Saturday, January 7, 2012

Ke Makam Bonda

KE MAKAM BONDA - DATO DR USMAN AWANG



ALHAMDULILLAH...LIRIK DAN BAIT-BAIT KATA YANG TERBAIK
DAN SESUAI DIADAPTASI KE LAGU YANG DIBAWA OLEH KUMPULAN NASYID
UNIC HASIL DARIPADA KARYA ALLAHYARHAM DATO DR USMAN AWANG~
PUISI YANG SANGAT MENYENTUH JIWA NAN LARA...
SANGAT-SANGAT MENDALAM MAKSUD TERSIRAT DARIPADA ISI TERSURATNYA.
SASTERAWAN NEGARA YANG SANGAT DISEGANI DAN SETIAP
HASIL KARYA DAN NUKILAN BELIAU SANGAT INDAH DAN BERNILAI~
MARI KITA SAMA-SAMA MENGHAYATI SETIAP BARIS CORETAN PUISI INI~


Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly