Sunday, July 10, 2011

:: Amarah ::



Assalamualaikum, topik yang seterusnya adalah AMARAH…Anda semua pasti pernah marah kan?
Mustahil manusia didunia ini tidak pernah merasa apa itu marah kerana manusia dilahirkan dengan berbagai perasaan, perasaan suka, benci, sayang, kasih, cinta, marah, dan banyak lagi. Jika sifat marah itu menjadi hobi anda lebih baik dihindari secepatnya, kerana orang yang kuat marah ini tidak banyak yang suka. Kita perlu sentiasa cool dan relax dalam menghadapi sesetengah orang yang sememangnya boleh membuat diri kita menjadi sakit jiwa dan terbitnya perasaan marah itu.

Jadi, janganlah kita marah mereka tersebut, sebaliknya berilah kata-kata nasihat atau sebaiknya berdiam diri sahaja. Kerana mereka akan merasa bosan dan perasaan marah itu akan berbalik kepada mereka sendiri. Ingatlah, dalam kita menjalani kehidupan seharian, berbagai-bagai jenis orang yang kita jumpa. Ketika ke sekolah, ketika ke kuliah, ketika bekerja dan ketika membeli belah.

Manusia ini banyak karenahnya, jadi anda mesti bijak menghadapi situasi-situasi seperti ini. Jangan kerana terlalu mengikut perasaan amarah akan memakan diri kita sendiri. Kita perlu tenang dan fikir secara rasional dalam menghadapinya, boleh kita luahkan perasaan tidak puas hati itu kepada orang lain tetapi janganlah sehingga mengaibkan orang lain. Tetapi jangan pulak dipendam segala amarah itu, nanti menjadi dendam pulak disebaliknya.

Memberi nasihat sudah memadai kepada mereka, tetapi berilah teguran dan nasihat yang berhemah bukan memulang paku dulang paku serpih. Itu bermakna anda juga seperti mereka, tidak ada kurangnya. Jadi, hidup bermasyarakat ini kita perlulah sentiasa mesra, hormat menghormati dan saling bertolak ansur. Dari situlah terbitnya kasih sayang, sifat saling menghormati terjadi dan baru dikatakan satu Malaysia.

Sebenarnya, jika anda ingin tahu orang yang paling lemah di dalam dunia ini adalah orang yang tidak dapat mengawal kemarahannya. Jadi pupuklah kesabaran di dalam diri, mengambil air wudhuk bagi meredakan amarah itu. Jangan melepaskan segala tohmahan dan kata-kata kesat pulak, ini boleh menyumbang kepada pergaduhan atau lebih teruk dari itu.

Jadi jangan membuat sesuatu di luar kawalan diri sendiri, bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman. Apabila kita puas melepaskan amarah kita mesti kita berasa puas, tetapi kemudian hari kelak anda pasti akan menyesali kesilapan diri. Mungkin kata-kata yang diluah itu telah mengaibkan individu itu sendiri, apa yang jadi rahsia tidak lagi menjadi rahsia. Saya sendiri akui, apabila perasan marah sudah menguasai diri, kita akan mudah lupa diri. Tanpa memikirkan akibatnya kita akan terus-terusan berperang mulut dan melepas kemarahan asalkan hati puas.

Tetapi anda silap, cara yang lebih baik untuk melepaskan masalah adalah dengan bermesyuarah. Di dalam islam sudah dikatakan, lebih baik kita berbicang dengan cara baik dan saling bersemuka serta meluahkan apa yang sebenarnya terbuku dihati. Tetapi bukan niat untuk membalas dendam, dengan adanya mesyuarah pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Bukan hanya menuding jari pada sebelah pihak sahaja, ingatlah, kita telah dikurniakan oleh Allah sepasang telinga, mata, mulut dan akal. Gunalah ia sebaik-baik mungkin, jangan mudah membuat kesimpulan sendiri tanpa mengetahui hal yang sebenarnya. Itulah gunanya teliga, kita dengar apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak dengan mulut yang diberikan, baru kita boleh simpulkan menjadi satu. Tetapi mulut mudah menipu dan pandai mereka-reka cerita untuk menutup kesalahan diri. Dan kerana itu mata kita gunakan untuk melihat perbuatan yang  dilakukan mereka itu adalah benar atau tidak, tetapi jangan terpedaya dengan apa yang anda lihat. Kerana apa yang selalu anda lihat tidak semestinya membuktikan suatu kebenaran, mungkin ada isi tersirat daripada tersurat. Dan kerana itulah Allah kurniakan kita akal supaya kita boleh berfikir dan membuat keputusan yang lebih baik untuk kedua-dua belah pihak.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: “ Hai hamba-hamba-Ku  yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu.” Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly