Sunday, August 9, 2009

Hanya Dirimu...SUAMIKU!!!

8 OGOS 2009,

Haa,towk artikel genk ku pwlh Afifa..nya nang bbakat dlm bidang sastera towk..
muwn bleyh jdi novelis malaysia..fu yoO!!!
Tp suma org ada klebihn msg2 kn..so,aku post kn la artikel hsil dr kerja tgn Eifa towk..
utk takorg Renungi dan Hayati lah...hek3...

**************************************************************************

Saya masih ingat masa mula – mula kita bertentang mata. Saya tak kenal awak tapi saya selalu nampak awak. Awak tak perasan agaknya yang saya selalu perhatikan awak. Tak tahu kenapa awak boleh menarik perhatian saya. Mungkin sebab saya suka kat awak tapi masih terlalu awal untuk saya tafsir perasaan saya untuk awak. Lagipun kita tak mengenali antara satu sama lain.


Tapi saya tak sangka suatu hari masa saya baru balik dari tempat kerja, saya tunggu van sapu. Awak tiba – tiba berhentikan motor awak depan saya. Saya terkejut tapi saya buat selamba. Awak panggil saya cik adik rambut lurus sebab rambut saya lurus masa tu. Saya pandang awak, masa tu lah kita bertentang mata. Awak handsome. Ya, handsome sangat.

“ Baru balik kerja?” Itulah mukadimah perbualan kita. Awak tanya saya. Saya mengangguk tanda mengiakan. Sungguh awak, saya terkedu! Lama saya terdiam. Saya suka tengok awak. Mata awak cantik. Bila awak senyum, terserlah lesung pipit awak. Awak istimewa dengan kulit putih gebu awak. Awak lain dari lelaki yang lain.

“ Tak jemu ke tunggu van kat sini hari – hari? “ Awak tanya saya lagi. Saya menggeleng. Mahalnya suara saya masa tu sedangkan saya yang bekerja sebagai reception agensi tiket kapal terbang hari – hari berhadapan dengan orang ramai. Tapi awak tak tahu dalam hati saya. Saya nak sangat berbual panjang dengan awak.

“ Nama saya Haiqal. Boleh saya tahu nama cik adik? Dan saya nak nombor telefon sekali” Awak hulur handphone awak suruh saya simpan nombor telefon saya dalam handphone tu. Ringan pulak tangan saya sambut huluran awak. Saya rasa tangan saya sejuk bila taip nombor saya kat handphone awak. Bila dah habis, saya bagi balik kat awak.

“Oh..Aryana nama awak rupanya. Cantik nama awak. Macam awak jugak. Awak yang kerja dekat agensi tiket kapal terbang tu kan? “ Awak pandang saya lagi. Redupnya pandangan mata awak.

“ Ya saya.” Akhirnya macam teralih pulak beban yang buat mulut saya susah bercakap dengan awak dari tadi. Saya tengok awak tersenyum lebar. Saya tak faham kenapa awak tersenyum sampai macam tu. Tapi saya suka bila awak senyum sebab saya boleh tengok lesung pipit awak. Dalam kealpaan saya mengagumi awak, van tiba. Wajah awak terus berubah. Kenapa wak?

“ Ary tak payah la balik dulu. Saya masih nak sembang dengan Ary. Nanti saya hantarkan Ary balik.” Awak buat muka manja mintak saya jangan balik. Saya hampir cair wak! Awak tak tahu dalam hati saya. Tapi saya tak boleh penuhi permintaan awak. Saya kesal sebab saya kena balik juga tapi saya simpan dalam hati. Akhirnya saya ambik keputusan, saya melangkah menuju ke arah van yang sedang menunggu. Bila awak panggil saya sekali lagi, saya menoleh.

“Maaf. Saya kena balik. Nanti orang tua saya risau. Saya pergi dulu.” Saya jelaskan pada awak. Awak tersenyum pandang saya sampailah van yang saya naik berlalu pergi. Masa saya dalam perjalanan balik, saya terima mesej dari awak.

‘’Secantik mawar yang mengembang, begitulah awak. Ary, saya tak tahu di mana kekurangan mahupun celanya awak. Izinkan saya menghampiri mawar ini meskipun saya tahu saya mungkin akan terluka kerana durinya’’

Saya tersenyum baca mesej awak. Tapi saya tak balas. Nantilah,hubungan ini masih terlalu awal.

***********************************************

Dah dekat tiga bulan saya kenal awak, saya sendiri pun tak tahu mana kekurangan awak. Awak lebih mengutamakan saya dari kawan – kawan awak yang lain. Awak istimewa sangat. Sungguh wak, saya dah mula sayangkan awak!

Masa kita lunch sama – sama, saya agak awak nak cakap sesuatu. Awak nampak gelisah. Semuanya macam serba tak kena. Saya terfikir, saya ada buat salah kat awak ke? Saya tanya awak tapi awak diam. Awak buat selera makan saya mati. Saya terus hilang mood. Saya layan perasaan sendiri sambil menyisip minuman. Awak pula, berselera habiskan makanan awak. Saya betul – betul tak selesa masa tu.

“Ary..” Tiba – tiba saya dengar suara awak panggil saya perlahan. Saya pandang awak, menanti kata – kata seterusnya dari awak. Awak tarik nafas dalam – dalam. Saya pulak berdebar menunggu.

“ Saya sayangkan Ary.” Tanpa berkias, awak luahkan perasaan awak. Saya jadi kelu. Saya gembira sangat wak.

“Ary ingatkan Haiqal nak cakap apa. Diam ja dari tadi macam Ary ada buat salah.” Saya pura – pura merajuk. Awak pulak senyum.

“Ary nak jadi teman saya?”

“ Saya dah bersedia jadi teman awak” Saya bagi jawapan masa tu jugak. Saya tak nak lepaskan awak lagi. Saya sayangkan awak sangat - sangat. Awak cakap terima kasih pada saya. Saya hanya tersenyum mengangguk. Ucapan terima kasih tak cukup nak describe perasaan saya masa tu awak.



**********************************************************

Bila dah hampir enam bulan kita bercinta, buat kali pertama, kita gaduh. Sakitnya perasaan saya masa tu. Hanya kerana ada lelaki lain kacau saya, awak terus hilang mood. Awak marahkan lelaki tu tapi awak tak lepaskan kat lelaki tu. Awak lepaskan dekat saya. Saya yang jadi mangsa. Akhirnya saya biarkan awak sendirian, mungkin awak perlukan ketenangan untuk redakan perasaan awak. Pada malamnya, awak mintak kebenaran kat parents saya nak bawak saya keluar tapi sepatah pun awak tak cakap dengan saya sepanjang perjalanan. Masa makan pun awak macam tu juga. Saya macam tunggul, awak berselera menikmati makanan. Saya rasa suasana kita sama macam masa awak nak lamar saya jadi kekasih awak dulu. Tapi saya tak sedap hati tengok awak muram dan membisu macam ni. Saya tanya kenapa dengan awak.

Awak tolak pinggan makan awak ke tepi. Awak menyisip minuman perlahan. Awak panggil nama saya. Agak tegas pada pendegaran saya bila awak panggil nama saya masa tu.

“ Haiqal nak Ary mula belajar menutup aurat. Bukan dengan berseluar dan berbaju yang menampakkan susuk tubuh begini. Ary, Haiqal nak tengok Ary bertudung,melabuhkan pakaian. Ary seorang muslim. Ary lebih manis jika Ary menutup semua yang Ary ada. Haiqal marah bila lelaki lain tengok aurat Ary. Haiqal juga rasa malu dan berdosa bila Ary tak tutup aurat bila bersama Haiqal. Haiqal mahukan Aryana yang berpegang pada agama. Haiqal mahukan Ary yang sentiasa menundukkan pandangannya.” Awak bercakap bak seorang ustaz. Memang itulah awak. Bercakap tak suka berkias. Saya memang agak segan. Betul cakap awak, saya jauh dari agama, bermakna saya jauh dari Allah S.W.T. Tapi saya terima nasihat dan teguran awak. Masa tu jugak saya berazam akan berubah. Saya tak berubah kerana awak, tapi kerana Allah S.W.T.



Sejak awak tegur saya, perlahan – lahan saya belajar bertudung, kemudian saya sentiasa berbaju kurung. Awak pernah puji saya bila saya pakai jubah. Saya segan wak! Tapi hati saya tenang sejak saya berubah. Saya rasa lebih selesa bila saya berpakaian tertutup macam ni. Takkan ada orang lelaki yang tegiur dengan saya. Itu yang saya nak.

Awak pulak selalu bagi saya artikel – artikel yang berkaitan dengan wanita dan aurat. Saya seronok sebab awak bantu saya berubah. Dalam masa yang sama saya bawa awak sama – sama berubah. Awak setuju dan kita sama – sama membincangkan tentang agama, islam dan hidup. Saya dapat rasa hubungan kita semakin bahagia.



*************************************************



Bila dah lebih lapan bulan saya menjadi Aryana yang baru, keluarga dapat terima perubahan saya. Tapi tiada bagi sepupu saya, Dahlia. Ada saja yang tak kena. Adik saya kata dia cemburu tapi saya tak anggap dia macam tu. Dahlia bukan jenis yang mudah dengki pada orang lain. Dia punya peribadi yang baik walaupun kadang – kadang saya sendiri tak dapat nak tafsir sikap dia. Akhirnya segala persoalan saya terjawab masa rumah saya buat kenduri doa selamat. Awak ada datang masa tu. Dia tengok kita bersembang lepas habis kenduri tu. Lama kita bersembang sampailah awak mintak diri nak balik. Masa tu jam dah pukul 10 malam.

Dahlia masuk bilik saya malam tu. Saya dah sedia maklum dia akan tidur kat rumah saya. Dahlia duduk di tepi saya. Kesunyian menghuni antara kami.

“Ary, Lia gembira Ary dah mula berubah. Nampak manis bila bertudung. Nampak sopan dengan baju kurung. Semua tu tak lepas lagi dari Ary kan?” Dahlia memulakan berbicara.

“ Alhamdulillah. Dahlia pun dapat terima perubahan Ary. Terima kasih Lia.” Saya pandang dia. Jadi sangkaan adik saya yang dia cemburukan saya salah.

“Tapi kerana siapa Ary berubah?” Dahlia merentap hati saya degan soalan sependek itu. Saya menunduk.

“Lia, saya berubah kerana Allah S.W.T.” Saya yakin dengan jawapan saya.

“ Maaflah kalau apa yang Lia akan cakapkan ni mungkin akan membuat Ary terguris. Lia Cuma ingin menasihati sesama islam, bukan dengan niat cemburu atau prasangka buruk tapi dengan niat ingin membetulkan apa yang bakal tersasar. Lia tahu Ary berubah kerana Allah S.W.T. tap[I tidak sepenuhnya kerana Dia kan? Ary nak tahu tak, seorang muslimah yang bertentang mata dengan seorang lelaki adalah berdosa, apatah lagi bercakap dan berjalan bersamanya. Merindui si kekasih juaga adalah satu dosa kerana berzina melalui hati.” Dahlia peluk bahu saya. Dia tahu saya terkejut dengan apa yang baru dia sampaikan.

“ Jadi orang bercinta itu berdosa” Saya cuba untuk tidak berkias.

“ Ya Ary. Bercinta hanya dihalalkan selepas nikah. Bercinta selepas nikah akan mendapat keredaan Allah. Tiada fakta mahupun mitos yang mengataka islam menghalalkan pasangan bercinta.”

“ Jadi ary berdosa?” Saya bertanya pada Dahlia.

“ Dosa pahala, hanya Allah yang maha mengetahui. Lia juga insan biasa Ary. Bukan malaikat yang tiada kekurangan. Cuma Lia berharap, andai Ary berubah kerana Allah, tunjukkanlah pada Dia bahawa niat hati Ary hanya untuk Dia.” Dahlia menggosok bahu saya perlahan. Kemudian dia memohon untuk tidur terlebih dahulu. Saya menangis. Merasakan bahawa diri saya kerdil dan amat berdosa pada Allah.

*****************************************************



Seminggu pemergian awak untuk kurusu di Kuching, Sarawak memberi peluang pada saya untuk menilai kebenaran kata – kata Dahlia. Saya membuka laman web. Seharian saya membaca artikel – artikel yang di paparkan di skrin komputer. Semakin lama, hati saya semakin terhiris membacanya, Saya berdosa kepada Allah! Kita berdosa awak! Saya mengamati semula setiap bait dan hadis yang saya baca.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai

zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah

memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan

syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak

menuruti.’

Saya tergamam lagi. Kita dah berzina! Zina mata, zina lidah dan zina hati. Walaupun awak tak sentuh saya tapi kita berzina awak. Saya meneliti pula bait seterusnya,

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’

‘Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia

pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya

mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya

memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya

melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)

hanya mengikuti atau tidak mengikuti.’

Awak, kini jelas terbukti apa yang kita lakukan adalah salah. Saya tak mahu khianati agama saya. Saya tak mahu khianati ibubapa saya. Saya mengurungkan diri. Panggilan dan mesej yang awak hantar pada saya, saya abaikan sampaikan saya patahkan sim kad dan tak pakai handphone lagi. Saya tertekan awak. Saya berhenti kerja sebab tak mahu berdosa. Kerja saya melibatkan saya dan pelanggan dan saya tak mahu terjebak dengan dosa secara sengaja atau tidak. Selagi saya boleh elak, saya elak. Saya tukar kerja. Saya bkerja di sebuah taska. Saya lebih damai melihat kanak – kanak di sini.

Saya tahu awak cari saya lepas awak balik dari kursus. Saya biarkan awak bergantung tak bertali. Tanpa khabar, saya putuskan hubungan kita. Couple haram wak. Jahat ke saya wak? Awak tak putus asa cari saya. Awak paksa adik saya bagitau kat mana saya kerja. Adik saya tak sanggup tengok awak dah separuh mati cari saya, akhirnya dia bagitau jugak.

Akhirnya, pencarian awak berakhir juga. Selepas sebulan tiada khabar berita, kita bertemu lagi. Tapi kali ni saya rasa berbeza. Saya rasa bulu roma saya meremang bila bersama awak. Saya takut pada Allah. Saya tak berani nak angkat pandangan saya macam saya pandang awak mula – mula dulu. Saya takut pada Allah. Saya tak berani nak melunakkan lagi suara saya pada awak macam dulu. Saya takut pada Allah awak.saya takut!

Awak minta penjelasan saya. Saya jelaskan semuanya pada awak. Saya tahu awak terluka tapi saya akan lebih terluka kalau saya masih sedar saya dah buat dosa. Saya tak mahu awak. Maafkan saya sebab terpaksa berpisah dengan awak. Awak diam. Saya cakap kat awak, andai perhubungan ni masih ingin diteruskan, biarlah secara halal, bukan secara haram. Jangan awak. Api neraka itu lebih pedih. Selepas jelas segalanya, saya berlalu tanpa mahu tunggu respon awak. Saya yakin Allah menjanjikan kemanisan yang lebih baik untuk saya.

***************************************



Tiga bulan berpisah, saya jadi lebih tenang. Biarpun sendirian, saya selesa kerana saya dapat mengelak untuk berbuat dosa. Bukan saya katakan saya tidak ada walau satau dosa tapi saya ingin mengelak dari melakukan dosa. Hidup saya tenang wak

Malam tu, saya terkejut bila ibu dan ayah awak datang rumah saya. Saya tak terlibat dalam perbincangan antara orang tua awak dan orang tua saya. Saya duduk dalam bilik dengan perasaan gelisah awak. Saya tak pasti perasaan saya masa tu. Saya ingatkan awak. Hampir sejam termangu dalam bilik, ibu saya masuk. Nadi saya bagai terhenti seketika bila ibu saya kata yang awak ingin melamar saya menjadi isteri awak yang sah. Saya menangis kesyukuran. Jodoh kita masih panjang kan wak. Dalam esak tangis, saya bersetuju dan ibu saya serahkan sekeping surat yang awak minta ibu awak sampaikan pada saya. Setelah ibu saya keluar dan meneruskan perbincangan pernikahan kita bersama orang tua awak, saya dengan perlahan membuka sampul surat tersebut.

“Assalamualaikum mawarku.. Saya terluka juga kerana mawar berduri ini. Mawar ini mempertahankan durinya kerana agama. Alhamdulillah, kelukaan yang saya alami ini, amat menyedarkan saya. Aryana binti Muhammad. Saya inigin memiliki awak. Saya tak dapat lupakan awak. Awak seolah – olah jelmaan Khadijah, isteri Rasulullah... Seperti kata – kata terakhir awak pada saya, andai perhubungan ini masih ingin diteruskan, biarlah secara halal, bukan secara haram. Saya akan memiliki awak secara halal. Insyaallah, kita akan bertemu di hari saya akan melafazkan nama awak untuk dijadikan isteri saya.Wassalam”

Saya menangis lagi. Terima kasih awak. Terima kasih Ya Allah..Kemanisan ini amat manis buatku.Aku bersyukur..

**************************************

Dengan izin Allah, akhirnya awak mencium dahi saya setelah melafazkan akad. Kita disatukan secara halal. Inilah impian saya. Kita juga sudah melunaskan separuh dari tuntutan agama. Semoga kita berdua dapat melunaskan separuh lagi tuntutan agama di iringi keredaan-NYA.

Menjadi isteri awak memang suatu yang saya impikan. Rumahtangga kita semakin bahagia dan saya sudahpun lebih sebulan menempuhi alam baru ini. Menjadi seorang isteri pada usia 20 tahun adalah sesuatu yang jarang berlaku namun awak menjadikan saya lebih matang dari itu,

Kita berjemaah, mengaji, membaca tazkirah kini semuanya bersama. Saya semakin sayangkan awak, suami saya. Saya tak mahu kehilangan awak. Betul wak. Selepas Allah, awak adalah keutamaan saya selain dari keluarga. Saya tahu awak sayangkan saya dan semakin sayangkan saya bila saya disahkan mengandung zuriat awak. Awak cium dahi saya, kucup kening saya dan ucapkan terima kasih pada saya kerana mengandungkan zuriat kita.

Awak nampak lucu bila terlalu risaukan saya. Awak tak bagi saya buat kerja rumah. Awak kata, saya kena jaga kandungan saya. Tapi saya tak boleh wak. Saya tak selesa bila tak lakukan tanggungjawab saya. Akhirnya awak faham dan biarkan saya buat keraja. Awak selalu nasihatkan saya, berhati – hati. Di situ lagi awak dah tunjuk sifat penyayang awak sebagai suami dan sebagai seorang ayah. Terima Kasih awak!

****************************************

Cukup sembilan bulan sepuluh hari, saya rasa sakit nak bersalin. Saya ingat lagi pukul tiga pagi awak cemas bila saya kejut awak. Saya menahan sakit. Saya terharu awak dukung saya masuk dalam kereta. Awak minta saya beristighfar masa dalam perjalanan ke hospital. Saya menangis dalam sakit awak. Saya terharu dengan perhatian yang awak berikan.

Awak di sisi saya semasa saya sedang berjuang melahirkan anak kita. Awak beri saya semangat dan selalu minta saya beristighfar. Saya ingat Allah. Saya ingat dosa – dosa saya. Saya minta ampun pada Allah dari hati terdalam. Juga saya minta ampun pada awak walau cuma dalam hati. Semasa azan subuh, saya selamat melahirkan seorang anak lelaki. Saya dengar awak ucap syukur dan awak cium dahi saya lalu katakan terima kasih. Awak tak lepaskan genggaman erat awak.

Saya menitis airmata lagi bila awak dukung anak kita. Awak dan saya cium anak kita. Awak bagi nama anak kita Mohd Arief Sulaiman. Saya rasa saya hidup saya lengkap bila awak azankan anak kita. Berkali – kali saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan ini kepada saya,awak dan anak kita. Syuqran ya Allah!

Lepas sembahyang subuh kat hospital, Awak minta diri untuk pulang ke rumah sekejap untuk mengambil keperluan yang lain untuk saya. Saya rasa tak sedap hati masa tu wak. Sebelum awak pergi, awak cium dahi saya dan anak kita berkali – kali. Saya salam dan cium tangan awak. Awak minta maaf pada saya. Saya hairan kenapa awak minta maaf pada saya. Dengan berat hati saya biarkan awak pergi walaupaun saya tahu awak Cuma balik ke rumah.

Hampir tiga jam saya tunggu awak tapi awak tak datang – datang juga. Saya peluk anak kita. Saya betul – betul gelisah masa tu. Masa mak ayah awak dan mak ayah saya datang, saya hairan tengok mereka muram. Saya ingatkan mereka tak gembira dengan kelahiran cucu mereka. Tapi berita yang mereka sampaikan membuatkan hidup saya seolah – olah hilang. Awak dah pergi tinggalkan saya. Kenapa awak pergi? Awak baru tengok anak kita tak sampaipun sehari. Anak kita tak sempat membesar dengan ayah dia wak. Dalam keadaan belum sampai sehari berpantang, saya di bawa untuk melihat jenazah awak buat kali terakhir. Mak awak kata, awak kemalangan masa dalam perjalanan nak balik rumah. Saya menyesal biarkan awak pergi masa tu. Tapi semuanya ketentuan Illahi. Saya boleh menangis tapi awak takkan dapat kembali lagikan?

**********************************************

Kini dah setahun awak pergi menghadap menghadap Illahi…Anak kita dah mula menyebut umi dan ayah. Ayahnya yang telah pergi. Saya selalu menziarahi pusara awak. Sekarang, saya menangis lagi di sisi pusara awak.Saya bersama anak kita awak. Saya doakan semoga sayang damai di sana dan ditempatkan di sisi orang – orang yang soleh. Awak suami yang baik untuk saya dan saya tahu awak akan jadi ayah yang baik kalau awak masih bernafas. Saya takkan dan tak mahu lagi orang lain menggantikan tempat awak. Biarlah kasih sayang ini hanya untuk awak. Sekarang, saya ingin mangabdikan diri saya kepada Allah S.W.T dan saya ingin membesarkan anak kita berlandaskan agama islam. Semoga roh sayang dicucuri rahmat. Aryana sayangkan abang!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
:: Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta. Berilmu bukan bererti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan. Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan. Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa. Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi::




Red Butterfly