Monday, February 20, 2012

Mencari Penawar Qaseh 3




BAB 3

Tinggal sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan akhir mereka menjelma, Aleeya sedang mentelaah dan mengulangkaji pelajarannya di dalam perpustakaan sendirian. Dia ada mengajak Dina sekali tadi selepas waktu kuliah mereka selesai, tetapi Dina menolak bulat-bulat dengan alasan mempunyai hal lain. 

Ummi Kalsum pula masih ada baki kuliahnya disebelah petang, terpaksalah Aleeya keseorangan hari itu. Sudah menjadi kebiasaan juga pada dirinya, kemana-mana sahaja hanya menyendiri. Kadang-kadang sahaja Dina ada di sisi, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa.

Aleeya sudah malas hendak mengambil tahu lagi perihal mengenai Dina, Aleeya sudah lali dan bosan, dia sendiri pun sudah banyak masalah yang perlu difikirkan. Aleeya tiba-tiba teringat dengan ‘Mr X’ yang sudah lama tidak mendengar khabar berita, hampir tiga minggu dia tidak mengirimkan apa-apa hadiah lagi kepadanya.

“Hmm, mana perginya mamat hadiah tu ar…”  Aleeya bermain-main dengan pen ditangannya sambil mmikirkan ‘secret admire’nya selama ini.

Aleeya berasa lega kerana sudah lepas dari kemelut itu, permainan yang sudah acap kali dipandang remeh sahaja sejak akhir-akhir ini kerana sudah cuak rasa hatinya menanti siapakah ‘Mr.X’nya selama ini, tetapi di dalam hatinya juga timbul perasaan yang aneh dan terasa sunyi seketika, mungkin rindu untuk menerima hadiah-hadiah daripada lelaki misteri itu seperti selalu. Sukar untuk Aleeya gambarkan atau ucapkan apa yang dirasakannya kini.

“Ah!” Keluh kesah yang hanya mampu terluah, tidak tenteram rasa jiwa dan fikirannya saat itu. Mood untuk mengulangkaji pelajaran pun sudah semakin menggendur.

Aleeya akui setiap bait kata-kata bermadah yang ditulis oleh ‘Mr. X’  itu memang menusuk ke dalam kalbunya, sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang mendalam dan terasa di dalam hatinya ada taman yang sedang berbunga-bunga mekar.

Tetapi bagaimana dengan cintanya semasa dibangku sekolah dahulu? Muhaimin?
Ah! Persetankan semua itu!  Desis Aleeya di dalam hati. Mujur sahaja saat itu apa yang terbuku dihatinya tidak terluah secara langsung, kalau tidak mungkin sahaja orang lain yang turut berada di dalam perpustakaan itu mengatakan dia sudah tidak siuman kerana bercakap seorang diri.

Aleeya berasa amat dihargai dan disayangi apabila seseorang yang tanpa jemu dan berputus asa terus memikat hatinya. Bukan bermakna dengan memberi hadiah pelbagai dapat membeli hati dan jiwanya, tidak semudah itu, baginya terlalu sukar untuk Aleeya menerima insan lain selagi cintanya pada Muhaimin masih segar di dalam hati, melainkan ada pemuda yang benar-benar mampu memadamkan nama Muhaimin yang masih utuh terukir dihatinya.

Tanpa Aleeya sedari datang seorang pemuda yang dia tidak kenali ke meja dimana dia tengah duduk.
‘Gulp’ Tidak tertelan rasanya saat itu, seperti ada sesuatu sahaja yang tersekat dikeronkongnya.

Aleeya menoleh ke kiri dan kanannya melihat adakah orang lain waktu itu bersama dengannya, tetapi malang hanya dia seorang sahaja waktu itu. Dia hanya nampak sekelompok pelajar sahaja di meja sebelah hujung, jauh dari kedudukannya yang sebenar.

Aleeya hanya menundukkan wajahnya, berpura-pura seperti menumpukan sepenuh perhatian kepada pembacaannya sahaja, tetapi didalam hatinya berkecamuk pelbagai rasa dan persepsi yang timbul, dia dapat merasakan pemuda itu semakin hampir dan hampir ke arahnya.

“Assalamualaikum Aleeya, boleh saya duduk sekali?”

Aleeya memandang tepat ke mata pemuda yang sudah berdiri dihadapannya kini seperti pernah dia temui dan kenali sahaja.Dia hairan bagaimana pemuda yang dia tidak kenali itu, mengetahui namanya. Aleeya melihat pemuda tadi dari atas sehingga ke bawah. Rambutnya yang dibuat terpacak-pacak ke atas, dengan hanya memakai baju T-shirt berwarna biru dengan seluar jeans lusuh warna senada menampakkan penampilannya yang ‘simple’ tetapi nampak kemas dan tampan dengan kulitnya berwarna coklat kekuning-kuningan.

Aleeya menoleh sekejap ke belakang, mungkin dia ada terlepas pandang, mungkin ada orang lain kebetulan berada disitu yang serupa juga dengan namanya waktu itu. Namun Aleeya hampa, akal jahatnya sempat pula berjenaka. Pemuda tadi hanya tersenyum melihat gelagat Aleeya, lalu mengangkat kening sebelah kanannya.

Aleeya hanya mengerutkan dahinya tanda meminta penjelasan, pemuda yang sedari tadi diam menanti jawapan dan respon daripada Aleeya mula faham daripada ekspresi muka yang dipamerkan oleh Aleeya lalu terus memperkenalkan dirinya dengan sopan.

“Maaf, saya Danish Haikal bin Buhairi. But, just call me Danish.” Danish menghulurkan tangannya ke arah Aleeya, Aleeya sudah berasa tidak keruan dan serba tetapi seperti ada aura yang kuat sahaja menyuruh Aleeya menyambut huluran salam yang diberi. Akhirnya Aleeya menyambut jua huluran daripada Danish lantas mereka berjabat tangan, agak lama juga Aleeya menanti tangannya dilepaskan, untuk seketika mata mereka bertautan.

Danish memerhati seraut wajah yang amat dirindunya itu, dilihatnya rambut ikal Aleeya yang diikat satu menyerlahkan lagi wajahnya yang putih bersih. Aleeya hanya memakai baju kemeja warna merah jambu dan seluar slack berwarna hitam. Aleeya perasan mata Danish memerhati ke arahnya lalu cepat-cepat ditarik tangannya kembali dengan kasar, tanpa membuang masa Aleeya segera berdiri lantas meninggalkan tempat itu.

“Aleeya, nanti dulu!”

Danish terus memegang lengan Aleeya menghalang dia daripada pergi dari situ. Mujur sahaja saat itu Aleeya memakai baju lengan panjang, kalau tidak pasti berbekas merah lengannya yang putih itu kerana genggaman yang kuat dari tangan kasar Danish. Aleeya melihat sekeliling perpustakaan itu seketika, dikhuatiri dilihat oleh kawan-kawannya yang lain.

Do I know you? Please, excuse me…” Aleeya sudah merentap balik lengannya kembali dan segera berlalu pergi. Danish mengejar langkah kaki Aleeya sehingga keluar perpustakaan.

Danish menghalang lagi Aleeya daripada terus melangkah pergi, ke kiri dan ke kanan tangannya didepakan dihadapan Aleeya supaya menghalang laluan untuk Aleeya meneruskan perjalanannya lagi.

Leave me alone!”

Naik rimas Aleeya melayan perangai pemuda tadi yang seperti tidak memahami bahasa itu. Aleeya tidak mahu memberi muka kepada mana-mana lelaki lebih-lebih lagi lelaki yang dia tidak pernah kenal. Aleeya membutangkan matanya pada Danish, seperti hendak terkeluar sekali biji matanya.

Danish hanya tercegat sahaja, terkelu lidah membuta bicaranya apabila melihat suhu kemarahan Aleeya sudah mencapai takat didihnya, dikhuatiri Aleeya melakukan sesuatu diluar jangkaannya. Danish hanya berdiri kaku mendiamkan diri sahaja. Tanpa membuang masa, Aleeya meneruskan langkahnya yang tertunda tadi dengan hayunan langkah kaki yang pantas.

“Aleeya! Nanti dulu, sayalah Mr. X awak!”

Secara automatik langkah kaki Aleeya terus terhenti saat mendengar kata-kata yang terakhir keluar dari mulut pemuda tadi, namun belum sempat Aleeya menoleh ke belakang, kakinya yang masih tinggal sejengkal lagi untuk menuruni anak tangga hampir terjatuh terjelopok ke bawah. Tetapi nasib Aleeya baik, pergerakan Danish yang pantas lantas memaut pinggang Aleeya dari terjatuh terus menarik Aleeya ke dalam dakapannya dengan selamat.

Tergamam Aleeya seketika berada di dalam pelukan lelaki yang dia tidak kenali itu, yang kini sudah dikenalinya sebagai ‘Mr.X’, masih berasa terkejut dengan tindakan pantas Danish tadi. Namun sempat jua didalam hatinya mengucap syukur kerana masih dalam keadaan yang selamat, jika dia jatuh terjunam ke bawah tadi pasti dia menghadapi kecelakaan yang teruk dan serius. Aleeya yang kaget dengan situasi itu terus menolak tubuh Danish daripada memeluknya lagi.

Cepat-cepat Aleeya kembali ke dunia yang nyata, takut nanti dilihat orang ramai menjadi buah mulut pula disebaliknya. Aleeya melihat segelintir orang yang lalu lalang sudah memerhati ke arah mereka berdua sambil berbisik-bisik.

“Mr. X?” Aleeya memandang Danish dengan wajah yang keliru, penuh dengan tanda tanya difikirannya. Mahu sahaja dia lari saat itu kerana malu berhadapan dengan lelaki yang selama ini amat dinanti-nantikannya.

“Ya, sayalah selama ini yang mengirimkan hadiah-hadiah itu,”

Danish mengangguk menjelaskan perkara sebenarnya kepada Aleeya. Dia tidak sanggup lagi menanggung perasaan cinta dan rindunya kepada Aleeya selama ini. Dia mahu biarlah hari ini dia bertemu dan menceritakan perkara yang sebenarnya kepada Aleeya. Aleeya hanya memerhati Danish dari atas sehingga ke bawah, seperti pernah dia lihat sahaja senyuman yang terpamer dibibir pemuda itu. Tetapi dia malas hendak menginggati senyuman itu buat masa ini, Aleeya masih keliru dengan situasinya sekarang.

“Buktinya?” Aleeya kurang pasti adakah pemuda dihadapannya kini adalah ‘Mr. X’ yang telah mencuri hatinya selama ini. Mungkinkah lelaki dihadapannya kini pengganti cintanya yang dahulu kala yang tidak pernah tercapai dan bersatu? Aleeya buntu, terlalu awal baginya untuk memikirkan perkara itu buat masa ini.

Dilihatnya Danish seperti memikirkan sesuatu, lalu Danish menghulurkan tangannya kepada Aleeya lalu berkata, “Izinkan saya menghampiri mawar ini, walaupun saya tahu saya akan terluka kerana durinya...” Aleeya terkejut mendengar ayat itu keluar daripada bibir Danish, kata-kata puitis dan puisi yang banyak sudah menjadi koleksinya selama ini selalu dibacanya berulang kali.

Aleeya tidak pasti apakah perasaannya saat itu, adakah dia gembira atau kecewa? Tetapi kenapa hatinya meronta-ronta seperti melonjat gembira mendengar berita gembira itu. Malas Aleeya melayan fiilnya lalu tanpa berfikir panjang dan membuang masa Aleeya mengukir senyumannya buat jejaka yang mampu membuat jantungnya berdebar kencang kini, dia pasti ayat itulah yang pernah dituliskan oleh ‘Mr X’ kepadanya dahulu, lantas mata mereka bertautan dan Aleeya menyambut huluran yang diberi.

Aleeya tidak sanggup lagi Danish hilang daripada hidupnya, walaupun dia tahu mereka hanya mengenali diantara satu sama lain hanya melalui tinta sahaja. Tetapi perasaan yang kian mencengkam didada amat memeritkan dan menyesakkan dadanya, mereka sama-sama memendam rasa selama ini. Aleeya mula memikirkan sesuatu, lalu ditariknya kembali tangannya dari pegangan Danish.

“Kenapa saya macam kenal awak? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Aleeya melihat Danish sudah tersenyum-senyum memandangnya, sambil mengeluarkan sekeping gambar terpamer figura wajah Aleeya dari begnya yang diambil oleh Danish semasa Aleeya bekerja menjadi cikgu sandaran tujuh bulan yang lalu.
“Apa? Awak ni lelaki yang…” Ayat itu tidak habis diucapkan dibibir mungil Aleeya, lantas diambilnya gambar tadi daripada tangan Danish, lalu diamatinya wajahnya waktu itu.

“Ya, sayalah yang awak tengok masa di pondok guard tu. Masa tu, saya gantikan tempat arwah ayah saya sebab dia sakit. Masa tu saya cuti semester, sejak awak berhenti daripada mengajar di sekolah itu saya tidak lagi melihat awak. 

Sehinggalah saya bertemu semula dengan awak empat bulan yang lalu disini. Rupanya awak menyambung pengajian disatu U dengan saya, sejak hari itu saya mula ingin mengenali awak dengan lebih dekat. Maaflah kalau cara saya itu kurang disenangi awak.” Aleeya hanya mendengar penjelasan daripada Danish dengan dahi yang berkerut seribu, dia tidak menyangka lelaki yang suatu ketika dahulu pernah dia temui kini ada di depan matanya dan juga adalah ‘Mr.X’ Aleeya selama ini.

“Jadi, awak ni anak pak cik Buhairi lah, patutlah saya macam pernah tengok awak. Tapi kenapa awak lama dah tak kirimkan apa-apa hadiah pada saya lagi?” Mereka sudah duduk disebuah kerusi yang telah tersedia di luar perpustakaan itu. Danish sudah lama impikan saat-saat begini, dia tidak menyangka gadis yang dicintai dalam diam selama ini, kini ada didepan matanya. Dia bertekad supaya suatu hari nanti dia dapat memiliki Aleeya.

“Ya, sudah tiga minggu saya tidak mengirimkan apa-apa hadiah untuk Aleeya kan. Sebulan yang lalu saya menerima khabar mengenai keadaan ayah saya yang sudah sakit tenat. Kini, ayah saya sudah tiada, telah pergi selamanya meninggalkan saya sendirian. Oleh sebab itu, saya mahu berhadapan dengan awak hari ini, saya ingin menjelaskan hal yang sebenarnya kepada awak, tidak sanggup lagi rasanya untuk saya menghadapi saat-saat kehilangan untuk ke sekian kalinya. Saya berharap dengan penjelasan saya ini, awak sudi menerima salam perkenalan dari saya.”

Lama Aleeya terdiam seperti memikirkan sesuatu, lalu dia hanya tersenyum seraya mengangguk tanda menerima salam perkenalan daripada rakan barunya Danish Haikal.

“Hmm, sekarang kita dah jadi kawan. Jadi, tak dapatlah saya hadiah-hadiah daripada awak lagi,” Danish terus sahaja ketawa apabila mendengar Aleeya berkata begitu, seperti orang merajuk sahaja bunyinya. Aleeya juga hanya tersenyum manis, mudah sahaja dia dan Danish mesra apabila bertemu muka.

“Alah, dah jadi kawan pun boleh dapat hadiah, mungkin lebih dari itu kot…” Aleeya sudah mencebikkan bibirnya apabila mendengar Danish berkata begitu, lalu mereka terus sahaja berbual-bual sehingga beralih ke topik yang agak peribadi. Aleeya berasa amat bahagia waktu itu, tanpa mereka sedari ada mata yang telah menyaksikan semua kejadian dan adegan tadi, lalu dia hanya melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.

Danish Haikal merupakan anak tunggal juga dalam keluarganya, tidak mempunyai adik-beradik atau saudara mara yang lain. Arwah ibunya, Puan Suzana berkahwin dengan Encik Buhairi tanpa restu orang tuanya, oleh sebab itu ibunya telah dibuang keluarga kerana memilih orang yang tidak setaraf dengan ahli keluarga mereka yang kaya raya. Setelah itu mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana sahaja, ibu Danish sudah lama meninggal dunia setelah selamat melahirkannya di dunia ini.

Sejak itu, dia hanya hidup berdua dengan ayahnya, Encik Buhairi. Semasa dia menggantikan tempat ayahnya bekerja sebagai sekuriti dahulu, Danish baru sahaja balik daripada cuti semester untuk menjenguk ayahnya yang tinggal sendirian di bandar besar, Kuala Lumpur . Hidup Danish dengan Aleeya jauh berbeza, umpama langit dan bumi. Dengan hasil menjadi jaga disekolah itulah untuk mereka anak-beranak meneruskan kehidupan dan menghantar Danish sekarang, sehingga sampai ke menara gading, tetapi bezanya sekarang Danish menuntut di semester lima. Tinggal tiga semester sahaja lagi untuk dia menamatkan pengajiannya dalam ‘Bachelor in Architecture’, lebih kurang dalam lingkungan setahun setengah sahaja lagi.

Aleeya pulang ke kamarnya dengan senyuman dibibir, dia bernyanyi-nyanyi kecil dengan riang sekali sambil menaiki tangga ke tingkat dua biliknya. Aleeya tidak menyedari kehadiran Dina yang memerhati gelagatnya sedari tadi, sengaja Dina melangkah perlahan-lahan sambil menepuk bahu Aleeya dari belakang.

“Oi mak nenek engkau!” Dina sudah mengekek ketawa sambil tangannya memegang perutnya menahan tawa. Aleeya sudah memegang dadanya menahan rasa terkejut lalu dipukulnya tangan Dina kerena mengejutkannya tadi.

“Ish! Dina ini, suka tau buat Leeya terkejut. Tak sukalah macam ini,” Aleeya sudah menghentak-hentakkan kakinya pada anak tangga untuk naik ke tingkat atas, Dina hanya mengekori langkah Aleeya dengan ketawanya yang masih bersisa.

“Itulah Leeya, senyum sorang-sorang. Menyanyi riang nampak, ada apa-apa ke? Hmm, dah pandai melatah sekarang,” Dina cuba untuk menduga Aleeya, mana tahu Aleeya mahu berkongsi serba sedikit cerita yang membuat dia tersenyum gembira. Namun Aleeya hanya diam membisu sambil berjalan menghampiri biliknya.

“Kalau Dina nak tahu, jomlah masuk bilik Leeya. Nanti Leeya story!” Aleeya sudah memulas tombol pintunya untuk mencari kelibat Ummi Kalsum. Dia ingin menyampaikan berita gembira ini kepada kedua-dua kawan baiknya Dina dan Ummi Kalsum. Dina hanya melangkah longlai ke bilik Aleeya untuk mendengar berita gembira dari kawannya itu.

“Ummi! Ummi! Mehlah duduk sini join aku and Dina gossip-gossip. Ada good news aku nak share!” Aleeya menepuk-nepuk tilam disebelah duduknya pada Ummi Kalsum, namun Ummi Kalsum hanya menggelengkan kepalanya. Dina pulak hanya mempamerkan muka ‘blur’ dia sahaja, sambil tangan kanannya menutup mulutnya yang ketika itu tengah menguap.

“Hish! Aku nak studylah Aleeya, malaslah aku nak gossip-gossip sekarang.” Ummi Kalsum masih memakukan kakinya dimeja belajarnya tadi tanpa menoleh ke arah Aleeya dan Dina.

Ummi Kalsum tidak mahu lagi terhasut dengan pujukan dan rayuan daripada Aleeya ataupun Dina. Pernah sekali Aleeya memaksa Ummi Kalsum untuk menonton drama korea di ‘laptop’ milik Aleeya dahulu, sehingga Ummi Kalsum tidak menghiraukan apa-apa kuiz, tutorial dan tugasan yang diberikan. Dia tidak mahu perkara itu berulang lagi. Aleeya tanpa berputus asa, masih lagi memujuk Ummi Kalsum.

“Alah Ummi ni tak sporting langsunglah, jomlah! Sekejap aje kot,” Dina pulak yang memujuk Ummi Kalsum supaya menyertai mereka berdua.

“Yelah Ummi, aku ada cerita baru pasal ‘Mr.X’ tuh…” Aleeya mempamerkan wajah bersahajanya pada Ummi Kalsum, tanpa membuang masa laju sahaja Ummi Kalsum terus melompat duduk di atas katil Aleeya. Hampir tersungkur jatuh Aleeya dan Dina kerana hentaman mengejut daripada terjunan Ummi Kalsum yang kuat tadi. Oleh kerana badan Ummi Kalsum yang agak berisi daripada Dina dan Aleeya, bergoyang dan bergetar sekejap katil milik Aleeya, dek terlalu kaget Aleeya terus sahaja beristigfar di dalam hatinya.

“Ya Allah Ummi! Macam bom atom dah bunyinya. Kalau ye pun kau excited nak dengar cerita aku, tak payahlah lompat-lompat segala. Kang tak pasal-pasal roboh pulak katil aku ni,’ omel Aleeya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dina ditepi hanya tersengih memandang wajah keruh Ummi Kalsum.

“Hish, banyak pulak songehnya. Kau nak cerita ke tak nak ni, kalau kau nak teruskan babak membebel kau tu aku g sambung study aku aje la ye,” Belum sempat Ummi Kalsum melangkah pergi, Aleeya sudah menarik lengan Ummi Kalsum untuk duduk kembali.

“Hish! Tak ada maknanya aku nak tengok gigi kau tu, dah, cepatlah!” Aleeya terus menutup mulutnya daripada tersengih sumbing lagi, lalu memukul paha Ummi Kalsum. Ouch!

“Mengada-ngada betul! Okey-okey aku ceritalah ni,” Aleeya mengatur duduknya untuk merasa keselesaan sebelum dia memulakan ceritanya, macam panjang sahaja bunyi ceritanya sampai hendak duduk pun mengambil masa yang lama. Aleeya …Aleeya.

“Ummi, Dina, dengar baik-baik ye. Jeng jeng jeng! A..ku d..ah jumpa Mr. X!” Aleeya memberitahu dengan tona dan expresi muka yang teruja dan mengejut, tetapi tidaklah mensaspenkan suasana sangat. Begitu bersemangat sekali Aleeya menceritakan itu dan ini kepada Ummi Kalsum dan Dina, bagaimana dia boleh terserempak dengan Danish dan segalanya. Semuanya diceritakan oleh Aleeya tanpa tertinggal apa pun.

Ummi Kalsum sahaja yang beria-ria ingin mengetahui, siapakah gerangannya lelaki misteri itu selama ini. Manakala Dina hanya duduk diam membisu sambil tangannya ligat menekan ‘key pad’ telefon bimbitnya sahaja seperti tidak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut perkara yang menjadi topik perbualan antara Aleeya dan Ummi Kalsum.

“Alah, bagitahulah siapa nama dia? Aku tak sabar nak tahu ni,” Ummi Kalsum sudah menepuk-nepuk tangannya, lalu Aleeya menceritakan kisah sebenarnya dari A hingga ke Z kepada kedua rakan karibnya. Mereka tidak percaya dengan kesudahan cerita Aleeya, yang Danish meluahkan segala rasa yang terpendam kepadanya. Tetapi Aleeya tidak mahu tergesa-gesa menerima cinta yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya, dia mahu mengenali Danish Haikal dengan lebih dekat lagi.

Mereka tiba-tiba menjadi sayu apabila mendengar perkhabaran tentang arwah ayah Danish, Encik Buhairi yang sudah tidak ada lagi di dunia ini. Hampir mengalir air mata Aleeya kerana tidak mempercayai orang tua yang selalu dia lihat semasa hendak pergi dan pulang kerja suatu ketika dahulu telah tiada lagi didunia ini. Ummi Kalsum memeluk Aleeya ke dalam dakapannya, lalu tanpa mereka sedari Dina pergi meninggalkan mereka berdua dalam keadaan Aleeya dan Ummi Kalsum tidak menyedari kepergiannya. Bunyi pintu dihempas menyedarkan mereka di alam realiti, Aleeya memandang wajah Ummi Kalsum apabila didapatinya Dina sudah tidak ada bersama mereka lagi.

“Eh, mana perginya Dina tadi Ummi? Aku tak perasanlah bila dia keluar,” Ummi Kalsum melihat pintu bilik mereka yang tertutup dengan kuat tadi.

“Mungkin dah balik bilik dia kot, biarlah dia. Mana tahu ada date dengan Hazlan kot,” Aleeya mengia-ngiakan kata-kata Ummi Kalsum tadi, walaupun dihatinya berasa seperti ada yang tidak kena sahaja dengan Dina sejak akhir-akhir ini.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly