Thursday, June 30, 2011

:: Kawan Vs Lawan ::



Assalamualaikum, topik kita hari ini adalah mengenai Kawan versus Lawan, di dalam dunia ini mustahil kita tidak ada seorang kawan sekalipun. Keluarga kita sendiri pun boleh dijadikan kawan tetapi bukan lawan, contohnya ibu, yang sangat memahami naluri anak-anak yang di kandung sembilan bulan sepuluh hari. Masakan ibu kandung tidak tahu apa masalah anaknya sendiri, jika kita malu untuk meluahkan masalah kepada kawan-kawan apa salahnya luah kepada bonda anda sendiri.

Disini banyak yang kita boleh kongsi bersama, mengenai kawan iaitu sebuah persahabatan yang terjalin tidak selalunya baik sentiasa. Mesti kalian pernah bergaduh, berselisih faham dan tidak bertegur siapa. Kita jangan terlalu ikutkan kata hati nanti kita sendiri yang mati dan kehilangan kawan-kawan seperjuangan.

Dalam hidup kita seharian berbagai liku-liku kehidupan yang kita hadapi, tidak hanya itu, kita diberi banyak cubaan dan dugaan. Bersabarlah wahai teman-teman, ambillah segala yang terjadi di dalam hidup sebagai pedoman dan pengajaran untuk masa hadapan. Allah tidak akan memberikan kita sesuatu musibah yang kita sendiri tidak dapat tanggung. Ingatlah, apa yang kita lakukan di dunia ini adalah keredhaan daripada kedua orang tua kita, kerana redha Allah terletak pada keredhaan orang tua kita.

Banyak jenis kawan yang kita jumpa, ada yang sangat baik, sederhana baik dan kurang baik. Ini terpulang dengan individu itu sendiri untuk menghargai kawan.  Mengapa perlu ada dengki dalam sebuah persahabatan, sebagai seorang sahabat yang baik kita perlu mendoakan yang baik-baik untuk mereka agar diberkati segala perbuatan yang kita lakukan.

:: Faktor-faktor Kawan menjadi Lawan::
1.       Sifat Dengki
2.       Berdendam
3.       Cemburu Buta
4.       Riak
5.       Angkuh/Berlagak

:: Kesan – kesannya apabila Kawan menjadi Lawan ::

Setiap manusia di dunia ini tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan, begitu juga diri saya, tetapi apabila sifat-sifat seperti yang tertera di atas telah menjadi faktor terjadinya lawan dan apabila semua faktor itu menguasai diri individu tersebut maka terjadinya Kawan versus Lawan, sifat tidak mahu beralah, saling berdendam dan banyak lagi. Kesannya kepada diri individu itu sendiri sangat memberi impak yang sangat besar. Selain keluarga, kita amat memerlukan kawan di dalam hidup kita seharian. Dimana kita memerlukan mereka untuk memberi pertolongan dan bantuan jika di dalam musibah, dimana kita amat memerlukan mereka jika di dalam pelajaran yang kita kurang faham dan dimana kita memerlukan mereka apabila menghadapi masalah yang serius.

Oleh itu, kesannya jika kita tetap ego dan masih berdegil dengan sikap yang tidak mengaku salah dalam setiap apa yang kita lakukan maka akan hilanglah kawan-kawan di dalam hidup kita. Tidak semestinya orang yang mengaku salah itu salah, orang yang memaafkan itu betul, bukan. Setiap individu yang sentiasa beralah walaupun dia tahu punca berlakunya pergaduhan itu berpunca daripada individu lain atau orang ketiga, tetapi dia tetap ingin meminta maaf. Itu adalah nilai persahabatan yang sangat tinggi, fikir-fikirkanlah wahai sahabat sekalian, dia lebih rela meminta maaf kerana lebih menghargai nilai persahabatan yang terjalin daripada egonya sendiri.

Kita sendirian, tidak mempunyai teman bicara, tidak ada teman untuk belajar berkumpulan, melakukan aktiviti luar juga bersendirian. Tidakkah itu menyebabkan kesan yang sangat dalam pada hidup kita. Kita akan mudah menjadi pendiam dan murung. Bermacam-macam spesifikasi yang kita boleh buat mengenai itu, masakan orang yang putus cinta boleh membunuh diri apatah lagi hidup tidak mempunyai teman amat memeritkan lagi. Dimana kita mahu berkongsi segala suka dan duka hidup kita.
Kadang-kadang kesan kepada pelajaran juga akan menyebabkan kita semakin runsing, hilang pertimbangan dan mungkin sanggup bertukar sekolah atau berhenti belajar. Betapa bernilainya satu hubungan persahabatan itu, jika kita mahu kawan yang baik, kita mesti dahulu menjadi baik.

Tetapi ada sesetengah kes yang pernah saya hadapi, jika memang kawan kita itu tetap tidak menyukai kehadiran kita, segala amalan baik dan budi yang ditaburkan tetap di pandang buruk dan jahat. Tidak kah begitu?

Ingat lah sekalian, berbuat baik berpada-pada, tetapi berbuat jahat jangan sekali. Biar apa pun orang dan kawan-kawan kita mengata di belakang kita. Tetapi disebaliknya kita memaafkan mereka, jangan dibalas perbuatan jahat dengan jahat, maka balaslah dengan perbuatan baik. Kita terima dengan senyuman segala tohmahan yang diberi dan tabah dengan segala ketentuan yang diberi. insyaAllah ada hikmah disebalik apa yang telah terjadi. Janganlah terlalu bersedih dengan nasib diri atau meratapi segala takdir hidup. Mulakanlah hidup baru dengan tekad dan keazaman, insyaAllah apa yang kita buat dengan niat suci dan keikhlasan akan dibalas berkali ganda dari itu dan dianugerahkan teman yang benat-benar sejati.

Disini saya berkongsi sedikit tips/cara untuk menghindari berlakunya Kawan daripada menjadi Lawan:
  • Saling bermaaf-maafan, kerana sifat pemaaf itu adalah sangat mulia. Sebesar mana pun kesalahan yang kawan-kawan anda buat kepada diri anda, maafkanlah mereka nescaya anda akan merasa nikmatnya hidup bersahabat. Sifat berminta maaf adalah biasa, tetapi sifat memaafkan kesilapan orang lain adalah luar biasa.
  • Membuang segala perasaan dengki dan dendam, dimana seseorang yang tidak berpuas hati dengan kawannya itu boleh menimbulkan perasaan dengki, dimana ia kelama-lamaan akan menjadi dendam lalu terputuslah sebuah persahabatan. Jauhilah penyakit hati ini, berdoalah kepada Allah agar dibuang segala perasaan-perasaan yang boleh mematikan hati.
  • Membuat solat taubat, insyaAllah jika kita melakukan semua ini kita akan menyedari kesalahan atau kesilapan yang kita buat tanpa sedar.
  • Menjaga tutur kata daripada bercakap sesuatu yang tidak baik mengenai kawan kita. Memang saya sendiri akui, kita mudah leka dengan syurga dunia, sehingga tanpa kita sedari kita telah mengguriskan hati kawan kita sendiri dengan kata-kata yang terpacul keluar dari mulut kita. Jadi berhati-hati ketika hendak mengucapkan sesuatu kata, mungkin tanpa kita sedari kita telah megkhianati sahabat baik kita sendiri.
  • Pandai menyimpan rahsia. Perkara ini amat penting dalam sebuah persahabatan, dimana seorang sahabat yang memberi suatu rahsia kepada temannya lain agar tidak dikhabarkan kepada orang lain adalah sesuatu amanah yang sangat besar. Jika sahabat itu sanggup berkongsi rahsianya kepada teman lain, bermakna dia amat mempercayai kawannya itu jadi, jangan sia-siakan kepercayaan yang diberi, jangan dicanang kepada orang lain.
Kesetiaan di dalam persahabatan juga penting, janganlah kita beralih arah apabila kita menemui sahabat baru. Bersama-samalah kita menjalinkan ikatan yang suci itu agar semakin ramai kawan-kawan yang kita miliki. Jangan ada dusta diantara kalian, kalau ia berlaku maka pincanglah persahabatan itu.
Itulah sedikit sebanyak topik yang boleh saya kongsikan hari ini, sebanyak mana pun tips atau kata-kata yang kita beri, jika tidak dilakukan atau diamalkan tidak berguna juga. Anda mulakanlah hidup baru dengan membuka lembaran baru di dalam persahabatan, tidaklah setiap kali berkawan asyik-asyik hendak bergaduh dan putus kawan. Ingatlah, bersabarlah dalam menghadapi kawan yang sememangnya mempunyai perangai yang kurang kita senangi. Kerana setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya sendiri. Belajarlah menerima diri mereka seadanya, dan bawalah mereka bersama-sama berubah. Renung-renungkanlah, sekian,

Waalaikumsalam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
 “Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf, ayat 67)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly