Sunday, February 5, 2012

Setulus Kasih Zulaikha 1


BAB 1

Cinta adalah universal. Perasaan yang lahir atas izin Allah dan hanya direstui selepas tali pernikahan terjalin diantara lelaki dan perempuan. Semua orang di dunia ini ingin hidup bahagia bersama dengan orang yang tersayang. Ingin mencintai dan dicintai. Tetapi tidak bagi Zulaikha yang tidak percaya dengan apa itu cinta. Bagi Zulaikha cinta itu hanya mainan sahaja. Kerana dia puas sudah dipermainkan sebelum ini. Sejak kejadian itu, Zulaikha berubah perilaku, menjadi pendiam, tidak mesra seperti dahulu dan selalu menyendiri. Kenangan dahulu begitu pahit, baginya untuk melalui itu untuk kali kedua jauh sekali. Biarlah, rahsia itu terkubur disitu sahaja.

“Ika oi, jomlah ikut kita orang pergi majlis makan malam itu, takkan nak terperap kat dalam bilik tu aje!” Anita, kawan baik Zulaikha merupakan teman sebiliknya dari semester tiga dahulu. Pengenalan mereka sudah hampir dua tahun. Namun Zulaikha tahu walaupun kadang-kadang pernah tersinggung dengan kata-kata Anita, dijauh sudut hatinya memiliki hati yang baik sebagai teman sejati. “Emm,tak kot..Ika malaslah nak pergi. Korang aje yang pergi. Sampaikan salam kat kengkawan yang lain okey.” Zulaikha berasa kurang sihat malam itu. Kepalanya berpusing-pusing bagaikan nak pitam. Dia hanya baring diatas katil sahaja setelah menunaikan solat maghrib.

Anita yang tengah bersiap, mendandan muka dengan alat solek hairan mendengar suara Zulaikha yang serak-serak basah itu. Lalu dihampirinya teman sejatinya, meletakkan tapak tangan diatas dahi Zulaikha. “Panas! Ika sakit ke? panas ni, jom Nita bawa Ika pergi klinik!” Anita sudah bersedia hendak memasang tudung dikepalanya namun Zulaikha cepat-cepat menolak kerana bimbang teman-teman lain akan kecewa dengan ketidakhadiran Anita di majlis makan malam untuk pelajar semester akhir itu nanti. “Ika okeylah Nita, dah telan panadol dua biji. Sekejap lagi kebahlah panas ni. Dah, Nita pergilah sekarang. Nanti lambatkan susah. Sekian lama Hisyam menanti-nanti puteri kesayangannya turun dari kayangan tak muncul-muncul karang cari yang lain pulak.” Zulaikha cuba berlagak tenang dan membuat lawak. Anita sudah berubah rona merah mukanya menahan malu. Hubungannya dengan Hisyam telah direstui oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Zulaikha tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dimiliki oleh Anita. Namun, jauh disudut hatinya dia rindu dengan Zack. Ya nama itu tidak akan dilupakannya. Entah apa dibuat Zack sekarang, mungkin bahagia dengan insan yang tersayang.

“Ika! Oi, Ika termenung yer. Hah, nita dah cakap dah budak si Kamal tu lama dah syok kat Ika. Tapi Ika tolak, macam-macamlah alasan diberi.” Anita menegur Zulaikha yang tiba-tiba termenung sendirian. Zulaikha terperanjat dengan sergahan Anita itu, namun dia berlagak biasa. “Alah, budak Kamal tu bukannya betul syok kat Ika. Ika tengok macam-macam perempuan dah keluar dengan dia, tak naklah Ika dengan budak tu! Huh!” Zulaikha membuat muka menyampah, lalu mereka membuat aksi yang Kamal selalu buat. Ala-ala macho gitu, mereka sama-sama ketawa.

“Okeylah Ika, Nita pergi dulu, kalau cakap pasal Kamal sampai pagi esok pun tak habis. Kalau ada apa-apa hal call Nita tau! Okey, take care!” Anita memberikan ‘flying kiss’ kepada Zulaikha lalu menutup pintu biliknya. Zulaikha hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatah Anita yang kebudak-budakkan itu. “Nita, mesti aku rindu kalau kau dah tak ada nanti.” Zulaikha terus melelapkan matanya. Malam itu merupakan majlis makan malam terakhir untuk pelajar-pelajar UiTM Shah Alam sebelum semuanya kembali kepangkuan keluarga. Zulaikha tahu, walaupun tanpa kehadirannya disitu tidak ada sesiapa pun yang akan terasa ketiadaannya. Zulaikha tidak mempunyai ramai teman, kawan sekelas dan kelab-kelab tertentu sahaja. Susah untuk wanita mahupun lelaki mendekatinya kerana Zulaikha umpama mawar yang berduri.

Majlis berlangsung dengan meriah sekali. Kamal melihat kelibat Anita, namun masih tercari-cari wajah Zulaikha, insan yang amat dicintainya dalam diam. Walaupun, di Universiti Kamal dikenali sebagai kaki perempuan. Tetapi, Kamal tidak pernah terdetik sekalipun untuk membawa mereka sehingga ke tempat tidur. Dia masih sedar hukum agama islam. Kamal sudah banyak kali ingin berkenalan lebih dekat dengan Zulaikha. Tetapi disebabkan sikap Zulaikha yang sukar didekati itu dia hampir berputus asa. Namun, digagahinya kerana Kamal jenis lelaki yang suka memburu apa yang dia inginkan. Dia akan sedaya upaya memilikinya. Makin ditolak, makin Kamal ingin mengejarnya. Kamal sedar, banyak-banyak perempuan yang dia kenali di Universiti ini tidak pernah tidak mesti ada sahaja yang jatuh tersungkur dikakinya, namun berbeza dengan Zulaikha. 


“Anita! Nita!” Kamal memanggil Anita yang dikerumuni orang ramai yang sedang leka berbual-bual dan mengambil makanan. “Ow Kamal, cari Zulaikha ek? Tak payahlah kau nak cari dia. Ika tak sihat!” Agak kasar bunyi Anita menjawab pertanyaan Kamal itu. Anita sempat menjeling Rasyid disebelahnya yang tersenyum kambing. Anita buat-buat muka lantas mencebik bibirnya, malas hendak melayan Kamal dan Rasyid itu.

“Huh! Sakit, kenapa kau tak bagi tau awal-awal kat aku. Dapat aku tolong tengok-tengokkan dia. Bawa ke klinik ke!” Kamal walaupun hidup dalam kekayaan dia tetap tidak mengira miskin ataupun kaya. Dia berkawan dengan semua bangsa. Rasyid hanyalah seorang anak penoreh getah. Namun Kamal tidak memandang semua itu, darjat atau rupa. Itu yang membuat orang menyenangi kehadirannya. 


“Yang kau sibuk-sibuk tu kenapa. Kau siapa dengan Ika! Sudahlah Kamal, aku kenallah siapa kau. Aku takkan biarkan kawan aku berkawan dengan lelaki macam kau. Faham!” Tegas bunyinya dipendengaran Kamal. Rasyid sudah mula mengundur ke belakang. Malas hendak masuk campur dengan urusan mereka. Walaupun pada mulanya niat Rasyid untuk mempelawa Anita makan bersama. Tapi hasratnya terbatal, melihat Anita menjadi singa betina.

“Wow..wow..wow. Come downlah Nita, aku cuma tanya je. Tak kan tu pun tak boleh.”. Belum sempat Anita ingin menjawab, tiba-tiba ada satu suara menegur dari arah belakang. “Anita kenapa ni?” Hisyam muncul dengan senyuman dibibir, tanpa menyedari kehadiran Tasya disisi Kamal juga waktu itu. Anita hanya memandang bagai hendak terkeluar biji matanya. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya didepan mata. Tasya anak Tan Sri Rasydan sekarang berdampingan dengan Kamal. Setahu Anita, Tasya seorang yang baik tingkah lakunya. Bersikap sederhana dalam semua hal. Anita hanya sempat berkenalan dengan Tasya setahun yang lepas.


 “Argghhh! Jom pergi tempat lain!” Anita menarik lengan Hisyam ke tempat yang lebih aman dan sunyi dari bunyi bising. “Kenapa ni Nita, masam mencuka aje muka. Puas tau abang cari merata tempat tapi tak jumpa. Ingat tak jadi pergi. Nita dah makan ke? Ika tak ikut sekali?” Bertubi-tubi Hisyam menanyakan soalan kepada Anita. Namun mata Anita masih liar melihat orang-orang ramai di majlis itu. Pang! “Ow mak kau jatuh! Abang!” Hisyam sudah terbahak-bahak mentertawakan Anita yang terperanjat seperti melihat hantu lagaknya. Hisyam perlahan-lahan memukul tangan Anita tanpa disedarinya ada mata yang menyaksikan kejadian itu. 

“Ops, sorry-sorry. Abang tak sengaja lah. Nak pukul sikit aje, jadi kuatlah pulak. Tulah, lain kali kalau orang cakap dengarlah. Pandang kat abang, bukan jual mata kat sana tu.” Hisyam memuncungkan bibirnya ke arah Kamal dan Rasyid. Anita hanya mengurut-urut tangannya yang masih terasa sakit. “Sudahlah, Nita nak makan. Lapar tau tak, lama dah Nita tunggu tadi. Sorang-sorang pulak tu, nasib abang cepat sampai, kalau tak…..” Anita menekan-nekan penumbuk buku lima ditangannya sambil memandang Kamal. “Hah, nak jadi singa betinalah tu. Sudahlah, jangan dilayan orang macam Kamal tu. Kenapa dia kacau awek abang ni, cantik sangat malam ni. Tulah pasal.” Hisyam sempat mengenyitkan matanya kepada Anita. Anita sudah menghampiri Hisyam dengan bersedia untuk mencubit lengannya, cepat-cepat ditepis oleh Hisyam. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.

“Wah! Wah! Bahagia Nampak! Mana kawan baik kau yang tunjuk alim sangat tu!” Intan menyapa mereka dengan tidak semena-mena menaikkan kemarahan Anita. Hisyam cuba mententeramkan kekasihnya itu. “Yelah Intan, perempuan gila bayang tu mana. Ada hati nak mengorat anak orang kaya. Hei, sedar-sedarlah diri tu sikit. Ni, aku nak pesan kat kau. Cakap dekat kawan baik kau Zulaikha tu, aku Tasya anak Tan Sri Rasydan bagi amaran kat dia. Jangan cuba-cuba nak pikat kekasih aku Zafran tahu! Kalau tak…” Belum sempat Tasya menghabiskan ayatnya yang terakhir terus dicelah  oleh Anita. 


Anita geram bila kawannya dikotak-katikkan sesuka hati. Lebih-lebih lagi Zulaikha kawan yang sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya. Anita tidak akan lupa jasa baik Zulaikha yang menolongnya ketika hendak balik dari pasar malam tempoh lalu. Hampir-hampir diperkosa oleh sekumpulan budak-budak nakal yang suka duduk melepak di tepi perhentian bas itu. Nasib Anita baik, Zulaikha yang tiba-tiba muncul membaling mereka dengan kayu. Hampir terkena kepala salah seorang penjahat itu, semuanya lari lintang pukang. Anita terus menangis teresak-esak, Zulaikhalah yang menolong Anita menghantarnya pulang ke rumah sewanya. Masa kejadian itu berlaku Zulaikha berkerja sambilan di sebuah kedai bunga seberang jalan. Masa Zulaikha hendak membuang sampah tiba-tiba dia terdengar orang menjerit meminta pertolongan. Zulaikha terus mendapatkan mereka dan segera mengambil apa-apa yang boleh dijadikan sebagai alat mempertahankan diri. Sejak kejadian itu, Zulaikha tidak lagi bertemu dengan Anita sehinggalah sesi pendaftaran pelajar senior dua tahun lalu, Zulaikha bertemu semula dengan Anita yang juga mendaftar di semester tiga. Waktu itu mereka bersama-sama berbaris menunggu giliran, tidak sangka sama Universiti sebelum ini sebab tidak sama kursus yang diambil mungkin sebab itu mereka tidak mengenali diantara satu sama lain. Sejak itulah hubungan mereka menjadi akrab. 


Tiba-tiba Anita tersedar dari lamunannya, semua mata tertumpu padanya. “Kalau tidak apa? Dah, kau jangan sesukahati menuduh kawan aku macam tu. Ika tak pernah pun memikat atau menganggu Zafran sebelum ini. Yang aku tahu, Ika tak pernah mengenali insan yang bernama Zafran! Dia kawan sekelas aku saja, tu je yang aku tahu.” Anita cuba membela Zulaikha, tapi Anita kebinggungan, 'Betul ke cakap Tasya ni. Setahu aku Ika tak kenal Zafran. Nak dekat dengan lelaki apatah lagi.' Anita bermonolog didalam hati.

“Alah, kawan kau tu tunjuk baik tahu tak. Sudahlah malas aku nak layan orang macam korang. Jom pergi!” Tasya dan kawan-kawannya terus berlalu pergi meninggalkan Anita dengan tanda tanya. “Abang pergi mana tadi, tinggal Nita sorang-sorang dengan perempuan perasan bagus tu” Anita mula berkecil hati dengan sikap Hisyam yang tidak mempertahankannya semasa dia bertengkar dengan Tasya tadi. 


“Abang, tak nak masuk campurlah Nita, Nita tahukan Tasya tu anak sapa. Nanti karang dia report kat daddy dia cakap abang marah-marah dia. Tengking-tengking dia. Nita tak ingat dulu, masa abang hampir tampar muka Tasya tu. Bussines papa pun terbabit sama tahu tak, Abang tak nak masuk campur hal perempuan ni lagi. Sampai bila pun tak habis-habis.” Hisyam mengeluh sambil memandang anak mata Anita yang sudah mengalir air mata di tubir matanya. Tanpa Anita sedari, Hisyam menghulurkan sehelai sapu tangan kepadanya. 


“Maafkan abang sayang.” Anita menyambutnya dan menggangguk kepala. Mereka sama-sama tersenyum dan terus berlalu ke meja makan untuk menjamu selera. Hisyam adalah anak Tan Sri Hasyim,  selaku kawan baik kepada ayah Tasya yang mempunyai syer dalam syarikat mereka. Hasnah Holding Sdn Bhd sempena nama arwah ibunya yang meninggal lima tahun lepas. Ayah Tasya pula merupakan orang kuat dalam Menara Karmila Holding Sdn Bhd yang terkenal di Malaysia.


***

Tuk..Tuk..Tuk..Bunyi pintu diketuk dari luar bertalu-talu. Anita lupa membawa kunci ‘spare’ bilik mereka. Anita berasa serba salah menggangu Zulaikha yang mungkin sudah lena diulit mimpi. Sambil melihat jam tangan yang menunjukkan tepat pukul 11.30 malam. Anita yakin Zulaikha mesti sudah tidur, memandangkan Zulaikha demam tadi. Anita sudah berfikir untuk bermalam di bilik kawan lain di rumah sewa mereka. Shikin mungkin belum tidur, duga Anita. Kawan sekelasnya yang sama menuntut dari sekolah menengah lagi. Namun, Anita cuba untuk kali kedua mengetuk pintu. Belum sempat Anita mengetuk, tiba-tiba pintu terkuak dari dalam. Hampir tersembam Anita melihat Zulaikha yang menutupi seluruh badannya dengan selimut dan bertemankan lampu tidur yang menampakkan suasana seram. Zulaikha hanya menggosok-gosokkan matanya. Kabur penglihatannya melihat siapa gerangan yang ada di hadapan pintu. Dalam keadaan mamai, Zulaikha kembali semula ke katilnya dah terus baring. “Ika, Ika, kalau aku ada sakit jantung tadi dah kembali ke…” cepat-cepat Anita menutup mulutnya.

***

“Awal bangun Ika! Makan apa tu?” Anita yang baru bangun tidur terus menegur Zulaikha yang sedang duduk dimeja belajar sambil berhadapan dengan komputer ribanya. Tengok movie barangkali fikir Anita “Lah, Anita ni suka kejutkan Ika tau. Hampir tersedak, ni hah makan magie. Nak makan apa lagi, tak kan spaghetti kot.” 


Zulaikha mula melawak, Anita terus bangun dan menghirup air nescafe Zulaikha yang berada diatas meja sehingga bau airnya menusuk ke hidung.
“Oi,wah wah wah, belum gosok gigi dah minum air orang. Teruknya perangai. Kalau Hisyam tahu ni habislah Nita. Tu hah, lari lintang pukang kot.” Zulaikha ketawa sendiri melihat Anita yang terkebil-kebil lalu berlalu ke katil semula. “Banyak cantik muka Ika nak bagitau Hisyam, alah minum air sebelum gosok gigi baik untuk kesihatan. Ika tak tahu ke? Rahsia awet muda tu. Beauty from the eastlah katakan. Tak macam orang tu semalam, macam…”

Zulaikha terus menoleh ke arah Anita yang sedang mengambil tuala untuk ke bilik air. “Macam pa Nita?Cakap!” Zulaikha mula berasa geram dengan Anita. Cepat-cepat Anita berlari anak ke bilik air sambil ketawa. Zulaikha hanya berdiri didepan pintu bilik mereka, perasan akan kehadiran Shikin yang memandang semacam ke arahnya. "Aik,awal-awal pagi dah riuh semacam, apa cerita?" Tegur shikin apabila melihat Zulaikha masih tersengih-sengih sendiri.
"Hmm, macam biasalah ekin, budak si Nita tuh suka mengacau aku. Eh, kau nak ke mana ni? Rina mana?" Shikin berjalan ke ruang tamu rumah sewa mereka sambil menekan punat kawalan jauh untuk menonton televisyen.


"Ow, aku ni tengah tunggu abang aku ambik, tengah hari karang nak balik KL. Rina dah balik awal pagi tadi. Dia kirim salam, tak sabar-sabar nak balik kampunglah tuh" Zulaikha hanya mengangguk mendengar omelan Shikin.
"Si Rina tu memang. Balik-balik terus aje, bukan nak kasi tau dulu." Zulaikha mengeluh sambil berlalu kembali ke dalam biliknya. Zulaikha berpatah balik apabila mendengar suara Shikin memanggilnya lagi.


"Ika! Eh, kau bila balik? Esok ke lusa? si Nita?" Tanya Shikin ramah.
"Aku balik lusa nanti, Nita petang karang, tinggallah aku sorang-sorang dirumah ni..hee." Shikin hanya mengangguk lalu melihat Zulaikha masuk kembali ke dalam kamarnya.Cepat-cepat Zulaikha masuk ke bilik dan menutup pintu. Zulaikha tersenyum sendirian.

“Nak kemas baranglah lagi bagus daripada melayan kerenah si Anita tu!” Zulaikha bercakap seorang diri, lalu mengambil kotak dan beg untuk menyimpan buku-buku dan pakaiannya. Tidak lama lagi dia akan meninggalkan tempat ini, tempat yang menyimpan segala suka dan duka hidupnya. Semua liku-liku hidupnya tercoret disini. Di tempat dimana dia terpaksa meninggalkan Zack.

“Arrggghhh! Zack lagi!” Zulaikha tersasul menyebut nama zack yang terkeluar dari mulutnya. Sementara itu, tanpa Zulaikha sedari Anita memerhati gelagat Zulaikha yang seolah-olah bercakap seorang diri. “Zack! Siapa Zack??” Anita mengajukan soalan kepada Zulaikha. Dia mula kaget dengan kehadiran Anita yang tidak dijangkanya, memang dia telah menggelamun jauh sehingga tidak menyedari kehadiran Anita dari bilik air.

“Ika tak jawab pun soalan Nita, siapa Zack tu? Nak tau jugak, Ika tak pernah tau berahsia dengan Nita. You hide something from me?” Zulaikha mula kebinggungan, untuk menipu tidak sekali. Apatah lagi kepada Anita, kawan baiknya sendiri. Tetapi, rahsia ini tidak boleh sesiapa pun tahu. Zulaikha kebinggungan untuk mencari idea.

“Emm,emm Zack tu..Zack tu kawan Ika masa sekolah dulu. Ni hah tiba-tiba teringat kat dia. Terjumpa gambar masa sekolah menengah dulu. Masih terselit kat dalam buku lama Ika. Bukannya sapa-sapa pun. Nita tahu kan Ika takde kawan lelaki lain, mana ada nak sorok something ke pa ke. Tak yah fikir bukan-bukanlah Nita.” Tiba-tiba terpacul keluar jawapan sebegitu dari mulut Zulaikha. Tanpa Zulaikha sedari gambar yang berada di tangannya dirampas oleh Anita.

“Anita! Apa ni, bagilah balik. Jangan kacau barang oranglah. Bagus pergi kemas barang Nita tu jugak. Petang karang nak balik KL kan.” Anita membelek-belek sekeping gambar lama kepunyaan Zulaikha. Tanpa dia sedari, dikalangan wajah-wajah itu macam ada yang dia kenali sahaja. “Ika, yang mana satu Zack?” Anita menghulurkan gambar itu kepada Zulaikha dan terus di ambik cepat-cepat oleh Zulaikha.


“Tak payah tahulah, bukannya ada kena mengena dengan Nita. Sibuk aje.” Zulaikha menjelirkan lidahnya kepada Anita. Anita terus membaling bantal kepadanya, cun terkena belakang Zulaikha. Anita sudah ketawa terbahak-bahak sambil terbaring diatas katil. Zulaikha segera pergi ke katil dan terus mencubit-cubit badan Anita. Anita kegeliaan, serta merta minta dilepaskan. Mereka sama-sama berhenti ketawa.

Zulaikha baring disisi Anita, sambil bermain anak patung beruang pemberian Hisyam kepada Anita. Anita hanya memandang siling diatas sambil melihat kipas yang berpusing-pusing. “Nita, nanti Ika dah tak ada jangan lupakan Ika okey? Mesti Ika sunyi nanti tak dapat dengar Nita membebel-bebel lagikan,” Zulaikha berkata-kata sambil tangannya bermain dengan anak patung kesayangan Anita. Zulaikha sengaja menumbuk-numbuk muka patung beruang itu, dia tahu Anita sangat sensitif sesiapa yang membuli anak patung beruang kesayangannya itu. Anita terus menarik patung beruang itu tadi ke dalam pelukannya, Zulaikha hanya ketawa melihat gelagat Anita. “Alah, janganlah kacau Cik Ted, kesian dia kena tumbuk. Nanti report kat Abang Syam Okey?” Anita bercakap dengan patungnya seolah-olah patung itu memahami setiap butir bicaranya.

“ Cik Ted tak de orang buli lagi lepas ni. Ika dah balik rumah kat Seremban.” Zulaikha bercakap dengan anak patung beruang milik ANita itu juga. 
“Anita pun sama, jangan lupakan nita tau. Nanti contactlah, and dah dapat kerja tu informlah kat Nita. Kalau nak kerja kat syarikat ayah Nita pun tak pe. Nak?” Anita mempelawa Zulaikha berkerja ditempat kerja ayahnya. Sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan sebagai pembekal barang-barang iaitu Kembara Engineering Sdn Bhd. Ayahnya adalah pengurus di situ. Banyak peluang perkerjaan untuk kursus seperti Anita Kejuruteraan Awam manakala Zulaikha pula mengambil kursus perakaunan. 


“Ye ke ni. Ada vacancy untuk accountant ke? Boleh jugak, tapi Ika kena tanya dulu dengan mak dan ayah.” Zulaikha tiba-tiba teringat ayah dan emaknya dikampung. Sudah lama tidak pulang, hari terakhir Zulaikha pulang ke Seremban adalah hari raya beberapa bulan yang lalu.

'Tak sabar rasanya berjumpa dengan adik dan kawan-kawan lain. Apa khabar agaknya Fazura. Setahun yang lalu dia sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya. Mungkin sudah berbadan dua. Seronoknya, tapi aku? Aku tetap begini,' katanya didalam hati. Amir merupakan satu-satunya adik angkatnya. Mereka hanya ada dua adik-beradik sahaja. Beza umurnya dengan amir pun jauh. 7 tahun, kini adik angkatnya menuntut di tingkatan lima di sekolah menengah di Seremban. “Oi, menggelamun ke cik kak oi?? Ingatkan Zafran ek?” Tiba-tiba Zulaikha terkejut mendengar nama yang tidak dikenalinya. “Zafran? Siapa tu? Ika tak kenallah. Ika teringat keluarga Ika kat kampung. Rindu, tak de kaitan dengan siapa?Zafir?Zafran?”

Anita pun keliru dengan Zulaikha. Dia yang bertanya soalan, dijawab pula dengan soalan oleh Zulaikha. Malas Anita hendak membuka cerita tentang malam tadi, mungkin benar Zulaikha tidak mengenali Zafran. Tidak mungkin Zulaikha nak berkawan dengan Zafran. Lelaki paling sombong yang pernah dia jumpa didalam dunia. Biar pun mereka sama kelas, sudah empat tahun mengenali antara satu sama lain. Tapi, jarang sekali bertegur siapa. Kalau ditanya sepatah, sepatahlah dijawabnya. “Bisu agaknya, mahal sangat suara tu kalau nak bercakap dengan orang.” Fikirnya didalam hati, mungkin sebab itu Zafran tidak mempunyai banyak kenalan.

Dengan kedudukannya sekarang merupakan anak Dato Khalid Mursyid. Dikenali seluruh Kuala Lumpur atas kejayaan Syarikat KM Sdn Bhd dalam bidang perniagaan yang melibatkan hampir ke luar negara dan mempunyai cawangan kecil di sesetengah tempat di Malaysia. Boleh dikatakan Zafran amat disegani dan menjadi rebutan gadis-gadis di Universiti mereka. Yang Anita hairan, kenapa Zafran tidak belajar sehingga ke luar negara. Bukankah keluarganya mampu menghantarnya jauh ke tempat orang. Kenapa Universiti di negara sendiri jadi pilihan Zafran. Anita buntu, mungkin Zafran lebih memilih negara sendiri dengan mengikuti kelulusan yang dia perolehi.

Anita berteka-teki sendiri tanpa disedari, Zulaikha mula berniat jahat hendak mengejutkan Anita yang sudah lama diperhatikannya menggelamun. “Nita! Hah, teringat kat putera kayanganlah tu!” Anita sudah jatuh terjelopok ke bawah katil, menahan sakit kakinya yang terkena penghadang dihujung katil. “Ya Allah Nita, Ika mintak maaf sampai jatuh bawah katillah pulak”. Anita hanya membisu seribu bahasa, dan mereka sama-sama saling pandang memandang. Akhirnya bunyi sunyi bertukar riuh dengan gelak tawa mereka.

***

Bersambung...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly