Friday, September 9, 2011

Ujian Hidup





(Ujian Hidup - Imam Muda)


Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar
Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Hayati setiap bait-bait lirik dalam lagu ini.

Didalam kita menjalani kehidupan seharian sebagai seorang manusia selaku khalifah Allah di muka bumi ini, kita semua tidak akan pernah lepas daripada melalui ujian dan dugaan hidup yang datang menyapa kita. Setiap hari kita pasti pernah melalui onak duri dan ranjau kehidupan yang memeritkan dan lagi menyakitkan, daripada pengalaman itulah baru kita kenal apa itu erti kehidupan sebenar, mengajar kita untuk terus bersabar di dalam melaluinya.

Tetapi adakah kita terus melontarkan tohmahan dan menyalahi takdir atau disebaliknya?

Ujian hidup yang datang adalah berupa peringatan kepada kita, kita sepatutnya berasa bersyukur kerana diberikan ujian dan dugaan itu kerana dapat mengikiskan dosa kita yang lalu dan sedar akan kesilapan dan kekhilafan yang pernah dilakukan, oleh itu kita dapat menyucikan diri agar tidak berpaling daripada jalan Allah S.W.T.

"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]

Allah tidak akan memberi sesuatu musibah atau ujian yang diluar kemampuan hambaNya. Setiap dugaan yang datang pasti ada hikmah yang tersembunyi dan mungkin ada isi tersirat daripada tersurat. Ambillah apa yang terjadi di dalam hidup kita sebagai pedoman dan tauladan kepada kita agar kita tidak mudah leka lagi dengan syurga dunia semata-mata.

Ujian hidup yang diberikan juga bukan sekadar untuk mengikis dosa kita sahaja tetapi Allah sengaja mahu menguji dimana tahap kesabaran dan keredhaan hambaNya di dalam melalui ujianNya. Jika kita diberikan ujian hidup, kita sudah pasti akan datang kepadaNya memohon kekuatan dan meminta ditiupkan semangat serta ketabahan didalam diri agar kita dapat menempuhinya. Tetapi, janganlah kita hanya mengingati Allah ketika di dalam kesusahan atau ketika ditimpa bencana sahaja.

"Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya." [HR Tarmizi]

Contohnya baru sehari kita dicemuh, disisih dan dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh sahabat-sahabat kita,kita merasakan diri  kita telah dikhianati lalu kita menyalahi takdir dan bermurung durja seperti merasakan kehidupan kita sudah berakhir. Bahkan sebaliknya kita harus kuat dan tabah menghadapinya, cuba kita fikir semula mungkin kita ada melakukan kesilapan diluar kesedaran kita. Sedangkan Nabi Muhammad S,A.W. yang diboikot sehingga tiga tahun lamanya  tetapi baginda masih juga tetap bersabar, oleh itu contohilah seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Seperti juga kita yang ingin mecapai cita-cita untuk berjaya di dalam hidup pasti kita akan merasa pahitnya kesusahan dan kesukaran terlebih dahulu barulah kita dapat merasakan manisnya sebuah kejayaan dikemudian hari. Menanamkan tekad dan keazaman yang tinggi untuk memperolehi segulung ijazah juga memerlukan pergorbanan yang tinggi, dimana disepanjang menjalani tempoh pengajian semasa di IPTA atau IPTS pasti kita akan melalui saat-saat genting sebelum kita memperolehi saat-saat yang
gembira.

Ujian hidup juga seperti kita gagal ujian dan tidak diterima untuk menyambung pengajian di universiti pilihan kita, pasti kita berasa sedih dan kecewa tetapi mesti ada terselit hikmah disebaliknya, mungkin Allah sudah menetapkan ada yang lebih baik daripada itu yang kita akan perolehi nanti. Setiap apa yang terjadi pasti ada sebabnya, tidak semestinya apa yang kita suka kita perolehi, kadang-kadang yang kita tidak suka itulah yang baik untuk kita. Wallahu’alam…

Lantaran itu, dekatkanlah diri kita kepada Allah tidak kira dikala susah ataupun senang, kerana kemanapun kita pergi kepadaNya jua kita akan kembali. Berdoa memohon kepada Allah agar diberikan kesabaran dan ketabahan di dalam melalui ujianNya. Pasti kita akan beroleh syafaat dan manfaat daripada apa yang terjadi. Bersabarlah dengan ujian hidup yang diberikan oleh Allah, sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik ujian itu, kerana kesabaran itu melatih diri kita agar sentiasa mengharapkan pergantungan daripada Allah S.W.T.

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakan matahari, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi yang indah.

“Dan sesugguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa(pengikut) dan buah-buahan(biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali;. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-Baqarah: 155-157)



Aisysha Binti Zaidel,
Berasal dari Bintulu, Sarawak,
Graduan Politeknik Mukah Sarawak (Diploma Kejuruteraan Mekanikal),
http://cshabah.blogspot.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly