Saturday, May 14, 2011

Semakan Keputusan Peperiksaan Sesi Dis 2010

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar boleh mula membuat semakan Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2010 secara online mulai 16 Mei 2011 (Isnin). Jika terdapat sebarang masalah berkenaan dengan keputusan peperiksaan, pelajar boleh menghubungi Unit Peperiksaan di talian 084-874001.

Bagi pelajar yang gagal untuk kursus yang diambil pada Sesi Disember 2010, anda DIGALAKKAN untuk mengambil semula kursus berkenaan (carry) pada Semester Pendek Sesi Mei 2011 yang akan bermula pada 18 Mei 2011. Sila rujuk TAKWIM SEMESTER PENDEK MEI 2011 untuk maklumat lanjut. Hanya kursus yang ditawarkan sahaja boleh diambil. Untuk maklumat berkenaan penawaran kursus semester pendek, sila semak SENARAI KURSUS SEMESTER PENDEK MEI 2011.

Bagi pelajar tambahan semester (extend) dan pelajar Penilaian Khas yang akan hadir untuk Semester Pendek kelak, anda adalah DIWAJIBKAN untuk membuat pembayaran Insuran di pejabat Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP) apabila mendaftar.

Pelajar yang mengambil semester pendek juga dikehendaki membuat pembayaran RM20.00 Yuran Kamsis (jika menginap di kamsis) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Mukah apabila hadir mendaftar.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly