Wednesday, January 11, 2012

Kisah Katak Yang Comel



Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang berlumba lari. 
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
 Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan 
perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.

Perlumbaan dimulakan...
Secara jujurnya, tiadawalau satu pun penonton yang benar-benar percaya 
dan yakin bahwa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Kedengaran suara-suara seperti
“Ala, aku yakin korang semua takkan mampu sampai atas tu! Susah giler kot.”dan
“Jangan berharap la korang nak sampai sana. Tidur lagi bagus la!”
Katak-katak kecil mulai jatuh. Satu persatu…
Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi…
dan semakin tinggi..Penonton terus bersorak.
“Susahnya!!! Aku jamin takde sorang pon akan sampai atas tu!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
Daripada semua peserta yang mengambil bahagian, 
ada SEEKOR yang terus bersemangat menaiki menara hingga 
semakin tinggi dan terus tinggi…Dia tak akan menyerah!
Akhirnya majoriti katak-katak kecil yang lain telah menyerah untuk menaiki menara, 
kecuali seekor katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya 
 sampai ke puncak!SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu
 bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang memiliki kekuatan 
dan semangat untuk terus bersemangat mendaki menara tersebut sehingga sampai ke puncak?
Rupa-rupanya katak yang menjadi pemenang itu adalah katak yang PEKAK!!!!

Nota:
Kita lebih cenderung untuk gagal, apabila kita terlalu mendengar kata-kata orang lain. 
Stand for yourself. Jadilah diri anda sendiri. Bukan daripada trend semasa, 
mengikut kawan-kawan atau orang lain.
 Jangan jadi seorang yang pesimis hanya kerana sesuatu yang dikatakan oleh orang lain.

Kadang-kadang, kita perlu menjadi seekor katak yang pekak demi mencapai cita-cita kita.
 Satu hari nanti mereka akan terdiam bila melihat kita berjaya.

P/s: Urm??? So,csya??? teruskan pjuangan or just stop sampey ctowk ajak...
ya Allah..kenk 2323 jak asa ati towk...hmm.sabar2..insyaAllah 
aku jumpa jalan kuar towk lak..hee.Jadilah katak yang pekak...
sometimes kta perlukn pgorbanan utk mcapai ssuatu yg kta inginkn...
biar apa pun kata mereka...usah peduli...hadapinya dgn senyuman...:)
Aku akan terus mencuba & mcuba...InsyaAllah dpmudahkn sgalanya..
Amin Ya Rabbal Alamin~
Aja! Aja! Fighting!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly