Monday, April 2, 2012

Mencari Penawar Qaseh 6




BAB 6

Setelah hampir di semester akhir, semua pelajar-pelajar yang akan menghabiskan pengajian mereka bertungkus lumus untuk mengulangkaji pelajaran mereka. Semua ingin memegang segulung ijazah di dalam tangan mereka sewaktu majlis konvokesyen nanti, begitu juga harapan Danish agar dapat mengubah nasib hidupnya yang serba kekurangan. Dia masih teringat arwah ayahnya, Encik Buhairi yang sudah lama meninggalkannya keseorangan di dunia ini. Sudah hampir setengah tahun dia tidak menziarahi pusara arwah ayahnya dan ibunya yang tercinta. Danish telah bertekad dan menanam niat didalam hati, setelah dia menyelesaikan segala kewajipannya di Universiti Teknologi Malaysia ini, dia akan pulang ke Kuala Lumpur, pulang bersama segulung ijazah dan mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Arkitek yang berjaya.

Aleeya pula masih lama untuk meneruskan perjuangannya didalam menggengam segulung ijazah, masih panjang perjalanannya untuk menempuh dan mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang pelajar. Namun Danish berharap suatu hari nanti dia akan dapat memiliki Aleeya sebagai isterinya yang sah.Walaupun Danish tahu Aleeya sekarang sering mengabaikan pelajarannya sejak akhir-akhir ini, Danish tetap akan memberi sokongan dan dorongan kepada Aleeya agar dia dapat meneruskan pengajiannya tanpa dirinya disisi kelak.

“Abang, lepas ni mesti kita jarang jumpakan, abang nanti dah balik KL tinggallah Leeya sorang-sorang kat sini. Tapi tak apa, jauh di mata dekat dihatikan? Abang, jangan lupa Aleeya nanti tau,” Aleeya memandang wajah kekasih hatinya dengan wajah yang sedih, dua bulan lagi mereka akan menduduki peperiksaan akhir. Danish akan menamatkan pengajiannya tidak lama lagi, Aleeya resah kerana ditinggalkan sendirian di sini. Tidak ada lagi wajah-wajah yang akan mengisi kekosongan hatinya dan menghiasi hari-harinya.

Aleeya perasan perubahan Ummi Kalsum terhadap dirinya, dia akui kesilapannya selama ini yang lebih mementingkan Danish daripada kawan rapatnya sendiri. Tetapi itu tidak menjadi penghalang bagi Aleeya, dia sudah bertekad untuk memberitahu ibu dan ayah tirinya setelah selamat pulang ke Kuala Lumpur kelak. Dia tidak sanggup lagi untuk membohongi Datin Farhana dan juga Datuk Othman.

“Alah sayang jangan risaulah, abang tak cari lain punya, Aleeya tu mesti setia kat abang tau, lepas habis belajar ni nanti abang nak cari kerja and kumpul duit banyak-banyak. Sudah itu barulah abang pergi meminang Aleeya.” Danish memegang tangan Aleeya dan dikucupnya penuh syahdu, Aleeya hanya diam seribu bahasa. Dia tidak menyangka hubungan mereka sudah sejauh ini dan berlanjutan sehingga ke tahap ini. Sayang Aleeya kepada Danish, tidak dapat dibandingkan dengan tingginya gunung atau sedalamnya lautan sekalipun. Aleeya sanggup mengorbankan nyawanya sendiri demi Danish.

“Boleh percaya ke abang nih? Hmm, kalau abang cari kerja kat sini aje tak boleh ke? Tok sahlah kerja di KL tuh. Sini kan ada Leeya, paling-paling pun abang cuba mintak kerja tempat abang praktikal dulu, mana tahu dapat.” Celah Aleeya pula.
“Hmm, entahlah Leeya. Abang pun tak sure lagi ni. Tempat abang kerja dulu tu training aje sayang, nak dedahkan suasana kerja sebenar. Belum tentu abang layak kerja kat sana, tengoklah nanti macam mana. Okey?” Aleeya hanya mengangguk setuju, dia hanya khuatir hubungannya dengan Danish akan semakin rengang dek kerana jarak yang memisahkan mereka. Namun Aleeya hanya berserah kepada takdir hidupnya, apa yang telah tersurat dia hanya menurutinya dengan rela dan redha.

“Baiklah bang, Aleeya nak masuk rumah dulu. Kalau ada apa-apa panggil aje Leeya. Okey?” Danish sudah melepaskan tangan Aleeya dari pegangannya, memang setiap hari mereka akan meluangkan masa duduk bersama di luar rumah, memandangkan rumah mereka hanya bersebelahan memudahkan mereka untuk selalu berjumpa. Tetapi untuk membawa Danish ke dalam rumah tidak sesekali terfikir oleh Aleeya, dia masih menghormati Ummi Kalsum, Dina dan Tina sebagai kawan serumahnya.

“Yelah, abang pun nak masuk dalam ni, nak cuci kereta si Ehsan. Sayang duduk sorang-sorang kat rumah itu jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa panggil aje abang kat sebelah ni hah,” Aleeya mengangguk lalu melambaikan tangannya pada Danish. Dina sudah memaklumkan kepadanya yang dia bersama dengan Ummi Kalsum dan Tina pergi keluar berjalan-jalan dan membeli belah dihari minggu itu.  Dina ada juga mengajak Aleeya sekali untuk mengikuti mereka namun Aleeya menolak perlawaan Dina dengan cara baik, kerana perasan akan wajah Ummi Kalsum yang sudah kelat memandang wajahnya apabila mendengar Dina mengajaknya keluar sekali.

Aleeya terima segala layanan Ummi Kalsum terhadapnya, dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dia tahu Ummi Kalsum berjauh hati atas sikapnya yang lebih mengutamakan Danish daripada kawan baiknya sendiri.

“Erm, nak mandilah!”

Aleeya malas hendak memikirkan tentang Ummi Kalsum lagi, dia tahu kawannya itu tidak akan lama marahnya. Setelah selesai membersihkan diri, Aleeya bernyanyi kecil keluar daripada tandas rumahnya. Apabila dia memasuki kamar tidurnya yang terletak berdekatan dengan dapur rumah mereka, Aleeya terkejut apabila melihat seekor tikus sedang berlari-lari di bawah katilnya. Tanpa membuang masa, Aleeya yang sememangnya geli dengan binatang-binatang seperti itu lantas menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

‘Tikus! Tolong! Ada tikus! Eii…” Aleeya melompat-lompat apabila tikus tadi melintasi kakinya, mungkin kaget melihat Aleeya lalu tikus itu melarikan diri bersembunyi dibawah meja belajarnya.

Danish yang sedang leka mencuci kereta Toyota Vios milik Ehsan petang itu kaget mendengar suara Aleeya meminta pertolongan. Tanpa membuang masa, Danish terus mencampakkan hos air di tangannya lalu bergegas berlari mendapatkan Aleeya di rumah sebelah.

Memandangkan pintu rumah Aleeya tidak berkunci, Danish terus meredah masuk dan pergi mencari Aleeya. Aleeya yang terkejut dengan kehadiran Danish itu terus memeluk Danish untuk meredakan rasa takutnya. Danish terkesima apabila didapatinya Aleeya hanya berkemban memakai tuala mandi yang menampakkan susuk tubuh dan bahagian pahanya.

Danish cepat-cepat memukul tikus tadi dengan menggunakan penyapu yang berada di dapur dan menghalau tikus tadi keluar dari rumah melalui pintu belakang. Danish segera mendapatkan Aleeya kembali lalu merapati Aleeya yang sedang menangis teresak-esak di birai katilnya.

“Eh, kenapa sayang nangis ni. Abang dah halau dah tikus tu tadi, janganlah risau lagi. Tikus aje kan,” Danish bimbang melihat keadaan Aleeya yang masih menangis tidak juga berhenti-henti.

 “Aleeya..Leeya bukan nangis sebab tikus..tapi…” Aleeya sudah tersedu-sedu menahan tangisnya, Danish yang duduk disebelahnya terus memegang kedua-dua tangan Aleeya untuk meredakan tangisnya.

“Tapi apa? Cuba cakap dekat abang..” Danish sudah pelik melihat Aleeya yang sudah menundukkan wajahnya dan Aleeya terus berhenti daripada menangis lagi.

“Aleeya malu sebab abang tengok Aleeya dalam keadaan macam ni? Itu aje?” Aleeya sudah merah padam mukanya apabila Danish mengetahui apa yang ada difikirannya. Aleeya melihat Danish sudah tersenyum memandangnya, tanpa Aleeya sedari mata Danish memerhati seraut wajah manis Aleeya sehingga ke seluruh tubuhnya yang sedikit terdedah.

Danish merapatkan badannya kepada Aleeya, lalu memegang dagu Aleeya, Aleeya yang malu diperlaku sedemikian rupa menepis dengan halus tangan Danish. Namun Danish masih berusaha untuk memiliki Aleeya petang itu, naluri lelakinya berkocak apabila melihat Aleeya, gadis kesayangannya berada dalam keadaan itu. Aleeya yang juga hanyut di dalam pujuk rayu Danish sudah membiarkan tangan Danish meraba keseluruh tubuhnya. Lalu Danish dan Aleeya tenggelam di dalam dunia yang mereka reka sendiri, tidak ada lagi bayang-bayang ibunya, Ummi Kalsum dan semuanya hilang kerana hawa nafsu yang sudah menguasai diri.

Danish yang sedang lena tidur tersedar kerana terganggu apabila mendengar bunyi seseorang seperti sedang menangis teresak-esak. Apabila didapatinya Aleeya yang berada disebelahnya, yang duduk sambil memeluk kedua-dua kakinya sedang menangis sehingga terhinjut-hinjut bahu kerana menahan tangisnya. Lalu Danish merapati tubuh Aleeya yang hanya dibaluti dengan selimut untuk memujuknya.

“Sayang, hei kenapa ni? Sudahlah tu jangan menangis lagi. Kita dah terlanjurkan, sayang jangan risau, abang takkan sia-siakan Aleeya.” Danish sudah risau melihat keadaan Aleeya yang masih belum berhenti menangis, malahan bertambah teruk lagi tangisnya.

“Aleeya..Leeya…malu bang. Aleeya dah tak suci lagi, apa Leeya nak bagitau kat mama dan ayah..Leeya takut…” Aleeya menangis lagi apabila mengenangkan ayah tiri dan ibunya, yang menghantarnya belajar sehingga ke sini tetapi dia sudah menconteng arang di muka mereka.
“Sshh, sudah..berhenti menangis. Sekarang kita lupakan semua ini dulu, sebulan lebih lagi kita nak examkan. Lepas tu, abang akan berjumpa dengan mama dan ayah Aleeya. Abang akan bertanggungjawab sayang, percayalah dekat abang ya,” Aleeya memandang wajah Danish, terserlah keikhlasan di wajah Danish. Aleeya berasa sedikit tenang kerana Danish mahu bertanggungjawab diatas apa yang telah berlaku, dia berasa amat dihargai oleh Danish.

“Terima kasih abang, terima kasih. Tapi untuk melupakan semua ini tidak semudah itu, macam mana kalau Aleeya pregnant? Aleeya masih belajar bang…” Aleeya tiba-tiba teringat tentang anak, Aleeya takut ada benih yang tumbuh di dalam rahimnya atas perbuatan mereka tadi. Dia belum bersedia untuk menjadi ibu dan apatah lagi berkeluarga. Aleeya masih muda, dan masih mengejar cita-citanya itu, tiba-tiba dia sedih apabila menginsafi kesilapan dan kekhilafannya selama ini yang mengabaikan pelajaran demi sebuah cinta. Dia lalai dalam memperjuangkan impian dan harapan kedua orang tuanya, Aleeya berasa jijik sekali pada dirinya. Aleeya teringat akan Datin Farhana, Ummi Kalsum, Dina dan Tina, dan arwah ayahnya bagaimana penerimaan mereka jika mereka mengetahui semua ini. Berbagai-bagai andaian yang sudah bermain di benak fikirannya.

“Aleeya, dengar sini. Aleeya tak kan mengandung okay, sekarang yang penting kita habiskan belajar dulu. Abang pun dah final year sekarang, abang tak nak kita berhenti belajar sebab benda-benda macam ini. Aleeya mesti ingat, abang ada disisi sayang. Okey?” Sambil tangan Danish memegang kedua-dua pipi Aleeya dan melihat wajah Aleeya yang keresahan seperti memikirkan sesuatu. Danish juga bimbang jika benar kata-kata Aleeya tadi, dia belum bersedia untuk menjadi ayah dan mendirikan rumah tangga. Tetapi demi Aleeya, dia sanggup berkorban apa sahaja.

Aleeya hanya mengangguk seraya setuju dengan cadangan Danish tadi, dia berharap selepas ini ibu dan ayah tirinya akan menerima dan merestui hubungan mereka. Aleeya memandang jam di dinding biliknya, sudah hampir maghrib. Aleeya risau Ummi Kalsum, Dina dan Tina pulang melihat dia dan Danish dalam keadaan begini. Cepat-cepat Aleeya mengambil tuala untuk membersihkan diri, Danish yang hairan melihat Aleeya yang tergesa-gesa seperti orang cemas lalu terus berdiri.

“Kenapa Aleeya ni cemas semacam?” Aleeya berjalan ulang alik di dalam biliknya sambil memegang semua pekakas dan peralatan di dalam bilik itu dan diletakkannya semula ditempat asal. Aleeya kebinggungan, lalu menyuruh Danish cepat-cepat keluar daripada rumah itu sebelum kawan serumahnya pulang dan mendapat tahu apa yang telah berlaku.

“Eh abang, lebih baik abang balik sekarang. Nanti kantoi kat Ummi, Dina dan Tina,  lekaslah bang…” Danish terus mencapai pakaiannya di lantai lalu menyarung baju dan seluarnya tadi dengan tergesa-gesa untuk keluar daripada rumah itu. Aleeya juga memasang baju tidurnya, menukar cadar katil dan mengemas biliknya, dikhuatiri Ummi kalsum menyedari sesuatu yang telah berlaku di dalam bilik mereka itu.

Tanpa mereka sedari, Danish yang bergegas memasang seliparnya terkejut dengan sergahan Dina  yang secara tiba-tiba. “Hah! Kau buat apa kat sini Danish?” Dina menepuk belakang bahu Danish, lalu terus ketawa apabila melihat wajah kaget Danish.

“Eh Dina, tak..tadi…aku..aku tolong Aleeya halau tikus tu hah..” Danish tergagap-gagap menjawab pertanyaan Dina, Ummi Kalsum yang perasaan akan perubahan wajah Danish terus bergegas masuk ke dalam rumah, tetapi mereka terkejut dengan kehadiran Aleeya secara tiba-tiba.

“A’ah, ada tikus tadi kat dapur tu hah. Tu yang aku minta tolong Danish halau keluar, nasib ada Danish kalau tak, aku tak tahu nak buat apa…” Aleeya cuba berlagak tenang dan berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

“Kau ni memang, tikus pun takut..” Ummi Kalsum terus berlalu pergi meninggalkan Aleeya yang terpingga-pingga mendengar jawapan Ummi Kalsum.

“Ow ya, thanks Danish sebab tolong Aleeya,” Tina mengucapkan terima kasih atas pertolongan Danish tadi. Dina pulak sudah menjadi ulat bulu disebelah Danish, Aleeya hanya memandang dengan terbeliak biji matanya lantas Danish bergegas memohon pulang semula ke rumah.

***

Kini sudah sebulan Aleeya tidak datang bulan, dia bimbang atas kelewatan itu. Lalu dikhabarnya kepada Danish, tetapi Danish tetap menganggap perkara itu sambil lewa. Aleeya tidak tahu hendak berbuat apa, Aleeya buntu, lusa merupakan peperiksaan akhirnya. Dua minggu dari sekarang mereka akan bercuti semester, Aleeya yang perasan sikap Danish yang seperti mengelak daripada dirinya berasa jauh hati. Danish memberi bermacam alasan, hendak mengulangkaji pelajaran dengan kawan, sibuk untuk ke perpustakaan, menyiapkan laporan akhir dan bermacam-macam lagi alasannya. Setelah selesai peperiksaan akhir sahaja mereka akan berjumpa dan berbincang mengenai perihal masing-masing.

Ummi Kalsum yang perasan akan sikap Aleeya yang suka menyendiri sejak akhir-akhir ini, berasa kasihan dengan perubahan mendadak itu. Perasaan ingin tahunya semakin menebal apabila pernah ternampak Aleeya menangis sewaktu hendak masuk ke bilik mereka tempoh hari. Ummi Kalsum berasa bersalah atas apa yang berlaku di antara mereka selama ini, lalu dirapatinya Aleeya yang sedang membaca buku di kerusi ruang tamu rumah mereka.

“Aleeya, aku..aku nak minta maaf sebab tak layan kau dengan baik sebelum-sebelum ni, aku..” Aleeya melihat wajah kawan karibnya itu, lalu dipeluknya tubuh itu kedalam dakapannya.

“Leeya, hei kau kenapa ni? Kau nangis ek?” Ummi Kalsum hairan apabila didapatinya Aleeya tiba-tiba menangis, Aleeya meleraikan pelukan itu lalu diambilnya tangan Ummi Kalsum lalu digenggamnya erat.

“Ummi, sepatutnya aku yang minta maaf kat kau. Selama ini aku abaikan kau, kawan-kawan aku, pelajaran aku. Aku lalai Ummi, sebab cinta aku jadi macam ni. Aku harap kau dapat maafkan aku, ya?” Ummi Kalsum memberikan senyuman kepada Aleeya seraya itu mengangguk.

Thanks Ummi, kaulah kawan aku…” Aleeya memeluk lagi Ummi Kalsum ke dalam dakapannya, tanpa mereka sedari Dina yang mahu keluar daripada biliknya yang terletak berhampiran ruang tamu rumah sewa mereka mendengar perbualan antara Aleeya dan Ummi Kalsum. Dina tidak jadi untuk keluar ke dapur mengambil air minuman, sebaliknya mencuri dengar perbualan mereka.

“Ya Aleeya, aku maafkan kau. Sudahlah, tak perlulah nangis cam gini, buruk tau!” Aleeya tersengih mendengar Ummi Kalsum bercakap begitu, lalu disapunya sisa-sisa air matanya yang tertinggal ditubir mata.

“Ummi, aku nak cakap sesuatu kat kau. Tapi, kau mesti janji tak cakap kat sesiapa, please…” Ummi Kalsum tiba-tiba pelik apabila mendengar Aleeya bercakap sedemikian rupa, apakah rahsia yang ingin diberitahu oleh Aleeya itu dia tidak pasti.

“Hei, kau kenapa ni, tiba-tiba aje ni aku tengok. Kau demam ek?” Ummi Kalsum meletakkan tangannya ke dahi Aleeya, dirasainya suhu kepanasan badan Aleeya.
“Okey, tak panas pun..” Aleeya geram melihat gelagat Ummi Kalsum itu. Lalu dicubitnya paha Ummi Kalsum.

 “Ouch! Sakitlah Leeya…” Ummi Kalsum mengusap-usap pahanya yang terasa pedih itu.
“Ish, kau ni. Aku tak berguraulah, aku ada benda nak cakap kat kau, satu rahsia, tapi kau mesti janji kat aku yang kau takkan bagitau sesiapa pun termasuk Dina ataupun Tina. Faham?” Dina yang sedari tadi mendengar perbualan mereka tersentak apabila namanya juga turut ada di dalam perbualan itu. Ummi Kalsum kembali serius dan mengangguk sambil menghulurkan jari kelingkingnya kepada Aleeya.

“Aku janji…”

Promise,” Aleeya menyambut jari Ummi Kalsum, lalu menarik nafasnya untuk menceritakan segala rahsia apa yang telah berlaku di antara dia dan Danish tempoh lalu. Dia tidak tahu mahu meluah kepada siapa lagi, dia pasti Ummi Kalsum seorang kawan yang baik dan pandai menjaga rahsia.

“Aku, aku…Ummi, aku dah..” Ummi Kalsum yang sedari tadi menanti apa yang ingin diucapkan oleh Aleeya sudah tidak sabar ingin mengetahuinya, lalu ditepuknya paha Aleeya supaya segera memberitahu hal yang sebenarnya.

 “Aku! Aku! Aku apa?” Aleeya kaget lalu terlepas cakap.

“Aku dah terlanjur dengan Danish!” Lancar sahaja pengakuan Aleeya terpacul keluar daripada mulutnya. Ummi Kalsum sudah menutup mulut dengan kedua-dua tangannya, dia terkejut mendengar pengakuan ikhlas daripada Aleeya.

“Kau biar betul Leeya! Kenapa sampai macam tu sekali, aku kenallah kau Leeya, dulu kau tak macam ini tau. “ Ummi Kalsum berasa kesal dengan sikap Aleeya yang mudah terpedaya dengan hawa nafsu dan terjebak dalam kancah penzinaan. Dia tidak menyangka hubungan mereka terpesong sehingga ke tahap itu. Dina yang turut mendengar pegakuan itu juga terkejut dan berasa amat marah, lalu ditutupnya pintu biliknya perlahan-lahan sebelum diketahui oleh Aleeya dan Ummi Kalsum.

“Ummi, kau dengar dulu. Aku..aku tak tahu macam mana dah nak cakap. Masa tu aku dah tak ingat apa-apa Ummi, kau ingat tak masa Danish ada kat dalam rumah tu dulu, masa tulah benda tu terjadi. Tapi sekali tu aje Ummi. Aku kesal Ummi, aku menyesal dengan perbuatan aku, tapi Danish cakap dia akan bertanggungjawab, aku cuma takut mama aku tak dapat terima semua ini..tolong aku Ummi,” Ummi Kalsum mengeluh mendengar luahan hati Aleeya itu, dia juga sudah kebinggungan melihat keadaan Aleeya itu. Hendak dimarah, benda sudah jadi, Ummi Kalsum malas hendak memikirkan semua itu buat masa ini. Lusa merupakan peperiksaan akhir mereka, lepas dua minggu ini mereka semua akan pulang bercuti semester.

“Entahlah Aleeya, aku tak tahu nak cakap apa, ibu mana Aleeya yang nak anak mereka jadi macam itu. Macam mana sekalipun, kau mesti kasi tau ibu kau, kes kau ni dah berat. Kita ini  masih belajar tau, kalau kau pregnant macam mana? Lainlah kalau kau nak bernikah awal, tak jadi masalah Aleeya.” Aleeya mula menggelabah apabila mendengar perkataan ‘pregnant’ yang baru keluar dari mulut Ummi Kalsum, dia juga memikirkan benda yang sama sejak sebulan yang lalu.

“Ummi, itu yang aku nak bagitau kau ni, aku pun tak nak pregnant-pregnant ni. Gila kau kalau mama aku tahu, mati aku..tapi Ummi, aku ni dah sebulan tak datang bulan. Sepatutnya bulan ni, minggu lepas dah sepatutnya datang, tapi tak juga datang-datang. Aku risaulah Ummi, aku..aku takut..” Ummi Kalsum terkejut mendengar peredaran kitaran haid Aleeya tidak menentu, sebelum ini Aleeya tidak pernah menghadapi masalah kedatangan haid dari pengetahuannya. Hanya dirinya yang selalu lambat datang bulan, kalau tidak dua bulan sekali sahaja dia didatangi haid.

“Tahu takut, kau ni, ish! Aku pun risaulah. Tapi aku tak hairanlah kau jadi dengan si Danish tuh! Kalau dah sehari suntuk aje berkepit, mahunya tak orang ketiga yang menggoda. Itulah kau Leeya, mudah sangat terpedaya dengan hasutan-hasutan semua ini. Hish! Malaslah aku nak bising-bising lagi. Tak apa, nanti kau tunggu aje bulan depan mesti datang punya, kau mintalah doa kat Allah agar semua ini tak jadi apa-apa. Sudahlah, jomlah kita tidur, karang Dina, Tina dengar kita berbualkan susah.” Aleeya hanya menuruti langkah Ummi Kalsum untuk ke kamar beradu mereka dengan langkah kaki yang longlai, matanya masih belum terasa mengantuk lagi.

Dia bimbang ada janin didalam rahimnya itu, Aleeya melihat Ummi Kalsum sudah lena disebelahnya, lalu Aleeya meletakkan tangannya pada perutnya. “Jika ada benih di dalam rahim ini, aku akan terima segala ketentuan ini, aku tidak akan sama sekali menggugurkan bayi ini, dia tidak berdosa. Aku mohon kepadaMu Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa hambaMu ini, janganlah ada kehadiran orang lain di dalam rahim ku ini. Aku masih mahu mengejar impian ku di luar sana..” Aleeya berdoa di dalam hatinya sendiri, tanpa disedari mengalir keluar setitis demi setitis air matanya dan sepanjang malam Aleeya tidur bertemankan airmatanya.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly