Wednesday, August 10, 2011

Perpisahan Ini~ ♥

♥ Perpisahan Ini 

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
P/S: best giler lagu towk..bait2 ayat yg ttulis mnusuk ke dlm kalbu terus..isk3..
sedih giler..adowh2..layannn ar..OST Laila Manja..(Best cita ya..at TV3..4pm-5pm)
LAILA MANJA mengisahkan tentang penderitaan hebat yang dialami oleh dua beradik, Laila dan Manja, disebabkan perbuatan ibu tiri mereka yang kejam. Setelah pemergian ibu mereka, Kamsiah (Liza Shadan), Laila dan Manja sering termenung dan berduka kerana mereka sangat merindui belaian ibu yang telah tiada. Sebagai seorang ayah yang prihatin, Mahmud (RamliSaleh) mengambil keputusan untuk mengahwini Mastura (Ellie Suriati,untuk mengisi kekosongan hati dan mengubat lara kedua-dua orang anaknya.
Namun, mimpi ngeri Laila dan Manja kini menjadi nyata apabila mereka didera Mastura, ibu tiri mereka yang inginkan keistimewaan yang terdapat pada mereka. Laila mampu melihat masa hadapan manakala Manja berupaya untuk mengingati kisah lampau.
Mastura yang menjalinkan hubungan sulit bersama Azman (Mubarak Majid), salah seorang pekerja Datuk Razali (Dato’ Jalaludin Hassan) akhirnya terbongkar apabila Mahmud pulang ke rumah secara mengejut. Lebih menyayatkan hati, Mahmud dibunuh oleh Azman dan kerana ketakutan Laila membawa Manja lari dari rumah untuk menyelamatkan diri. Manja menyorok di dalam kereta Pak Mat (Roslee Sako) manakala Laila jatuh pengsan di atas jalanraya dan ditemui oleh Datuk Razali. Beliau terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Laila, kerana Mahmud merupakan pemandunya. Secara tidak sengaja, mereka terpisah sejak dari saat itu.
Mastura dan Azman berjaya diberkas oleh pihak polis dan mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Imran (Zul Ariffin), anak kepada Azman merayu kepadanya agarhukuman terhadap bapanya diringankan. Tetapi, Datuk Razali tetap tegas akan keputusannya. Sejak dari itu, Imran menyimpan dendam kesumat terhadap Datuk Razali.
Menjelang usia dewasa, Laila diberi kepercayaan oleh Datuk Razali untuk menerajui syarikat gergasinya, manakala Manja pula disayangi Pak Mat kerana kesungguhannya dan bakatnya di dalam dunia perniagaan. Namun, dendam Imran masih membara dan mereka bertemu semula di dalam dunia korporat yang bakal merungkai pelbagai konflik percintaan dan permusuhan.
Adakah Manja akan bertemu semula dengan kakaknya, Laila setelah pelbagai badai dugaan yang menimpa? sama-sama kita saksikannya ~


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly