Friday, July 8, 2011

:: Cinta ::

Assalaimualaikum, hari ini topik mengenai cinta. Kalau  bercakap pasal cinta ini memang banyak yang hendak dikongsikan bersama. Cinta adalah universal, dimana setiap manusia yang hidup di dunia ini pernah merasakan apa itu cinta. Semua orang mempunyai pengalaman di saat bercinta semasa dibangku sekolah lagi, di institusi dan di tempat kerja. Tetapi tahukan anda bahawa cinta kepada yang maha esa adalah cinta yang hakiki.

Seperti perumpamaan cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati tetapi cinta kepada Allah adalah cinta abadi. Anda akan merasa nikmatnya itu, jika kita bercinta dengan cara yang betul. Di dalam islam telah menetapkan bahawa bercinta selepas termeterainya tali pernikahan adalah cinta yang direstui Allah, kerana disitu lelaki dan perempuan telah diijab kabulkan dalam pertalian yang suci dan sah disisi agama islam. Tidak kah anda mengingginkan kebahagian selepas pernikahan, tetapi sekarang jika di cakapkan mengenai cinta.



Banyak cinta yang boleh kita kategorikan, cinta monyet, cinta sampai mati, cinta boneka, dan banyak lagi tetapi cinta yang paling hakiki adalah cinta kepada yang maha esa. Kita perlu mencintai diri sendiri dan Allah terlebih dahulu, barulah kita boleh mencintai orang lain. Jika diri dirasakan sudah benar-benar mencintai Allah maka berilah sedikit rasa cinta itu kepada orang lain. Tetapi cintailah mereka kerana Allah, nescaya kamu merasa nikmat hidup bercinta.
Sesetengah manusia sekarang, terutamanya anak remaja sekarang sudah terpesong jauh. Mereka salah dalam mencaturi hidup mereka, jadi berhati-hatilah dalam memilih teman hidup atau kawan. Ini adalah salah satu sebab kawan ikut kawan. Jika kita sayang diri kita, jagalah diri kita sebaiknya kerana bagi seorang perempuan perhiasan yang sangat berharga di dalam hidup mereka adalah hanya untuk suami mereka kerana seindah perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.

Jangan kita lalai dengan syurga dunia dan hasutan-hasutan yang memesongkan akidah kita sebagai umat islam. Ingatlah di kemudian hari kelak kamu tidak akan menyesal, kamu akan menjalankan hidup dengan normal dan mempunyai zuriat yang baik-baik, tetapi jika anda sudah terlajak di dalam menjalinkan cinta yang membawa kepada zina. Usah berputus asa, bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, mulakan cara kehidupan yang lebih diberkati dan diredhai Allah. InsyaAllah, dosa dahulu dapat mengubah jalan hidup kita yang dulunya gelap, tetapi kini sudah beransur cerah dengan cahaya ilahi yang diberikan atas taubat yang diterima.

Ibu dan bapa juga memainkan peranan yang penting, selain kawan-kawan. Ingatlah anak muda diluar sana, restu Allah terletak restu daripada kedua-dua orang tua kalian, janganlah menginggakari segala yang mereka suruh atau larang, patuhilah mereka, jangan kerana cinta kepada sang kekasih cinta kepada orang tua kita ditolak tepi. Kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan hidup didunia ini, menikmati segala ciptaan yang Allah berikan. Ingatlah, dunia hanya pinjaman tetapi akhirat adalah kekal.

Dari Mu’adz bin Jabal ra. berkata:
“Aku mendengar Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, “Wajib untuk mendapatkan kecintaan-Ku orang-orang yang saling mencintai karena Aku dan yang saling berkunjung karena Aku dan yang saling berkorban karena Aku.” (HR. Ahmad).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly