula pada kau, kau faham! Aku ceraikan kau! Kau dengar tak?! Aku ceraikan kau!!!”

“Abang…” Wajah Aleeya sudah dibasahi dengan air mata.                                       
                      
Danish terus melangkah pergi ke kereta Proton Prevenya dan meluncur laju meninggalkan Aleeya yang masih terbaring lesu di pintu hadapan rumahnya. Aleeya hanya memandang kepergian Danish dengan linangan air matanya, tidak menyangka kesudahan episod cintanya sebegini tragedis sekali.

***

Ummi Kalsum tiba dihalaman rumah Aleeya pagi itu setelah setengah jam pemergian Danish dari rumah itu, setibanya Ummi Kalsum dihadapan pagar rumah Aleeya yang masih terbuka luas. Ummi Kalsum terpandangkan  seperti ada seseorang sedang terlantar di pintu rumah Aleeya, dengan tanda tanya yang bermain dibenak fikirannya, Ummi Kalsum segera melangkah keluar dari perut kereta Perodua Vivanya yang di parkir diluar pagar rumah Aleeya. Dikhuatirinya Aleeya menghadapi apa-apa musibah dan sebarang masalah, namun sangkaannya benar-benar berlaku.

Tergesa-gesa Ummi Kalsum berlari-lari mendapatkan Aleeya yang sudah terbaring lesu di pintu rumahnya, keadaan Aleeya waktu itu masih separuh sedar dipangkuannya. Air mata Ummi Kalsum sudah deras membasahi pipinya, tidak menyangka dia akan menyaksikan Aleeya dalam keadaan sebegitu rupa. Sungguh terkilan rasa hatinya saat itu dan rasa kasihannya melimpah ruah saat melihat Aleeya dengan perut yang besar hanya terlantar lesu di lantai rumahnya. Hancur luluh Ummi Kalsum melihat keadaan Aleeya sebegitu, terketar-ketar bibirnya menahan tangis.

“Leeya, Leeya, bangun Leeya. Leeya janganlah macam ni, Danish mana Leeya?” Ummi Kalsum menepuk lembut pipi Aleeya yang sudah kemerah-merahan akibat tamparan Danish tadi. Dilihatnya Aleeya membuka matanya perlahan-lahan, lalu terukir nipis senyuman dibibir Aleeya yang ada sedikit kesan darah yang sudah kering. Mungkin kerana tamparan Danish yang terlalu kuat tadi mengakibatkan bibir Aleeya pecah dan berdarah.

“Ummi…Ummi, kau ke tu?” Aleeya memegang erat tangan Ummi Kalsum untuk mencari semangatnya yang hilang tadi untuk kembali berkobar-kobar.

“Ya Leeya, akulah ni. Ya Allah Aleeya, kau kenapa ni? Jomlah aku hantar kau pergi ke hospital, muka kau pucat sangat ni.” Ummi Kalsum mengesat air mata yang mengalir keluar dari tubir mata Aleeya. Tersedu sedan Aleeya menahan tangisnya yang kini sudah semakin mengendur.

“Danish dah tinggalkan aku Ummi, dia dah tinggalkan aku...” Ummi Kalsum mengangguk-angguk kepalanya, tangisannya masih merembes laju sahaja keluar melihat Aleeya yang masih mampu mengukir senyumannya. Walaupun waktu itu memang tiada serinya lagi senyuman manja Aleeya yang selalu menghiasi bibir mungilnya. Kini hidup Aleeya sudah terumbang-ambing dek kerana seorang suami yang tidak pandai bertanggungjawab, kerana dikaburi dengan harta dan wang Danish tegar dan sanggup mengadaikan cinta suci Aleeya selama ini. Ummi Kalsum melihat Aleeya semakin lemah dan lemah, akhirnya Aleeya terkulai dipangkuan Ummi Kalsum.

“Leeya!!!”

***


6 comments:

Miz Novexx said...

sedihnya... kejam betul husband leeya
rasa macam nak hantuk je kepala si Danish tu kat dinding
tapi betullah, kerana harta dunia manusia boleh berubah sekelip mata
banyak pengajaran dari cerita ni
hope sambung cepat2 eh ;)

csYa_AiesYa said...

trima kasih krana mbaca hasil karya sy..hehe..
insyaAllah dlm masa tdekt ni sy update bab yg sterusnya..:)

Iffah said...

pernah baca citer ni kat P2U, and at last jumpa blog penulisnya.
hope, sambung citer ni cepat2 and taknak la sedih sangat.
I wish leeya jumpa lelaki lain instead of danish tu...
i like this story <3<3<3

csYa_AiesYa said...

tq vm iffah..hehe.insyaAllah, sambungn nya x sedih sgt..ehee.truskn mbaca hasil karya sy..:)

Anonymous said...

nak lgi nak lg nak lg

hawa said...

adakah cerita ini hanya separuh jalan?
pd pndpt sy cerita ini menarik dengan konflik yg dicetuskan oleh penulis akan tetapi syg jika hanya separuh jln shj....
plz tolong sambung cerita ini dan habiskn diblog atau dibukukan(T_T)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly