Saturday, June 2, 2012

Mencari Penawar Qaseh 10


BAB 10

Suasana pagi itu sangat sibuk dengan manusia-manusia yang berpusu-pusu keluar dan masuk dari sebuah bangunan yang bernama Raisuddin Engineering Sdn. Bhd yang tersergam indah dengan terteranya nama arwah Datuk kepada Dina, Tan Sri Raisuddin bin Tajuddin. Danish masuk ke dalam bangunan tersebut dengan menjinjit fail yang dikepitnya pada tangannya sebelah kanan, manakala tangannya yang disebelah kiri masih memegang topi keledar yang juga dibawa masuknya bersama.

Danish berjalan dengan pantas menuju ke ruangan paling hadapan sekali dihadapan pintu masuk utama syarikat itu tadi. Danish melihat kaunter penyambut tetamu sudah dipenuhi oleh staf-staf yang bekerja pagi itu lalu terus menyapa kedatangan Danish.

“Ya, selamat pagi dan selamat datang ke Raisuddin Engineering Sdn Bhd. Ada apa-apa yang saya boleh bantu encik?” Huda merupakan pekerja di meja penyambut tetamu memandang Danish yang seperti mencari-cari sesuatu, lantas dilihatnya Danish dari atas sehingga ke bawah. Dia pelik melihat Danish yang berpakaian segak tapi masih memegang topi keledar pada tangannya. Danish perasan akan pandangan wanita muda yang sedang memerhati segala tindak tanduknya, mungkin pelik. 

“Ow sorry, lupa nak tinggalkan helmet ni tadi di motor saya, erm, saya Danish Haikal dan boleh saya berjumpa dengan Dato’ Aizuddin, dia ada minta saya untuk datang ke syarikat dia pagi ini,” Huda hanya mengangguk dan meminta Danish untuk tunggu sebentar.

Macam mana pulak aku boleh lupa tinggalkan helmet ini tadi kat motorsikal, buat malu aku aje. Ish, inilah akibatnya terlalu kelam kabut. Desis Danish di dalam hatinya, sambil dia tersengih memandang ‘receptionist’ tadi.

“Maaf Encik Danish, Dato’ Aizuddin belum sampai lagi, urm Encik Danish boleh menunggu diruang menunggu di sana ya,” Huda menunjukkan ke arah yang dimaksudkan dengan ibu jarinya. Danish yang sedari tadi hanya menunggu Huda yang seperti meneliti sesuatu pada skrin komputernya hanya mengangguk setuju apabila diberitahu Dato’ Aizuddin belum tiba lagi ke pejabat. Danish memandang jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan ke angka 8.15 pagi, mungkin kehadiran Dato’ Aizuddin lewat memandangkan dia adalah CEO di syarikat ini, dia boleh sesukahati sahaja datang dan pergi. Gumam Danish sendirian didalam hatinya lagi.

Danish berlalu pergi meninggalkan Huda yang baru dikenalinya tadi dengan berjalan menuju ke  arah yang ditunjukkan oleh Huda. Danish melihat pemandangan di sekeliling syarikat itu, di bahagian lobinya sangat cantik dan indah sekali dengan susunan dekorasi yang sangat sesuai dengan perkembangan syarikat yang maju dan besar itu. Danish memandang ada air terjun buatan yang berada diruang menunggu, disudut hadapannya juga mempunyai kolam ikan yang kecil yang dihiasi pasu-pasu bunga yang kecil, mekar dan cantik serta ukiran-ukiran pada dinding yang unik mempunyai daya tarikan yang tinggi pada pengunjung yang datang ke syarikat itu. Danish yang leka melilau matanya melihat semua perhiasaan di dalam syarikat milik Dato’ Aizuddin, tidak perasan akan kehadiran Dina pagi itu. 

Dina yang baru masuk ke ruang lobi syarikat ayahnya tadi terus berjalan ke arah meja penyambut tetamu untuk mendapatkan Huda. “Huda, kalau ada tetamu yang bernama Danish Haikal datang, suruh dia jumpa saya di pejabat, okey?” Belum sempat Dina berlalu pergi, Huda sudah tergesa-gesa memberitahunya ketibaan Danish yang sudah menunggu lima belas minit diruang menunggu sedari tadi. Lantas Huda menunjukkan ke arah dimana Danish sedang duduk kepada Dina selaku Pengurus di syarikat tempatnya bekerja.

Dina melihat ke arah yang sama lantas menghampiri Danish yang sedang duduk membaca keratan akhbar pagi itu. “Danish, dah lama sampai?” Danish melihat ke arah suara yang memanggil namanya tadi lalu terus berdiri menghulurkan tangannya kepada Dina. Dina menyambut huluran yang diberi, dalam masa yang sama Dina sempat melihat penampilan Danish dari atas sehingga ke bawah dengan senyuman yang meleret.

“Baru juga sampai, erm Dina baru sampai ke? Tak perasan pulak tadi,” Danish hanya berbasi-basi dengan Dina, walaupun Danish berasa kekok dengan keadaan dia sekarang namun Danish berusaha juga berlagak tenang dan biasa.

Danish akui, semasa mereka sama-sama belajar di Johor dahulu, menuntut di Universiti yang sama, Danish memang kurang mesra dan rapat dengan Dina. Oleh kerana Aleeya lebih rapat dengan Ummi Kalsum daripada Dina, kehadiran Dina tidak pernah dihiraukan olehnya. Dina hanya memandang Danish dengan gaya dan senyuman yang menggoda. Danish juga memandang penampilan Dina juga waktu itu yang hanya mengenakan skirt paras lutut berwarna biru tua dan baju kemeja dengan warna yang senada. Sungguh menampakkan dia wanita yang berkerjaya, Danish berasa bangga melihat kejayaan yang diperolehi oleh Dina sekarang dan penampilan yang dipamerkan oleh Dina sungguh berbeza. Kalau Aleeya pakai macam ni mesti lebih lawa, desis Danish di dalam hatinya.

“Not bad, dah, jom ikut I pergi bilik I…” Danish pelik apabila mendengar pencakapan Dina yang sudah berubah daripada “aku’ dan ‘kau’ kepada ‘I’ dan ‘You’. Namun Danish hanya mengikuti langkah kaki Dina yang menuju ke lif untuk ke ruang pejabat Dina. Sudah dimaklumkan kepada Danish, tentang kehadiran ayahnya yang hanya tiba di pejabat pada jam 9 pagi nanti. Dina selalunya akan tiba ke pejabat selepas sahaja jam menunjukkan ke angka 10 pagi, oleh kerana ada tetamu pentingnya pagi itu. Dina sanggup bangun seawal pagi untuk menyambut kedatangan Danish yang memang dinanti-nantikan olehnya. Kadang-kadang sahaja dilihat Dina turun awal ke pejabat bersama ayahnya, kalau tidak ada perkara yang penting atau ada sesuatu yang ingin ditunjukkan, jangan harap nak melihat wajah Dina di awal pagi.

“Have a sit Danish, you nak minum coffea or tea? Nanti I suruh tea lady I buatkan,” 

Dina mempelawa Danish untuk duduk di sofa yang berada di dalam bilik pejabatnya itu. Danish hanya mengangguk lalu bersuara, “eh, tak apa, sa..ya.. Eh, I dah breakfast pagi tadi,” Danish terikut-ikut sahaja cara pencakapan yang dibawa oleh Dina. Dina yang duduk berhadapan dengan Danish sudah tersenyum puas dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Danish lantas mula mengambil perhatian Danish dengan gayanya yang menggoda dan menyakitkan hati kepada si penglihatnya.

“I belum breakfastlah pagi tadi, temankan I minum, boleh?” Danish sudah tidak senang duduk dibuat oleh Dina. Danish tahu niat Dina untuk menggodanya lalu dia beralih sedikit kedudukannya daripada Dina yang sudah berada disebelahnya itu. Dina perasan akan perubahan pada wajah Danish, lalu dia terus berdiri menuju ke meja pejabatnya.

“Okeylah, I boleh suruh daddy I bagi you start kerja hari ini kalau you nak, esok pun boleh kalau you tak nak start awal but… I have one condition…” Danish sudah melemparkan senyumannya kepada Dina, tetapi apabila mendengar ayatnya yang terakhir membuatkan Danish keliru, senyuman terus menjadi kelat, dia tidak tahu menahu mengenai apa-apa syarat yang telah dikenakan kepadanya sebelum ini. Namun tanpa membuang masa, Danish berjalan menghampiri meja kerja milik Dina lalu terus duduk menanti apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dina pula sedang meneliti sesuatu pada fail dihadapannya, lalu Danish berdehem sedikit lalu memandang Dina.

“Erm, syarat? Syarat apa yang you maksudkan Dina? Saya tak fahamlah…” Dina sudah memberikan senyuman senget dan menaikkan bulu kening kanannya kepada Danish lalu menutup fail yang berada dihadapannya. 

“Relax, bawa bertenang. Syaratnya tak susah Danish, you cuma kena temankan I lunch selama sebulan, selepas itu you free, itu aje. Kalau pasal budget you jangan risau, semua ditanggung beres oleh I.” Danish terkejut mendengar syarat yang diberitahu oleh Dina itu, lalu dia hanya tunduk diam membisu. Dina melihat Danish yang sudah berkerut seribu dahinya seperti memikirkan sesuatu, lantas dia menghampiri Danish dan meletakkan tangannya ke bahu Danish lalu memusingkan kedudukan Danish untuk berhadapan dengan Dina yang sudah duduk dikerusi bersebelahannya. Danish yang seperti orang yang sudah disorongkan bantal hanya menuruti segala kehendak Dina. 

“Kenapa? You takut Aleeya marah? Don’t worry, I tak kan bagitahu your wife, ini antara kita berdua aje. I bukan suruh you buat apa-apa pun, just suruh temankan I makan dalam masa sebulan. Kacang! Lagi pun, you jangan lupa I yang rekomen you pada daddy I untuk job ni,” Danish sudah keliru dengan situasi yang dihadapinya kini, dia tidak pasti untuk memberi jawapan apa kepada Dina. Danish buntu, berbelah bahagi rasanya ketika itu, seperti terperangkap di dalam keadaan yang sememangnya tidak akan menyebelahi pihaknya.

Danish tidak menyangka yang Dina akan meletakkan syarat kepadanya dan juga tidak ikhlas dalam membantu dia mendapatkan pekerjaan itu. Tanpa membuang masa, Danish sudah berfikir semasak-masaknya untuk memberi jawapan kepada Dina, dia pasti jawapannya itu tidak akan mengugat kehidupannya nanti. Dina hanya tersenyum sinis memandang  Danish sambil menanti jawapan yang keluar daripada mulut Danish, Dina pasti Danish sukar untuk membuat keputusan kerana dia tahu Danish tidak akan mahu melukakan hati Aleeya.

“Okey! I terima syarat you itu, tapi you kena ingat, ini antara kita sahaja, and after 1 months I bebas daripada syarat you tu,” Danish berkata-kata dengan berani dan yakin sekali dengan jawapan yang diberikan olehnya kepada Dina. Dina yang mendengar persetujuan Danish itu, sudah tersenyum sendirian lalu bertepuk tangan. Dia pasti rancangannya untuk merampas Danish daripada Aleeya akan tercapai. 

“Good for you! I janji tak kan bagitahu Aleeya, deal?” Dina sudah beralih duduk di hadapan Danish sambil menghulurkan tangan kepada Danish.

 “Deal!” Danish menyambut huluran yang diberi tanda perjanjian sudah termeterai di antara mereka. Sudah ada hitam putih yang telah dibuat oleh Dina, Danish tidak menyangka sepantas itu Dina bertindak seperti sudah merancangkan segala-segalanya. Tanpa membuang masa Danish menandatangani borong kontrak perjanjian mereka itu dengan tangan yang terketar-ketar. Rasa bersalah kepada Aleeya menyelubungi seluruh jiwanya, tidak terdetik atau sekelumit jua niatnya untuk membohongi dan membelakangkan Aleeya. Namun Danish tersepit di antara dua, dia mahu yang terbaik untuk Aleeya. Dia pasti Dina akan berpegang pada janji-janjinya. Cuma sebulan Danish, sebulan, gumam Danish di dalam hatinya.

Tuk..Tuk..Tuk.. Bunyi ketukan di bilik pejabat milik Dina diketuk oleh Hamidah, selaku setiausaha ayahnya yang sudah lama berhemat dengan syarikat mereka. Dina dan Danish yang tiba-tiba tersedar daripada lamunan mereka yang terbang entah kemana tersentak dek ketukan yang bertalu-talu dipintu pejabat milik Dina, lalu Dina membenarkan Hamidah masuk ke dalam biliknya.

“Cik Dina, Dato’ Aizuddin minta Cik Dina dan Encik Danish masuk ke pejabatnya,” Dina hanya mengangguk seraya menyuruh Hamidah keluar dahulu. Dina memandang Danish sambil menggangkat keningnya. Danish yang hanya tersenyum hambar melihat Dina hanya mengikuti langkah Dina untuk keluar daripada biliknya untuk ke pejabat Pengarah Urusan, iaitu Dato’ Aizuddin.

“Hye daddy!” Dina masuk ke dalam bilik pejabat ayahnya dengan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir. Dato’ Aizuddin mempelawa Danish untuk masuk dan juga duduk. 

“Selamat pagi Dato’ Aizuddin,” Danish menghulurkan tanggannya untuk berjabat mesra dengan ayah Dina. 

“Eh, tak perlu berdato’ segala dengan Uncle, panggil sahaja Uncle macam hari tu, Okey Danish?” Danish sudah serba salah untuk memanggil ayah Dina dengan panggilan sebegitu apabila di pejabat, namun atas kehendak Dato’Aizuddin itu sendiri Danish hanya mengangguk setuju. Dina juga sudah memberi senyuman yang manis juga buat Danish. Hatinya berbunga riang, kerana hanya menanti Danish jatuh ke dalam pelukannya. Dia tidak menyangka Danish sudah begitu hampir dengannya, Cuma masa yang diperlukan oleh Dina untuk mencuri hati Danish dari Aleeya. Ya Aleeya, aku memang sudah lama benci dengan kau, kau tunggu dan lihat, Danish akan menjadi milik aku suatu hari nanti. Desis Dina di dalam hatinya sambil cuba mengawal riak wajahnya daripada dikesan oleh ayahnya dan Danish.

“Okey, boleh Uncle tengok resume and sijil-sijil Danish?” Danish sudah menghulurkan fail hitamnya kepada Dato’ Aizuddin. Ditelitinya semua keputusan peperiksaan Danish dan sijil-sijil yang diperolehi Danish sambil kepalanya diangguk-anggukkan tanda dia berpuas hati dengan kelayakkan yang Danish miliki. 

“Good, lulus dengan cemerlang. Tahniah Danish, awak diterima bekerja di syarikat kami, hari ni juga you boleh start kerja.” Danish sudah terkejut dengan ucapan yang diberikan oleh Dato’ Aizuddin tadi, dia tidak menyangka temuduganya bersama dengan CEO besar di dalam syarikat itu semudah itu sahaja. Tidak perlu berhadapan dengan panel-panel lain atau di soal selidik, terlalu mudah baginya. Danish memanjat kesyukuran lalu Danish mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Aizuddin dan Dina, kalau bukan kerana Dina pasti Danish tidak memperolehi pekerjaan itu.

“Terima kasih Uncle, Dina, saya akan melakukan kerja saya sebaik mungkin dan akan memajukan syarikat ini dengan lebih maju dengan usaha gigih saya,” Danish mengucapkan kata-katanya dengan semangat kepada Dato’ Aizuddin dan Dina. Dato’ Aizuddin hanya mengangguk seraya memandang ke arah anak gadisnya yang sedari tadi dia sudah perasan akan anak mata Dina yang tidak lepas daripada memandang wajah Danish.

Tanpa pengetahuan Danish, Dina sudah berbincang dengan ayahnya kelmarin mengenai tawarannya untuk menyuruh ayahnya menerima Danish bekerja dengan mereka. kalau tidak kerana kemahuan Dina, pasti Danish tidak semudah itu untuk memperolehi pekerjaan di syarikatnya yang terkenal. Kalau melihat kelayakkan Danish memang sesuai dengan jawatan yang dipegang, tetapi sepatutnya perlu memiliki tiga hingga lima tahun pengalaman bekerja dalam bidang tersebut. Namun hanya kerana tidak mahu anak kesayangannya berkecil hati, diturutinya sahaja segala kemahuan Dina demi kebahagiaan anaknya.

“Daddy, Dina nak ajak Danish keluar, nak kenalkan dekat staf-staf kita yang lain, okey?” Ayahnya hanya mengangguk sambil menghantar pemergian mereka dengan gelengan di kepala. Dato’ Aizuddin sudah sedia maklum dengan status Danish yang sudah berkahwin daripada pengetahuan Dina semalam. Tetapi, Dina tetap jua berdegil dan bekeras untuk mendekati Danish, kerana sudah lama dia pendamkan perasaannya itu tanpa pengetahuan Aleeya dan Ummi Kalsum mahupun Tina.

Dina memperkenalkan Danish kepada semua kakitangan di jabatan Raisuddin Engineering Sdn Bhd, Danish memberikan senyuman dan menyambut huluran yang diberi. Danish berasa teruja saat itu kerana telah diterima bekerja di syarikat yang sungguh terkenal di Malaysia. Danish tidak akan mensia-siakan peluang yang ada dihadapannya. Dia akan bekerja sekuat mungkin untuk mengubah nasib hidupnya selama ini dan juga memenuhi segala impian Aleeya, isteri kesayangannya.

Setelah selesai memperkenalkan Danish kepada semua kakitangan yang terdekat, Dina membawa dan menunjukkan Danish di mana letaknya pejabat baru Danish yang terletak di sebelah pejabatnya sahaja. “Danish, ini bilik you, cantikkan?” Danish berjalan disekeliling pejabatnya sambil meninjau keadaan pejabatnya yang besar dan dihias cantik. Ruang pejabat yang dilengkapkan dengan kerusi dan meja pejabat yang besar, set sofa berwarna hitam dan merah sungguh menyerlahkan lagi keindahan biliknya. Terdapat gambar hiasan yang sungguh unik dan abstrak sekali.

“Thanks Dina, kalau bukan kerana you, hidup I tak akan berubah seperti ini,” Danish masih melilau matanya melihat keadaan sekeliling. Dina hanya tersenyum menggoda sambil menarik tangan Danish untuk duduk bersamanya di sofa. Danish hanya menuruti walaupun dia tidak berasa selesa diperlakukan sedemikian rupa. Jika bukan kerana budi Dina kepada dirinya, dia tidak akan sama sekali membenarkan Dina menyentuhnya sesukahati, bagi Danish hanya Aleeya yang berhak ke atasnya.

Danish tiba-tiba teringatkan Aleeya, lalu dia mengeluarkan telefon bimbit nokia dari kocek seluarnya. Tindakannya hanya diperhatikan oleh Dina yang sedari tadi hanya duduk sejengkal daripada kedudukan Danish, apabila Dina melihat Danish yang leka dan tersenyum-senyum seperti sedang menaipkan sesuatu pada kekunci telefon bimbitnya, Dina berpura-pura membuat bunyi batuk. “Urm, Danish lunch nanti I tunggu you okey?” Dina terus berdiri dan sudah bersedia untuk berlalu pergi, namun cepat-cepat dihalang oleh Danish.

“Eh, Dina boleh tak esok kita lunch sama, hari ini I rasa tak dapatlah, I nak balik rumah nak lunch dengan Aleeya…” Danish menanti jawapan daripada mulut Dina, dia berharap perjanjian yang dibuat mereka tadi akan sah bermula keesokkan harinya kerana dia sudah berjanji kepada Aleeya untuk makan bersama tengah hari nanti. 

“Nope! 1 month okay,” Dina terus berlalu pergi meninggalkan Danish yang masih kebinggungan memikirkan Aleeya. Dina hanya tersenyum gembira kerana kejayaan memihak kepadanya.

“Maafkan abang Leeya,” Bisik Danish sendirian lalu terus berlalu pergi ke mejanya untuk memulakan pekerjaannya pada hari itu. Berbagai-bagai alasan yang difikirkan oleh Danish untuk diberikan kepada Aleeya. Namun, tidak sanggup rasanya dia melihat wajah sendu Aleeya, dia hanya mahu gelak tawanya sahaja yang memenuhi rumah tangga mereka.

Tengah hari itu Aleeya menyediakan ayam goreng kegemaran Danish dan sayur pucuk paku kegemarannya, dia menanti kepulangan suaminya sedari tadi. Sudah dimaklumkan oleh Danish kepada Aleeya mengenai berita gembira penerimaan ayah Dina untuk bekerja disyarikatnya.

Danish melihat jarum jam tangannya yang menunjukkan ke angka 12.30 tengah hari, Danish sudah gelisah namun dia masih tetap membisu tanpa memberi apa-apa berita kepada Aleeya tentang ketidak pulangannya nanti. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar, terjengkul keluar kepala Dina sambil tersenyum memandang ke arah Danish yang seperti tengah mengelamun memikirkan sesuatu. “Danish, time for lunch!” Dina menunjukkan jam tangannya ke arah Danish yang masih duduk membisu di meja pejabatnya, lalu dengan langkah yang longlai Danish menghampiri Dina yang sedang menantinya.

“Eh, kenapa muka monyok aje ni? Tak suka lunch dengan I ek? Kalau macam itu, tak apalah!” Dina terus berpaling untuk keluar daripada pejabat Danish tanda protes apabila melihat ketidak ikhlasan yang terpancar jelas pada wajah tampan milik Danish. Danish yang menyedari kesilapan dirinya cepat-cepat menghalang kepergian Dina dan memohon maaf.

“Dina! Sorry, dah jomlah kita lunch,” Danish sudah memberikan senyuman manisnya kepada Dina, lalu Dina sudah bertukar moodnya kepada gembira sambil berjalan beriringan keluar daripada pejabat Danish. Di dalam kereta Mazda milik Dina, Danish hanya memandu dengan berhemah sekali walaupun dia tahu Dina yang sedang duduk bersebelahannya asyik memerhatikannya sedari tadi. Tiba-tiba bunyi telefon bimbit Danish berbunyi, tanda ada panggilan masuk lantas tangan kirinya mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya dengan melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya, ‘M.Y.W.I.F.E.’

Dina perasan akan perubahan wajah Danish apabila melihat nama si pemanggil tadi, lalu dia mengagak panggilan tersebut daripada isterinya, Aleeya. “Kenapa tak jawab phone tu?” Danish meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya, namun pertanyaan Dina tadi hanya dijawab dengan gelengan di kepalanya sahaja. Dina memahami maksud itu, pasti panggilan itu daripada Aleeya, masakkan bukan isterinya kalau ekspresi muka terkejut yang terpamer di wajah Danish.

“Your wife ek? Aleeya…” Dina sudah membuang pandang ke luar tingkap seolah-olah sedang melihat pemandangan hiruk piruk bandar Kuala Lumpur yang semakin berkembang maju dari semasa ke semasa. Sebenarnya Dina menyampah apabila disaat dia berdua-duaan dengan Danish, sudah diganggu pula oleh Aleeya yang sememangnya selama ini dia amat membenci diri Aleeya kerana merampas semua orang yang dia sayang dari sisinya. Lantas Aleeya mencebikkan bibirnya apabila melihat Danish hanya mengangguk pertanyaan Dina tadi dengan senyuman yang menawan sehingga menusuk ke kalbunya.

“Kita makan kat mana ni?” Tanya Danish, Dina pula sudah memandang ke arah Danish yang masih tercari-cari tempat makan yang sesuai untuk mereka menjamu selera tengah hari itu. 

“It’s up to you, I ikut aje,” Dina memberi peluang kepada Danish untuk memilih tempat makan mereka mengikut kesukaan Danish. Danish yang masih kebinggungan mencari tempat yang menarik dan sesuai untuk Dina sudah mati kutu.

“I tak tahulah Dina, apa kata you suggest tempat makan yang paling sedap bagi you, I okey aje,” Dina sudah berfikir-berfikir tempat yang menarik untuk mereka berdua-duaan makan tengah hari itu. Dia mahu menghabiskan masa rehatnya bersama dengan Danish sahaja.

 “Hah, apa kata kita makan dekat restoran depan sana tuh!” Danish melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Dina tadi, lalu Danish menekan minyak kereta menuju ke sana dengan segera.

Sementara menanti makanan yang dipesan tadi sampai, Danish meminta diri untuk pergi ke tandas sekejap. Dina hanya melihat pemergian Danish dengan senyuman sinisnya, dia tahu Danish pasti ingin menelefon Aleeya untuk memberitahu yang dia tidak dapat pulang makan tengah hari bersamanya. Namun Dina berpuas hati kerana Danish sudah masuk ke dalam perangkapnya, dia tidak menyangka yang dia dapat memasang jerat pada Danish yang disangkanya sangat dingin melayannya selama ini. Dina akan berusaha sehingga Danish jatuh ke dalam genggamannya, Dina tiba-tiba terfikirkan sesuatu, dia sudah mempunyai rancangan jahatnya sendiri yang dia sahaja yang tahu.

Danish yang masih keresahan di dalam bilik air tadi masih kebingungan memikirkan soal Aleeya, dia berjalan berulang alik di tempat yang sama. Danish hanya memandang kosong skrin telefon bimbitnya, lantas Danish hanya menghantar khidmat pesanan ringkas sahaja kepada Aleeya untuk menyampaikan ketidak pulangannya tengah hari itu. Aleeya yang sedang duduk termenung memandang makanan di hadapannya hanya menongkatkan tangannya pada dagu.

Danish sudah selesai menaip mesejnya kepada Aleeya, namun berat rasa hatinya untuk mengecewakan isterinya lalu tanpa membuang masa Danish menekan butang [SEND].

Aleeya yang masih memikirkan ke mana perginya suaminya, tiba-tiba terkejut apabila di dapatinya telefon bimbit yang berada di atas meja makannya berbunyi, tanda ada mesej yang masuk. Aleeya sudah mengagak si penghantar mesej itu pasti Danish, kerana sedari tadi dia cuba menghubungi Danish tetapi tidak dijawab panggilannya.

“Salam sayang, maafkan abg sebab abg x dapat balik makan tengah hari ini. Abg sibuk sangat dengan kerja, lagipun boss abg ada buat jamuan ringan untuk abang menyambut kehadiran abang sebagai pekerja baru di syarikat mereka. malam nanti, kita makan bersama ya. Okey, take care. Love you, Assalamualaikum.”

Aleeya membaca mesej yang dikirimkan oleh Danish tadi dengan senyuman, walaupun hatinya terasa sedikit kecewa namun ditepisnya perasaan itu jauh-jauh kerana memahami situasi suaminya yang baru menceburi dalam bidang pekerjaan yang diimpikan oleh suaminya selama ini. Lantas Aleeya berlalu masuk ke dalam kamarnya untuk berehat secukupnya kerana Aleeya sudah tidak mempunyai selera untuk makan lagi.

Setelah lima minit menanti balasan mesej daripada Aleeya masih belum muncul, lalu Danish membuat keputusan untuk keluar daripada tandas dan pergi mendapatkan Dina yang sudah ditinggalkan sendirian di meja makan. Dina melihat Danish keluar dengan senyumannya yang tidak lekang dari bibirnya, naluri wanitanya dirasakan bagai berdegup kencang melihat senyuman itu.

Dina merasakan kemarahannya tadi kerana menunggu Danish terlalu lama untuk menjamu selera, terus berlalu surut melihat senyuman manis yang diberi oleh Danish kepadanya. Dina merasakan dirinya amat bertuah kerana sekarang makan berdua-duaan dengan jejaka impiannya selama ini.

“Sorry lambat, dah lama tunggu?” Danish menarik kerusi dan terus duduk dihadapan Dina, Dina yang sedari tadi tidak berkelip matanya memandang Danish sudah tersedar dari lamunannya yang panjang. 

“Eh, tak adalah lama. Jom, kita makan karang sejuk tak sedap pulak.” Danish hanya mengangguk lalu mereka bersama-sama menjamu selera tengah hari itu dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat.
Aleeya yang berada di rumah tidak dihiraukan lagi oleh Danish kerana dia sudah leka berbual panjang bersama Dina tengah hari itu. Ramai orang yang berada di dalam restoran itu memandang ke arah mereka yang tampak bahagia dengan senyuman dan tawa yang tidak pernah lekang di bibir. Masing-masing mengagumi kecantikan dan ketampanan mereka berdua di dalam diam.

Setelah mereka berdua selesai menjamu selera tengah hari itu, Dina mengajak Danish berjalan-jalan sambil meronda di sekitar bandar Kuala Lumpur. Namun ditolak oleh Danish dengan baik kerana dia tidak mahu mencuri masa kerja dan mengambil kesempatan ke atas Dina yang sememangnya anak CEO di syarikat tempatnya bekerja.

“Lain kalilah kita jalan-jalan pusing KL ni, okey? Lagipun I baru aje start kerja hari ini dah nak tunjukan attitude yang tak baik. You faham kan?” Dina hanya mengangguk tanda setuju dengan pendapat Danish tadi, dia tahu Danish bukan seperti dirinya yang boleh keluar sesuka hati semasa waktu bekerja. 

“Okey, I setuju but next time you kena bawak I keluar jalan-jalan jugak, okey?” Dina mengajukan pulak cadangannya kepada Danish, Danish yang hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh Dina itu hanya mengangguk seraya tersenyum.

Dina akur dengan keputusan yang diberi oleh Danish, dan mereka beransur pulang ke pejabat untuk meneruskan pekerjaan masing-masing. Danish kembali ke dalam pejabatnya untuk menyambung kerjanya yang tertangguh tadi, walaupun hari pertama memulakan pekerjaan tidak terlalu banyak yang perlu dilakukan. Danish tetap juga mencari apa-apa sahaja untuk dijadikan bahan kerjanya, Danish tidak mahu menghabiskan masanya dengan bersuka ria dan goyang kaki sahaja. Dia harus menunjukkan  dan membuktikan kepada Dina dan Dato’ Aizuddin kemampuannya di dalam bidang arkitek ini.

Petang itu, setelah selesai melakukan pekerjaannya. Danish sudah bersiap sedia untuk pulang, namun tiba-tiba Danish terfikirkan akan sesuatu lalu Danish bergegas untuk ke tempat di mana dia memarkirkan motorsikalnya. Sebelum pulang ke rumah, Danish sudah berhenti di simpang jalan untuk pergi membeli sejambak bunga lily untuk diberikan kepada Aleeya nanti. Dia tahu bunga lily merupakan bunga kesukaan Aleeya, lalu diletakkannya ke dalam bakul motorsikalnya untuk di bawa pulang ke rumah. Dia tahu Aleeya pasti merajuk gara-gara dia tidak pulang makan di rumah tengah hari tadi, lalu ingin memujuk Aleeya dengan memberi bunga kesukaan Aleeya.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly