Wednesday, February 1, 2012

Mencari Penawar Qaseh 1



BAB 1

Damai dan tenang rasanya saat itu melihat dedaunan kering yang gugur menimpa tanah, dan angin yang menyapa lembut pada permukaan wajahnya yang didonggakkan ke atas untuk merasa kesejukkan yang meyerap sehingga ke tangkai jiwanya. Rindu dendam yang telah lama terpahat di dalam hati hanya dibiarkan sunyi sepi tanpa balasan, walaupun sakitnya amat perit namun Aleeya merasakan kini semuanya berbaloi. Pengalaman yang selama ini banyak mengajarnya tentang erti kehidupan yang sebenar, segala perit getir dapat jua dilalui dengan kecekalan dan ketabahan didalam mengejar sebuah cita-cita. Walaupun  arwah Ayahnya, Datuk Razzak Ishak yang telah tiada, namun pemergiannya tidak pernah lekang dengan diiringi dengan doa.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Nur Qaseh Aleeya sedang menunggu kehadiran teman-temannya yang lain di sebuah tasik buatan di sekolahnya, kawan-kawannya yang lain telah pergi ke tandas sebelum memulakan peperiksaan STPM yang terakhir sebentar lagi.

“Qaseh,”

Sedang Nur Qaseh Aleeya leka bermain daun kering di tangannya, dia dikejutkan dengan suara seorang lelaki yang lembut menyapa dipendengarannya. Syed Abdul Muhaimin bin Syed Abdul Ghani merupakan teman sekelasnya, tetapi hubungan mereka tidak seakrab hubungan mereka dengan teman yang lain, mungkin kerana masing-masing sudah lama menyemai cinta di dalam hati.

“Qaseh, saya nak ucapkan good luck, sebentar lagi ujian kita yang terakhir. Mungkin ini kali terakhir kita bertemu,” Nur Qaseh Aleeya sudah bangun berhadapan dengan Muhaimin, dia berasa amat janggal berada di dalam situasi sebegini, tetapi Aleeya tetap menanti apa yang ingin diperkatakan oleh Muhaimin kepadanya.

Selama perkenalan mereka selama dua tahun ini, sukar bagiAleeya mahupun Muhaimin untuk berbicara. Muhaimin adalah satu-satunya teman yang memanggilnya dengan gelaran itu, teman-teman lain hanya memanggilnya dengan gelaran Aleeya. Muhaimin seperti ingin menyusun bait- bait ayatnya sahaja, duga Aleeya.

Tiba-tiba Aleeya terkejut dengan pemberian daripada Muhaimin secara tiba-tiba, sebuah hadiah yang dibungkus cantik dengan kertas pembalut yang mempunyai banyak lukisan bentuk hati. Rupa-rupanya ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Muhaimin sedari tadi. Aleeya hanya tersenyum lantas menyambut huluran yang diberi.

“Eh! Apa ni Amin?” 

Aleeya hanya terpaku dengan hadiah yang masih belum bertukar tangan itu, sukar untuk Aleeya menerima pemberian daripada Muhaimin.

“Ini, untuk Qaseh, anggaplah ini sebagai hadiah dihari perpisahan kita. Buka bila dah sampai rumah nanti ya, Assalamualaikum.” Muhaimin meletakkan hadiah tadi ditangan Aleeya lantas berlalu pergi meninggalkan Aleeya yang masih berdiri kaku, Aleeya yang masih belum sempat mengucapkan ucapan terima kasih terus mengeluh sendiri. Salam pamitannya hanya dijawabnya didalam hati.

“Leeya! Jom kita masuk dewan, karang lambat!” Rozita sudah berteriak memanggil Aleeya yang masih leka memandang bungkusan hadiah yang masih didalam genggaman tangannya. Aleeya tertanya-tanya apakah isi didalamnya, lalu digoncang-goncangnya.

Dek terlalu leka dengan hadiah pemberian Muhaimin tadi, Aleeya tidak menyedari kehadiran Rozita disisinya.

“Oi Leeya! Kau kenapa, tak dengar ke aku panggil dari tadi,” Rozita sudah termengah-mengah menahan nafasnya yang turun naik kerana berlari-lari anak untuk mendapatkan Aleeya. Aleeya yang terkejut dengan sergahan Rozita cepat-cepat menyorok hadiah tadi ke belakang badannya. Rozita hairan melihat sikap Aleeya yang tiba-tiba menggelabah.

“Hah! Apa yang kau sorok kat belakang tu? Kasilah aku tengok!” Rozita sudah merayu-rayu untuk melihat apa yang disembunyikan oleh Aleeya dari pengetahuannya.

“Nantilah aku kasitahu, jom pergi. Dah lambat ini, tu lama dah Dina dan Balqis tunggu. Jomlah!” Aleeya sudah menarik-narik tangan Rozita supaya mengikuti langkahnya, lalu sesampainya mereka di luar dewan.
Dengan tergesa-gesa Aleeya pergi ke arah begnya untuk menyimpan hadiah tadi ke dalam begnya, kotak hadiah yang diberi oleh Muhaimin itu tidaklah sebesar mana hanya sebesar tapak tangannya sahaja.


Semua pelajar tingkatan enam atas berpusu-pusu keluar daripada dewan peperiksaan, masing-masing dengan gaya tersendiri, ada yang tersenyum gembira, ada yang keluar dengan muka keruh, ada pula yang berbual-bual mengenai peperiksaan tadi, ada yang berpuas hati dan ada yang tidak. Nur Qasih Aleeya masih mencari-cari kelibat Muhaimin, tetapi dia hampa lelaki yang dicintainya dalam diam itu tidak dia temui.

“Leeya, kau macam mana? Okey tak ujian tadi?” Tanya Balqis, Balqis merupakan kawan baiknya dari sekolah rendah, mereka memang sudah kenal lama.

Ayah Balqis, Encik Borhan juga bekerja di firma guaman milik arwah ayah Aleeya, Razzak Ishak & Co,  Advocates & Solicitors, yang sudah digantikan oleh ayah tiri Aleeya, Datuk Othman. Semenjak ayah kandungnya meninggal dunia enam tahun yang lalu, ibunyalah yang bertungkus lumus mengambil alih firma guaman milik keluarganya.

Memandangkan Aleeya anak tunggal, tidak mempunyai adik beradik lain terpaksalah ibunya mencari pengganti untuk mengambil alih urusan firma guaman mereka. Bukan mudah untuk seorang ibu tunggal memikul semua tanggungjawab tanpa teman disisi. Sakit peningnya hanya dirinya sahaja yang tahu, lalu ibunya berkahwin dengan Datuk Othman bin Osman selaku teman baik ayahnya sendiri.

Datuk Othman lebih berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dalam bidang guaman daripadanya, dan Datin Farhana telah serahkan bulat bulat tanggungjawab itu kepada suami barunya. Mereka sudah lama mengenali di antara satu sama lain, walaupun Datuk Othman muda dua tahun dari ibunya, Aleeya tetap menghormati Datuk Othman sebagai ayah tirinya.

Datuk Othman merupakan duda anak satu, tetapi Aleeya tidak pernah mengenali keluarga ayah tirinya kerana hubungan mereka kurang baik setelah ibu Aleeya berkahwin dengan Datuk Othman.

“Leeya cari apa? Soalan Balqis pun tak dijawab.” Tanya Dina yang kehairanan melihat tingkah Aleeya yang seperti mencari sesuatu lagaknya.

Dina juga adalah satu-satunya kawan Aleeya yang sangat memahami dirinya. Dengan sikapnya yang lemah lembut dan sopan santun menyebabkan dia mempunyai ramai kawan, tetapi dia sering juga digula-gulakan oleh rakan-rakan lelaki mereka yang lain kerana sikapnya yang lurus bendul, Aleeya lah yang sering mempertahankannya jika dia diganggu oleh rakan-rakan lain. Dina juga seorang anak yang berada, ayahnya mempunyai syarikat sendiri iaitu Raisuddin Engineering Sdn Bhd.

Manakala Rozita adalah satu-satunya kawan mereka yang datang dari keluarga yang sederhana, walaupun ayah Rozita telah bercerai dengan ibunya, Puan Ramlah, namun Rozita masih kuat dan tabah menghadapi liku-liku hidupnya yang serba kekurangan. Hanya bergantung pada ibunya sahaja dengan duit poket menjual kuih muih dan bantuan daripada jabatan kebajikan sahaja.

“Hah! Leeya, Leeya tak cari sesiapa, dahlah jom kita balik.” Aleeya tersedar dari lamunannya, dia juga sudah tidak keruan kerana Rozita sudah bertubi-tubi menanyakan soalan mengenai kotak hadiah tadi. Rozita tahu pasti ada seseorang yang telah memberikan hadiah itu kepada Aleeya semasa ketiadaan mereka.

“Tak ada apa-apalah Rozi, aku tak nak cakap pasal benda tu sekarang.” Rozita sudah mencebikkan bibirnya ke arah Aleeya, namun Aleeya cepat-cepat cuba untuk mencubit bibirnya itu lantas Rozita berlari mengelilingi Balqis dan Dina yang sudah berjalan di hadapan mereka.

“Oi!, kamu berdua ni kenapa? Macam anjing dengan kucing, asyik-asyik jumpa saja bergaduh. Ini dah macam budak kecik! Eii,tak malu ke orang tengok.” Balqis sudah membebel-bebel melihat telatah mereka berdua, Dina hanya menggelengkan kepala melihat Aleeya dan Rozita tidak mengendahkan teguran daripada Balqis.

“Ini, si Rozi ni asyik nak mengacau aku aje, mana boleh aku nak duduk diam. Karang mulut-mulut kau aku cubit, banyak sangat songehnya. Macam mak nenek aje bunyi!”

Balqis hanya menjelirkan lidahnya kepada Aleeya, lalu mereka semua ligat ketawa melihat Aleeya pula yang mengejar Balqis sehingga ke pintu pagar sekolah. Tanpa Aleeya sedari dia terlanggar seseorang, lalu menoleh ke belakang semula. Oppsss!

“Eh, saya mintak maaf, sa..ya tak sengaja tadi.” Berderau darah Aleeya apabila mendapati Muhaimin yang dilanggarnya, lantas dia hanya menundukkan wajahnya menahan malu.

 “Qaseh tak apa-apa? Saya yang sepatutnya minta maaf sebab menghalang jalan orang.” Aleeya sudah berasa serba salah kerana Muhaimin pula dengan tidak semena-mena mengaku itu adalah kesalahannya.Dina dan Rozita tergesa-gesa berlari ke arah Aleeya, bimbang Aleeya menghadapi masalah.

“Leeya okey? Kenapa ni?” Dina sudah tercunggap-cunggap nafasnya kerana berlari dengan selajunya tadi, Rozita yang ketinggalan di belakang amat terkejut dengan kepantasan Dina.

“Wow! Boleh tahan juga kau ni Dina, ayu-ayu kau ada juga terselit rockers ek?” Rozita sudah memegang bahu Dina untuk berpaut padanya sambil sebelah tangannya memegang lututnya yang lengguh berlari, Aleeya dan Muhaimin hanya tersengih melihat gelagat mereka berdua, lalu Muhaimin meminta diri untuk pulang.

Aleeya hanya melihat pemergian Muhaimin untuk kali terakhirnya, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Muhaimin atas pemberiannya tadi. Dina dan Rozita yang sedari tadi menjadi penonton drama mereka kehairanan melihat situasi di antara Muhaimin dan Aleeya.

“Ow, dalam diam-diam kau ada hubungan cinta ek dengan Amin?” Rozita sudah memulakan niat jahatnya untuk menyakat Aleeya, Dina hanya memandang Aleeya yang tertunduk malu dengan gurauan Rozita tadi. Lalu dia pergi meninggalkan mereka sebegitu sahaja dan mendapatkan Balqis yang sedang menanti mereka di perhentian bas di luar pagar sekolah.

“Oi, mana minah dua orang tu? Lama tau aku tunggu korang.” Tanya Balqis yang sedang duduk bersendirian menanti abangnya Rahman, untuk mengambilnya pulang ke sekolah.

 “Ini hah, tengah tunggu puteri kita tengah dating dengan boyfriend baru dialah,” Rozita tiba-tiba muncul lalu duduk di sebelah Dina, Aleeya sudah mencari-cari kelibat pemandunya, Pak Rustam.

Pak Rustam merupakan pemandu baru mereka yang menggantikan tempat Pak cik Malik yang sudah tidak mampu untuk bekerja lagi kerana sudah tua. Aleeya malas hendak melayan kerenah teman-temannya itu. Segera dia pulang, segera juga dia lepas daripada semua jenaka ini.

So, hadiah tadi itu Amin lah kasi kat kau ek? Aku dah agak dah, selama ini aku tengok memang si Amin tu dah lama syok kat kau Leeya. Dia aje tak berani nak bagitau, kan Dina? Dina, oi aku bercakap dengan kaulah, kau layan aku macam tunggul aje...” Aleeya melihat perubahan pada wajah Dina waktu itu selepas pertanyaan Rozita tidak dijawabnya, seperti mempunyai masalah besar sahaja lagaknya, lalu tanpa membuang masa Aleeya merapati Dina.

“Dina kenapa ni? Masam aje muka, Leeya ada buat salah ek dengan Dina tadi? Sorrylah kalau Leeya ada menyinggungkan perasaan Dina.” Dina sudah memberikan senyuman kelatnya kepada Aleeya, lalu dia terus berdiri sambil berpeluk tubuh.

“Itu bukannya muka masam Leeya, itu namanya muka ketat!” Balqis sudah ketawa terbahak-bahak mendengar Rozita bercakap begitu, lalu Aleeya memukul bahu kedua-dua kawannya agar berhenti daripada terus bergelak ketawa. Aleeya memberi isyarat mata kepada Balqis dan Rozita, lalu mereka menghampiri Dina.

“Dina, alah sorrylah. Kau macam tak biasa pulak dengan kita orang.” Rozita memeluk bahu Dina, tetapi Dina tetap diam membisu. Lalu dibawanya Dina duduk disamping Balqis dan Aleeya.

“A’ahlah babe! Chilllah, time-time kita habis exam gini, lebih baik kita bersuka ria. Nanti kita dah tak dapat jumpa macam selalu tau,” Balqis pula yang memujuk Dina, lantas Dina hanya tersenyum nipis.

“Hah, macam itulah, kan manis kalau Dina senyum.” Aleeya perasan seperti Dina tidak mahu memandang ke arahnya, seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya, namun ditepisnya perasaan itu jauh-jauh. Lalu mereka semua berpelukkan sebelum semuanya berpisah sebelum bercuti panjang.

***

“Assalamualaikum, mama! Mama!” 
Setibanya Aleeya ke rumahnya, dia terus masuk ke dapur untuk mengambil segelas minuman, lalu Aleeya melabuhkan punggungnya dikerusi yang tersedia diruang dapur sambil menghirup airnya sehingga habis. Dia berasa amat haus sekali kerana penat berlari berkejaran dengan Balqis dan Rozita tadi.

“Leeya, baru balik ya sayang? Tu hah makanan Mak Som dah siapkan. Jomlah makan sekali, mama pun belum makan lagi ni,” Datin Farhana merupakan seorang ibu yang baik tetapi tegas, dia selalu mahukan yang terbaik sahaja untuk keluarganya.

“Mama, ingat mama tak ada kat rumah tadi. Ayah tak balik makan sekali ma?” Aleeya menghampiri ibunya, Datin Farhana lantas menyalami dan mengucup tangan ibunya dengan sopan. Mereka jalan beriringan pergi ke meja makan, Aleeya terus menceduk nasi ke dalam pinggannya dan ibunya sekali, lalu mereka makan berdua sahaja tengah hari itu.

“Ayah kamu tu Leeya, sibuk dengan kerjanya saja. Mama pun dah boring dekat rumah ni sorang-sorang. Tapi nasiblah ada Leeya, anak mama ini,” Datin Farhana mencubit pipi anak gadisnya itu, lalu Aleeya mengaduh sakit.

“Macam mana exam tadi? Okey?”

Aleeya sudah menambahkan lagi nasinya ke dalam pinggan, tengah hari itu Mak Som selaku pembantu rumahnya menyediakan makanan kegemarannya, udang masak ‘butter’.

“Bertambah nasi mama tengok, ingat-ingat juga badan tu jangan nanti jadi tong dram mama tak tolong,” Datin Farhana sudah mengekek ketawa melihat gelagat Aleeya yang terkebil-kebil melihat ibunya bercakap sebegitu. Lalu Aleeya berhenti daripada mengunyah lagi.

“Alah mama ini, ada pulak cakap macam tu. Tak naklah jadi tong dram tu, tak cantik. “ Aleeya sudah memuncungkan bibirnya tanda protes, dia memang rapat dan manja dengan ibunya sejak ayah kandungnya meninggal dunia. Dengan ayah tirinya, Datuk Othman tidak pula begitu akrab.

Datin Farhana tahu Aleeya masih belum dapat menerima Datuk Othman sepenuhnya untuk menggantikan tempat ayahnya, Datuk Razzak Ishak , tetapi Aleeya tetap juga menghormati dan melayan ayah tirinya dengan baik.

“Itulah, mama tanya tadi tak dengar, sibuk dengan makanan dia aje,” Datin Farhana menghulurkan pinggan berisi udang tadi ke arah Aleeya lalu dia tersenyum sambil menyambutnya.

“Sayang mama! Alah, mama tanya apa tadi? Bila Leeya nak kahwin ek?” Aleeya sudah terhinjut-hinjut bahunya menahan ketawa, sambil tangan kirinya menutup mulutnya apabila melihat wajah terkejut Datin Farhana.

“Amboi, amboi, nak sangat kahwin, nanti mama kasi kahwin betul-betul baru tau. Mama tanya tadi, exam Leeya macam mana?” Aleeya sudah kembali serius apabila ibunya mengatakan ingin mengahwinkannya, cepat-cepat Aleeya menggeleng.

“Alah bu, tak naklah kahwin, Leeya masih mudalah. Buat apa nak kahwin cepat-cepat, nanti karang tinggal mama sorang-sorang kat rumah ini, kesianlah mama. Kalau pasal exam tadi, okey aje ma. Kacang!” Aleeya terus menaikkan ibu jarinya ke arah Datin Farhana, ibunya hanya menggelengkan kepala melihat telatah anaknya yang masih kebudak-budakkan itu walaupun umur Aleeya sudah mencecah ke 20 tahun.

Selesai makan tengah hari bersama ibunya, Aleeya terus masuk ke kamarnya untuk membersihkan diri dan bersolat zuhur. Setelah selesai menunaikan segala kewajipannya, Aleeya terus baring di atas katil.

Dia berasa amat penat hari itu, dengan cuaca yang agak panas menyebabkan Aleeya tidak berasa selesa untuk tidur, lalu Aleeya tiba-tiba teringatkan hadiah yang diberi oleh Muhaimin tadi.
Aleeya duduk dimeja belajarnya dan terus membuka beg sekolahnya sambil mencari-cari bungkusan hadiah tadi.

“Apa agaknya yang Amin bagi ek?” Aleeya menanyakan soalan kepada dirinya sendiri. Tanpa dia sedari Datin Farhana masuk ke dalam kamarnya.

“Leeya apa tu? bagilah mama tengok sekali.” Aleeya kaget dengan kehadiran ibunya secara tiba-tiba, dia tidak sedar bilakah ibunya masuk, mungkin semasa dia leka ketika melihat bungkusan hadiah daripada Muhaimin tadi.

“Hah! Emm, ini ma ka..wan Leeya kasi hadiah.” Aleeya sudah tergagap-gagap ingin menjawab pertanyaan ibunya. Dia tidak pernah sekalipun menceritakan apa-apa mengenai Muhaimin kepada ibunya.

Aleeya tahu ibunya tidak suka dia bercinta semasa dibangku sekolah. Datin Farhana hanya mahukan anaknya menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya sahaja.

“Kawan? Laki-laki ke perempuan? Alah, janganlah malu-malu. Dengan mama sendiri pun nak sorok-sorok.” Datin Farhana sudah membawa Aleeya duduk dibirai katil, Aleeya hanya tersenyum seraya mengangguk.

“Lelaki ma, Muhaimin yang kasi. Dia kawan sekelas Leeya. Tapi, mama jangan fikir bukan-bukan pulak.” Aleeya melihat ibunya tersenyum-senyum memandang ke arahnya lalu terus memeluk bahu anaknya.

“Dah besar dah anak mama ni, dah, mama nak keluar dengan aunty Yasmin ni. Aleeya ada pesan apa-apa tak?” Ibunya sudah bangun sambil berjalan ke arah meja solek di dalam kamar Aleeya sambil membelek-belek dirinya.

“Cantik dah tu ma, tak payah risau. He..hee.Urm, Leeya nak pesan chocolate cadbury aje ma, black forest okey?” Aleeya sudah mengekeh ketawa apabila melihat wajah masam ibunya.

“Leeya ni kalau tak usik mama sehari tak bolehkan. Okeylah, mama nak pergi dulu.” Aleeya sudah menyalami dan mengucup tangan ibunya, lalu hanya menghantar pemergian ibunya dengan senyuman.

Aleeya kembali melihat bungkusan hadiah yang masih diletakkan diatas meja belajarnya, lalu dia melangkah dengan tergesa-gesa untuk mengambil bungkusan hadiah pemberian dari Muhaimin tadi.

“Nak bukalah!” Aleeya dengan berhati-hati membuka bungkusan hadiah tadi satu-persatu, apabila dibukanya kotak kecil itu Aleeya teruja melihat sehelai selendang berwarna biru laut digulung kecil-kecil dengan ikatan reben merah.

“Wah! Cantiknya shawl ni, lembut pulak kainnya,” Luah Aleeya ikhlas lalu mencuba selendang tadi dikepalanya.

Aleeya melihat ada terselit sekeping kad kecil yang mempunyai tulisan tangan didalam kotak hadiah tadi. Lalu dibacanya bait-bait ayat yang tertulis di dalam kad tersebut.





This is special for you,

There is no length of time that is too long or no distance that is too far. I love you more than life itself. I’ll wait for you until the day I die…

Till we meet again!

Regard,
Muhaimin


Aleeya memeluk hadiah tadi kedalam dakapannya, dia tidak menyangka Muhaimin juga menyimpan perasaan yang sama terhadap dirinya. Lalu Aleeya terus berbaring diatas katilnya sambil tersenyum-senyum sehingga terlena bersama dengan selendang pemberian dari Muhaimin tadi.

***

Hari ini merupakan hari pertama Aleeya memulakan pekerjaannya sebagai cikgu sandaran di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, berdekatan dengan kawasan rumahnya. Tidak mengambil masa yang lama juga untuk sampai ke destinasi.

Aleeya amat teruja hari itu, kerana cita-cita Aleeya adalah untuk menjadi seorang guru. Dapat mengubah dan mendidik anak-anak bangsa, desisnya didalam hati. Insya-Allah.

Selama sebulan dia telah terperap di dalam rumah, lalu disuarakan keinginannya kepada Datin Farhana untuk bekerja sambilan sebagai cikgu sandaran di sebuah sekolah rendah yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Sementara menunggu keputusan untuk memasuki universiti keluar, Aleeya tidak mahu membuang masa dengan menghabiskan cutinya dengan melepak sahaja. Dia mahu mengisi masa lapangnya dengan kerja yang berfaedah.

Dua tahun yang lalu, dia pernah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang perakaunan, tetapi dia menolak tawaran itu bulat-bulat dengan alasan tidak mahu duduk berjauhan dari ibunya, lalu Aleeya meneruskan pelajarannya di tingkatan enam. Aleeya tidak mahu ibunya merasa kesunyian semasa ketiadaannya nanti, walaupun waktu itu ibunya baru sahaja bernikah dengan ayah tirinya, Datuk Othman.

Sudah tiba masanya Aleeya keluar dari kepompong hidupnya, Datin Farhana sudah membenarkan dia melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah. Datin Farhana tidak mahu melihat anaknya kecewa kerana tidak dapat mencapai cita-citanya untuk ke menara gading. Harapannya satu hanya mahu anaknya berjaya di dalam hidup.

Hari pertama bekerja sebagai cikgu sandaran amat memuaskan hati Aleeya, walaupun penat melayan kerenah anak-anak kecil. Namun Aleeya gembira, panjang ceritanya kepada ibu dan ayah tirinya mengenai pengalaman bekerjanya yang baru sehari itu.

Sudah dimaklumkan kepada temannya lain, Balqis dan Rozita. Mereka juga membuat kerja sampingan, cuma Dina, Aleeya tidak dapat menghubunginya lagi, kali terakhir mereka berjumpa adalah semasa menduduki ujian terakhir STPM sebulan yang lalu, Dina seperti mengelak sahaja dari dirinya. Aleeya hanya mendapat khabar berita mengenai Dina melalui Rozita sahaja.

***

“Mama, ayah, Leeya pergi sekolah dulu,” Aleeya dengan tergesa-gesa menghirup kopi panas sambil tangannya giat mengipas lidahnya yang sudah terjelir keluar kerana sakit menahan rasa air panas tadi.

“Eh Leeya, tak breakfast ke dulu?” Datuk Othman menggelengkan kepalanya melihat telatah Aleeya yang hanya memandang remeh sahaja soal makan dan minumnya.

Puan Farhana juga bersuara apabila melihat Aleeya hanya menjaawab soalan Datuk Othman dengan gelenggan di kepala sahaja.

“Yelah sayang, duduklah makan dulu kejap. Sarapan tu penting tau, nanti tenaga nak dikerah dengan apa kalau tak makan pagi-pagi. Tengok tu, kan dah melecur lidah Leeya. Lain kali bangunlah lambat lagi,” Aleeya hanya memuncungkan bibirnya, mendengar Datin Farhana mengomel diawal pagi.

“Tak apalah ma,pa. Leeya dah lambat, karang jem susah lagi. Okey, next time Leeya tak bangun lambat lagi. Ok?”

“Hmm, baik-baik bawa kereta tu Leeya,” Aleeya cepat-cepat menyalami dan mengucup tangan ibu dan ayah tirinya. Datuk Othman hanya tersengih apabila melihat isterinya mengeluh apabila teringatkan perihal anak kesayangannya.

“Sudahlah, pandailah si Leeya tu makan di sekolah nanti. Awak tak payah risau, Leeya tu dah besar..” Datin Farhana hanya mengangguk mendengar nasihat daripada suaminya. Hati ibu siapalah tahu kebimbangan dan kerisauan yang ditanggungnya seorang diri di dalam hati.

Seperti biasa, Aleeya akan memarkirkan keretanya di tempat parkir kereta di sebelah pondok sekuriti. Sejak dia bekerja sebagai cikgu sandaran sebulan yang lalu, dia hanya menggunakan keretanya sendiri sahaja untuk berulang-alik pergi ke kerja. Aleeya tidak mahu menyusahkan Pak Rustam, lalu Datin Farhana membelikan Aleeya sebuah kereta Myvi berwarna putih sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke-20.

“Aik?”

Aleeya hairan melihat kelibat seorang lelaki yang dia tidak kenali sedang memandang ke arahnya, Aleeya hanya memberikan senyuman nipis lantas masuk ke bilik guru dengan segera untuk melakukan tugasnya.

Selesainya sesi pagi pengajarannya, Aleeya mula beransur pulang ke rumah. Aleeya melangkah pergi ke keretanya sambil bernyanyi kecil. Didapatinya lelaki yang sama memandang ke arahnya lagi, dia mencari-cari kelibat Pak cik Buhairi, selaku sebagai sekuriti di sekolah itu. Namun hampa, tiada petanda atau kelibat Pak Cik Buhairi ada dimana-mana.

“Apa kehel mamat tu duk menengok aku aje? Ada yang tak kena ke kat aku ni? Cantik sangat ke? hek3..perasanlah pulak,” Aleeya hanya tersengih lalu menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada orang lain yang mendengar pencakapannya tadi.

“Lantaklah…”

Aleeya hairan melihat orang lain pulak yang menggantikan tempak Pak cik Buhairi, lelaki itu seperti masih muda dalam lingkungan 20 tahun sahaja. Aleeya hanya pergi meninggalkan perkarangan sekolah dengan persoalan yang penuh di kepala.

***

Bersambung...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly