Saturday, June 23, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi


Cinta...
Apa itu cinta???
Cinta dulu telah membuat diri ini takut ingin mendekati cinta lagi,
Cukup dengan apa yang telah ku lalui dulu sungguh
banyak memberi aku pengajaran dan mengenali erti kesabaran...

Cinta juga membuat aku serik untuk bercinta lagi,
Untuk apa bercinta jika hanya ingin dipermainkan...
Pengalaman dulu juga mengajar aku untuk lebih bersedia 
dengan sebarang kemungkinan dan membuat diri ini
untuk lebih dewasa di dalam membuat sesuatu keputusan...

Hati merintih, hati menangis pilu,
Tidak dapat dirungkai dengan kata-kata
Hanya terluah di dalam hati...

Hati ingin disayangi dan hati juga ingin dicintai,
Tetapi biarlah cinta itu disulamkan dengan ikatan yang sah agar
diri dapat dijauhkan dari segala tipu muslihat dunia...

Hati kecil sering berkata akan ada suatu hari nanti
dia datang kepadamu...
Hanya menanti dan terus menanti sesuatu yang belum pasti.
Tidak mahu apabila fitrah itu menjadi fitnah,
Biarlah perkara baik itu disegerakan...

Tetapi biarlah ia bukan SUAMI mahupun BEKAS PACAR teman,
Agar dapat dijauhkan dari segala fitnah dunia...
Pengajaran dahulu banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar,
Supaya kesilapan dan kekhilafan yang lalu tidak terulang kembali...
Amin~

*Tetapi kenapa manusia masih mudah sahaja menjatuhkan hukuman dan susah untuk menerima hakikat sebenar? Kenapa manusia mudah sahaja melemparkan tohmahan sebelum mereka mengetahui perkara yang sebenarnya? Mudah untuk mencari kesalahan orang lain tetapi tidak mudah untuk memperbaiki keadaan itu supaya ia kembali jernih. Kenapa masih membina jurang dan benteng keegoaan yang tinggi daripada meneima kemaafan dari sesorang hamba? Seorang Hamba Allah yang tidak lepas dari melakukan kesilapan tetapi hanya dipinggirkan dan dihebahkan keburukkan yang silam kepada orang lain. Aku hanya mampu menangisi nasib diri yang tidak pernah diberikan peluang kedua untuk kembali ke jalan yang benar malahan terus-terusan membiarkan diri sendiri penuh dengan dendam yang berkubur di dalam hati *

*Aku dah penat, aku dah lelah...biarlah orang mahu mengata apa, sudah ku usaha untuk menjernihkan keadaan daripada terus keruh, namun masih sahaja tidak mahu menerima takdir hidup. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah dan kebaikkannya sendiri. Ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang telah berlaku. Aku sudah menerima balasan yang cukup maha hebatnya dari Nya. Tidak kah itu belum cukup lagi??? Atau masih mahu meneruskan skeksa ini berterusan sehingga hujung nyawa??? Sama-samalah kita kembali, kembali untuk membina hubungan silaturahim yang baru, daripada terus dibelenggu dengan dosa silam. Hanya satu pintaku, kemaafan darimu~ *

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly