Tuesday, May 17, 2011

Antara Cita & Cinta

Maklumat Artikel
Antara Cita dan Cinta
Muslimah Sejati | Remaja & Cinta
Cita & Cinta???
Sukar  bagi saya memilih awak,antara cita dan cinta…

Selama ini saya tutup hati saya untuk menerima insan yang bernama lelaki, bertahun-tahun wak.Sebab apa, sebab saya tahu akan ku jumpa dirinya, lelaki yang benar-benar mencintai dan menyayangi saya seikhlas dan sejujurnya. Akhirnya saya berjumpa dengan awak. Mula-mula pengenalan kita adalah sewaktu hari pertama kita menjalankan latihan industri disatu tempat yang sama. Waktu itu saya memang tak kenal awak walaupun kita sama tempat belajar tetapi tidak sama kursus yang diambil. Mungkin sebab itu saya tidak mengenali awak.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Hampir dua bulan pengenalan kita rakan seperjuangan yang lain sama-sama menjalankan praktikal selama tempuh 6 bulan sahaja. Tetapi waktu itu saya memang tidak ingin bergaul dengan mana-mana lelaki selain yang sama bekerja dengan saya sahaja, memandangkan awak tidak sama department menjarakkan lagi hubungan kita. Tetapi, saya lupa wak. Jodoh dan pertemuan memang dah ditentukan oleh yang maha esa. Walaupun saya mengelak daripada berjumpa dengan awak, terserempak or  bercakap-cakap akhirnya hubungan kita menjadi begitu erat dan akrab sekali. Masa itu, saya tak pasti apa status awak , tapi yang pasti dengar dari cerita kawan-kawan kita awak pernah da awek sebelum ini tapi dah pergi. 

Tetapi awak, sepanjang pengenalan kita yang hampir mencecah tiga bulan awak tak pernah pun minta nombor telefon saya. Kenapa ek?? Awak memang jenis lelaki yang suka perempuan mulakan dulu ke?? Tetapi masa saya buka facebook, saya tengok awak add saya menjadi friend list awak. Dari situla hubungan kita menjadi rapat. Awak hantar mesej kepada saya. Saya membuka dan membaca apa yang tertera di skrin laptop saya. Waktu itu saya rasa jantung saya jatuh mencecah bumi. Tapi saya tetap menekan butang [enter]

“Sombong” awak menghantarkan kata-kata itu pada saya. Saya pun tak paham kenapa awak tiba-tiba menghantar mesej seperti itu. Tetapi, saya pun reply balik mesej awak untuk mendapatkan kepastian kenapa awak cakap saya sombong. Setelah itu, saya baru sedar wak Awak berterus terang dengan saya yang awak selalu memerhati saya ketika pergi kerja or pergi cafĂ© semasa waktu rehat. Mula-mula itu saya tak percaya pulak wak, sebab saya rasa saya tak pernah pulak terserempak dengan awak kat mana-mana sepanjang kita menjalankan praktikal. Itulah sebabnya awak mengatakan saya sombong. Saya selalu tak perasaan akan kehadiran awak,mata saya rabun wak. Bukannya sombong tak tegur awak. Akhirnya semua itu menjadi  jenaka kita berdua.

Sejak hari tu, awak sering mengirimkan mesej-mesej kepada saya. Hubungan kita menjadi rapat dari hari ke hari. Sampai awak cakap tak best kalau mesej-mesej kat sini. Saya ingat awak nak mintak nombor  telefon saya, tetapi saya silap. Awak suruh saya buka YM saya, supaya lebih mudah kita berchatting disitu. Akhirnya, menjadi rutin harian kita untuk saling bercontact melalui yahoo messenger. Akhirnya, awak ajak saya keluar. Itulah kali pertama kita keluar bersama. Tidak hanya itu, awak mengajak saya breakfast bersama-sama ditempat kerja keesokkan paginya. Mula-mula saya menolak. Tapi, awak tidak berputus asa masih meneruskan niat suci awak yang ingin makan bersama dengan saya. Tapi wak, malam itu, saya rasa saya tak dapat terus terusan rasa begini. Saya takut saya jatuh cinta pada awak, takut da perasaan lain yang datang diantara kita. Sebab itulah benda pertama yang saya nak elakkan. Saya takut saya menangis nanti kalau suatu hari nanti awak akan tinggalkan saya. Saya mula menjarakkan hubungan kita, awak perasan tapi awak tetap berlagak biasa. Namun, hubungan kita semakin renggang dan renggang. Sehingga, sampai satu saat, pada minggu terakhir kita menjalankan latihan industri awak mengajak breakfast bersama lagi untuk kali yang terakhir. Waktu itu, saya tak macam nak setuju je. Namun, saya tolak dengan cara baik. Awak terima, saya mintak maaf kat awak. Saya cakap, mungkin lain kali sebab kita akan berjumpa lagi nanti. Kan kita satu tampat belajar. Awak pun setuju. 

Akhirnya hari pertama mendaftarkan diri dikolej. Saya tiba-tiba teringat kat awak. Saya terfikir, kalau waktu macam ni mesti saya tengah berchatting dengan awak. Tapi tak lagi, mungkin masa ni awak dah da teman lain. Macam-macam yang saya fikir wak. Tapi, tanpa diduga awak hantar mesej pada saya. Ya, nombor telefon saya. Johan yang memberi nombor awak kepada saya. Waktu itu dia dah penat menjadi orang tengah diantara kita yang menghantar pesanan melalui dia. Mula-mula saya segan nak mesej dulu, tapi saya kuatkan semangat. Cuma menghantar pesanan ringkas kepada awak. Akhirnya saya menekan butang [send]

“Hati-hati bawak kereta tu..hehe”. 

Waktu itu, kita baru habis berjoging bersama-sama kawan di taman. Saya masih ingat saat itu wak, rindunya saya kalau saya ingat balik kenangan sewaktu kita bersama-sama kawan lain bersuka ria dulu. Awak membalas mesej saya. Awak tak tanya pun sapa saya, awak tahu itu saya. Saya yakin, Johan juga ada memberi nombor saya kepada awak. Cuma awak tidak berani untuk mengatakannya.

Akhirnya hubungan kita yang dianggap hanya sebagai kawan biasa menimbulkan bibit-bibit cinta yang mula menular ke dasar hati saya awak. Saya tak pasti adakah perasaan itu hanya suka-suka atau sekadar mainan sahaja. Sebab sebelum ini saya tak pernah pun rapat dengan mana-mana lelaki macam mana hubungan saya dengan awak. Saya selalu mempertahankan prinsip hidup saya, iaitu pencintaan hanya berlaku selepas pernikahan. Tetapi kita leka, leka dengan syurga dunia yang membawa kita jauh terpesong. Namun saya sedar  wak, hubungan kita hanya sekadar teman biasa. Tidak lebih dari itu, walaupun sudah ramai yang mngatakan kita seperti pasangan yang bercinta. Saya yakin wak, saya mula sayang dan cintakan wak, Cuma belum masanya bagi saya untuk meluahkan perasaan saya itu. Bukan saya wak yang memulakannya, itu bukan cara saya. Saya hanya menunggu  respon awak sahaja lagi. Jadi,saya pendam rasa dihati ini, mengelak dan menyingkir segala rasa yang hadir dalam kalbu saya.

Sampai satu saat hubungan kita menjadi luar biasa. Saya pun tak pasti wak. Kenapa saya perlu cemburu bila tengok awak rapat dengan orang lain. Kita seperti pasangan bercinta, yang keluar perlu saling memberitahu antara satu sama lain. Melaporkan segala kegiatan sepanjang hari pada awak. Kawan ke macam itu wak?? Tetapi saya tetap teruskan hubungan begitu dengan awak, walaupun hanya sebagai teman biasa. Ramai kawan-kawan kita mengatakan kita seperti pasangan bercinta. tetapi cepat-cepat saya dan awak menidakkan. Alasan yag selalu diberikan adalah teman tapi mesra. Tapi dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu. Sepanjang hubungan kita itu, air matalah yang sering menjadi peneman tidur malam  saya. Awak selalu menyakitkan hati saya, saya pun terkejut dengan perubahan diri awak yang sangat mendadak itu. Tiba-tiba tanpa saya sedari awak hilang. Hilang meninggalkan saya terkapai-kapai saat hati saya sudah sepenuhnya mencintai dan menyayangi awak. Awak tidak menghantar apa-apa pesanan pun pada saya lagi. Saat itu hati saya hancur, bagai disiat-siat saja rasanya. Tetapi saya tetap sabar. Sabar menghadapi cubaan dan dugaan yang Allah berikan. Tetapi kenapa awak??sampai sekarang saya tak temui jawapannya.

Akhirnya, hubungan itu saya hentikan, tidak sanggup rasanya saya lalui saat-saat kehilangan itu lagi. Biarlah saya terus begini, mengejar cita-cita dari mengejar cinta yang tak pasti. Hati saya tutup kembali untuk menerima insan yang bernama lelaki. Saya rasa saya dipermainkan, digunakan apabila diperlukan ketika sunyi. Sampai saya hanya mampu melihat awak dari jauh sahaja. Mengikuti perkembangan hidup awak melalui facebook sahaja. Tanpa saya duga, awak sudah dimiliki. Status awak bertukar menjadi in relationship dan it’s complicated. Waktu itu saya tak menangis pun, hanya mampu tersenyum kerana puas sudah air mata saya ini mengalir keluar kerana awak. Kalau itu dapat bahagiakan awak saya lepaskan awak pergi. Saya pasti rasa cinta dan sayang saya pada awak akan pergi jua nanti,

Masa sering mencemburui kita dan keadaan tidak menyebelahi kita. Tanpa saya sedari saya sudah menduduki semester akhir dipengajian saya ini. Saya bersyukur dengan apa yang telah saya lalui selama ini saya masih dapat terus berdiri disini berjuang untuk mengejar cita-cita saya. Awak, awak tetap dihati saya. Walaupun awak telah menbuang saya jauh dari hidup awak. Bukan sahaja itu, membuang terus saya daripada menjadi kawan dalam facebook awak. Kesalnya saya melihat tindakan awak itu. Namun saya terima andai itu takdirNya. Dan dalam waktu yang sama. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang saya kenali menghantar mesej difacebook saya waktu itu. Ow, lelaki itu. Saya kenal. dia juga salah seorang kawan awak. Tetapi, kenapa hati saya tak dapat nak ikhlas ketika membalas mesejnya difacebook. Mungkin saat itu, saya teringat awak yang pernah berbuat sedemikian rupa. Jadi, penerimaan saya untuk terus bercontact dengannya melalui facebook diluahkan. Namun, disebaliknya yang terjadi, dia memnita nombor telefon saya pulak. Saya pun terkesima sekejap, memang berlainan perangainya dari awak. Berbeza sungguh, saya lupa tidak semua lelaki sama. Dia lelaki yang jenis berterus terang dan cepat meluahkan perasan. Saya mengeluh didalam hati. Terus terang saya cakap wak, sejak awk tinggalkan saya hari itu. Belum pernah pun saya layan mana-mana lelaki yang ingin berkenalan dengan saya. Sebab saya serik, serik dengan apa yang pernah awak buat pada saya. Tanpa segan silu saya meluahkan perkara sebenar kepada si dia. Saya pun menghantar mesej difacebook..

Saya: ‘urmm.sy xleyh bgi la rasa nya skrg..hope awk phm..len kali kot..maybe..keyhh..sy rasa awk tahu kn be4 ni sy close dgn sp..so,kta kwn2 kat cni je la..”

Satunya sikap dia yang saya suka, dia bukan jenis yang suka mendesak sebenarnya walaupun  tanpa jemu dia terus-terusan meminta nombor  telefon saya. Tidak berputus asa, malahan pernah dia minta bantuan kawan-kawan saya juga. Wah, saya pun terfikir kenapa ek lelaki ni beria-ria nak nombor  telefon saya. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya, biarlah awak yang terakhir.  Disebaliknya, yang saya terima mesej daripada dia adalah ini:

Dia: “xpe2x....wak bnga bkn skntum,kumbng bkn seekor...huhuuuhuu...jgn la brsdih dek laki yg xiktn yg sah......senyum sokmo...hehehehe”..Yes, saya akui itu.

Saya: “mmgla..sedih xleyh nk ckp pe la..sgt2..slh sy jgak..mharp ssuatu yg xpasti,p..ahernya..sy yg kecewa..p,pa2 puwn sy trima je..klu tu baek utk dia..biala..juz,skrg nk free je.mls nk close dgn mana2 laki...mmg..senyum sokmo..hee..sy mint la kat faizal af tu..ehee”

Dia:" jgn dek kumbg seekor,kumbng lain pn dprslhkn.....close blh biar kne tmpt dia klu tdak ini la jdinya...hehhehhehheh..u can give pluang to anther man k....coz xgna awk brda dlm keadn bgni...mngkin ada hkmah d sbliknya....” 

Saya:" mmg..sy tahu da hikmh sumanye..tu la sy maseh kuat..maybe leyh bgi plung utk laki laen..p,bkn skrg kot..klu dh tba masanye..insyaAllah..x smudh tu sy nk bgi hati sy dgn insn yg bnma 'lelaki' ni..cukup la skali sy x sgup lgi dh nk ngiss..skit la...single is better..p,prinsip idup sy xnk close dgn mana2 laki lgi la..maybe last 'dia'”

Dia:" sy xblh nk ckp ape klu awk dh ckp mcm tu......yg pnting cntai la Allah lbh dri sgla2xnya nscya jdoh kte sbaik2x mnusia....n cri la laki yg htinya pda Allah,cz awk akn mrsa nikmat hdup brsmenya....allhkbr btpa bsarnye kuasa Allah....b hpy ye mak cik...hehheeheh”

Saya:" p,sy pasti kbahagian tu akn mjdi mlik sy suatu ari nnti,insyallah berkt ksabarn sy slama ni..sy dpt yg lebih baek dri tu..kn..sy puwn xdpt nk luah suma mslh sy kat kengkwn sy..mrka dh byk tlg sy..maybe dh muak tgk sy ngiss kot..haha..sy hnya mampu luah sumanya dgn Allah..thnks kat awk dh byk bgi advice kat mak cik mcm sy nie.dgr suma mslh sy...hehe..pjlnn idup sy ni x la seindh ank2 remaja laen yg asyik bcinta cintun..beysa je..antara cinta dan cita2.sy lebih mmilih cita2.biala.klu da jodoh x kmana kn..”

Dia:" xpe wak..u can share with me until my sttus chnge to mrried....huhuhuuhu..tpi tmpt yg plng bgus adlh mluahkn isi hti kpd yg mha esa...bt la solat taubt...mngkn kte xsdar kte ad bt slah......xslahkn2x??Allah maha sglanye wak..... n yg pntg awk kne igt dlm islam xdglakn brcnta cz bdak zman skrg brcnta xikt cra islam.......n mngkin awk ptus cz sbb Allah syg awk n xnk awk bt dosa lagi..hehehehhee...think pstve ck adik..heheh
bgy sy,sy ska prmpn yg xdpndg org...... biar xcntik tpi bgy sy prmpn tu mmpnyai kcntikn dlmn yg skar d tfsir oleh org... hti pn sng cz tida saingn....slalu brkngsi pndpat tntng agma..hehehehhehhe.....tpi ape pn sy trima siapa pn jdoh sy,spe la sy nk mnilai org sdngkn sy sndiri trumbng ambing...”

Saya terus dan terus mendengar nasihatna yang saya anggap hanya kawan biasa itu. Sehinga dia memberikan saya ini;

this spcial for u....hehehe

"wanita ibrt epal. epal yg xbrkualti amt mudah dprolehi krn ia brgguran d tnah..tp epal yg xmmpu dbeli brada dpncak..ssah dptik ssah dgpai..t\'kdang epal itu rsau,knpla driku blum dpetik???lantas ia mrndahkn mrtbtnye & mnggurkn dri mnymbah tnah..sdngkn ia sbnrnye tlh Allah jdikan bgytu tnggi mrtbtnye shngga tiada sape yg brni mmetiknye..hnye pmuda yg bnr2x hbt shja yg mmpu mmikiny...mngkin bkn ddunia tpi diakhrt  jdohnye.........BIARLAH JODOH BKN DDUNIA ASLKN CNTA ILAHI MGIRINGI"

Sehinggalah hubungan kami berhenti setakat itu sahaja, saya tidak lagi membalas apa-apa mesej darinya difacebooi. Sampai satu masa, dia tutup akaun facebook dia. Saya pelik, perlu ke sampai macam tu sekali. Mesej terakhir dia beri kat saya adalah agungkan cinta kepada Allah dari manusia….Assalamualaikum..

Itulah kali terakhir saya menerima nasihat dari dia, saya pun sekarang melalui hidup seperti insan biasa. Ya, masih mengejar cita-cita dan menanti untuk habis disemester akhir. Bahagianya rasa dapat mencapai impian yang diimpikan. Biarlah cinta itu datang kemudian, asalkan cita-cita dapat dicapai.

---------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly