Thursday, July 7, 2011

:: Binatang ::

Assalamualaikum semua, hari ini topik mengenai binatang. Apa-apa pun binatang sama sahaja, ada binatang buas dan binatang jinak. Tetapi disini saya bukan ingin memperkatakan tentang binatang buas, tetapi binatang yang saya sendiri mengemari mereka. Binatang yang umat islam boleh jadikan sebagai haiwan atau binatang peliharaan.
Kucing merupakan seekor binatang yang jinak, mesti ramai yang mempunyai kucing bukan. Bukan sahaja itu, anak-anak kecil terutamanya perempuan pasti mempunyai anak kucing masing-masing. Kucing juga merupakan binatang kesukaan nabi Muhammad S.A.W. Jadi kita janganlah menzalami binatang, walaupun binatang yang haram seperti anjing kita jangan menzalimi mereka, sebaliknya berilah layanan yang baik.

Disini saya ingin berkongsi sedikit cerita, dimana saya pernah melihat seorang mak cik yang beragama islam menolong seekor anjing yang tersangkut kakinya pada tali tiang gol di sebuah padang. Tetapi saya melihat dia melepaskan anjing itu dengan menggunakan plastik di kedua-dua tangannya, takut terkena bulunya. Selepas itu, saya melihat pulak makcik yang sama menolong seekor anjing yang terjatuh di dalam longkang pula, memandangkan anjing itu patah kakinya pada sebelah kiri, jadi mak cik tadi turun jua ke dalam longkang itu untuk membantu anjing itu keluar. Disitu, nampak kasih dan sayangnya memang tumpah pada binatang, walaupun binatang itu haram bagi umat islam tetapi islam ini mudah, dan dipermudahkan. Janganlah kita susahkan diri dengan alasan anjing itu haram, di dalam agama islam telah diajar mengenai samak. Disekolah juga telah diajar semua itu, dunia sekarang sudah moden, dengan menggunakan hujung jari kita boleh mendapat maklumat dengan cepat melalui. Jadi, rajin-rajinlah mencari maklumat penting untuk menambah pengetahuan.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran:
“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

Binatang juga merupakan hidupan yang memerlukan kehidupan yang harmoni, cuma berbeza daripada manusia yang sempurna diberikan akal fikiran. Bukan sahaja manusia yang memerlukan kasih sayang, tetapi binatang juga memerlukannya. Mereka memerlukan tempat tinggal, makanan dan layanan yang baik. Itu adalah keperluan yang paling asas bagi binatang seperti kucing.

Daripada pengalaman saya yang juga mempunyai kucing, mereka boleh dijadikan rakan berbual atau meluahkan segala yang terbuka dihati. Memang mereka tidak memahami apa yang diperkatakan oleh kita, tetapi sekurang-kurangnya mereka mengiaw tanda tuannya mungkin sedang menghadapi masalah.

Dikala kita sunyi tanpa teman disisi, kucing juga boleh dijadikan teman bermain. Janganlah disingkirkan mereka kerana mereka jijik atau boleh membawa penyakit. Jika anda memang benar-benar menyukai kucing, pandailah menjaga kebersihan diri. Ia terpulang dengan cara individu itu sendiri untuk menjadikan kucing sebagai haiwan dan binatang peliharaan.

Jika anda ketahui, baik kita kepada binatang nescaya hidup kita diberkati oleh Allah. Mereka juga ciptaan yang maha esa, seperti kisah mak cik tadi boleh dijadikan teladan kepada kita. Memang hidupnya akan diberkati Allah kerana sifat yang suka menolong dan member bantuan kepada binatang-binatang yang terbiar.

Sesungguhnya Islam tidak membenarkan seseorang itu menzalimi binatang begitu juga manusia. Dalam firman Allah swt:



“Jangan kamu menyangka bahawa Allah lalai terhqadap apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap) mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “ (Al-Quran).

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly