Friday, June 15, 2012

Mencari Penawar Qaseh 11





BAB 11

Petang itu Aleeya melakukan rutin hariannya seperti biasa, menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Danish yang baru tiba di halaman rumahnya memarkirkan motorsikalnya di tempat biasa. Aleeya hanya buat-buat tidak nampak seperti tidak ada sesiapa di sekelilingnya. Danish berjalan menghampiri Aleeya sambil menyorokkan sejambak bunga lily dibelakang badannya, lalu Danish hanya memerhati seraut wajah manis milik Aleeya yang diselindung rambut ikalnya yang panjang paras bahu.

“Assalamualaikum abang,” Aleeya menyalam dan mengucup tangan suaminya dengan hormat, walaupun Aleeya masih berkecil hati dengan Danish namun dia tetap menghormati Danish sebagai suaminya. Danish terus menjawab salam Aleeya dan mengucup dahi isterinya, lalu terus menghulurkan sejambak bunga lily tadi kepada Aleeya dengan senyuman dibibir.

“Eh, apa ni abang?” Aleeya menyambut bunga tadi daripada tangan suaminya lantas menghidu bau dari bunga lily itu.

“Hadiah untuk isteri abanglah, abang tahu sayang mesti merajuk kat abang tu yang kasi bunga segala tu,” Danish sudah mengekeh ketawa apabila melihat senyuman manis terukir dibibir isterinya itu. Aleeya yang perasan Danish mentertawakan dirinya cepat-cepat memukul lengan Danish. Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat kejadiaan itu sedari tadi dari jauh.

“Dah, jomlah masuk.” Danish mengajak Aleeya masuk ke dalam rumah kerana hari sudah lewat petang. Aleeya hanya menuruti perintah Danish, lalu menyuruh suaminya untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya dahulu. Sementara Aleeya meletakkan bunga lily tadi ke dalam pasu bunga dan menyediakan makan malam mereka.
Dina yang sedari tadi memerhati segala gelagat Danish bersama dengan Aleeya berasa geram dan marah sekali apabila melihat kemesraan yang terpancar jelas di wajah mereka. Dina menghentakkan tangannya pada stereng kereta Mazda miliknya lalu merengus marah.

“Kau tunggulah Leeya! Danish akan menjadi milik aku suatu hari nanti…” Dina mengetap bibirnya menahan geram apabila teringat kembali babak-babak romantik Danish dan Aleeya tadi.

***

Keesokan harinya seperti biasa, Danish menunggang motorsikalnya untuk ke tempat kerjanya dengan hati yang girang. Malam tadi dia sudah memberitahu Aleeya mengenai kesibukannya dalam masa sebulan ini untuk menyiapkan kertas kerja yang berlambak-lambak untuk disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“Aleeya, abang nak cakap sesuatu ni tapi abang harap Aleeya tak marah dan fahamlah, okey?” Aleeya yang sedang mengurut-urut bahu suaminya ketika itu hanya mengiakan, lalu menanti apakah yang ingin diperkatakan oleh Danish.

“Abang sekarang dah jadi arkitek, dan banyak kerja yang abang perlu buat. Lebih-lebih lagi abang masih baru bekerja dengan syarikat ayah Dina tu, abang tak nak menunjukkan prestasi yang teruk malahan abang ingin menunjukkan kebolehan dan kemampuan abang dalam meningkatkan mutu perkerjaan abang…” Aleeya yang sudah bosan mendengar semua yang diperkatakan oleh Danish segera memotong ayat Danish.

“Abang cakap apa ni, tak payahlah nak berbasi-basi dengan Aleeya, cakap aje apa, Aleeya mesti faham punya.” Danish yang sudah mendengar isterinya bercakap begitu terus menyampaikan apa yang ingin disampaikannya sedari tadi, agar rahsia yang dia dan Dina buat tidak diketahui oleh Aleeya. Danish berasa bersalah kerana harus menipu Aleeya demi memenuhi syarat yang diletakkan oleh Dina, namun Danish tidak ada pilihan lain lagi, dia harus membohongi Aleeya dalam masa sebulan ini demi menjaga hati isterinya dan setelah semua janjinya pada Dina selesai dia akan segera menamatkan semua sketsa ini.

“Abang…abang tak dapat balik makan tengah hari macam selalu dalam masa sebulan ini. Aleeya tahukan perjalanan untuk abang balik ke rumah dan pergi ke tempat kerja jauh. Nanti karang kena traffic jam karang lambat masuk kerja, lebih-lebih lagi abang baru dapat projek besar sekarang. Abang nak fokus dalam masa sebulan ni aje, Aleeya tak kisah kan?” Aleeya yang sedari tadi memicit-micit bahu Danish, memberhentikan tindakannya lalu duduk berhadapan dengan Danish dibirai katil.

“Abang, apa yang abang buat semua Aleeya setuju dan terima asalkan abang tak buat benda yang tak elok dekat luar tu hah. Aleeya bukan nampak bang apa yang berlaku kat luar tu, Aleeya kat rumah cuma tunggu kepulangan abang dengan selamat itu pun dah buat Aleeya bersyukur. Kalau pasal abang tak dapat balik makan tengah hari tu aje, Aleeya tak kisah sangat bang. Jangan abang tak balik rumah terus sudah, cukuplah. Aleeya faham abang mesti sibuk sekarangkan, tak apa untuk masa ini.” Danish yang mendengar semua jawapan positif daripada isterinya menjerit kegirangan kerana dia tidak perlu lagi untuk memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang makan tengah hari dirumah.

Thanks sayang!” Danish mengucup pipi Aleeya yang duduk dihadapannya, Aleeya jadi pelik melihat sikap Danish yang tiba-tiba bersorak gembira dengan apa yang diperkatakannya tadi, membuatkan hatinya berfikir yang bukan-bukan namun dibuangnya segala prasangka buruk mengenai suaminya. Aleeya yakin dan percaya Danish akan tetap setia mencintai dan mempertahankan rumah tangga mereka.

Pit..Pit..Pit..Pit..Danish terus tersedar dari lamunannya yang panjang tadi apabila mendengar bunyi hon kereta yang berada di belakangnya, lalu dengan segera melajukan motorsikal yang dipandunya untuk berjalan meninggalkan kawasan itu. Dia tidak menyangka dia mengelamun sebegitu jauh sekali, Danish tersenyum sendirian lalu meneruskan perjalanannya pagi itu untuk ke tempat kerjanya.

Danish masuk ke dalam pejabatnya lalu melakukan kerjanya yang tertangguh semalam. Namun dilihatnya jam ditangan masih menunjukkan tepat 7.30 pagi, Danish terus berlalu ke pantri untuk membancuh air nescafe untuk membuang rasa haus dan kantuknya sebelum memulakan kerja.

“Hai, tak sarapan ke kat rumah?” Danish menoleh ke wajah seorang lelaki tampan yang berada dibelakangnya, lalu terus melemparkan senyuman.

“Hai, aku Hassan, but just call me Ishaan…nama glamor aku..” Danish hanya tersengih lalu menyambut huluran yang diberi.

“Nama aku Danish Haikal, panggil aje Danish..tapi aku tak ada nama glamourlah..” Mereka sama-sama tergelak selepas mendengar jawapan dari Danish. Walaupun Ishaan sudah mengetahui Danish merupakan arkitek baru di jabatannya, namun dia tidak berpeluang lagi berbual mesra kerana kekangan masa yang tidak mengizinkannya.

“Okeylah tu, Danish..sedap mulut menyebut..orangnya pun boleh tahan,” Danish hanya menggelengkan kepalanya dan masih bersisa gelak ketawanya tadi. Dia berasa amat senang sekali bertemu dengan Ishaan teman barunya, yang mesra dan peramah.

“Ish,mana ada, biasa aje..” Danish menyambung membancuh air Nescafe yang tertangguh tadi lalu duduk di kerusi yang tersedia di dalam pantri itu.

So,arkitek baru, still single or …”

Danish faham maksud daripada pencakapan Ishaan itu lalu terus menyampuk. “Nope, aku dah kahwin..and soon maybe dah boleh jadi bapak orang..” Ishaan terus berlalu menuju ke arah Danish dan duduk bersama Danish di meja pantri.

“Wow! Dah married rupanya, tahniah! Dah nak jadi bapak orang kau ya, tapi aku tengok macam masih muda kau ni..agak-agak dalam lingkungan 25 or 26..something like that..”

Yup, 26..biasalah, jodoh aku sampai dulu. So, kau?” Ishaan kembali ke singki untuk membasuh gelas yang diminumnya tadi.

“Ow, aku..masih bujanglah, belum sampai serulah katakan. Tapi mak bapak aku dekat kampung tu dah bising suruh aku kahwin. Macam anak dara pulak aku rasa disuruh kahwin cepat-cepat..tapi,baru aje 29 kan..still mudalahkan, tak gitu?” Ishaan masih bersandar di tepi singki sambil melihat penampilannya sendiri. Kulit sawo matang, tingginya lebih kurang 6 kaki 2 inci, berat dalam 70kg. Cuma ada janggut ciput di bawah dagunya menampakkan Ishaan lebih segak dan tampan.

“Urm, mudalah sangat, tak lama lagi masuk 30. Okeyh kot, don’t worrylah bro. Kita ini orang laki, apa, life begins at 40th katakan.” Ishaan dan Danish sudah sama-sama ketawa tanpa mereka sedari Dina muncul di muka pintu pantri lalu terus berdehem.

“Wah-wah! Happy semacam nampak, ada good news yang I tertinggal ke guys?” Dina bersuara apabila melihat Danish dan Ishaan terus terdiam apabila menyedari kehadirannya.

“Eh, Dina, tak adalah. Biasalah story orang laki-laki aje..” Ishaan terus menaikkan bulu keningnya kepada Danish.

“A’ah, small matter aje Dina, tak ada story yang best pun, borak-borak kosong,” sambung Danish.

Dina terus sahaja duduk disebelah Danish, lalu Ishaan sudah berasa tidak selesa sekarang. Dirasakannya ketika itu, seperti kacau daun sahaja. Walaupun Ishaan tahu status Danish yang sudah berkahwin, tetapi dia dapat merasakan Dina seperti menaruh hati kepada Danish. Terpancar di wajah Dina betapa dia mencintai Danish di dalam diam.

“Urm, okeylah, aku gerak dulu. Nanti kalau free kita lunch sama. Dapat borak lama-lama,” Danish hanya mengangguk lalu terus ke singki untuk membersihkan gelasnya tadi. Dilihatnya jam pada pergelangan tangannya yang sudah menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Lama jugak aku berbual dengan si Ishaan itu tadi, bisiknya sendirian.

“Danish, you tak sarapan ke kat rumah tadi, jomlah I temankan you breakfast kat luar.”

Danish menoleh ke arah Dina, lalu bersuara. “Tak apalah Dina, I dah minum tadi dengan Ishaan. Lagipun belum lapar. Kita lunch sama aje nanti, dah lambat ni I nak buat kerja,” Belum sempat Danish melangkah keluar dari pantri namanya sudah dipanggil lagi oleh Dina. Tetapi dengan gaya yang manja dan menggoda.

“Danish..itu you dengan Ishaan..Now with me, okay? Alah temanlah I kat sini kejap. Kalau ya pun you ni workaholic, kesihatan mesti juga dijaga. Mana boleh tak breakfast, nanti you sakit sapa susah..bini you jugak susahkan..” Jari jemari Dina sudah menari-nari di bahu hingga ke lengan Danish. Danish naik menyampah melihat tindakkan Dina yang cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya.

“Urm..Sorry Dina, I tak boleh, next time okay?” Danish terus menepis tangan Dina dan dengan tergesa-gesa berlalu pergi meninggalkan Dina keseorangan. Dina berasa amat geram lalu merengus marah. Dia mula berfikir bagaimana dia hendak menarik perhatian Danish untuk terus dekat dengan dirinya. Lalu Dina terus mendapat idea, dia terus berlalu pergi ke pejabatnya dengan berlagu riang.

***

Di rumah Aleeya masih duduk menonton televisyen, matanya setiap kali terarah ke jam di dinding rumahnya. Dia khuatir dengan kelewatan Danish pulang ke rumah petang itu, mungkin ada sesuatu yang terjadi kepada suaminya. Lantas Aleeya cuba untuk menelefon Danish untuk kesekian kalinya. Agak lama Aleeya menanti panggilannya dijawab namun hampa, belum sempat pun Aleeya menekan punat ‘off’ tiba-tiba Aleeya mendengar suara seseorang menyahut panggilannya tetapi kurang jelas dipendengarannya.

“Hello, abang? Abang kat mana ni?” Aleeya cuba memangil nama suaminya, namun masih belum mendengar apa-apa respon dari pihak disebelah sana.

“Abang! Abang, Leeya risaulah bang, jam segini abang belum balik. Dari tadi dah Leeya tunggu, abang dengan siapa? Kenapa bunyi bising sangat..bang? Abang?” Belum sempat Aleeya menghabiskan perbualannya talian telah dimatikan.

Aleeya mundar mandir di luar rumahnya, panggilan masih tidak dijawab lagi. Aleeya mula berfikir-fikir bagaimana harus dia mencari jalan keluar. “Ish, kenapa tak jawab phone ni. Nak call Dina aku tak ada nombor pulak. Kawan-kawan sepejabat yang lain mana aku tahu..alah,” Aleeya mengomel sendirian, tiba-tiba dia melihat ada sebuah kereta berhenti diluar pagar rumahnya. Lalu Aleeya bergegas keluar untuk melihat gerangan siapa, hampir gugur jantung Aleeya apabila melihat Dina sedang memimpin Danish untuk keluar dari perut kereta.

Dilihatnya tangan dan kaki suaminya sudah berbalut, bermacam-macam persoalan yang bermain dibenak fikirannya. Lantas dia juga turut menolong Dina membawa suaminya masuk ke dalam rumah. “Ya Allah abang, apa yang dah jadi ni? Patutlah Aleeya tak sedap hati dari tadi..”

Danish sudah didudukkan di kerusi kayu rumahnya diruang tamu, Dina juga turut terduduk sama disebelah Danish. “Leeya, tadi Danish kemalangan masa on the way nak balik rumah. Ada kereta langgar lari, nasib aku ada masa itu tengah drive balik kerja jugak. Aku tak nampak pulak kereta apa, masa itu kejadian tu berlaku dengan tiba-tiba. Cuma ni hah kaki Danish tak berapa kuat nak jalan, nasib helmet masih melekat kat kepala, kalau tidak aku tak tahu apa yang berlaku..”

Panjang lebar Dina menerangkan apa yang telah berlaku kepada Danish, Aleeya hanya mendengar dengan tekun sambil tanganya mengusap-usap lembut tangan suaminya. Luluh hatinya melihat keadaan suaminya sebegitu, dia memanjat kesyukuran kepada yang maha esa kerana masih memanjangkan usia suaminya. Danish yang sedari diam terus memeluk bahu Aleeya apabila melihat air mata Aleeya jatuh menimpa lengannya.

“Leeya, abang tak ada apa-apalah. Abang okey aje, sayang jangan risau ya..” Dina sudah mencebikkan bibirnya apabila melihat drama itu. Lalu dia bersuara lagi.

 “A’ahlah Leeya. Danish tak ada apa-apa. Sikit aje luka itu, seminggu dua sembuhlah itu. Lagi satu Danish, you cutilah untuk seminggu ni. Kalau dah sihat boleh pergi kerja, nanti I bagitahu daddy, okay?”

Aleeya yang sedari tadi menangis terus terhenti apabila terdengar pencakapan Dina dengan suaminya berlainan sekali. Setahu aku diorang tak adalah cakap I you I you sebelum ini, pelik. Desis Aleeya dalam hati. Danish perasan perubahan pada wajah Aleeya sedari tadi, namun Aleeya cepat-cepat tersedar.

“Dina, thanks sebab kau dah tolong Danish. Aku berterima kasih sangat dekat kau. Kalau kau tak ada masa tu aku tak tahu lagilah,” Dina memberikan senyuman yang manis buat Aleeya lalu memandang semula ke arah Danish.

“Alah Leeya, kau macam tak biasa. Kita kan kawan, mestilah selalu tolong menolong. Lagipun kalau aku tak ada pun masa tu mesti orang lain yang berada ditempat aku tu pun buat benda yang sama. Small matter aje, so Danish, Aleeya I have to go now. Dah lewat sangat ni, pasal motorsikal you tu Danish I dah call mekanik suruh datang ambik. Nanti dah siap dibaiki, dia orang hantar ke rumah you, okey?”

Danish terkejut apabila mendengar Dina sudah membereskan semua tanggungjawabnya. Sedari tadi itulah yang bermain difikirannya, bagaimana dan siapakah lagi yang dapat membantu dia untuk menyelesaikan semua masalahnya.

“Dina, tak menyusahkan you ke? I rasa segan pulak, tadi pun diklinik semua kos perubatan I you yang bayar. Sekarang motor I pulak you dah hantar suruh dibaiki, I terhutang budi sangat dengan you..” Dina hanya mengangguk lalu tersenyum, dia berdiri lalu menghampiri Aleeya.

Don’t worry, tak susah pun Danish,  Leeya. I ikhlas nak tolong, you tak payah segan-seganlah dengan I. okey?”

Aleeya juga berdiri dan tersenyum memandang Dina, walaupun hatinya kini terasa bagai duri yang mencucuk-cucuk hatinya sehingga lumat sahaja. Dia dapat merasakan ada sesuatu perasaan aneh yang terbit apabila melihat Danish dan Dina, tetapi kenapa dia masih belum temui jawapannya.

“Okey Dina, I nak ucapkan terima kasih lagi dekat you. Bawak kereta hati-hati tau..” Aleeya yang sedari tadi memimpin suaminya hingga keluar pintu hanya melambaikan tangannya kepada Dina yang sudah masuk ke dalam keretanya. Lalu dibawanya Danish kembali duduk diruang tamu.

“Abang betul ke abang okey ni? Leeya tengok macam parah aje ni..” Aleeya memerhati luka-luka dibahagian lengan kiri suaminya yang masih berbalut. Danish hanya mengusap lembut kepala isterinya dengan tangan kanannya, terpancar kebimbangan diraut wajah isteri tercintanya itu. Makin bertambah dalam lagi rasa cinta dan sayangnya terhadap Aleeya.

“Abang okeylah sayang, kan dari tadi abang cakap tak ada apa-apa. Kaki abang ni pun tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan, semuanya luka-luka ringan aje. Nanti sembuhlah tu, isteri abang ni janganlah buat muka monyok macam itu.”

Lantas Aleeya melemparkan senyuman yang manis buat suaminya, bergetar rasa jantungnya melihat senyuman isterinya itu. Lalu satu kucupan singgah di dahi isterinya.

“Abang lapar? Leeya dah siap masak dah tadi, nanti Aleeya sediakan makan malam abang,” Danish hanya mengangguk setuju, lalu Aleeya menemani Danish ke kamar beradunya untuk membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawabnya yang wajib.

***

Sudah seminggu Danish duduk terperap di rumah, dia berasa amat bosan sekali. Hari-hari dia melakukan kerja yang sama, kadang-kadang dia terhibur juga melihat keletah isterinya yang tidak habis-habis menceritakan kenangan-kenangan mereka dahulu. Terpancar jelas diwajah Aleeya dia kini bahagia bersama dengan dirinya, tiba-tiba dia teringat akan kedua orang tua Aleeya.

Danish masih ingat sebulan yang lalu Aleeya menangis teresak-esak apabila menceritakan tentang keadaan ibunya yang sakit tenat itu. Berat sungguh penderitaan yang ditanggung oleh Aleeya yang menahan rindu untuk bertemu dengan ibunya.

“Leeya, mama apa khabar?” Aleeya yang sedang melipat baju di ruang tamu rumahnya hanya memandang sekilas wajah suaminya lalu menyambung kerja melipatnya tadi. Setitis demi setitis air mata mengalir keluar lagi daripada tubir mata isterinya, Danish terus menerpa ke arah Aleeya, walaupun kakinya sudah sembuh tetapi tidak berapa kuat untuk berjalan cepat.

“A..bang..abang minta maaf. Abang tak terniat nak buat sayang menangis..abang..” Aleeya terus meletakkan jari telunjuknya ke bibir suaminya.

“Abang tak salah pun, memang Aleeya tengah fikirkan mama sejak akhir-akhir ni. Lagipun Leeya rindu sangat dekat mama dan ayah, bang. Semalam Aleeya ada telefon Mak Som, macam biasalah bang, sekejap sihat sekejap sakit. Leeya nak sangat-sangat jumpa mama bang sebelum Aleeya melahirkan baby ni. Tak tenteram pulak rasa hati Leeya, macam..macam anak derhaka aje..” Perlahan suara Aleeya melafazkan kata-kata terakhirnya itu, Danish terus memeluk isterinya kedalam dakapannya untuk menenangkan Aleeya.

“Sshh, siapa yang kata Aleeya anak derhaka.  Sayang seorang anak yang baik, cuma..cuma sayang tersilap langkah aje. Semuanya kesilapan abang yang tak pandai menghargai dan menjaga diri Leeya. Masih bersisa rasa bersalah dalam hati abang ni Aleeya. Kalau waktu dapat diputarkan balik, alangkah baiknya. Tapi sayang, kita kena berbalik pada ketentuan takdir tuhan. Siapalah kita untuk menduga ketentuan ilahi, semuanya rahsia Allah Leeya. Tak apa sayang, apa yang dah berlaku biarkan ia berlalu, okey. Sekarang sayang tak payah susah hati lagi, sayang kan ada abang, ada baby dalam perut ni. Janganlah nangis-nangis lagi, nanti baby kat dalam terikut pula perangai mama dia..”

Aleeya hanya mengangguk setuju lalu tersenyum memandang suaminya. Aleeya berasa bertuah sekali mendapat Danish sebagai suaminya, yang faham dan prihatin terhadap dirinya dan anak di dalam kandungannya itu. Aleeya bersyukur kepada tuhan kerana masih memberi kasih sayang yang melimpah ruah ini dalam hidupnya. Dia redha atas ketentuan yang diberi, walaupun terpaksa mengharungi liku-liku hidup tanpa kedua orang tua, dia harus kuat untuk suami dan anak dalam kandungannya itu.

Danish hanya memandang wajah isterinya yang sendu itu, lalu menggelap sisa air mata isterinya dengan tangannya. “Sayang, insyaAllah nanti sebelum Leeya bersalin kita cuba pergi jenguk mama dan ayah okey? Sayang jangan risau, abang ada..” Aleeya mempamerkan wajah gembiranya lalu memeluk suaminya erat.

“Terima kasih bang, terima kasih sangat. Baby kita pun semakin membesarkan..masuk tujuh bulan dah..urm,tak sabar rasanya nak tahu baby ni baby girl or baby boy..” Aleeya dan Danish sengaja tidak mahu mengetahui jantina bayi mereka, kerana mahu menerima kejutan daripada doktor ketika Aleeya melahirkan nanti. Danish juga turut berjanji akan bersama-sama Aleeya berjuang untuk menemaninya semasa melahirkan bayi mereka nanti. Tidak sabar rasanya nak ada baby sendiri, bisik Danish dengan perlahan.

“Abang cakap apa? Leeya tak dengar tadi..” Danish tiba-tiba tersedar lalu mengenggam tangan isterinya.

“Tak ada apa-apa sayang, abang cakap sendiri aje,” Aleeya hanya menggelengkan kepalanya lalu melihat kaki suaminya yang masih berbalut.

“Erm, dah okey ke kaki abang ni? Bila abang nak start kerja?” Aleeya memicit-micit kaki kanan suaminya, itulah rutin hariannya setiap kali sebelum tidur malam. Dia mahu Danish sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.

“Abang dah boleh start kerja esok, tak adalah sakit sangat lagi cuma tak dapat berjalan laju aje. Lagipun Dina dah mesej abang tadi cakap motorsikal dah siap. Nanti ada orang tolong datang hantar ke rumah. Ah cai tak silap abang nama dia,” Aleeya hanya mendengar penjelasan Danish, tetapi hatinya tiba-tiba terasa pedih dan ngilu apabila terdengar nama Dina yag terkeluar daripada mulut Danish. Dia pun tidak pasti perasaan apakah itu, dia yakin suaminya hanya berkawan sahaja dengan Dina, kenapa dia perlu mencurigai suaminya sendiri. Sempat pula persoalan itu bermain dikotak fikirannya.

“Abang, boleh tak Leeya tanya sesuatu?” Danish hanya memandang isterinya, lalu hanya mengangguk menanti apakah soalan yang ingin Aleeya tanyakan. Selama seminggu dia berada dirumah, Aleeyalah yang bertungkus lumus menjaga dan membantu dia untuk sembuh. Danish terharu dengan pengorbanan yang isterinya lakukan, sedangkan isterinya yang sedang berbadan dua itu sepatutnya dia yang menjaga tetapi sebaliknya yang terjadi.

“Abang..abang..abang kenapa ni? Termenung jauh nampak. Soalan Leeya dari tadi tak terjawab,”  Aleeya sudah memuncungkan bibirnya apabila suaminya tidak mengambil endah apa yang diperkatakannya sedari tadi, malahan suaminya sudah termenung jauh hingga ke negeri China barang kali. Aleeya berfikir sendirian melayan rajuknya. Danish yang menyedari isterinya sudah bermasam muka segera memujuk Aleeya.

“Alah abang tak dengar tadi, apa Leeya cakap, sorry-sorry okey? Sayang janganlah macam ni, karang abang sakit lagi ni..” Terus Aleeya memandang wajah Danish, tidak sanggup rasanya Aleeya melihat keadaan Danish kembali seperti sebelumnya, hilang sudah semua perasaan amarahnya tadi lalu melemparkan senyuman yang cukup manis buat suaminya, Danish.

“Tak adalah bang, abang tu yang mengelamun jauh hingga ke negeri China sana tu. Dari tadi  Aleeya cakap dengan abang, macam dah cakap dengan tunggul pulak,” Danish hanya tersengih, dia tahu dia sudah jauh mengelamun sehinggakan soalan isterinya dibiar sunyi sepi tanpa jawapan.

“Okey-okeyh, apa yang sayang tanya tadi? Sekarang abang dengar,” Aleeya sudah menarik nafasnya untuk bertanyakan soalan tadi untuk ke sekian kalinya.

“Aleeya tanya, sebelum ni abang tak ada pulak cakap I you I you dengan si Dina tu, balik-balik hari tu Aleeya dengar dah berubah tak macam dulu,” Danish menggengam tangan Aleeya lalu dibawa ke dalam dakapannya, dia tahu isterinya cemburu tapi dia harus menjaga hati isterinya. Dia tidak mahu perkara itu boleh menggugat kesihatan isterinya yang sedang berbadan dua itu.
“Pasal itu aje ke Aleeya tanya,” Danish sudah menggeleng-gelengkan kepalanya lalu menyambung. “Tak adalah Leeya, abang mula-mula cakap macam biasalah dengan Dina masa mula-mula jumpa dulu. Tapi dia yang mula cakap I you I you masa kat pejabat. Jadi abang pun terikut-ikutlah, tak kan itu pun nak dijadikan isu. Come on Leeya, biasalah masa di office mesti ada speaking-speaking. Tu yang terbawak-bawak tu..”

“Memanglah, Leeya tahu. Leeya tanya aje kan. Yang abang nak menggelabah apa benda tu kenapa? Macamlah Leeya tak tahu, speaking konon. Nanti apa pulaklah yang si Dina tu nak ubah abang, jangan berubah hati sudah,” Aleeya terus melemparkan pandangannya ke arah lain, sakit rasa hatinya bila Danish mula mempertahankan Dina. Dia bukan hendak menuduh sesuka hati sahaja, cuma sekadar bertanya. Sebelum terkena baik dia mencegah, dia tidak mahu rumah tangganya kacau bilau nanti. Tetapi Danish terlebih dahulu membuat kesimpulan terhadap dirinya, dia hanya mampu diam seribu bahasa. Malas hendak memanjangkan perkara itu.

“Dah, tak payah nak buat muka monyok macam tu. Cute sangatlah muka tu tayang kat abang, nanti karang abang gigit bibir tu, baru tahu,” Aleeya hanya mencebikkan bibirnya lalu memandang ke arah Danish dan menjelirkan lidahnya. Belum sempat Danish mendapatkan isterinya, mereka terdengar bunyi orang seperti memanggil-manggil nama Danish.

“Ah cai mungkin,” duga Danish lalu terus menghilangkan diri ke pintu rumahnya. Aleeya hanya memandang suaminya yang seperti berbincang sesuatu dengan orang cina itu, lalu dia terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari mereka.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly