Friday, June 29, 2012

Mencari Penawar Qaseh 12


Bab 12

“Abang, bersiap-siap ni nak pergi mana? Kata tak pergi kerja hari ni,” Aleeya yang baru masuk ke dalam kamar beradu mereka sudah memandang pelik ke arah Danish yang sedang memasang tali lehernya. Danish hanya memandang sekilas ke wajah isterinya lau melemparkan senyuman. Danish menyarungkan jam tangan pada pergelangan tangannya pula. Aleeya menghampiri Danish apabila soalannya tidak diendah oleh Danish.

“Abang ni orang tanya soalan bukan nak jawab, senyum-senyum pulak. Cantik sangatlah senyuman tu, mengada-ngada.” Aleeya duduk di kerusi meja soleknya hanya memerhati seraut wajah suaminya yang tampan, lantas Danish duduk bersimpuh menghadap Aleeya lalu bersuara.

 “Sayang, memanglah semalam abang cakap abang tak kerja. Tapi abang tak boleh cuti lama-lama. Kerja dekat office tu dah berlambak-lambak. Lagipun Dina dah offer nak tolong abang, dia..dia yang ambik abang nanti. Leeya tak kisah kan?”

Aleeya menundukkan wajahnya, lama dia berfikir sebelum menjawab soalan suaminya. “Erm, kalau Leeya tak suka abang pergi kerja dengan Dina tak apalah. Abang boleh pergi guna teksi..” Danish terus mencapai beg bimbitnya di birai katil, namun Aleeya terus mendapatkan Danish dan menggengam tangan suaminya.

“Abang, Leeya tak cakap pun Leeya tak kasi abang pergi kerja dengan Dina, cuma Leeya risau aje kaki abang tu belum sembuh sepenuhnya kan. Tapi tak apalah, kalau dah kerja abang banyak sangat, janji abang selamat pergi dan balik tu pun dah cukup.” Aleeya menundukkan wajahnya, ada getar dibibirnya sewaktu melafazkan kata-kata itu. Padahal disebaliknya yang bermain difikirannya. Aleeya buntu, dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan perasaannya kepada Danish ketika itu.

Dikhuatirinya Danish memikirkan dia berprasangka buruk pulak terhadap suaminya sendiri. Dia cuma keliru, dia tidak mahu Danish nanti semakin jauh darinya dengan keakraban Danish dan Dina. Tetapi Aleeya tidak dapat melawan takdir, memang Dina yang banyak membantu mereka sekeluarga. Jika bukan kerana Dina, hidupnya dengan Danish tidak akan senang seperti sekarang.

Thanks sayang, sebab memahami abang, abang pergi kerja dulu.” Danish  menghadiahkan satu kucupan pada dahi isterinya yang tercinta itu. Belum sempat Danish melangkah pergi Aleeya memanggil lagi nama Danish.

“Abang, kalau ya pun abang tak sabar nak pergi kerja. Sarapanlah dulu, Leeya dah siapkan sarapan tadi,” Aleeya berjalan menghampiri Danish, lalu Danish hanya tersenyum memandang jam tangan pada pergelangan tangannya.

“Urm, tak apalah sayang. Dah lambat ni, Dina pun dah tunggu kat luar tu.” Danish melangkah pergi sambil memasang kasut pejabatnya. Aleeya memanggil lagi suaminya, untuk kali kedua.

“Abang nanti dulu..” Danish menoleh lagi dengan wajah masam, belum sempat dia berkata apa-apa Aleeya terus mengapai tangannya dan mengucup dengan penuh hormat.

“Baik-baik pergi kerja ya bang, jangan balik lambat,” Sejuk hati Danish mendengarnya, dia terus melangkah pergi selepas menjawab salam dari isterinya. Dina sudah tersenyum manis di dalam kereta sambil matanya melirik pada perut buncit Aleeya. Dia berasa puas kerana rancangannya berjaya. Apa yang berlaku semalam adalah semua hasil daripada rancangannya, orang yang melanggar Danish itu adalah orang upahannya.

Dina tiba-tiba teringat semalam, setelah pulang daripada menghantar Danish balik ke rumah, dia tergesa-gesa mendapatkan orang suruhannya. Habis Dollah dan Kamal dihambur dengan sumpah seranahnya kerana tidak mengikut arahan dengan tepat. Dina tidak menyuruh melanggar Danish sehingga menjadi teruk sebegitu.

“Oi, kau berdua ni tak ada otak ke memang tak faham bahasa melayu. Huh! Tak boleh diharap! Aku suruh langgar sipi aje yang korang langgar sampai habis patah tulang-temulang lelaki tu kenapa?!” Dina mundar mandir di hadapan keretanya, dua orang suruhannya tadi hanya menundukkan wajah kerana tersilap di dalam menjalankan tugas.

“Maaf boss, kejadian tu berlaku secara tiba-tiba aje, tak dapat dielak lagi. Kau punya pasallah ni Kamal..” Dollah memarahi pula Kamal yang sudah melanggar Danish dengan teruknya.
“Ish aku pulak..kau yang..” belum sempat Kamal menghabiskan ayatnya, Dina pula sudah mencelah.

“Sudah! Sudah! Tak guna korang berdua nak salahkan siapa-siapa. Dua-dua sama, bahlol! Tak boleh diharap. Dah, aku dah penat. Aku nak balik. Ingat! Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Kalau aku tahu salah sorang dari korang berdua bocorkan rahsia ni siap korang. Hancur lumat aku kerjakan, faham!” Macamlah kuat sangat, Dina..Dina tak habis-habis dengan bodoh sombong dia.

Kamal dan Dollah hanya mengangguk lalu mencapai huluran wang upahan yang diberi oleh Dina. “Nah! Ni upah korang. Nanti ada apa-apa hal aku call!” Dina sudah berlalu pergi meninggalkan dua orang suruhannya. Dollah dan Kamal tersenyum riang setelah mendapat wang upahan.

Bunyi hempasan pintu ditutup dengan kuat mengembalikan Dina ke alam nyata.

“Ops, tertutup kuatlah pulak. Sorry Dina, biasalah excited naik kereta mahal,” Danish tersengih memandang Dina yang masih terkebil-kebil.

Are you okay Dina? Jauh termenung, urm fikirkan boyfriend ek?” Segera Dina menoleh memandang Danish lalu matanya melekat memandang wajah tampan milik Danish, terkedu dia dikala itu.

Dina memandu dengan berhati-hati. Dia berasa puas kerana layanan Danish dengannya hari ini bertambah baik. Pasti sikit hari lagi dia pasti akan memiliki Danish dalam sekelip mata. Tidak sia-sia rancangan yang aku rancangkan semalam. Sempat pula si Dina ini bermonolog didalam hati.

“Eh, ke situ pulak. Mana ada boyfriend-boyfriend ni. Still singlelah, lainlah orang tu dah double..” Danish mengerutkan dahinya, lalu tersenyum memandang Dina. Danish banyak terhutang budi pada Dina, dia tahu Dina seorang kawan yang baik. Danish sangat terhutang budi atas apa yang telah dilakukan oleh Dina semalam.

“Eh, Dina. Sorrylah kalau I susahkan you sampai kena ambik I dekat rumah lagi, semalam tulah Ah Cai datang cakap motorsikal I tu masih banyak yang perlu dibaiki.” Dina hanya tersenyum sambil memandang ke arah Danish, tetapi senyumannya itu tersimpan beribu-ribu isi tersirat. Sebenarnya Dina yang menyuruh Ah Cai datang ke rumah Danish untuk memaklumkan yang motorsikalnya masih belum dapat dibaiki sepenuhnya, kerana dia mahu dengan menumpangkan Danish menaiki keretanya ke tempat kerja hubungan dia dan Danish akan menjadi rapat.

“Mana ada susahnya, sehalakan. Bukan I perlu pusing-pusing pun. Urm, Aleeya macam mana? Dia tak kisah ke I ambil and hantar you ni?” Danish memandang ke luar tingkap, bila nama Aleeya disebut menyerbu rasa bersalah di dalam hatinya kerana terpaksa meminggirkan Aleeya seketika.

Dia tidak berniat untuk melukakan hati isterinya, tetapi dia tahu Aleeya terluka dengan keputusannya yang mahu ditumpangkan kereta oleh Dina. Jika Aleeya ditempat Danish pun, bermati-matiaan Danish tidak akan membenarkan Aleeya keluar dengan mana-mana lelaki. Pasti perit rasanya melihat suami atau isteri berdua-duaan keluar bersama orang lain walaupun hanya dalam istilah sahabat atau teman sepejabat. Kerana cinta itu datang dan pergi sesuka hati.

“Danish? Danish..” Danish tersedar dari lamunannya, cepat-cepat dia menoleh ke arah Dina disebelah.

“Eh, sorry-sorry tak perasan pulak you panggil. You tanya apa tadi?” Danish berpura-pura tidak tahu apa yang ditanya Dina sedari tadi, padahal dia mahu lari daripada menjawab soalan itu.

“Erm, tak ada apa-apalah. Jom, dah sampai ni, ke nak breakfast dulu, depan tu da gerai makan. Sedap tau, you dah cuba ke? Nanti I belanja.” Danish segera keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Dina.

“Eh, tak apalah Dina. Lain kali aje, kita jumpa masa lunch nanti. I dah lambat ni, banyak kerja yang tertangguh. Faham-faham ajelah cuti pun seminggu,”

Dina hanya mengangguk, dia tersenyum puas. Dia tidak kisah kerana hari-hari yang akan datang masih ada. Dia perlu bijak mengatur strategi, dia tidak mahu burung terlepas daripada sangkarnya.

“Ow, I faham. It’s okay, maybe next time.” Mereka terus bersama-sama berlalu pergi mendapatkan lif yang tersedia di dalam syarikat tempat mereka bekerja. Sepanjang perjalanan ke pejabat masing-masing, dibibir Dina dan Danish tidak pernah lekang dengan gelak ketawa yang mengiringi. Hmm…

***

Dina perasan akan mata tetamu-tetamu lain yang turut berada di dalam restoran itu yang tidak pernah berhenti memandang ke arah mereka. Ada yang tersenyum, ada yang sedang berbisik-bisik dan ada yang hanya membuat hal sendiri. Dina tahu mereka menganggumi dirinya kerana dapat mendampingi Danish lelaki yang tampan lagi kacak.

Hampir tiga minggu sudah berlalu, tinggal lagi seminggu untuk Danish langsaikan janjinya terhadap Dina. Mereka akan menamatkan perjanjian itu dalam masa terdekat. Tetapi hari berganti hari, minggu berganti minggu hubungan mereka semakin akrab dan mesra. Tidak ada lagi jurang yang dapat memisahkan, hanya Aleeya yang menjadi penghalang untuk Dina memiliki Danish sepenuhnya.

Dina pasti tidak lama lagi, Danish akan jatuh ke dalam tangannya. Tidak sabar rasanya dia menanti saat-saat indah itu. Tidak ada lagi nama Aleeya yang menjadi perbualan Danish saban hari, tiada lagi nama Aleeya di dalam kamus hidup Danish dan tiada lagi gelak tawa Aleeya mengiringi hidup mereka.

“Danish, tak sangka ya kita sekarang dah jadi rapat macam ni. Dulu you macam membina benteng diantara kita tapi sekarang tidak. Kenapa?” Danish menghabiskan makanannya di dalam pinggannya sehingga licin. Memang dia perasan perubahan pada hubungan mereka yang dahulunya keruh tetapi sekarang berubah jernih. Tetapi dia tidak pasti apakah punca perubahan pada dirinya, dia cuma pasti yang akhir-akhir ini dia dapat merasakan sesuatu ketika bersama dengan Dina, seperti tidak pernah dia rasakan ketika bersama dengan Aleeya.

Kadang-kadang apabila berhadapan dengan Aleeya, dia mudah melenting dan merasa bosan. Semakin Aleeya menghampiri saat-saat untuk bersalin semakin menjadi-jadi perangai Aleeya. Banyak sungguh kerenah yang perlu dilayan dan perlu dipenuhi, terasa beban yang dipikul begitu berat sekali.

Dina yang berada di depan matanya sekarang sangat menyerlah dan menarik baginya. Perkembangann fesyennya mengikut peredaran masa, bergaya dan menarik. Sesiapa yang memandang pasti terpikat, tetapi Danish sedar apa yang dia lakukan memang salah kerana mengabaikan Aleeya. Dia keliru, dan tidak pasti apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan.

“Urm,entahlah Dina. I tak ada jawapan untuk soalan you tu.” Danish menyedut air fresh orennya sehingga habis, lalu memandang ke arah Dina.

“Ye ke tak ada jawapan or you dah terpikat dekat I. Opss! Salah cakap pulak. Sorry, I gurau aje. Aleeya nak letak manakan…” Dina memandang Danish dengan pandangan yang penuh bermakna. Tetapi bagi Danish pandangan itu belum cukup kuat lagi untuk meruntuhkan mahligai yang sudah sedia terbina bersama Aleeya. Dia pasti dia masih mencintai isterinya setulus hatinya. Cuma baginya tidak salah jika dia hanya ingin berkawan sahaja dengan Dina. Itulah pendapat yang dia dapat berikan untuk masa ini bagi keadaan yang dihadapinya sekarang.

“Yelah, I rasa tak salah kalau I nak kawan dengan you. Tapi bukan you sorang kawan I. Syeila, Ishaan kan kawan I jugak.” Dina bermain dengan straw minumannya, dia tahu Danish sekarang tengah keliru. Dia sendiri perasan riak wajah yang dipamerkan oleh Danish tadi apabila dia bertanyakan soalan cepu emasnya.

“Memanglah, dengan Syeila lain. I lain, dengan I rapat sikit. Sikit ajelah. Eh, bukan you cakap Ishaan nak join lunch ke hari ni? Baru teringat pulak dengan budak tu,” Dina mengekeh ketawa apabila teringat Danish ada memaklumkan yang Ishaan akan turut serta makan tengah hari bersama mereka.

“Tulah you, dah habis makan baru nak ingat kawan. Hai, Dina..Dina..Ishaan terlupa yang dia ada meeting dengan client sambil lunch sekali tadi, nasib si Syeila tu ingatkan. Tak sia-sia Syeila tu jadi setiausaha dia. Ishaan ni memang pelupa sikit orangnya.”

Dina bosan apabila nama Ishaan yang jadi topik perbualan mereka, dia tahu Ishaan ada kerja diluar, sengaja dia berpura-pura tidak tahu. Alahai si Dina ni asyik pura-pura aje memanjangkan. Dina sengaja berkawan baik dengan Ishaan kerana tahu Danish rapat dengan Ishaan, tetapi dia terpaksa berlakon kerana tidak mahu Danish menghidu rancangan jahatnya. Sejak dahulu lagi Dina memang tidak suka pada Ishaan sebelum Danish bekerja di syarikat ayahnya lagi.

“Eh, mana ada. You ni saje nak sakitkan hati I lah tu..Urm, tak lama lagi tak dapatlah kita lunch sama-sama macam selalu kan. Minggu depan cukup sebulan kita lunch bersama. By the way, I memang happy sangat bila bersama dengan you. Thanks Danish..” Dina menundukkan wajahnya seperti mahu menangis lagaknya, dia sengaja ingin menduga Danish. Apakah respon daripada apa yang diperkatakan dia tadi.

Danish melihat wajah sendu Dina, dia tahu Dina bersedih tetapi dia berfikir tidak salah kalau mereka sebagai teman sepejabat untuk keluar makan bersama-sama. Memanglah si Danish ini dah gila tahap meroyan, isteri di rumah di buat macam tunggul. Si Dina yang hati batu macam itu pun nak dijaga hatinya. Memang dunggulah si Danish ini, kesian Aleeya yang duduk di rumah tidak tahu-menahu apa-apa tentang perkembangan suaminya di luar. Itulah manusia, bila sudah seronok dengan syurga dunia apa yang haram pun jadi halal. Apa yang salah pun boleh jadi betul. Dunia..dunia…

“Dina, I tak kisah kalau lepas ni kita keluar makan bersama. Tak salahkan sekali sekala makan dengan kawan sepejabat. Nanti kita ajaklah Ishaan dan Syeila sekali,” Senyuman dibibir Dina terus mekar bak bunga yang baru berkembang di musim bunga, namun terus kuncup seperti daun semalu apabila nama Ishaan dan Syeila ada bersama. Namun cepat-cepat dia menyembunyi riak wajahnya seperti mengiakan apa yang dikatakan oleh Danish tadi.

***

Danish menonton televisyen di ruang tamu rumahnya, dia asyik memikirkan kata-kata yang diucapkan oleh Dina siang tadi sewaktu makan tengah hari bersama-sama.

“Ye ke tak ada jawapan or you dah terpikat dekat I. Opss! Salah cakap pulak. Sorry, I gurau aje. Aleeya nak letak manakan…”

Terpikat? Tak mungkin aku boleh terpikat dengan Dina. Tetapi kenapa hati aku mengiakan, aku kenapa ini? Ya Allah!!! Kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya. Fikiran Danish bercelaru, hanya matanya sahaja tekun memandang kaca televisyen, tetapi fikiran Danish sudah melayang jauh entah kemana.

“Abang, Leeya fikirkan dah tiba masanya kita buat persediaan untuk baby kita yang bakal dilahirkan tak lama lagi. Leeya ingat nak beli semua kelengkapan untuk anak kita nanti. Biar semuanya sudah tersedia bila dia dah lahir nanti. Apa cadangan abang, okey tak idea Aleeya ini?”

Aleeya memandang ke arah Danish yang sedang leka menonton televisyen, serius sungguh wajahnya. Seperti cuba untuk mendalami cerita yang ditayangkan. Namun persoalan Aleeya dibiarkan sunyi sepi tanpa jawapan.

Aleeya mencuba lagi untuk kali kedua, dia mula mengensot sedikit untuk merapati suaminya yang tengah leka menghayati drama kesukaannya. 

“Leeya bukan apa bang, memang semua ibu mengandung mestilah nak yang terbaik untuk anaknya. Kandungan Leeya pun dah masuk 8 bulan. Tinggal lagi sebulan lebih sebelum Leeya melahirkan. Kita mestilah buat preparation cepat-cepat. Lagipun Leeya ada survey hari tu dekat mall semua barang-barang baby. Cantik-cantik dan comel-comel lagi bang..” Belum sempat Aleeya menghabiskan ayatnya, Danish memandang ke arah Aleeya dengan muka yang masam.

Aleeya terdiam lalu menutup mulutnya, dia cuba menginggati kembali apa yang diperkatakannya tadi kepada Danish dengan fikiran yang waras. Adakah aku ada tersalah cakap tadi? Kenapa pulak laki aku pandang aku semacam aje. Aleeya berbisik di dalam hatinya. Danish perasan riak wajah isterinya yang terkejut dengan pandangannya itu.

“Bila masa pulak Leeya pergi mall? Abang tak tahu pun,” Aleeya mengeluh tanda lega. Rupa-rupanya perkara itu yang menjadi tanda tanya difikiran suaminya sedari tadi.

“Alah abang ni, buat suspen aje. Kan hari tu Aleeya keluar dengan Ummi. Pergi jalan-jalan, Leeya da try called handphone abang, tapi tak jawab pun. Leeya tinggalkan aje mesej. Eh, abang tak baca ke mesej Leeya tu? Pelik..” Aleeya memandang ke atas siling rumahnya, cuba mengingati kembali peristiwa itu.

Danish pulak beriak terkejut, mesej? Bila masa pulak…Danish berbisik sendiri sambil memikirkan kembali yang dia pernah terbacakan mesej Aleeya tempoh lalu, tetapi waktu itu dia tengah keluar makan bersama Dina. Danish hanya mengangguk-angguk lalu menyambung kembali menonton televisyen.

Aleeya tersenyum, lalu memeluk lengan Danish dengan melentukkan kepalanya pada bahu Danish. “Abang, Leeya tahu abang dengar apa yang Leeya cakap tadi kan..jawablah bang, boleh tak kita pergi shopping barang-barang baby tu?” Danish masih berdiam diri, tidak menghiraukan pertanyaan isterinya.

Aleeya mula berasa marah, lalu menarik lengan suaminya dengan kuat. “Abang!”

Danish memandang Aleeya dengan pandangan yang tajam, Aleeya mula menundukkan wajahnya. Tidak disangka tarikannya begitu kuat sekali sehingga suaranya sama-sama meninggi.

“Awak ni kenapa?! Ingat saya ni pekak sampai nak teriak-teriak macam tu! Saya tengah tengok tv ni lah, jangan kacau..”

Aleeya berkecil hati dengan bahasa yang digunakan oleh Danish, tidak ada lagi ucapan sayang malahan Danish ber’awak’ ber’saya’ sahaja dengannya. Aleeya mula menjauhkan kedudukannya daripada Danish lalu berdiri membelakangkan Danish.

“Leeya bukan sengaja nak sakitkan hati abang. Leeya cuma nak kan sikit aje perhatian daripada abang. Itupun abang layan Leeya sambil lewa aje. Leeya tak minta banyak bang, cuma Leeya nak bersama-sama abang meraikan kelahiran anak kita tak lama lagi. Bukan niat untuk menganggu abang…” Aleeya melangkah lesu untuk masuk  ke dalam kamar beradu mereka.

Danish hanya memandang permergian isterinya dengan ekor matanya sahaja. Belum sempat Aleeya memulas tombol pintu bilik mereka, Aleeya terdengar suara Danish berkata-kata. “Urm, sekarang abang sibuk. Nanti kalau free kita beli semua keperluan baby tu…”

Aleeya mendengar sebaris ayat yang diucapkan oleh Danish, begitu hambar sekali bunyinya. Tidak seperti teruja untuk meraikan sambutan orang baru dalam keluarga mereka. Setitis air mata Aleeya gugur jua mengalir dipipi, dia hanya mampu mengangguk tanda setuju.

Danish tahu Aleeya terluka dengan kata-katanya tadi, namun dia tidak berasa bersalah pun atas tindakannya sebentar tadi. Tetapi dia berasa puas kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. Tidak seperti selalu, dia sentiasa menjaga tutur katanya ketika berbicara dengan isteri kesayangannya itu, tidak mahu terguris hati Aleeya dan sentiasa mengalah dalam banyak hal. Tetapi berbeza dengan sekarang, Danish semakin jauh berubah. Dia sendiri buntu dengan perubahan pada dirinya sendiri.

“Aaaaarrrgggghhhhhhhhhhhh!!!” Danish berteriak sekuat hati.

Tiba-tiba pintu bilik pejabat Danish diketuk dengan kuat dan bertalu-talu. Danish tersedar, lalu meraut wajahnya dengan kedua-dua tapak tangannya. Rupa-rupanya dia termenung seketika mengenangkan kejadian malam tadi.

“Aleeya…” keluar juga nama itu dari bibirnya, tiba-tiba wajah Aleeya bermain-main diruang matanya. Bunyi ketukkan yang sedari tadi tidak diendahkan kembali sunyi, lalu dengan pantas tombol pintu dipulas.

“Danish…” Satu suara halus memecahkan kesunyian pagi itu yang menyapa Danish sekaligus menghilangkan bayang-bayang Aleeya seketika tadi di ruangan mata Danish. Danish mengangkat wajahnya lalu memandang ke arah Dina yang berdiri sambil mengerutkan dahinya.

Sebentar tadi, dia terdengar bunyi teriakkan dibilik pejabat Danish yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Tergesa-gesa dia mendapatkan Danish untuk mengetahui keadaan Danish ketika itu.

“Urm, are you okay Danish? Tadi I dengan bunyi bising kat office you.”

Danish hanya berdiri lalu berjalan ke arah Dina, lalu menarik tangan Dina untuk duduk bersamanya di sofa yang sudah tersedia di dalam pejabatnya. Dina hanya menuruti langkah Danish, dia masih tertanya-tanya dengan tindakan Danish yang secara tiba-tiba itu. Namun timbul juga rasa gembira di dalam hatinya ketika Danish memegang tangannya saat itu.

Danish mengajak Dina duduk disebelahnya, tangan Dina masih di dalam genggaman Danish. Dina masih diam membisu seribu bahasa, hanya menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Danish.

“Dina, I tak tahu nak cakap macam mana. I..I..” Danish mengeluh seketika kerana tidak pasti apa yang ingin dia luahkan. Tetapi di dalam hatinya memberontak untuk dia berterus terang. Dina perasan wajah Danish yang berkerut seribu itu, pasti masalah mengenai Aleeya lagi.

“Danish, just tell me. What your problem? Apa yang you cuba katakan pada I. You bergaduh dengan Leeya lagi ke?” Danish menggeleng, namun matanya tidak beralih daripada merenung ke arah Dina. Dia dapat merasakan getaran pada dadanya ketika melihat senyuman Dina itu.

“Habis tu apa? You tak cakap macam mana I nak ta…” Belum sempat Dina menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Danish lebih pantas mendarat dibibir mungil Dina. Dina terdiam membisu dengan tindakan melulu Danish itu, lalu hanya menanti apa yang ingin diucapkan oleh Danish.

Danish menarik nafasnya sedalam-dalamnya, seperti cuba untuk mencari semangat dan kekuatan sebelum meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Namun dia harus bertindak segera sebelum semuanya berantakkan, dia tidak mahu Dina terlepas ke tangan orang lain.

“Dina, sebenarnya I rasa I dah mula sukakan you. I means I sayang dekat you. I tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, I rasa you pun dapat rasakan apa yang I rasakan. I tahu masih terlalu awal untuk I katakan I cintakan you, tapi I dapat rasakan yang I tak boleh jauh dari you…I..I..”

Dina terus memeluk Danish, dia menangis di dalam pelukan Danish. Dia tidak menyangka yang Danish juga ada menyimpan perasaan terhadap dirinya. dia berasa sangat gembira sekali kerana semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Akhirnya Danish tewas jua di tangannya, Dina tersenyum sinis.

“Eh, Dina kenapa you menangis ni? I minta maaf kalau I..”

“Tak Danish, I pun sebenarnya memang dah lama pendamkan perasaan I pada you. Selama ini I sayang dan cintakan you. Tapi, I.. I tahu you dah ada Aleeya, tapi I happy sangat sebab you pun ada menyimpan perasaan pada I.”

Danish juga terkejut dengan pengakuan ikhlas daripada Dina, dia berasa amat lega sekarang kerana dapat meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Danish mengusap lembut belakang badan Dina untuk meredakan tangisan Dina. Dina kembali kepada posisinya tadi, dia menatap wajah Danish dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir.

Danish memandang wajah sendu Dina, lalu dikesatnya kesan air mata Dina yang masih bersisa dengan tangannya lantas Dina memegang tangan Danish dengan kedua-dua tangannya.

“Tapi, Aleeya macam mana?” Dina akhirnya bertanya juga soalan yang sedang bermain difikiran Danish juga sejak akhir-akhir ini. Danish hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly