Thursday, March 29, 2012

Triple S

Assalamualaikum w.b.t...
Sihir, Santau dan Saka
sudah menjadi perkara biasa terutamanya dalam masyarakat melayu kita.
Pernahkah anda terfikir kenapa semua ini terjadi?
Apakah punca sebenarnya?
Atau masyarakat kita yang tidak tahu dan tidak mengenali apa itu sifat keperimanusiaan.

Kini kita di zaman moden yang serba maju,
bangunan-bangunan pencakar langit semuanya sudah semakin banyak
berdiri tersergam indah menghiasi lebuh raya disepanjang jalan,
gadget-gadget dan mesin-mesin yang serba canggih memudahkan
lagi urusan seharian kita, namun tahukan anda didalam
kita menjalani hidup yang serba canggih dan maju ini
masih ada unsur-unsur TRIPLE S ini terjadi dikalangan
masyarakat di sekeliling kita...

Di zaman moden kini masih ada pengamal ilmu-ilmu hitam
seperti ini semakin berleluasa bahkan seperti cendawan yang tumbuh
selepas hujan, semakin hari semakin bertambah,
Pengamal imu ini pasti seboleh mungkin mencari pengikut-pengikutnya
untuk mengikuti ajaran dan jejak langkahnya supaya ilmu itu
bakal diwarisi oleh anak-anak didiknya kelak.

Mengapakah semua ini terjadi? 
Anda ada jawapannya?

Sihir dan santau itu terjadi kerana hasad dengki dan perasaan tidak puas
hati pada sesetengah pihak,
Apakah mereka itu fikir sihir itu membawa keadilan?
Membantu mereka untuk menegakkan kebenaran?
atau sememangnya berusaha menegakkan benang yang basah.
Jika itu adalah jawapan mereka, sememangnya SALAH.

Jin dan syaitan itu tidak pernah sesekali memberikan kita kekuatan atau kegagahan,
bahkan menjadikan mereka begitu hina disisi Allah dan satu-satunya insan yang
sangat lemah kerana menjadi hamba kepada jin.
Manusia itu adalah sebaik-baik kejadian, mengapa perlu meminta
pertolongan kepada jin, bomoh atau dukun?
Hanya kepada Allah kita meminta perlindungan dan bantuan,
selebihnya kita bertawakal supaya hidup kita aman dan damai
daripada mangsa sihir dan santau.


Macam-macam cara yang kita boleh lihat bagaimana
triple S ini terjadi, hanya meminta bantuan bomoh atau dukun sahaja,
terutamanya melalui bantuan Jin dan Syaitan.
Jin dan Syaitan memainkan peranan yang besar dalam mereka
mencapai apa yang dihajati...


Mereka lebih rela melihat orang yang mereka benci
jatuh sakit atau mati,
asalkan apa yang dikehendaki akhirnya tercapai.
Tidakkah ada sekelumit jua perasaan kasihan atau keperimanusiaan
kamu kepada mereka yang telah disihir lalu jatuh sakit?
Hidup dalam ketakutan dan jika dibawa ke hospital,
doktor tidak menemui jawapannya, tidak ada perasaankah kamu
melihat orang sakit sebegitu?

Masalah-masalah seperti ini sudah acap kali berlaku
mahupun di negara kita ataupun di negara lain...
kebanyakannya yang banyak mengamal ilmu-ilmu
seperti ini adalah hasil daripada tunjuk ajar guru,
faktor keturunan,dihantar/dipanggil sendiri dan memuja/membela.

Punca-puncanya pesakit yang menjadi mangsa dek kerana
perasaan dengki,cemburu,jahil dan pentingkan diri sendiri...
Kita boleh pendekkan punca semuanya terjadi adalah kerana
MASALAH HATI...
Bak kata pepatah, rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.
Manusia ini banyak karenah dan ragamnya..
Dalam kita menjalani kehidupan seharian
pasti kita bertemu dengan ramai orang, semasa bekerja,
semasa ke sekolah atau semasa bermain.

Mungkin ada sahaja perkataan atau perbuatan kita
telah menguriskan hati sesetengah pihak..
Semasa kita berbual-bual kosong atau berbincang
pasti perasaan tidak puas hati atau marah timbul dalam hati
jika topik perbualan itu membincangkan isu-isu yang pedas
dan mungkin boleh membangkitkan perasaan marah.

Contoh ini mungkin salah satu sebab mengapa TRIPLE S ini berlaku
dikalangan masyarakat kita...dek kerana malu kerana aib disebarkan
atau nama dimalukan, jadi mereka bertekad untuk membalasnya dengan
cara sihir dan santau...

Bagaimana pula jika cinta tak berbalas???
Memang perkara ini pernah berlaku di sesetengah tempat,
dimana si teruna atau si dara tidak memberi respon yang baik
atau bertepuk sebelah tangan...
pasti perasaan benci dan tidak puas hati juga turut timbul...
lalu hati itu dipenuhi dengan noda-noda hitam...
ingin memiliki sesuatu yang mungkin tidak akan dimiliki..
jadi dengan cara santau atau sihir pasti orang yang disihir menjadi mangsa..

Punca yang lain adalah faktor kejayaan...
Perniagaan kita maju,hidup senang lenang,bibir dipenuhi
gelak ketawa sehingga kita lupa dan alpa hati orang disekeliling
kita yang mengimpikan hidup seperti itu,
mungkin kerana mahu melihat mereka menjadi bankrap
atau papa kedana mereka sanggup meminta pertolongan jin dan syaitan
untuk mencapai kehendak mereka dan menjatuhkan mereka.

Setiap apa yang terjadi di dalam kehidupan kita seharian
haruslah sederhana atau sedang-sedang sahaja..
jangan terlalu membangga diri,ego,panas baran,sikap tidak boleh mengalah
boleh menyebabkan triple S ini terjadi...
Seseorang yang berasa sakit hati pasti bertekad untuk
melihat orang yang dibencinya jatuh tersungkur...
Jadi setiap perbuatan atau kata-kata kita haruslah dititikberatkan,
dikhuatiri tanpa sedar kita telah menjadi musuh dalam diam 
diantara orang-orang di sekeliling kita.



Taubatlah kepada Allah kerana Allah itu Maha Pengasih dah Maha Penyayang,
Bahkan Maha Penerima Taubat HambaNya~
Berhentilah menyakiti saudara sesama Islam mahupun bukan Islam,
insyaAllah hidup kita akan dirahmati Allah S.W.T




P/s ; "Silent Killer" perumpaan yang sesuai untuk 'desribe' manusia seperti itu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly