Wednesday, August 17, 2011

Antara Cinta & Cita-Cita



Antara Cinta & Cita

Cinta? Apa itu cinta, kalau dibahaskan mengenai cinta berbagai definisi kita boleh berikan. Dan cita-cita? Apa itu cita-cita? Pernahkah anda terfikir antara cinta dan cita-cita bolehkah ianya bersatu dan kita memilikinya dengan sejajar dan serentak. Atau kita terpaksa mengorbankan cita-cita demi memilih untuk mengejar cinta, atau disebaliknya.

Mungkin ada segelintir remaja mukmin sekarang yang masih dilema dalam memilih antara kedua-duanya, kerana merasakan ianya sama-sama penting dan boleh memberi semangat dan dorongan didalam mengejar cita-cita. Tetapi ada jua segelintir remaja mukmin yang berpendapat cinta boleh melalaikan dan menganggu rutin harian kita untuk meluangkan masa demi mengejar sebuah cita-cita. Itulah manusia, setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza bagi memberikan pendapat masing-masing. Lantaran itu sebelum kita menentukan di antara cinta dan cita yang mana lebih penting untuk di dahulukan marilah kita kenali apa itu cinta dan cita-cita dengan lebih terperinci

Cinta ialah sesuatu perasaan halus yang terbit dan hadir di dalam hati setiap manusia yang ingin dicintai dan disayangi, kerana cinta juga manusia boleh berjaya dan kerana cinta juga manusia boleh kecundang. Cinta juga adalah universal,  dimana sudah menjadi lumrah dan fitrah setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti pernah merasakan apa itu cinta. Semua orang pasti mempunyai pengalaman di saat bercinta semasa dibangku sekolah lagi, di institusi atau universiti dan di tempat kerja.Tetapi adakah hubungan cinta itu bertahan atau terkandas dan terputus ditengah jalan? Atau sehingga ke jinjang pelamin? Kadang kala kita mudah alpa dan keliru dengan perasaan yang tiba-tiba hadir di dalam hati kita. Adakah hanya suka? Sayang? Tetapi kenapa tidak sampai sebulan kita mengenali lelaki dan wanita itu kita sudah membuat kesimpulan itu adalah cinta. Cinta ini boleh dikategorikan kepada dua, iaitu yang pertama cinta yang datang dari Allah adalah cinta yang suci, murni, kekal dan abadi. Manakala kedua cinta yang datangnya dari syaitan iaitu cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata dan bersifat sementara.

Jika cinta itu disemai sekian lama sehingga bertahun-tahun lamanya pun, jika tidak dibajai dengan niat, usaha, tekad dan keazaman kerana Allah tidak bermakna juga kerana kita sudah mensia-siakan peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi merealisasikan cita-cita kita itu menjadi kenyataan. Kerana dimana ada cita-cita pasti ada cinta yang datang menyusul, jika cita-cita sudah kita genggami tidak ada masalah lagi jika cinta itu hadir di dalam hidup kita, kerana cinta itu kita akan siraminya dengan kejayaan yang kita perolehi.

Lantaran itu sebagai umat mukmin, kita perlu melaksanakan cinta yang mengikut kaedah syariat yang telah ditetapkan dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan. Bagaimana caranya? Jika anda menginginkan sebuah perhubungan cinta itu berakhir dengan termeterainya ikatan perkahwinan, mempunyai zuriat yang baik dan mempunyai kehidupan yang stabil dalam memikul tanggunjawab sebagai suami atau isteri keperluan ilmu itulah yang akan menjadi panduan kita dalam membimbing keluarga kita ke jalan yang diberkati dan diredhai Allah. Sama ada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah ia amat penting didalam kehidupan kita seharian untuk melengkapkan diri kita menjadi seorang suami yang bertakwa dan isteri yang berakhlak mulia.

Bagaimana pula dengan cita-cita?

Cita-cita merupakan impian yang disulamkan dengan keazaman yang tinggi, bukan sekadar angan-angan biasa tetapi cita-cita adalah untuk mencapai matlamat dan impian  yang ditanam setelah sekian lama untuk menjadi umat mukmin yang berjaya dan berilmu. Dimana kita yang mempunyai cita-cita dapat menanamkan tekad untuk mendapat keputusan yang lulus cemerlang di dalam pelajaran, seterusnya memperolehi pekerjaan yang bagus, mempunyai ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan dapat mencurahkan ilmu itu kepada orang lain pula. Kesimpulannya cinta dan cita-cita amat berkait rapat, jika inginkan kedua-duanya sejajar dahulukan cita-cita dan pasti cinta datang menyusul, oleh itu cintailah cita-cita.


Dari Mu’adz bin Jabal ra. berkata:
“Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, “Wajib untuk mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai karena Aku dan yang saling berkunjung karena Aku dan yang saling berkorban karena Aku.” (HR. Ahmad).



 P/S: Artikel terbaru di blog IM Hassan hasil Nukilan Aisysha Zaidel~
Alhamdulillah...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly