Tuesday, April 10, 2012

Tiada Jalan Mudah



Tiada jalan yang mudah untuk mengapai bahagia...
Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan
Tiada jua jalan mudah untuk menyusuri jalan-jalan berduri
Tiada jalan mudah untuk memperolehi sesuatu yang diingini....


Tetapi jalan itu akan mudah jika diselitkan dengan keazaman
dan kecekalan...
jalan yang penuh onak duri dapat jua ditempuhi
dan dapat jua dilewati...
biarpun kaki telah terluka kerna tercucuk duri-durinya...
namun pengakhirannya pasti manis belaka...


Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...
jangan cuba mengambil jalan pintas andai diri belum cukup kuat menempuhnya..
maka biar sekali jalan itu panjang...
menyusuri sehingga ke denai-denai sepi...
anggaplah ia hanya sebagai benteng untuk melemahkan kita...


Teruskan berjalan walaupun jambatan itu terlalu panjang...
insyaAllah semuanya akan menjadi sebaik-baiknya dengan izin yang maha Esa...
jangan dulu cepat mengeluh kerana keluhan itu akan bertukar
dengan tangisan kegembiraan..
Bersusah-susahlah dahulu, bersenang-senang dikemudian hari...


p/s: Be strong csya!!! Chill~ :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly