Wednesday, December 21, 2011

What You Give You Get Back~

Assalamualaikum w.b.t...


PESANAN BUAT DIRIKU & SAHABATKU SEKALIAN

Nekadlah menjadi orang-orang yang baik. Yang baik kepada siapa saja. Kerana orang yang baik & beriman yang akan selamat di akhirat nanti. Kalau kita merasa pernah menjadi orang yang tidak baik, maka berusaha, berhentilah & bertaubat.

Setiap dari kita(hambaNYA) mesti pernah melalui zaman "JAHIL" masing2..apatah lagi kita diakhir zaman ini yg menjanjikan 
 seribu satu kelalaian dlm hidup.apakah adil untuk kita menilai seseorang itu hanya kerana kejahilan zaman lampaunya.???

Setiap manusia pasti ada melakukan kesilapan, dahulu, kini mahupun akan datang samada kecil atau besar. Kita xboleh menilai sesiapapun melainkan hanya mendoakan perubahan ke arah kebaikan baginya dan sentiasa memberi sokongan kepadanya supaya lebih bersemangat untuk melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik dan diredhai Allah S.W.T.

Mungkin kita tidak sedar ketika kita terlalu alpa dengan syurga dunia, kita telah mengkhianati 
sahabat atau saudara kita sendiri. Namun orang yang teraniaya itu hanya mampu mendiamkan diri
dan memohon perlindungan dari Allah SWT. 

Jika bila tiba giliran kita pula dikhianati oleh orang yang paling kita percayai,
pasti pahit untuk kita telan dan untuk menerimanya...mungkin kita hanya mampu
berserah atau pasrah sahaja kerana kita baru menyedari kesilapan yang lalu...

Sahabat dahulu lebih menghargai dirinya, daripada sekarang,
 Oleh itu, Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. 
Dan begitu juga disebaliknya. Yakinlah.

Semakin kita ditekan semakin kita melonjak..memotivasikan diri dikala dihimpit suara manusia..Hati pasti kembali akan tenang bila suara manusia ditenggelamkan oleh pandangan Allah semata

.Saat TERSEDAR diri berbuat dosa..saat terasa diri MENJAUH dari yang Esa..BANGKITLAH, buang debu-debu KEMALASAN pada dirimu, kamu masih punya masa..
sahut CINTA Allah itu wahai sahabatku,
 jangan biarkan rasa itu PERGI bagai angin lalu..
mohonlah KEAMPUNAN bagi dosa-dosamu..

Sungguh, RAHMAT Allah lebih LUAS dari murkaNya..sungguh, PINTU TAUBAT itu terbuka luas untuk hambaNya..sungguh, walau sebanyak manapun dosa..Allah tidak pernah menjauh dari kita.. Allah tidak pernah berhenti beri nikmatNya..malah setia MENANTI kita kembali padaNya..tapi kita? apa yang kita BERI padaNya?

Istighfar dan bertaubatlah. Sebelum pintu itu tertutup...

SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.

Life is too short to waste time HATING anyone.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly