Monday, March 19, 2012

Mencari Penawar Qaseh 5





BAB 5

Sehari sahaja lagi tinggal sebelum kepulangan Nur Qaseh Aleeya ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Datin Farhana sudah memesan kepada Aleeya supaya menyediakan segala keperluan yang akan dibawanya nanti. Lalu Aleeya menulis senarai barang-barang yang akan dibeli keesokkan harinya.

Datin Farhana sudah mengajak Aleeya untuk membeli belah pagi itu, supaya Aleeya tidak perlu bersusah payah lagi membeli keperluan lain sesampainya dia di rumah sewanya nanti. Aleeya sudah memaklumkan kepada Datin Farhana dan Datuk Othman yang dia tidak dapat mendiami asrama di semester depan. Oleh kerana tempat yang terhad, memaksa dia dan teman yang lain mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kampus mereka.

Aleeya bersama dengan Dina, Ummi Kalsum dan Tina mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kampus mereka. Lalu Aleeya meminta pertolongan daripada Danish untuk menolong mereka mencarikan rumah sewa di sana, memandangkan Danish pernah tinggal di rumah sewa semasa Danish menjalankan praktikal pada ‘short sem’ sebelum ini dan mempunyai banyak teman yang tinggal di Skudai, Johor memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan rumah sewa.

Aleeya, Dina dan Ummi Kalsum sudah sampai di rumah sewa mereka. Cuma Tina yang lambat datang kerana masih mahu menghabiskan masa cutinya yang masih tinggal seminggu lagi untuk bersama keluarganya. Mereka menggunakan kereta Perodua Viva milik Pak Cik Lukman selaku bapak saudara kepada Ummi Kalsum yang tinggal di Johor juga untuk memudahkan mereka mengangkat barang lain ke rumah baru mereka.

Setelah tiba tempat yang dituju, mereka terus memasuki rumah sewa yang telah diberitahu oleh Danish alamatnya kepada Aleeya setelah berjumpa dengan pemilik rumah sewa mereka sebentar tadi. Rumah teres satu tingkat yang terletak di Taman Sri. Setelah itu mereka meninjau pemandangan di dalam rumah sewa yang Danish tolong carikan untuk mereka. Semuanya lengkap dengan set televisyen, perabot, meja makan, peti sejuk dan kelengkapan yang lain.

Aleeya amat berpuas hati dengan suasana rumah yang Danish pilihkan untuk mereka, sesuai untuk mereka yang hanya tinggal empat orang sahaja didalam rumah tersebut.Tetapi setahu Aleeya, Danish juga bersama teman lain menyewa rumah di sekitar tempat yang sama juga, tetapi Aleeya lupa untuk bertanya dengan lebih lanjut.

“Leeya, baguslah rumah yang Danish pilih ni, semuanya lengkap. Tak apalah mahal sikit, kita collectlah kan.” Ummi Kalsum masih berjalan-jalan melihat keadaan sekeliling sehingga ke bahagian dapur. Dina hanya duduk diruang tamu sambil membuka televisyen, Aleeya terus pergi ke dapur untuk mengambil minuman.

“Yelah Ummi, bestkan rumah ini, dekat pulak tu kalau nak ke kampus. Kau nak minum?” Ummi Kalsum mengangguk lalu mengambil huluran yang diberi oleh Aleeya.

“Leeya! Ummi! Ini bilik Dina dan Tina tau! Dina dah cop ni...” Aleeya dan Ummi Kalsum bergegas ke bilik yang dimaksudkan oleh Dina tadi. Mereka hanya menggelengkan kepala apabila mendengar Dina yang memekik-mekik memanggil mereka untuk ke biliknya yang dimaksudkan.

“Dina..Dina..terpekik-pekik. Anak dara apa macam ni, adoi,” Ummi Kalsum sudah berdiri di hadapan bilik yang dipilih oleh Dina tadi. Di dalam rumah sewa mereka itu hanya mempunyai dua buah bilik. Memang sesuailah bilik yang dipilih oleh Dina, dilengkapkan dengan katil bujang dua tingkat, almari dan set meja belajar. Sebuah lagi bilik mempunyai ruang yang besar sedikit, menempatkan katil bersaiz ‘queen’, sebuah almari besar dan dua buah meja belajar.

“Biarlah, kalau Dina tak pekik dengar ke korang apa yang Dina cakap, takkan nak cakap dengan orang jauh guna suara kecik-kecik,” Dina sudah membuat aksi lemah lembutnya sambil bercakap mengulangi ayatnya tadi, Aleeya hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Dina yang kebudak-budakan itu. Memang diakuinya, Dina telah banyak berubah sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti mereka di sekolah menengah dahulu, sejak Dina menjalinkan hubungan dengan Hazlan sikapnya turut berubah. Aleeya tidak tahu adakah disebabkan hubungan cintanya itu membuatkan diri Dina berubah laku atau memang ini sikap sebenar Dina. Allahu’alam.

“Dina ni memang mengada-ngadalah. Eh, apa cerita Dina dengan Hazlan sekarang?” Aleeya sudah duduk di birai katil berdekatan Dina, manakala Ummi Kalsum pulak duduk di meja belajar milik Dina.

 “A’ah lah Dina, kita lama dah tak story-story macam dulu kan. Yang aku tahu kawan kita si Leeya ni dah bahagia sakan sekarang. Hmm, si Tina pulak masih single mingle gitu.” Aleeya hanya tersenyum sendiri mendengar Ummi Kalsum mengusiknya.

“Urm..Dina..Dina, dah putus dah dengan Lan. Malaslah Dina nak ada apa-apa affair dengan lelaki macam tu!” Aleeya dan Ummi Kalsum terkejut mendengar pengakuan ikhlas yang keluar laju sahaja dari mulut Dina itu, tidak menyangka Dina sudah memutuskan hubungannya dengan Hazlan. Setahu mereka, Dina dan Hazlan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan.

“Eh, ye ke Dina. Tapi, tak apalah, ada yang lebih baik dari tu Dina akan dapat, insya-ALLAH,” Ucap Aleeya ikhlas lalu mengusap lembut lengan Dina di sebelahnya. Dia turut bersimpati atas apa yang berlaku kepada Dina.

“Terkejut cik mendengarnya. Aku ingat cinta sampai mati tadi, rupanya tak,” Ummi Kalsum sudah mentertawakan Dina, Dina yang sedari tadi termenung sambil berbaring dikatil terkejut mendengar kata-kata Ummi Kalsum kepadanya, membuatkan Dina berasa jauh hati terhadap sikap Ummi Kalsum yang main lepas sahaja apabila bercakap, tetapi dipendamnya sahaja didalam hati.

“Ish, Ummi ni. Janganlah cakap macam tu dengan Dina. Kesian dia tau, Dina jangan ambik hati sangat apa yang Ummi cakapkan tu,” Aleeya perasan perubahan pada wajah Dina, dia tahu Dina terluka dengan kata-kata Ummi Kalsum tadi. Ummi Kalsum sudah berasa bersalah, lalu dirapatinya Dina. Niatnya yang tadi hanya untuk bergurau sahaja tetapi sebaliknya telah menguriskan hati Dina.

Sorry Dina, aku gurau aje tadi. Jangan ambik hati okey?” Dina sudah duduk berhadapan dengan Aleeya dan Ummi Kalsum lalu mempamerkan senyuman manis kepada mereka.

“Tak adalah, Dina okeylah. Don’t worry, be happy! Okey?” Aleeya sudah ketawa melihat aksi lawak yang dibuat oleh Dina, dia tahu Dina tidak akan mengambil hati dengan apa yang Ummi Kalsum cakapkan tadi.

“Kau Ummi, bila nak kahwin, tak kan nak bertunang memanjang aje,” Aleeya pulak menanyakan perkembangan hidup Ummi Kalsum dengan tunangnya Mohd Zahiruddin, yang bekerja sebagai pegawai bank, di Pulau Pinang.

 “Eh, aku lama lagi. Maybe hujung tahun ni. Dah bincang dengan mak ayah aku. Kalau dah dekat nanti, aku bagilah kad jemputan.” Aleeya dan Dina sudah memeluk Ummi Kalsum dengan mengucapkan tahniah. Selepas tamatnya mereka di semester empat ini, Ummi Kalsum bakal ke gerbang perkahwinan. Mereka tumpang gembira dengan kebahagian yang akan dikecapi oleh Ummi Kalsum nanti.

“Eh, si Tina tadi cakap datang bila? Budak tu tak puas-puas cuti ke, sampai tak ingat nak balik lagi,” Ummi Kalsum menanyakan soalan kepada Dina, selaku teman rapat mereka juga yang berasal daripada Seremban, Negeri Sembilan.

“Urm, Tina cakap semalam, lagi tiga hari dia sampailah. Dina pun tak tahu apa dia buat, Dina dah naik rimas dah duduk di rumah aje sepanjang cuti ni tadi,” Aleeya dan Ummi Kalsum serentak mengangguk.

“Dah, kalau kita ni berbual aje, tak jadi kerja kita ni karang, jomlah kemas barang-barang kita kat luar tu hah.” Aleeya sudah mengajak Ummi Kalsum dan Dina untuk mengangkat keluar barang-barang mereka daripada bonet kereta yang digunakan mereka tadi kerana petang nanti pak cik Ummi Kalsum, Pak Cik Lukman akan mengambil semula keretanya kembali.

“Alah, korang pergilah dulu. Nanti Dina keluar, Okey?” Aleeya dan Ummi Kalsum hanya memandang di antara satu sama lain seraya itu mereka mengangguk dan keluar daripada bilik Dina. Dina yang masih terasa dengan kata-kata Ummi Kalsum tadi terus baring di atas katilnya sambil menangis.

Dia cemburu dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Aleeya dan Ummi Kalsum. Dina sudah meninggalkan Hazlan seminggu yang lalu, kerana Hazlan mempunyai perempuan lain dibelakangnya. Dina melepaskan segala apa yang terbuku dihatinya sebelum dia keluar membantu Aleeya dan Ummi Kalsum. Dina tidak mahu, kawan-kawannya mengesyaki dia sedang menangis sedari tadi.

Setelah selesai menyusun dan mengangkat barang-barang masuk ke rumah sewa baru mereka. Aleeya melihat Dina sudah terduduk lesu di lantai ruang tamu rumahnya, lalu Aleeya berlalu ke dapur untuk menyediakan minuman sejuk untuk dihidangkan kepada mereka. Dilihatnya Ummi Kalsum sedang menghantar pemergian Pak Cik Lukman yang mengambil keretanya pulang semula.

“Hai, Dina belum apa-apa dah terbaring terlantar macam orang sakit dah aku tengok,” Ummi Kalsum yang baru masuk ke dalam rumahnya melihat Dina sudah terbaring lesu pula di atas kerusi rumah mereka.

“Alah, biasalah tu Ummi, penat. Aku pun dah sakit-sakit pinggang ni,” Aleeya keluar daripada dapur sambil menghidangkan air ‘fresh oren’ kepada Ummi Kalsum dan Dina.

“Argghhh!!! Lega…” Dina sudah menghirup habis semua air di dalam gelasnya dan menambah lagi air ke dalam gelasnya kembali. Aleeya hanya menggelengkan kepala seraya tersenyum melihat gelagat Dina itu. Haus betullah si Dina ni, desis Aleeya di dalam hati.

“Hah Leeya, rumah sewa si Danish tu kat mana? Bukan kau cakap dekat kawasan sini-sini jugak ke?” Aleeya yang sedang menekan punat ‘on’ televisyen hanya menoleh sekilas ke arah Ummi Kalsum.

“Yang kau senyum-senyum ni kenapa?” Ummi Kalsum hairan melihat perubahan wajah Aleeya yang tersenyum kambing. Ditanya dengan soalan dijawab pulak dengan senyuman, gumam Ummi Kalsum dalam hati.

“Sebenarnya tadi Danish hantar mesej kat aku, cakap rumah sewa dia…” Belum sempat Aleeya menghabiskan ayatnya yang terakhir mereka dikejutkan dengan suara lelaki memberi salam. Mereka semua bergegas untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang datang petang itu.

“Waalaikumsalam, Danish rupanya, ingatkan mamat mana tadi,” Aleeya sudah tersenyum senget melihat Ummi Kalsum yang terlebih dahulu sampai ke muka pintu, Dina yang mendengar nama Danish yang keluar daripada mulut Ummi Kalsum juga bergegas untuk ke pintu depan rumah mereka.

“Eh, Danish tinggal kat sebelah tu ke Leeya? Dekat pulak…” Dina sudah menolak badan Ummi Kalsum dan Aleeya ke tepi untuk keluar melihat Danish. Aleeya yang hampir terjatuh sempat ditarik oleh Ummi Kalsum.

“Kau ni Dina, kalau ya pun janganlah tolak-tolak Aleeya macam tu, karang terjatuh pulak!” Ummi Kalsum tidak menyenangi dengan perangai Dina yang kurang sopan itu.
“Dina tak sengajalah, bukan perasan…” Belum sempat Dina menghabiskan ayatnya lalu Aleeya mencelah.

“Sudah, aku okey aje. Tak apa, tak payah gaduh-gaduh, small matter. Ini aku nak cakap, yes Danish dan kengkawan dia yang lain duduk sebelah rumah kita. So, maknanya kita berjiranlah, senanglah kalau ada apa-apa hal kita minta tolong dia orang aje, tak gitu?”

Dina hanya mencebikkan bibirnya kepada Ummi Kalsum dan terus berlalu ke dalam rumah semula. Dilihatnya Danish sedang berdiri di sebalik pagar rumah mereka sambil memberi senyuman kepada Aleeya. Ummi Kalsum hanya mengangguk lantas meninggalkan Aleeya bersama dengan Danish, Ummi Kalsum berharap dengan adanya jiran baru mereka itu tidak memberi apa-apa masalah kepada mereka nanti dan dapat memberi pertolongan jika berlaku apa-apa kesusahan nanti.

***

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, mereka kini sudah hampir tiga bulan menduduki rumah sewa baru mereka. Ummi Kalsum perasan akan perubahan diri Aleeya yang tidak pandai hendak duduk di rumah lagi, sering keluar berdua-duaan bersama dengan Danish. Sehingga pernah ponteng kuliah dan tidak menghantar tugasan yang diberi, disebaliknya Dina yang dahulunya yang agak liar ketika mempunyai hubungan cinta dengan Hazlan suatu ketika dahulu kini sudah berubah rajin ke kuliah, selalu berkongsi masa lapang dengan Ummi Kalsum dan jarang keluar rumah serta sekarang sanggup menyiapkan semua tugasan Aleeya.

“Aleeya nak ke mana tu?” Tina yang sedang duduk menonton program motivasi petang itu menegur Aleeya yang seperti membawa sepinggan pisang goreng keluar rumah. Ummi Kalsum pulak hanya menumpukan perhatiannya pada siaran di skrin televisyen, namun dia masih memasang telinga mendengar perbualan di antara Tina dan Aleeya.

“Alah, aku nak sedekah cucur pisang yang aku goreng tadi. Daripada tak dimakan kita sedekahlah kat mereka sebelah sana tu hah, orang bujang katakan…” Aleeya terus berlalu pergi meninggalkan Tina yang hanya menghantar pemergiaanya dengan senyuman.

”Kenapa Tina? Aleeya ke mana?” Dina yang baru keluar daripada biliknya mendengar seperti Tina berbual dengan seseorang.

“Alah, dia pergi rumah sebelah tu hah. Bagi laki dia makan!” Ummi Kalsum pulak menjawab soalan daripada Dina. Dia tidak mahu Aleeya jauh terpesong, sekarang bukan sahaja pelajaran yang diabainya tetapi keluarganya juga. Sudah berkali-kali Datin Farhana menelefonnya, tetapi tidak dihiraukan oleh Aleeya.

“Ow, biarlah. Ummi macam tak biasa pulak, sebelum ini apa yang ada kat rumah ni semua dia nak kasi kat si Danish tu, menyampahlah,” Dina terus duduk sambil memakan lebihan cucur pisang yang masih bersisa tinggal di atas meja ruang tamu rumah mereka.

“Ish, tak baiklah korang cakap macam tu, tak salah kalau sekali sekala Aleeya nak sedekah sikit dengan dia orang, kan.” Tina melihat wajah kelat Ummi Kalsum yang memandangnya, Dina pula menoleh sekilas ke arah Ummi Kalsum dengan pandangan yang penuh makna. Masing-masing diam seribu bahasa. Tina hanya mengangkat bahu malas ingin masuk campur urusan Aleeya dan Danish.

 “Aik, lain macam aje bunyi kau tadi Dina, menyampah ek?  jealous ke?” Ummi Kalsum mula menyakat Dina yang sedang enak menghirup air teh sehingga tersembur keluar kerana terkejut dengan kata-kata Ummi Kalsum kepadanya tadi.

“Eh, suka hati aje Ummi ni, tak ada masalah Dina nak jealous!” Dina sudah menggelap-gelap air yang tertumpah di lantai tadi dengan kain basah.

”Kalau tak jealous, kenapa tersembur keluar air teh tu, ye tak?” Ummi Kalsum tidak berhenti juga masih mahu menyakat Dina, dia tahu Dina menerima itu sebagai gurauan sahaja. Ummi Kalsum yakin, Dina masih mencintai Hazlan walaupun Hazlan sekarang sudah mempunyai kekasih baru. Tina pulak hanya mengekeh ketawa melihat wajah Dina yang terkebil-kebil.

Jeolous? Memang taklah…” Dina menjawab semula kata-kata Ummi Kalsum tanpa menyedari kehadiran Aleeya yang tiba-tiba muncul dimuka pintu rumah mereka terdengar perbualan diantara Ummi Kalsum dan Dina.

Jealous? Siapa jealous?” tanya Aleeya yang masih tertanya-tanya tentang apa yang didengarnya tadi. Mereka terkejut dengan kehadiran Aleeya yang tidak semena-mena itu. Selalunya Aleeya akan duduk diluar rumah bersama dengan Danish menghabiskan masa lapang mereka, kalau tidak pun pergi ke taman berdekatan sehingga lewat petang.

“Tak ada apalah Aleeya, Ummi suka usik Dina aje tadi tu,” Tina cuba menyembunyikan hal sebenarnya dari pengatahuan Aleeya, dia tidak mahu Aleeya salah faham dengan gurauan mereka tadi. Aleeya hanya mengangguk dan berlalu pergi masuk ke kamarnya.

“Eh, kau nak ke mana pulak tu Aleeya, jomlah sesekali duduk lepak dengan kita orang sini. Lama tau kita tak berkumpul macam ni. Hari minggu macam ini kita keluarlah jalan-jalan, kan Dina, Tina?” Tanya Ummi Kalsum, lantas Dina dan Tina hanya mengangguk dan mereka masih menanti jawapan daripada mulut Aleeya.

“Urm, tak kot, sorry babe aku dah janji dengan Danish tadi nak keluar dating,” Ummi Kalsum kecewa dengan jawapan yang Aleeya berikan, memang telah diduganya alasan yang akan diberikan oleh Aleeya, namun dia akur juga jika itu kehendak Aleeya.

“Ow, tak apalah, next timelah kalau kau tak busy.Hmm,  by the way, tadi mama kau called aku, dia cakap ada hal penting nak bagitau, kau call backlah. Mak kau cakap dari tadi dia try called kau, tapi tak ada orang jawab.” Ummi Kalsum teringat pesanan Datin Farhana tadi, lalu menyampaikan kepada Aleeya sebelum dia terlupa. Dari pendengarannya seperti Datin Farhana sedang sakit kerana suaranya tidak berapa jelas dan serak.

Aleeya hanya mengangguk dan berlalu pergi, sejak hubungannya bersama dengan Danish semakin rapat Aleeya telah mengabaikan semua pesanan yang Datin Farhana pernah katakan kepadanya, bagi Aleeya sekarang Danish adalah segala-galanya. Tanpa membuang masa, Aleeya membersihkan diri untuk keluar bersama kekasih hatinya.

***

“Abang, kita nak pergi mana ni?” Aleeya memandang keluar tingkap kereta, melihat hiruk piruk suasana malam itu dengan kereta yang berpusu-pusu berlumba untuk sampai ke tempat destinasi. Tanpa menunggu lama jawapan daripada, Aleeya terus memeluk lengan Danish yang sedang memandu di sebelahnya.

Memandangkan Danish sudah tidak mempunyai orang tua lagi, dia kini hidup sebatang kara. Tahun ini merupakan tahun terakhir dia di Universiti Teknologi Malaysia, Danish kadang-kadang melakukan kerja sambilan pada sebelah malamnya untuk menangung pelajarannya. Selain wang biasiswa yang menangung pelajarannya disitu, dia perlu bekerja kuat untuk memenuhi semua permintaan Aleeya.

“Kita pergi tengok wayang sayang, best movie hari ini tau,” Danish memandang sekilas wajah  Aleeya, kekasih hati disebelahnya. Danish berasa amat bangga dapat memiliki Aleeya sebagai kekasih hatinya, dia tahu dengan wajah cantik dan ayu yang dimiliki oleh Aleeya itu dia mampu dimiliki oleh lelaki yang lebih tampan dan kaya dari dirinya. Danish bertekad tidak akan meninggalkan Aleeya dan akan berusaha memperolehi pekerjaan yang baik bagi menampung kehidupan mereka nanti.

“Mestilah nak, erm abang ni yang selalu pinjam kereta Ehsan dia tak marah ke? Kot-kot dia nak keluar dengan awek dia juga,” Danish hanya tersengih mendengar pertanyaan Aleeya itu, dia tahu sudah banyak Ehsan menabur budi kepadanya. Tetapi demi Aleeya dia sanggup berkorban apa sahaja demi Aleeya.

“Alah, Ehsan tu nak ada awek, mimpilah. Dia tu dahlah nerd, manalah awek nak melekat kat dia, ni pun abang pinjam kereta dia bukan tak beli minyak tau. Abang bayar sendiri, sayang jangan tak tahu,” Aleeya hanya mencebikkan bibirnya ke arah Danish, lalu Danish mencubit pipi Aleeya namun dengan pantas Aleeya cepat-cepat menggelak. Dapat menghidu niat jahat Danish kepadanya.

“Tak dapat cubit! Tak dapat cubit!” Aleeya bersorak keseronokkan apabila Danish sudah berusaha untuk mencubit pipi Aleeya, namun dia mengalah kerana sedang memandu di lebuh raya. Danish hanya ketawa melihat telatah Aleeya yang seperti kebudak-budakkan itu, memang kena dengan mukanya yang comel.

“Abang jahat tau cakap Ehsan macam tu, nerd-nerd dia, dia baik selalu tolong abang,” Aleeya sudah meluahkan ketidakpuasan hatinya mendengar pendapat Danish pada Ehsan. Setahu Aleeya, Ehsan merupakan anak seorang ahli koporat di Kuala Lumpur, mereka memang orang yang berada tetapi oleh kerana sikap Ehsan yang ‘low profile’ itu menyebabkan orang tidak mengetahui siapa dirinya sebenar.

“Alah, tak payah nak puji-puji si Ehsan tu, abang tahulah dia anak orang kaya tak macam abang…” Aleeya terus meletakkan jari telunjuknya dibibir Danish, dalam tidak sedar mereka sudah sampai ke destinasi lalu Danish memarkirkan keretanya.

Danish memegang pergelangan tangan Aleeya lalu menarik Aleeya ke dalam pelukannya, Aleeya terkesima lalu hanya menuruti sahaja tindakan Danish. Tiba-tiba sahaja Danish ingin mendekatkan bibirnya ke bibir Aleeya, namun Aleeya cepat-cepat mengelak. Dia keliru ketika berada di dalam keadaan begitu, Aleeya masih sedar dia dengan Danish tidak mempunyai apa-apa hubungan yang menghalalkan mereka melakukan sedemikian rupa.

Danish terus melepaskan pegangan tangan Aleeya, dilihatnya wajah Aleeya sudah merah padam menahan malu. Dia sedar apa yang dilakukannya tadi adalah diluar kawalan dirinya sendiri, Aleeya mengatur rambutnya yang kusut tadi seperti sedia kala. Mereka hanya diam membisu, Aleeya hanya mendengar Danish melepaskan keluhannya.

“Abang minta maaf, abang tak…” Aleeya sudah memotong pencakapan Danish.
“Tak apa, salah Aleeya juga. Jom! cakap nak tengok wayang, karang lambatkan susah.” Aleeya sudah membuka pintu keretanya, Danish hanya menuruti dan mereka bersama-sama melangkah pergi ke panggung wayang.

Setelah Aleeya selesai menonton wayang bersama dengan Danish, mereka kemudian beransur pulang ke rumah masing-masing. Aleeya melihat jam dipergelangan tangannya menunjukkan tepat 11.45 malam. Sudah lewat, dia perlu bergegas pulang ke rumah kerana khuatir Dina, Tina dan Ummi Kalsum bimbang akan kelambatan dia pulang ke rumah. Aleeya melihat skrin telefon bimbitnya, tertera nama pemanggil di telefon bimbitnya yang sudah tidak terjawab sedari tadi.

“Siapa yang banyak sangat called sayang tu?”Danish melihat Aleeya sedang menekan-nekan punat telefon bimbitnya untuk mengetahui siapakah gerangan pemanggilnya.

“Huh, tak, Ummi yang called, jomlah balik,” Aleeya menutup segala rahsia mengenai ibunya tadi, Datin Farhana sudah banyak kali menelefon Aleeya namun sering dihindari olehnya. Aleeya membohongi Danish kerana tidak mahu Danish bimbang akan hubungan mereka yang mungkin tidak akan direstui oleh Datin Farhana mahupun ayah tirinya, Datuk Othman.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly