Tuesday, July 10, 2012

Mencari Penawar Qaseh 13


BAB 13

“Assalamualaikum, Leeya? Leeya?” Ummi Kalsum berada diluar rumah Aleeya sambil tangannya menekan suis loceng rumah milik Danish dan Aleeya. Dilihatnya kereta Proton Preve kepunyaan Danish tiada ditempat parkir kereta, pasti Danish tiada di rumah.

Ummi Kalsum menekan lagi suis loceng rumah namun masih tiada jawapan. Lalu Ummi Kalsum menekan punat telefon untuk menelefon Aleeya. Tiba-tiba pintu dikuak daripada dalam, terjenggul wajah Aleeya melihat gerangan tetamu yang datang bertandang ke rumahnya hari minggu itu.

Wajah Aleeya bertukar ceria apabila melihat Ummi Kalsum memandang Aleeya sambil melambai-lambaikan tangannya pada Aleeya. Ummi Kalsum dan Aleeya saling berpelukan, lalu Aleeya mempelawa Ummi Kalsum untuk masuk ke dalam rumahnya dan mereka sama-sama duduk.
“Kau apa khabar? Makin sarat dah aku tengok, tunggu hari dah ke?” Ummi Kalsum mengusap lembut perut Aleeya yang semakin membesar itu.Ummi Kalsum melihat senyuman nipis dibibir teman karibnya itu, namun dia pasti senyuman itu lebih pada dibuat-buat.

“Aku alhamdulillah sihat, baby pun sihat juga, baru lapan bulanlah Ummi. Cuma..cuma aku tak happy aje Ummi,” Aleeya mula menundukkan wajahnya lalu bermain-main dengan jarinya sahaja.
“Eh, kenapa pulak tak happy? Kau mestilah happy kan tak lama lagi nak jadi ibu. Kenapa kau ada masalah ke Leeya? Kalau kau tak keberatan kau sharelah dengan aku. Maybe boleh kurangkan beban yang kau tanggung, kalau aku tak boleh tolong pun aku boleh jadi pendengar aje, dapat juga kurangkan apa yang kau rasakan.” Ummi Kalsum memegang tangan Aleeya lalu mengenggamnya penuh erat seperti cuba meniupkan semangatnya pada Aleeya.

“Aku..aku tak tahu nak cakap mana mana lagi Ummi. Aku sedih sangat sekarang, kau pun tahu aku tak ada sesiapa lagi. Aku cuma ada suami aku dan kau kawan baik aku aje. Ini, anak ni yang buat aku masih disini, memberi semangat untuk aku terus hidup Ummi. Aku sunyi Ummi, mak bapak aku dah lama buang aku. Aku teringin sangat nak jumpa mereka, aku rindu sangat-sangat Ummi dengan ibu aku. Tak terluah dengan kata-kata, lebih-lebih lagi sekarang aku tak lama lagi nak melahirkan anak sulung. Aku nak minta ampun dan maaf pada orang tua aku. Begitu banyak sekali dosa-dosa aku pada mereka. Aku takut Ummi, aku takut…”

“Sshh, sudahlah Leeya. Aku tak nak tengok kau menangis. Aku datang jauh-jauh ni bukan nak tengok air mata kau. Biar sekalipun kau kata aku kejam, tapi aku cuma nak tengok kau senyum dan gembira aje. Kalau pasal orang tua kau, aku boleh temankan kau jumpa mereka.”

Aleeya menangis dengan semahu-mahunya dibahu Ummi Kalsum, tidak tertanggung rasanya saat itu ketika melihat kawan karibnya datang dari jauh gara-gara hanya ingin menemaninya keluar membeli-belah di pusat beli belah untuk membeli kelengkapan barangan bayi dan juga pakaiannya. Danish pula sudah semakin jauh dari gapaiannya, entah kenapa sikap Danish semakin hari semakin sukar untuk dimengertikan. Ada sahaja alasan yang Danish berikan jika Aleeya membawanya pergi membeli-belah. Namun Aleeya redha dengan semua yang berlaku, mungkin ini adalah balasan untuk apa yang dia telah lakukan kepada kedua-dua orang tuanya dan arwah ayahnya dahulu.

“Sudahlah Leeya, cukuplah aku tengok kau menangis. Sakit aku tengok Leeya, sudahlah. Sekarang, kau pergi siap-siap kita pergi terapi kepala otak kita dengan shopping!” Aleeya sudah menguntumkan senyumannya yang manis buat Ummi Kalsum. Dikesatnya air mata yang masih bersisa di pelupuk matanya.

Aleeya mengenggam tangan Ummi Kalsum lalu berkata, “Ummi, thanks sebab kau selalu ada ketika aku amat memerlukan kawan disisi aku. Kalau kau tak ada aku pun tak tahu. Eh, kau dah makan ke Ummi? Aku belum masak apa-apa lagi, duit yang Danish bagipun cukup-cukup aje nak beli barang dapur dengan barang baby sikit-sikit.”

Ummi Kalsum menepuk-nepuk paha kawan karibnya, dia faham dengan situasi Aleeya sekarang. Sedih dan pilu sungguh menyentap pangkal hatinya, tidak menyangka kehidupan Aleeya sekarang jauh berbeza, penuh dengan onak dan duri. Semoga kau terus cekal dan tabah Leeya, dalam menempuh ranjau kehidupan yang pahit dan lagi memeritkan. Doa Ummi Kalsum di dalam hati.

“Aku belum makan lagilah, tak apa. Kita makan diluar aje, aku sponser. Kau ada mengidam nak makan apa-apa tak? Aku belanja ni, rezeki jangan ditolak.” Aleeya sudah tersenyum-senyum memandang Ummi Kalsum apabila Ummi Kalsum membuat muka nakalnya. Sudah dia sedia maklum sikap Ummi Kalsum yang ada sahaja gelagatnya membuat Aleeya gembira dan bergelak ketawa. Aleeya memang sudah menyuarakan hasratnya untuk makan makanan laut kepada Danish namun hanya di pandang dek oleh Danish. Malas Aleeya hendak menginggati kembali kejadian itu, Danish memang sudah jauh berubah. Tidak tahu lagi harus dilakukan apa, Aleeya sudah mati akal. Manusia memang sangat memerlukan perubahan, tetapi jika perubahan itu ke arah kebaikkan tidak mengapa, ini tidak jauh panggang dari api.

“Urm, aku rasa nak makan Tom Yam seafoodlah Ummi, and aku rasa nak makan Pizza Hut ada jugak ni, kalau tak pun makan Burger Mc’D tu. Boleh kan, bolehlah Ummi?” Ummi Kalsum sudah membutangkan matanya apabila mendengar semua makanan yang ingin Aleeya makan. Dia tahu dari mimik muka yang Aleeya buat, sedikit sebanyak memang sengaja ingin mengenakannya. Namun belum sempat Ummi Kalsum bersuara Aleeya terlebih dahulu berbicara.

“Hee, aku acah aje. Sebenarnya aku memang dah lama mengidam nak makan makanan seafood ni, jomlah kita pergi karang lambat pulak.” Ummi Kalsum mengangguk setuju lalu Aleeya segera bersiap sedia untuk keluar sebelum hari beransur malam. Dikhuatiri Danish akan memarahi Aleeya jika dia pulang lewat malam.

***

“Erk! Alhamdulillah, ya Allah kenyangnya aku Ummi. Thanks ya Ummi,” Ummi Kalsum hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Aleeya itu. Walaupun sudah hampir bergelar ibu, namun sifat manja dan kebudak-budakannya masih terserlah.

“Ya, sama-sama Leeya. Aku pun kenyang pulak tengok kau makan. Berselera sungguh, puas hati aku tengok.” Aleeya sudah menyisipkan straw minumannya ke bibir mungilnya, lalu menghabiskan air suam di dalam gelasnya.

“Itu maknanya orang yang belanja makan ni ikhlas nak sponser, tak gitu?” sambung Aleeya lagi.

Ummi Kalsum sudah menaikkan bulu keningnya sambil memandang Aleeya yang masih berlagak tenang dan biasa.

“Yelah tu! Jomlah Aleeya, kita gerak sekarang. Aku tahu sangat perangai kau tu, kalau memilih barang mahunya berjam-jam. Lekaslah, karang balik lewat malam aku tak tanggung ar…” Aleeya sudah mencebikkan bibirnya lalu dengan perlahan-lahan dia cuba untuk bangun dari kerusi namun agak sukar untuknya berdiri. Terasa berat sungguh badannya dan terasa lengguh kakinya kerana terlalu lama duduk. Ummi Kalsum memandang pelik ke wajah berkerut Aleeya.

“Kenapa Leeya? Kau nak terberanak ke?” Wajah Ummi Kalsum sudah berubah cemas, namun belum sempat Ummi Kalsum berdiri mendapatkan Aleeya yang duduk dihadapannya lalu dicegah oleh Aleeya.

“Hish! Apa kau ni Ummi, ke situ pulak. Aku bukannya nak terberanak, susah nak berdiri aje dengan perut aku yang semakin memboyot ni.” Ummi Kalsum mengeluh lega, lalu tersengih-sengih memandang wajah kelat Aleeya.

“Hee, sorrylah Leeya. Aku ingat kau nak terberanak tadi. Mana tak nya payah sangat nak angkat tengok perut kau yang besar tu. Eii, macam mana agaknya rasa bawak perut boyot ke hulur ke hilir ek. Eh, Leeya kalau jadi apa-apa aku tak larat nak angkat kau, aku cakap awal.” Terbit pulak perkara yang pelik-pelik di benak fikiran Ummi Kalsum sambil kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan adakah orang yang dikenali ada berdekatan.

“Ya Allah Ummi! Ke situ pulak dia fikir. Ish! Jangan fikir-fikir bukan-bukanlah. Malas aku nak melayan kau ni, sampai besok pun tak habis. Sudah, aku nak belah dari sini, makin lama aku duduk sini makin sakit kepala aku.” Ummi Kalsum sudah terkebil-kebil melihat Aleeya sudah berlalu meninggalkan dia yang masih duduk termangu seorang diri. Lalu tanpa membuang masa, Ummi Kalsum mengejar langkah kaki Aleeya setelah membayar semua makanan mereka tadi.

“Aleeya! Leeya! Hei, tunggulah aku. Eii, perempuan ni.” Omel Ummi Kalsum.

“Tahu takut! Dah, kau jangan nak banyak songeh. Aku banyak barang nak beli ni, dahlah nak berjalan pun rasa payah sangat. Aduh, kalau ada kerusi roda kan sedap, ada jugak orang tolong menolaknya,” Seperti hendak terjengkil keluar sahaja biji mata Ummi kalsum saat mendengar cadangan yang cukup bernas keluar daripada mulut Aleeya. Aleeya pula hanya mengekeh ketawa melihat wajah terkejut Ummi Kalsum.

“Ek eleh, relek-relek lu aje dia suruh kita menolak. Tak nak aku, silap hari bulan aku pulak yang duduk atas kerusi roda tuh.” Gurau Ummi Kalsum pada Aleeya.

“Cakap bestfriend, tolong tolak pun tak nak…” Ummi Kalsum sudah memeluk lengan Aleeya, dikhuatirinya Aleeya mengambil hati dengan apa yang dia cakapkan tadi.

“Eh, mana ada. Aku main-main ajelah tadi Leeya. Itu pun nak kecik hati, perut aje besar tapi hati kecik!” Aleeya terus mencubit lengan Ummi Kalsum disebelahnya, belum sempat Ummi Kalsum mengelak namun terlebih dahulu dikepit oleh tangan ketam Aleeya.

“Sakitlah Leeya, kau ni!” Ummi Kalsum mengusap-usap lengannya tadi, sambil Aleeya hanya mentayangkan muka poyonya. Langkah kaki mereka masih berjalan-jalan seperti tiada tempat yang hendak dituju.

“Leeya, kau cakapkan kandungan kau dah 8 bulan. Kenapa besar sangat ni aku tengok, kot-kot kau dapat twin tak?” Aleeya malas hendak melayan kerenah Ummi Kalsum disebelahnya, dia hanya diam seribu bahasa sedangkan mulut Ummi Kalsum yang terkumat-kamit disebelahnya hanya dibiarkan sahaja bercakap seorang diri. Entah apalah dibebel oleh Ummi Kalsum sedari tadi.

Kepala Aleeya masih melilau-melilau memandang ke sekeliling, masih tercari-cari tempat yang sesuai untuk membeli pakaian dan barangan bayinya. Namun tanpa dia sedari matanya tertancap kepada sesuatu yang diluar jangkaannya, tepat matanya melihat orang yang kini juga memandang ke arahnya. Ummi Kalsum yang sedari tadi belum menyedari kejadian itu, pelik apabila melihat Aleeya tiba-tiba berhenti. Sedangkan langkah kakinya sudah ke depan lalu berpatah balik ke arah Aleeya.

“Leeya kau kenapa tiba-tiba berhenti ni?” Ummi Kalsum memandang anak mata Aleeya yang tidak beralih daripada memandang sesuatu. Lalu Ummi Kalsum juga melemparkan pandangan yang sama untuk mengetahui apa yang Aleeya lihat sehinggakan dia terdiam seribu bahasa.

“Eh, tu bukan Danish dan Dina ke Leeya? Apa dia orang buat kat sini?” Aleeya merasakan seperti setitis demi setitis air matanya gugur menimpa ke pipi gebunya. Ummi Kalsum disebelah pula mempamerkan wajah yang marah, sudah kemerah-merahan jua kulit wajahnya yang putih itu ketika memandang Dina dengan ‘slumber badak’ memegang lengan Danish. Sungguh mesra perlakuan mereka berdua dipenglihatan Aleeya, namun Dina masih belum menyedari kehadiran Aleeya dan Ummi Kalsum ketika itu, kerana dia sedang sibuk dengan rajuknya yang sekejap terlentuk kepalanya dibahu Danish, sekejap mencubit-cubit lengan Danish. Aleeya tidak dapat menahan air matanya, akhirnya pecah juga empangan air matanya yang cuba ditahan-tahan sedari tadi.

Danish pula berasa cemas dengan situasi yang tidak disangka-sangkanya itu, lalu dengan kasar dia menepis tangan Dina yang sedang berpaut dilengannya. Dina pulak pelik melihat sikap Danish yang tiba-tiba berubah mendadak itu. Lalu melihat ditempat yang sama ke arah Aleeya dan Ummi Kalsum yang sedang tajam memandang mereka.

Danish juga tidak menyangka yang Aleeya berada ditempat yang sama juga untuk membeli belah. Terasa percikkan peluhnya mengalir didahi, namun Danish cuba melangkah sedikit demi sedikit ke arah Aleeya. Namun langkah kaki Aleeya lebih pantas, dengan langkah seribu Aleeya meninggalkan Danish dengan rasa yang sebal dan kecewa dengan apa yang dilihatnya. Danish Haikal yang dicintai dan disayanginya dengan sepenuh hati telah menduakan cintanya. Tidak berguna untuk aku menunggu lagi disitu, biarlah aku melangkah pergi daripada menyaksikan adegan yang menyakitkan hati. Luah Aleeya di dalam hatinya.

Ummi Kalsum juga menuruti langkah kaki Aleeya yang sudah jauh ke hadapan, tidak menyangka Aleeya akan berlalu secepat itu. Dengan segala kudrat yang ada Aleeya pergi meninggalkan Danish disaat dia terdengar sayup-sayup namanya dipanggil oleh Danish. Dina pulak menarik lengan Danish kembali kepadanya, namun direntap Danish kembali.

“Danish! Tak guna you nak kejar bini you tu. Dia dah pergi, lantak dia lah.” Dina sudah berpeluk tubuh sambil memandang sinis ke wajah Danish. Danish pula terasa dipaku sahaja kakinya saat itu, semakin hilang bayangan Aleeya dihadapannya. Kini, dia dapat merasakan sangat bersalah terhadap Aleeya kerana membohongi Aleeya di rumah tadi. Dia sengaja mencari alasan untuk tidak dapat menemani Aleeya membeli-belah kerana ingin bersama-sama dengan Dina. Tidak menyangka Allah telah merancangkan sebaik-baiknya, akhirnya pecah sudah temberang Danish selama ini. Dina pulak sudah tersenyum puas, bila melihat wajah kecewa Aleeya yang terpancar jelas dimatanya.

***

“Leeya, kita buat apa kat sini? Kau okey ke?” Aleeya masih leka matanya memandang ke sebuah tasik di Taman Tasik Titiwangsa yang terbentang luas dihadapannya dan Ummi Kalsum. Mereka hanya duduk dibangku yang sudah tersedia, namun agak lama Ummi Kalsum menanti soalannya dijawab.

“Ummi, kau tahu tak, nilah tempat kesukaan Danish. Dia pernah bawak aku pergi sini dulu, masa tu kami baru aje menyemai cinta, tak sangka cinta yang sudah disemai hanya menunggu masanya sahaja lagi untuk dilerai. Aku sedih Ummi, aku kecewa, aku tak sangka Danish buat aku macam ni. Biarlah aku duduk disini dulu Ummi, aku nak tenangkan fikiran aku kejap.” Aleeya sudah mengesat air mata yang masih degil juga mahu keluar, malahan semakin merembes laju sahaja membasahi wajah Aleeya. Ummi Kalsum hanya diam membisu, dia tahu Aleeya sekarang sangat-sangat perlukan ruang untuk dirinya berfikir dan menyendiri.

“Aku faham Leeya, aku tahu kau kecewa. Tapi, lebih baik kau luah apa yang kau rasa kepada Allah. Minta padaNya untuk menyatukan kembali hati korang berdua,” Aleeya menoleh memandang Ummi Kalsum, ada senyuman kecil terukir dibibirnya.

“Kau tak faham Ummi apa yang aku rasakan, kalau boleh aku tak nak menyusahkan kau dalam hal peribadi aku. Tapi, hati aku memang sudah bersatu Ummi dengan Danish, cuma dia aje yang semakin menjauh dari aku. Kini, barulah aku tahu dihatinya kini ada Dina,” Ummi Kalsum mengusap-usap lembut tangan Aleeya, supaya Aleeya semakin tenang dengan tindakannya.

“Kau jangan fikir bukan-bukan dulu Leeya. Manalah kita tahu apa dia orang buat kat situ, mungkin kebetulan ke Danish jumpa Dina kat situ,”

“Kebetulan apa Ummi, kalau dah peluk-peluk macam tu. Kau tak nampak ke tadi betapa mesranya Dina bersama Danish. Ya Allah, aku tak tahu nak cakap apa Ummi, sakit sangat hati aku ini bagai ditusuk-tusuk dengan pisau yang tajam aje rasanya, hanya menunggu hati aku untuk hancur lumat lagi Ummi. Memang Allah adalah sebaik-baik tempat untuk aku meluah dan menenangkan hati yang kecewa dan sedih. Tapi tempat ini Ummi, semuanya tercoret disini. Kau tengok nama aku dan Danish ni, masih terpahat di bangku ini. Tapi aku tahu Ummi, cinta Danish pada aku semakin pudar dan menghilang, buktinya layanan Danish terhadap aku sebelum ni sudah menunjukkan Danish lebih bahagia bersama dengan Dina. Aku dapat bayangkan senyuman Danish tadi bersama Dina begitu gembira sangat Ummi, seperti dia sudah lupa aku yang sedang mengandungkan zuriatnya,” Tidak tertahan rasanya Aleeya ketika itu apabila teringat anak yang dikandungnya hasil hubungannya dengan Danish dahulu. Tidak adakah sekelumit jua rasa bersalah Danish kepadanya, sudah hilangkah cinta dan janji yang selama ini yang sentiasa bermain dibibirnya. Aleeya buntu, namun Aleeya redha jika ini ketentuanNya.

Ummi Kalsum memandang ukiran pada bangku yang dimaksudkan oleh Aleeya tadi. Memang tertera tertulis nama mereka berdua, pasti sukar untuk Aleeya melupakan semua kenangannya bersama Danish. Ummi Kalsum disebelah hanya mengeluh lalu membiarkan Aleeya menenangkan dirinya sahaja. Malas dia mahu menganggu Aleeya buat masa ini, kerana sekarang yang penting kandungan Aleeya yang tidak lama lagi akan mencecah ke sembilan bulan dan dalam masa terdekat ini Aleeya akan melahirkan anak pertamanya. Kesihatan Aleeya amat penting sekarang, biarlah Danish dengan urusan dia dahulu. Yang penting aku ada disisi Aleeya, gumam Ummi Kalsum di dalam hati.

***

“Assalamualaikum,” Aleeya melihat kereta Proton Preve Danish sudah terpacak ditempat parkir kereta rumahnya. Pasti Danish sudah pulang ke rumah, awal pulak dia balik hari ini. Desis Aleeya di dalam hatinya.

Aleeya tahu pasti Danish marah dengan kepulangannya yang lewat malam itu, dilihatnya jam ditangan tepat menunjukkan pukul 11.30 malam. Aleeya khuatir hendak memberi alasan apa, tetapi oleh kerana kejadian petang tadi yang membuatkan Aleeya bermurung durja seharian, pasti Danish akan berbaik-baik dengannya. Dengan lafaz bismillah Aleeya melangkah masuk ke dalam rumahnya yang kelihatan agak suram, hanya bertemankan lampu luar rumah yang menerobos masuk ke dalam ruang tamunya. Dilihatnya Danish masih duduk disofa diruang tamu sambil berpeluk tubuh, dilihatnya juga televisyen masih terpasang.

“Dah tak reti nak balik rumah dah! Kau ingat aku apa? Tunggul! Nak tunggu kau balik!” Hampir tersungkur jatuh Aleeya apabila melihat kemarahan Danish yang secara tiba-tiba. Belum sempat pun tangan Danish disalam dan dikucupnya, sudah dihamburkan dengan kata-kata kesat pula. Tiada lagi kata-kata sayang menjadi panggilannya dan cara pencakapan Danish juga turut berubah. Semakin kasar tidak seperti selalu lemah lembut sahaja. Memang meleset apa yang diduganya sebentar tadi, Danish tidak ada rasa bersalah langsung terhadap dirinya, bahkan ingin meminta maaf atas kejadian petang tadi pun tidak.

“Abang cakap apa ni? Leeya baru balik dari rumah saudara Ummi, lepas tu singgah rumah mama nak jenguk mama kejap. Tapi..” Belum sempat pun Aleeya  menghabiskan kata-katanya Danish sudah memotong.

“Tapi apa! Aku tak tanya pun kau ke mana! Ow, balik rumah mak kau, jadi kau mengadulah dekat mak bapak kau apa yang aku dah buat petang tadi! Macam tu! Aku tak heranlah Leeya! Tak guna kau nak melutut merayu dengan orang tua kau yang dah lama buang kau tu, huh!” Danish sudah berdiri berhadapan dengan Aleeya, suhu kemarahannya memang sudah mencapai takat didihnya.

Aleeya pulak hanya tersedu-sedu menahan tangisnya. Tidak menyangka apa yang telah diucapkan oleh Danish kepadanya tadi benar-benar keluar dari mulut suaminya. Belum pun sembuh luka dihatinya dek kerana kejadian dan adegan petang tadi, inikan pula ditambah lagi dengan sumpah seranah Danish. Dimana kata-kata cinta dan sayang yang selalu bermain dibibir suami ku, dimana! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.

“Abang cakap apa ni? Kenapa abang berubah macam ni sekali. Dulu abang tak macam ni bang, sebab siapa bang? Sebab Dina kan bang!” Aleeya sudah memegang perutnya yang sudah membukit itu dengan linangan air mata yang tidak henti-henti turun membasahi pipinya. Danish pulak berasa semakin panas apabila melihat Aleeya menjawab semua kata-katanya.

“Ow, dah pandai melawan kau ya. Menangis konon, itulah aje kau tahu! Menangis! Tak sekelumit pun rasa kasihan aku pada kau tahu tak! Jangan harap! Dan kau jangan nak masuk campur urusan aku. Antara aku dan Dina kau tak perlu tahu. Faham! Dah tahu perut tu besar yang  terhegeh-hegeh dibawak membusung ke sana ke mari tu kenapa?! Dah buang tebiat! Nanti kang jadi apa-apa, siapa yang susah?! Aku jugak kan! Tolonglah jangan menyusahkan aku lagi, sudah-sudahlah!”

Aleeya mengesat air matanya ditubir matanya dengan hujung lengan baju mengandungnya. Tidak mahu dia nampak lemah dihadapan Danish yang sudah tidak ada rasa cinta buatnya lagi. Pengakuan Danish tadi memang amat menyakitkan dan memeritkan. Aleeya masih teringat kata-kata nasihat dan semangat daripada Ummi Kalsum sebentar tadi sebelum menghantar Aleeya pulang ke rumah, lalu Aleeya tanpa rasa takut dan teragak-agak dia menjawab juga pencakapan suaminya.

“Apa bang? Jadi, selama ini Leeya menyusahkan abanglah! Jadi abang tak ikhlas menjaga Aleeya selama ini? Macam itu ke bang! Lagi, tak perlu masuk campur abang kata. Saya ni isteri abang tahu tak, saya ada hak nak tahu semua tu! Abang sedap-sedap berkepit dengan si Dina diluar tu, balik-balik rumah saya jugak yang dimarahnya. Saya tak salah bang, abang yang salah. Abang curang dengan Leeya! Abang curang!!!”

Pap! Pipi gebu Aleeya ditampar sehingga Aleeya terjatuh ke sofa disebelahnya. Nasib ada sofa yang menampung badannya ketika itu, kalau tidak pasti Aleeya menghadapi pendarahan yang teruk. Aleeya memegang perutnya yang terasa sakit kerana hentakannya tadi. Danish sudah cemas memandang ke arah Aleeya, namun kerana keegoan yang tinggi dia hanya mampu melihat Aleeya dengan pandangan mata yang tajam dan muka yang bengis.

Aleeya menangis semahu-mahunya, sakit dan perit semuanya bergabung menjadi satu. Tidak menyangka Danish akan setekad itu sehingga menamparnya malam itu. Pipi ini yang selalu dibelai dan dicium namun kerana perempuan lain Danish sanggup meletakkan tapak tangannya yang kasar ke pipiku. Luah Aleeya di dalam hatinya sendiri.

Tanpa membuang masa Danish terus berlalu pergi meninggalkan Aleeya yang masih terkapai-kapai memandangnya. Dilihatnya Danish melangkah pergi dengan tergesa-gesa dan mendengar bunyi enjin kereta Danish yang berderum kuat membelah malam yang kelam seperti dirinya yang sudah ditinggalkan sendiri dirumah yang telah banyak mencoretkan segala kisah suka dan duka hidupnya.  Rumah yang dikongsikan bersama dengan suaminya, Danish Haikal di dalam melalui bahtera rumah tangganya.

“Mama, maafkan Leeya ma,” hanya itu yang mampu terluah oleh Aleeya disaat itu. Semua yang dilihatnya semakin kabur, kepalanya terasa berpusing-pusing dan matanya sudah berpinar-pinar lalu Aleeya rebah disofa tempatnya duduk tadi.

***

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly